99 NASIHAT KEPADA REMAJA
(aku dah tua sebab ada anak remaja, jadi aku tulis nasihat pada anak aku siap-siap, remaja atau dewasa lain boleh baca juga-no problem)
Selamat menjadi remaja anakku. Selamat melihat kepelikan remaja lain di luar sana, zaman ayah, memang ada remaja remaja yang suka buat benda yang pelik pelik, antaranya tattoo muka dengan nama awek, apa ke jadah? Ada juga yang sanggup buat rambut Punk pacak ke atas macam Trojan siap dengan warna berunsur gay, subangkan hidung, dan tanam guli dalam lidah, apa ke jadah?
Ayah pernah jumpa remaja Islam yang buat rambut ala Punk, dan tanya dia, korang rasa normal ke buat benda yang orang lain tak buat, dan hari hari kena kutuk dengan pakcik bilal?
Kata mamat Punk ni:
“Maaf bang, saya sangka saya dah habis pelik pakai baju gaya Gotham, rambut gaya Trojan, tapi saya pernah jumpa orang lagi pelik dari saya, iaitu budak Tabligh, dah lah pakai baju kurta dan kain pelikat, lepas tu tutup muka dengan periuk nasi dan junjung tong gas atas bahu naik bas mini, apa ke jadah?”
Ayah gelak, sebab ayah kenal budak tabligh yang di maksudkan, beliau adalah Pakcik Badar Iskandar berniaga kedai runcit seberang jalan sana, dulu zaman 90-an berdakwah, orang tabligh masih ramai di kalangan orang miskin, macam zaman nabi mula mula berdakahwah dulu, ramai di kalangan miskin, jadi bila nak keluar berdakwah, ada yang kena naik bas, itu yang bawa periuk dan tong gas naik bas, kira tong gas tu dah maju sebab zaman 80 an ayah dengar cerita, orang tabligh bawa kayu api untuk memasak, jadi balik kepada Pakcik Badar Iskandar yang tutup muka dengan periuk nasi, katanya, dalam bas ternampak awek sekolah yang buat dia malu lalu serkup kepala dengan periuk hingga budak Punk rasa orang Tabligh jauh lebih pelik dari mereka-Woha!
Jadi wahai anakku, jika korang rasa diri pelik, lain dari yang lain, itu adalah normal. Cuma jangan zahirkan kepelikan korang kepada dunia, Memang ramai remaja tak suka dengan muka dan badan sendiri, itu adalah normal.
Remaja sangka dunia ni hanya untuk lelaki kacak dan wanita jelita. Jika tak ada rupa, maka masa depan gelap, banyak jerawat, habislah masa depan, rambut botak, habislah masa depan, malahan korang juga sangka perempuan cantik suka dengan lelaki hensem sahaja, padahal dalam dunia orang dewasa. Tak ada orang nak pandang rupa, tapi orang pandang akhlak, jawatan dan bisnes kita, makin teguh akhlak dan makin tinggi jawatan atau makin besar bisnes kita, maka rupa paras dah tak penting. Tengok artis, cantic rupa paras, bercerai jugak, sebab kecantikan dalaman yang manusia cari sebenarnya, chewah!
Dunia remaja, ada duit lupa diri, dunia dewasa, tak ada duit, semua orang lupa dia!
Jadi jika muka tak hensem atau cantik, jangan nak beremosi sangat, zaman ayah sekolah dulu, lelaki hensem dan wanita cantik bila dah dewasa tak semua berjaya. Ada yang kais pagi makan pagi dengan muka hensem, dan ada yang di ceraikan berkali kali dengan muka cantik, jadi jangan rasa diri tak normal, bab kekurangan rupa, nobody care bila kita dah dewasa, tapi bab perbuatan pada diri yang kita tak suka, maka ada peluang untuk mengubahnya.
“Tuhan tak akan ubah nasib kita, jika kita sendiri tak nak ubah diri sendiri”
Kata pujangga: orang yang paling gila adalah orang yang buat benda yang sama tapi harap keputusan berbeza. Maka jika mahu hidup korang berbeza ke arah lebih baik, maka bertindaklah, bukan cipta alasan.
Ketahilah anakku, di masa remaja ada perkara yang kita sedih dan menyesal, tapi bila dewasa kita bersyukur pulak dengan perkara itu. Sama jugak di masa remaja ada perkara yang korang rasa seronok dan bertuah, tapi bila dewasa korang menyesal pulak dengan semua itu.
Jadi secara ringkasnya pesan ayah kepada semua remaja:
1) Carilah kawan yang baik, Nabi pesan, jika berkawan dengan penjual minyak wangi, kita akan dapat baunya, jadi, cari kawan yang berpotensi untuk ubah dunia ke arah yang lebih baik di masa depan, memang masa remaja, kita ada ramai kawan, bila dewasa, kita tahu hanya berapa kerat sahaja yang benar benar seorang kawan, maka jangan kawan dengan samseng, pendosa, penzina, mat rempit, dan lain lain kawan yang tak senonoh, hati hati dengan orang yang buat baik sebab manusia ni selalu baik ada makna, jangan percaya pada kawan seratus peratus dan bila berdepan dengan keluarga dan kawan, utamakanlah keluarga.
2) Jangan bergantung pada orang, belajar berdikari dengan cepat, biasakan dengan kerja rumah (tolong Bonda), kerja kenduri (tolong jiran) kerja dakwah (tolong ustaz), tak pandai- belajar, dah pandai-ajar, masa sangat cepat berlalu. Buang masa hari ini, esok akan tinggalkan korang, hargai hari ini, esok akan tunggu korang dengan cemerlang.
3) Cinta itu indah di permukaan, tapi dalamnya penuh gelora, jangan ambik risiko bercinta di dunia remaja, kebahagian bukan milik orang yang tidak sabar, utamakan mencari pengalaman hidup yang baru setiap hari, sudah ada pendapatan, baru cari pasangan hidup, InsyaAllah akan selalu ada yang terbaik bila kita dah bersedia. Paling penting: Jangan hampiri zina.
4) Belajar sampai masuk Universiti itu bagus, peluang untuk dapat kawan kawan yang mentadbir dunia lebih cerah, akan memudahkan dunia bisnes di masa hadapan, tapi korang akan terperanjat tengok ramai orang dewasa yang tak sekolah tapi berjaya, dan ramai jugak yang tak sekolah menderita dalam penjara, maka sungguh ilmu dan pengalaman manusia berbeza beza, ujian juga berbeza beza, sekali lagi, kebahagian bukan milik orang yang tidak sabar, utamakan mencari ilmu dengan sabar, belajar sampai cina, atau sampai oversea lagi bagus, InsyaAllah akan selalu ada peluang terbaik bila kita dah bersedia.
5) Beri salam kepada orang, jika mereka tak jawab, sangka baik mereka sedang sakit telinga, senyuman tak berbalas pun tak apa, teruskan buat baik pada orang, tapi jangan mengharap orang buat baik kepada kita, sekali orang buat baik, sepuluh kali kita buat baik, sekali orang buat jahat, sepuluh kali juga kita buat baik, jangan sesekali buang sifat baik kita kerana buruknya sifat orang, faham ini dan hidup korang akan lebih bermakna.
6) Kejayaan datang pada orang yang berusaha, bukan orang yang sibuk memberi alasan dan menyalakahkan orang. Tiada jalan ringkas menjadi kaya atau pandai agama, orang yang badan sado adalah yang jaga makan dan luangkan masa berjam jam bersenam, maulana belajar agama bertahun tahun untuk jadi pakar Hadis, maka jangan tertipu dengan skim cepat kaya, jangan tertipu dengan wahabi dan anti hadis, korang kena kerja kuat untuk jadi master, dan belajar kuat untuk jadi master, itu tertib dunia.
7) Membaca buku tanpa gambar lebih baik untuk otak, kerana otak di asah melalui pemikiran kreatif yang menggambarkan peristiwa tanpa bantuan luar, sebab itulah menonton dan membaca, lebih bagus membaca. Cerita tentang membaca, tahukah korang bahawa Orang kaya di zaman dulu kaya sebab mereka lebih banyak membaca daripada orang miskin, mereka lebih banyak membeli buku, dan mereka faham dengan sistem dunia pada waktu semasa. Ketika orang miskin baru kenal dunia melalui mata dan telinga mereka, orang kaya sudah membaca buku buku yang ditulis dari seluruh dunia. Lagipun, zaman dulu orang kaya sahaja belajar membaca, sekarang semua orang di ajar membaca dan insyaAllah, siapa siapa yang rajin membaca buku yang betul, dan faham system semasa, akan jadi orang yang Berjaya.
8) Sentiasa menerima cabaran hidup dengan ikhlas, jika hidup tiada cabaran, cipta cabaran. Jangan takut gagal, tapi takutlah tidak mencuba, nanti bila tua, kita menyesal dengan apa yang kita tak buat padahal masa muda banyak peluang tapi disia-siakan. Jadi jangan tunggu tuah, tapi ciptalah tuah! Bak kata Bruce Lee: “Do not pray for an easy life, pray for the strength to endure a difficult one”
9) Bayangkan jika korang kahwin dan ada anak, bila anak nak kahwin dah tentu korang ada menantu idaman? Menantu yang Hormat orang tua, pandai ilmu agama, kaya, sihat dan hebat? Maka jadilah ‘menantu’ itu, hintanya: jaga tiag perkara: Jaga Solat, Akhlak, dan Aurat.
10) Setiap hari buku dan filem terbit, jangan terus pergi baca dan tonton, kaji dulu kenapa buku itu ditulis dan kenapa filem itu dibuat, baca ulasan, culture impack dan sebagainya, Rujuk rotten dan imdb sebelum tonton,jadilah remaja yang membaca atau menonton dengan sebab yang munasabah, untuk belajar sejarah, atau kaji falsafah, bukan sekadar nak isi masa lapang.
11) Jangan buang masa menyokong mana mana parti politik, jadi orang atas pagar tak salah sebab undi adalah rahsia, dan sentiasa cari jalan untuk damaikan penyokong parti yang bergaduh. Jika mereka nak bergaduh juga, jangan masuk campur. Join Tabligh lagi baik.
12) Jangan cerita masalah korang pada orang yang tak boleh selesaikan masalah korang, dan jangan cerita nikmat hidup korang kepada orang yang tak boleh dikongsi nikmat itu. Ada masa lain kali ayah cerita detail bab ini.
13) Selalulah merendah diri, jangan sombong. Orang sombong masuk neraka
14) Jika gugup bercakap atas pentas, maka berlatihlah dengan ambil peluang naik atas pentas, sebab jika tak mencuba, maka gugup lah korang sampai ke tua, ayah dulu belajar berdakwah pintu ke pintu dengan budak budak tabligh, lepas tu jika ada event naik pentas dah tak gugup, boleh sembang kencang lagi-woha!
15) Ambik masa untuk enjoy dengan kawan kawan, selagi tak langgar batas agama, nikmatilah remaja sebaiknya. Cipta kenangan terindah. Nakal dalam halal.
16) Jangan lepas peluang untuk setiap pengalaman baru, elakkan ulang pengalaman sama kecuali pengalaman tu best dan boleh jana income. Walaupun ada pengalaman yang tak suka, terimalah untuk event, orang yang kaya event, akan kaya dengan pengalaman, dan orang yang kaya pengalaman, boleh menulis buku. Jadi Rekod pengalaman baru dalam blog atau facebook, buat video selepas balik melancong, jangan tangguh,Hidup ini terlalu singkat untuk menangguh.
17) Ayah pernah tengok orang susah yang mempunyai anak semuanya cacat, tiga orang, lumpuh dan rosak otak, tak boleh bercakap, maka hari hari si ibu mandikan dan suap makanan, sampai anak ni besar tapi masih lumpuh dan makan bersuap, bila ditanya tentang apa harapan makcik, katanya, harapan makcik, (sambil berlinang air mata) agar satu hari nanti, anak-anak ni boleh panggil dia “mak”, satu kali pun cukuplah. Maka fahamlah kita, orang lain jauh lebih susah dari kita, bersyukurlah nikmat yang sangat banyak.
18) Dunia ini tidak adil, ada yang lahir cacat, hodoh, bodoh, miskin, tapi untuk ke syurga semuanya adil, iatu hanya perlu modal masa, dan semua orang diberi modal masa, maka jangan buang masa dengan perkara yang sia sia.
19) Pertukangan biasa dan siap lebih baik dari Pertukangan halus tapi tak siap, bermakna Buat tugasan tak perlu perfect sehingga susah nak disiapkan, tapi buat sampai siap, dan baiki prestasi dari masa ke semasa. James Camaron sebelum jadi pengarah filem yang hebat, buat filem biasa biasa dulu. Ayahpun tak akan siap satu buku jika nak perfect sangat, siapkan dengan sehabis baik, dan baiki dalam buku akan datang. Yang penting kerja jalan, jangan sibuk merancang tak buat kerja, tapi sambil kerja sambil merancang. Jangan buat cincai pulak, guna common sense. Sungguh korang akan rasa seronok pergi sekolah jika dah siap kerja sekolah, korang akan rasa seronok bercuti bila kerja sekolah dah siap awal. Korang seronok tengok TV bila dah siap solat dan mengaji, korang akan seronok hadapai exam jika dah siap study, maka siapkan semua kerja, and be happy.
20) Jika orang memuji, jangan diam takut riak, ucapkan lah terima kasih kerana pujian adalah nikmat hidup yang perlu kita terima kasihkan dengan ikhlas. Jika buat salah, juga jangan diam, mengakulah bersalah dan minta maaf cepat cepat. Orang muda buat silap tu biasa, silly masitake ke apa yang penting, jangan putus asa, belajar dari kesilapan sendiri dan kesilapan orang lain, go on, kegagalan boleh buat kita bersedih tapi patut akan buat kita lebih gigih, Elvis Presly mula mula kena kritik sebab nanyi tak sedap, tapi beliau tak give up, Penulis buku Herry Porter berapa kali kena reject sebelum Berjaya,yang penting: JANGAN PUTUS ASA pada yang ESA.
21) Ayah waktu belajar di Universiti, selalu dapat anugerah dekan, rahsianya? Ayah suka ajar orang lain apa yang ayah faham, sungguh menyampaikan balik ilmu dengan Bahasa kita akan menjadikan kita lebih faham tentang ilmu itu. Buku yang ayah tulis pun adalah teknik bercerita balik apa yang dah ayah baca dengan gaya Bahasa kita, ‘key’ nya adalah: Suka kongsi ilmu bermanfaat yang rare.
22) Dalam dunia ni tak perlu cuba semua benda, ada benda kita perlu belajar dari kesilapan orang lain, contohnya hisap rokok, ganja, zina dadah dan segala yang haram, bila ketagih susah nak berhenti, dan penyakit ketagih boleh rosakkan otak.
23) Hidup ini berdasarkan sangkaan. Jika kita percaya, kita ni bernasib malang, maka hidup akan malang. Jika kita percaya hidup ini dalam rahmat tuhan, pasti ada jalan keluar dari setiap kesulitan, yang paling penting, sangka baik kepada Allah. Semua ada hikmah. Kita tak pernah tahu malang yang menimpa itu telah menyelamatkan kita dari azab api neraka sebenarnya.
24) Kawan akan respek bila kita istiqamah berkata tidak kepada dadah, rokok, zina dan lain lain yang haram, syaitan pun akan ‘respek’ dengan orang yang istiqamah, maka jangan takut kawan ejek bila korang tak nak minum arak, tak nak merokok, tak nak hisap dadah, tak nak dekati zina, sebab jauh di sudut hati mereka, sangat respek dengan korang sebab mereka tak mampu nak jadi tegas macam korang waktu di pelawa buat dosa.
25) Fahami takdir, jika kita dah berusaha sedaya upaya tapi masih gagal, itu adalah takdir, banyak pahala jika bersabar dengan ujian selepas berusaha sehabis baik, tapi jika kita malas berusaha dan gagal maka itu adalah pilihan. Tak ada pahala pun untuk orang malas. Dosa lagi ada!
26) Orang takut hantu sebab bayangkan hantu yang menakutkan. Orang suka bertemu kekasih sebab bayangkan saat indah. So wujudkan gambaran indah dalam kepala, wujudkan suasana indah hari esok, insyaallah hidup korang akan menjadi indah.
27) Apa apapun, jangan gelabah, jadilah orang yang tenang, hanya dengan ingat Allah, hati akan menjadi tenang, Kita pun suka dengar Orang tenang bercakap dari orang gelabah bercakap. Orang tenang lebih cekap buat kerja dari orang gelabah. Jadi bertenanglah. Tengok dunia dengan mata burung, bukan dengan mata katak bawah tempurung, maka tenang akan datang.
28) Di dunia ini ada banyak team. Ada Suicide Squad,Justice League, Avanger, Power Ranger, Kamen rider dan lain lain. Namun di akhirat hanya ada tiga team. Team kanan, kiri dan team hadapan. Team kanan masuk syurga. Team kiri masuk neraka dan team hadapan dapat syurga special. Team hadapan ni ramai ahlinya dari orang terdahulu dan sedikit orang terkemudian. Nak tahu detail. Rujuk tafsir surah al Waqiah. Maka pesan ayah, jangan taksub sangat dengan DC dan Marvel punya group, tapi taksublah dengan group Asabiqun.
29) Jangan suka menipu, sebab nanti kena ada dua tipu untuk tutup satu tipu, dan kena ada empat tipu untuk tutup dua tipu, dan kena ada 16 tipu untuk tutup empat tipu, yang mana lambat laun orang akan tahu dan jadi hinalah kita. Jujur pada diri, jangan mengaku bekarya jika ciplak sini sana, jangan tiru tugasan sekolah bulat-bulat, lambat laun orang akan tahu. Allah lagi lah tahu. Jika buat silap, buat salah, terus mengaku secepat mungkin, dan selesaikan masalah dan silap itu segera, tapi jika lambat mengaku salah dan silap lepas tu tipu lagi, maka keadaan akan jadi buruk dan memburuk.
30) Korang jatuh masa kecik dan ayah menyorok, korang tengok tak ada orang nampak lalu korang bangun dan sapu luka sambil cari ayah, dah jumpa ayah baru menangis, begitulah otak kita bertindak, sama ada nak terima masalah dengan air mata, (tak selesaipun) atau bertenang, terima kenyataan, dan move on. Ada orang pergi kedai dan sedih bila kedai tutup, Ada orang yang pergi kedai, bila kedai tutup, dia buat lawak, kedai tutup!-woha!
31) Dalam buat azam dan cita cita, start dulu sikit, maka senang untuk sambung, begitulah buku yang ayah tulis, ayah start dulu, 10 helai, lepas tu berhenti dah buat kerja lain, tapi lepas tu ayah senang nak sambung sebab dah start, so mana mana azam dan cita cita yang belum start pastikan sudah bermula. Nak khatam Al quran, habiskan Al baqarah dulu, baru senang nak sambung, begitu lebih kurang.
32) Jangan nak moody sangat, Semalam telah berlalu, esok belum tentu, nikmati hari ini kerana mati itu tiba tiba, jangan rosakkan hari ini yang dikongsi dengan orang lain dengan perangai moody korang. Orang kuat dia boleh kawal perasaannya, orang lemah, dia tak boleh kawal perasaannya dan biarkan orang lain yang menentukan sama ada dia nak marah, merajuk, atau jadi bodoh! Jadilah remaja yang kuat. Merajuk ni biar budak budak jer.
33) Jika orang penting tanya “buat apa sekarang” maka jangan jawab “tak tahu” atau “tak ada apa-apa”, tapi jawablah “sedang baca buku XX dan sudah sampai bab YY”, atau “sedang baca tafsir Al quran dan sudah sampai surah XX”, atau “sedang siapkan cerpen” atau “sedang kaji tentang sejarah melayu dan islam” atau “sedang fahamkan konsep pinjaman perumahan” atau “sedang belajar baiki computer” atau “sedang belajar bahasa english tahap MUET” atau apa sahaja projek, janji korang selalu ada projek yang sedang di buat, barulah masa remaja korang tak sia sia.
34) Kita seronok main bola jika ikut peraturan, sungguh hidup Kita akan lebih gembira bila ikut peraturan, maka ikutlah peraturan sekolah, paraturan jalan raya, peraturan agama, sungguh hidup akan lebih bahagia bagi orang yang ikut peraturan. Tak perlu pergi sekolah naikkan kolar, baju tak masuk dalam seluar, kasut warna warni, seluar ketat, kain singkat, tak perlu, follow the rule and be happy.
35) Jangan menangis susu yang tumpah tapi pastikan susu itu tumpah atas bijiran sarapan pagi.
36) Burung yang keluar awal pagi, akan dapat lebih banyak ulat, burung yang dah tahu lokasi ulat dan keluar awal pagi, lagilah banyak dapat ulat, maka pilihkan menjadi remaja yang bangun awal pagi, insyaAllah rezeki akan murah.
37) Hintung nikmat Allah setiap hari, nikmat melihat, nikmat bernafas, langit yang biru, pohon yang hijau, dan cerita nikmat itu pada adik beradik dan ahli keluarga di waktu makan berjemamah, kerana nikmat biasanya dirindui selepas nikmat itu hilang, jadi sebelum hilangnya nikmat itu, kita hintung siap siap. Alhamdulillah.
38) Nak jadi unik tak salah, yang salah jadi perasan unik, nanti ayah cerita detail.
39) Jangan jadi orang yang mudah perasan disalahkan, nanti ayah cerita detail.
40) Jangan jadi,,arghh, banyak pulak pesanan jika perkataan JANGAN di hadapan. Woha!
Apa-apapaun, banyak lagi ayah nak tulis, cukup 40 dulu.
Selamat akhil baligh!
Ps: Jika cukup 99 nasihat ni, boleh buat buku macam Fatah Amin ni-woha!
#99katahamkakeretamayat
cerpen remaja 在 Hamka (Kereta Mayat) Facebook 八卦
Semusim di Syurga part 92
-----------------------------------
(Cerpen pendek di hujung Ramadhan, berdasarkan kisah benar)
Pada suatu hari ketika aku pulang dari surau.. (wah! akulah lelaki beriman akhir zaman kononnya) berhampiran rumah sewa lamaku, tiba tiba aku terdengar bunyi pintu kereta di hempas berulang kali, siapa pulak yang main bukak tutup dan hempas sekuat hati pintu kereta aku?
Tapi bila aku tengok kereta aku tak ada siapa sentuhpun, rupanya bunyi hempas buka tutup macam pintu kereta itu datangnya dari dua orang lelaki dewasa yang sedang bergaduh, belia kelantan sedang bertumbuk dengan belia dari sabah! Dush! Dush! Bunyi tumbukan dan tendangan.
Lantas terlihat olehku secara khasyaf akan Aura hitam dan aura biru nila mulai muncul di medan pertarungan, langit mulai mendung, dan kilat serta ribut petir jelas pancar memancar dan sabung meyabung, angin yang bertiup kencang dari arah timur laut selaju 40 hingga 50 kilometer sejam menyebabkan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter yang amat merbahaya kepada bot-bot kecil.
Aku yang tidak berseluar dalam sebab masih berkain pelikat, terus berlari ke dalam rumah sewaku yang tidak jauh dari tempat kejadian lalu mencapai seluar dalam dan zas, zas, zas! Kostom dalam dah siap lalu aku melompat ke medan pertarungan!
Eh? Dah habis bertarung, kelihatan pemuda Kelantan sedang berehat melepaskan penat, dan belia dari Sabah sudah hilang, tapi tak lama, rupanya belia dari Sabah itu datang bawa pisau untuk menyerang.
Aku yang kebetulan berada berhampiran belia Sabah yang bertubuh kecil itu terus memeluk beliau dari belakang dan merampas pisau lalu lari dari tempat kejadian, memandangkan aku sudah berseluar dalam, maka kelajuan aku berlari luar biasa pantasnya, aku berlari seperti lipasman dan cicakman dan aku terus lari ke dalam rumah dan sorok pisau di tempat yang selamat. Kemudian aku dengan pantasnya kembali ke tampat kejadian dan kelihatan mereka sambung bergaduh.
“Woi! Berhenti, ingat Tuhan sikit!”
Jerit aku dengan kuat sehingga kesemua burung yang sedang bertenggek di wayar elektrik berdekatan terbang melarikan diri.
Belia dari Kelantan terus sound, “abang ahli surau orang baik, jangan masuk campur”
(wah! Sekali lagi aku menjadi lelaki beriman akhir zaman kononnya)
Lalu orang ramai pun datang meleraikan pergaduhan, dan aku nasihat kepada mereka tentang bahaya menggunakan pisau dalam pergaduhan kerana setan akan menguasai diri dan bla bla bla.., masa tu aku tengok remaja kelantan tu dah siap manangis, aku tahu dia menangis bukan kerana nasihat aku tapi akibat tekanan aura pergaduhan yang hampir ke arah bunuh membunuh.
Tiada lagi nafas kuat mahu membunuh, ribut sudah menjadi reda, malahan cuaca telah bertukar menjadi begitu indah yang mana cuaca malamnya bersih suci seolah-olah bulan sedang menyinar, keadaan menjadi tenang sunyi, dengan suhu yang tidak terlalu sejuk dan tidakterlalu panas, langit juga bebas dari corakan api tahi bintang.
Malahan cuaca pagi yang terbit di pagi hari tidak memeritkan mata kerana kelihatan matahari bersinar lembut seperti bulan. Lantas terdengar burung burung berkicau di angkasa membelah kabus di pinggir kali, dari jauh seolah kedengaran alunan air terjun yang mendamaikan jiwa, kelihatan juga rama rama yang bewarna warni terbang antara kuntuman bunga yang sedang mekar semerbak mengharum wangi, sungguh indah pemandangan ini seolah berada di pagi Lailatul Qadar.
Atau memang ini adalah pagi Lailatul Qadar?
Tamat.
Ps: Jangan gaduh gaduh, banyakkan beristigfar, semoga masih ada kesempatan bertemu Lailatul Jaezah di penghujung Ramadhan yang mulia ini. Pesan pada diri sendiri.
cerpen remaja 在 Hamka (Kereta Mayat) Facebook 八卦
40 NASIHAT KEPADA REMAJA
(aku dah tua sebab ada anak remaja, jadi aku tulis nasihat pada anak aku siap-siap, remaja atau dewasa lain boleh baca juga-no problem)
Selamat menjadi remaja anakku. Selamat melihat kepelikan remaja lain di luar sana, zaman ayah, memang ada remaja remaja yang suka buat benda yang pelik pelik, antaranya tattoo muka dengan nama awek, apa ke jadah? Ada juga yang sanggup buat rambut Punk pacak ke atas macam Trojan siap dengan warna berunsur gay, subangkan hidung, dan tanam guli dalam lidah, apa ke jadah?
Ayah pernah jumpa remaja Islam yang buat rambut ala Punk, dan tanya dia, korang rasa normal ke buat benda yang orang lain tak buat, dan hari hari kena kutuk dengan pakcik bilal?
Kata mamat Punk ni:
“Maaf bang, saya sangka saya dah habis pelik pakai baju gaya Gotham, rambut gaya Trojan, tapi saya pernah jumpa orang lagi pelik dari saya, iaitu budak Tabligh, dah lah pakai baju kurta dan kain pelikat, lepas tu tutup muka dengan periuk nasi dan junjung tong gas atas bahu naik bas mini, apa ke jadah?”
Ayah gelak, sebab ayah kenal budak tabligh yang di maksudkan, beliau adalah Pakcik Badar Iskandar berniaga kedai runcit seberang jalan sana, dulu zaman 90-an berdakwah, orang tabligh masih ramai di kalangan orang miskin, macam zaman nabi mula mula berdakahwah dulu, ramai di kalangan miskin, jadi bila nak keluar berdakwah, ada yang kena naik bas, itu yang bawa periuk dan tong gas naik bas, kira tong gas tu dah maju sebab zaman 80 an ayah dengar cerita, orang tabligh bawa kayu api untuk memasak, jadi balik kepada Pakcik Badar Iskandar yang tutup muka dengan periuk nasi, katanya, dalam bas ternampak awek sekolah yang buat dia malu lalu serkup kepala dengan periuk hingga budak Punk rasa orang Tabligh jauh lebih pelik dari mereka-Woha!
Jadi wahai anakku, jika korang rasa diri pelik, lain dari yang lain, itu adalah normal. Cuma jangan zahirkan kepelikan korang kepada dunia, Memang ramai remaja tak suka dengan muka dan badan sendiri, itu adalah normal.
Remaja sangka dunia ni hanya untuk lelaki kacak dan wanita jelita. Jika tak ada rupa, maka masa depan gelap, banyak jerawat, habislah masa depan, rambut botak, habislah masa depan, malahan korang juga sangka perempuan cantik suka dengan lelaki hensem sahaja, padahal dalam dunia orang dewasa. Tak ada orang nak pandang rupa, tapi orang pandang akhlak, jawatan dan bisnes kita, makin teguh akhlak dan makin tinggi jawatan atau makin besar bisnes kita, maka rupa paras dah tak penting. Tengok artis, cantic rupa paras, bercerai jugak, sebab kecantikan dalaman yang manusia cari sebenarnya, chewah!
Dunia remaja, ada duit lupa diri, dunia dewasa, tak ada duit, semua orang lupa dia!
Jadi jika muka tak hensem atau cantik, jangan nak beremosi sangat, zaman ayah sekolah dulu, lelaki hensem dan wanita cantik bila dah dewasa tak semua berjaya. Ada yang kais pagi makan pagi dengan muka hensem, dan ada yang di ceraikan berkali kali dengan muka cantik, jadi jangan rasa diri tak normal, bab kekurangan rupa, nobody care bila kita dah dewasa, tapi bab perbuatan pada diri yang kita tak suka, maka ada peluang untuk mengubahnya.
“Tuhan tak akan ubah nasib kita, jika kita sendiri tak nak ubah diri sendiri”
Kata pujangga: orang yang paling gila adalah orang yang buat benda yang sama tapi harap keputusan berbeza. Maka jika mahu hidup korang berbeza ke arah lebih baik, maka bertindaklah, bukan cipta alasan.
Ketahilah anakku, di masa remaja ada perkara yang kita sedih dan menyesal, tapi bila dewasa kita bersyukur pulak dengan perkara itu. Sama jugak di masa remaja ada perkara yang korang rasa seronok dan bertuah, tapi bila dewasa korang menyesal pulak dengan semua itu.
Jadi secara ringkasnya pesan ayah kepada semua remaja:
1) Carilah kawan yang baik, Nabi pesan, jika berkawan dengan penjual minyak wangi, kita akan dapat baunya, jadi, cari kawan yang berpotensi untuk ubah dunia ke arah yang lebih baik di masa depan, memang masa remaja, kita ada ramai kawan, bila dewasa, kita tahu hanya berapa kerat sahaja yang benar benar seorang kawan, maka jangan kawan dengan samseng, pendosa, penzina, mat rempit, dan lain lain kawan yang tak senonoh, hati hati dengan orang yang buat baik sebab manusia ni selalu baik ada makna, jangan percaya pada kawan seratus peratus dan bila berdepan dengan keluarga dan kawan, utamakanlah keluarga.
2) Jangan bergantung pada orang, belajar berdikari dengan cepat, biasakan dengan kerja rumah (tolong Bonda), kerja kenduri (tolong jiran) kerja dakwah (tolong ustaz), tak pandai- belajar, dah pandai-ajar, masa sangat cepat berlalu. Buang masa hari ini, esok akan tinggalkan korang, hargai hari ini, esok akan tunggu korang dengan cemerlang.
3) Cinta itu indah di permukaan, tapi dalamnya penuh gelora, jangan ambik risiko bercinta di dunia remaja, kebahagian bukan milik orang yang tidak sabar, utamakan mencari pengalaman hidup yang baru setiap hari, sudah ada pendapatan, baru cari pasangan hidup, InsyaAllah akan selalu ada yang terbaik bila kita dah bersedia. Paling penting: Jangan hampiri zina.
4) Belajar sampai masuk Universiti itu bagus, peluang untuk dapat kawan kawan yang mentadbir dunia lebih cerah, akan memudahkan dunia bisnes di masa hadapan, tapi korang akan terperanjat tengok ramai orang dewasa yang tak sekolah tapi berjaya, dan ramai jugak yang tak sekolah menderita dalam penjara, maka sungguh ilmu dan pengalaman manusia berbeza beza, ujian juga berbeza beza, sekali lagi, kebahagian bukan milik orang yang tidak sabar, utamakan mencari ilmu dengan sabar, belajar sampai cina, atau sampai oversea lagi bagus, InsyaAllah akan selalu ada peluang terbaik bila kita dah bersedia.
5) Beri salam kepada orang, jika mereka tak jawab, sangka baik mereka sedang sakit telinga, senyuman tak berbalas pun tak apa, teruskan buat baik pada orang, tapi jangan mengharap orang buat baik kepada kita, sekali orang buat baik, sepuluh kali kita buat baik, sekali orang buat jahat, sepuluh kali juga kita buat baik, jangan sesekali buang sifat baik kita kerana buruknya sifat orang, faham ini dan hidup korang akan lebih bermakna.
6) Kejayaan datang pada orang yang berusaha, bukan orang yang sibuk memberi alasan dan menyalakahkan orang. Tiada jalan ringkas menjadi kaya atau pandai agama, orang yang badan sado adalah yang jaga makan dan luangkan masa berjam jam bersenam, maulana belajar agama bertahun tahun untuk jadi pakar Hasid, maka jangan tertipu dengan skim cepat kaya, jangan tertipu dengan wahabi dan anti hadis, korang kena kerja kuat untuk jadi master, dan belajar kuat untuk jadi master, itu tertib dunia.
7) Membaca buku tanpa gambar lebih baik untuk otak, kerana otak di asah melalui pemikiran kreatif yang menggambarkan peristiwa tanpa bantuan luar, sebab itulah menonton dan membaca, lebih bagus membaca. Cerita tentang membaca, tahukah korang bahawa Orang kaya di zaman dulu kaya sebab mereka lebih banyak membaca daripada orang miskin, mereka lebih banyak membeli buku, dan mereka faham dengan sistem dunia pada waktu semasa. Ketika orang miskin baru kenal dunia melalui mata dan telinga mereka, orang kaya sudah membaca buku buku yang ditulis dari seluruh dunia. Lagipun, zaman dulu orang kaya sahaja belajar membaca, sekarang semua orang di ajar membaca dan insyaAllah, siapa siapa yang rajin membaca buku yang betul, dan faham system semasa, akan jadi orang yang Berjaya.
8) Sentiasa menerima cabaran hidup dengan ikhlas, jika hidup tiada cabaran, cipta cabaran. Jangan takut gagal, tapi takutlah tidak mencuba, nanti bila tua, kita menyesal dengan apa yang kita tak buat padahal masa muda banyak peluang tapi disia-siakan. Jadi jangan tunggu tuah, tapi ciptalah tuah! Bak kata Bruce Lee: “Do not pray for an easy life, pray for the strength to endure a difficult one”
9) Bayangkan jika korang kahwin dan ada anak, bila anak nak kahwin dah tentu korang ada menantu idaman? Menantu yang Hormat orang tua, pandai ilmu agama, kaya, sihat dan hebat? Maka jadilah ‘menantu’ itu, hintanya: jaga tiag perkara: Jaga Solat, Akhlak, dan Aurat.
10) Setiap hari buku dan filem terbit, jangan terus pergi baca dan tonton, kaji dulu kenapa buku itu ditulis dan kenapa filem itu dibuat, baca ulasan, culture impack dan sebagainya, Rujuk rotten dan imdb sebelum tonton,jadilah remaja yang membaca atau menonton dengan sebab yang munasabah, untuk belajar sejarah, atau kaji falsafah, bukan sekadar nak isi masa lapang.
11) Jangan buang masa menyokong mana mana parti politik, jadi orang atas pagar tak salah sebab undi adalah rahsia, dan sentiasa cari jalan untuk damaikan penyokong parti yang bergaduh. Jika mereka nak bergaduh juga, jangan masuk campur. Join Tabligh lagi baik.
12) Jangan cerita masalah korang pada orang yang tak boleh selesaikan masalah korang, dan jangan cerita nikmat hidup korang kepada orang yang tak boleh dikongsi nikmat itu. Ada masa lain kali ayah cerita detail bab ini.
13) Selalulah merendah diri, jangan sombong. Orang sombong masuk neraka
14) Jika gugup bercakap atas pentas, maka berlatihlah dengan ambil peluang naik atas pentas, sebab jika tak mencuba, maka gugup lah korang sampai ke tua, ayah dulu belajar berdakwah pintu ke pintu dengan budak budak tabligh, lepas tu jika ada event naik pentas dah tak gugup, boleh sembang kencang lagi-woha!
15) Ambik masa untuk enjoy dengan kawan kawan, selagi tak langgar batas agama, nikmatilah remaja sebaiknya. Cipta kenangan terindah. Nakal dalam halal.
16) Jangan lepas peluang untuk setiap pengalaman baru, elakkan ulang pengalaman sama kecuali pengalaman tu best dan boleh jana income. Walaupun ada pengalaman yang tak suka, terimalah untuk event, orang yang kaya event, akan kaya dengan pengalaman, dan orang yang kaya pengalaman, boleh menulis buku. Jadi Rekod pengalaman baru dalam blog atau facebook, buat video selepas balik melancong, jangan tangguh,Hidup ini terlalu singkat untuk menangguh.
17) Ayah pernah tengok orang susah yang mempunyai anak semuanya cacat, tiga orang, lumpuh dan rosak otak, tak boleh bercakap, maka hari hari si ibu mandikan dan suap makanan, sampai anak ni besar tapi masih lumpuh dan makan bersuap, bila ditanya tentang apa harapan makcik, katanya, harapan makcik, (sambil berlinang air mata) agar satu hari nanti, anak-anak ni boleh panggil dia “mak”, satu kali pun cukuplah. Maka fahamlah kita, orang lain jauh lebih susah dari kita, bersyukurlah nikmat yang sangat banyak.
18) Dunia ini tidak adil, ada yang lahir cacat, hodoh, bodoh, miskin, tapi untuk ke syurga semuanya adil, iatu hanya perlu modal masa, dan semua orang diberi modal masa, maka jangan buang masa dengan perkara yang sia sia.
19) Pertukangan biasa dan siap lebih baik dari Pertukangan halus tapi tak siap, bermakna Buat tugasan tak perlu perfect sehingga susah nak disiapkan, tapi buat sampai siap, dan baiki prestasi dari masa ke semasa. James Camaron sebelum jadi pengarah filem yang hebat, buat filem biasa biasa dulu. Ayahpun tak akan siap satu buku jika nak perfect sangat, siapkan dengan sehabis baik, dan baiki dalam buku akan datang. Yang penting kerja jalan, jangan sibuk merancang tak buat kerja, tapi sambil kerja sambil merancang. Jangan buat cincai pulak, guna common sense. Sungguh korang akan rasa seronok pergi sekolah jika dah siap kerja sekolah, korang akan rasa seronok bercuti bila kerja sekolah dah siap awal. Korang seronok tengok TV bila dah siap solat dan mengaji, korang akan seronok hadapai exam jika dah siap study, maka siapkan semua kerja, and be happy.
20) Jika orang memuji, jangan diam takut riak, ucapkan lah terima kasih kerana pujian adalah nikmat hidup yang perlu kita terima kasihkan dengan ikhlas. Jika buat salah, juga jangan diam, mengakulah bersalah dan minta maaf cepat cepat. Orang muda buat silap tu biasa, silly masitake ke apa yang penting, jangan putus asa, belajar dari kesilapan sendiri dan kesilapan orang lain, go on, kegagalan boleh buat kita bersedih tapi patut akan buat kita lebih gigih, Elvis Presly mula mula kena kritik sebab nanyi tak sedap, tapi beliau tak give up, Penulis buku Herry Porter berapa kali kena reject sebelum Berjaya,yang penting: JANGAN PUTUS ASA pada yang ESA.
21) Ayah waktu belajar di Universiti, selalu dapat anugerah dekan, rahsianya? Ayah suka ajar orang lain apa yang ayah faham, sungguh menyampaikan balik ilmu dengan Bahasa kita akan menjadikan kita lebih faham tentang ilmu itu. Buku yang ayah tulis pun adalah teknik bercerita balik apa yang dah ayah baca dengan gaya Bahasa kita, ‘key’ nya adalah: Suka kongsi ilmu bermanfaat yang rare.
22) Dalam dunia ni tak perlu cuba semua benda, ada benda kita perlu belajar dari kesilapan orang lain, contohnya hisap rokok, ganja, zina dadah dan segala yang haram, bila ketagih susah nak berhenti, dan penyakit ketagih boleh rosakkan otak.
23) Hidup ini berdasarkan sangkaan. Jika kita percaya, kita ni bernasib malang, maka hidup akan malang. Jika kita percaya hidup ini dalam rahmat tuhan, pasti ada jalan keluar dari setiap kesulitan, yang paling penting, sangka baik kepada Allah. Semua ada hikmah. Kita tak pernah tahu malang yang menimpa itu telah menyelamatkan kita dari azab api neraka sebenarnya.
24) Kawan akan respek bila kita istiqamah berkata tidak kepada dadah, rokok, zina dan lain lain yang haram, syaitan pun akan ‘respek’ dengan orang yang istiqamah, maka jangan takut kawan ejek bila korang tak nak minum arak, tak nak merokok, tak nak hisap dadah, tak nak dekati zina, sebab jauh di sudut hati mereka, sangat respek dengan korang sebab mereka tak mampu nak jadi tegas macam korang waktu di pelawa buat dosa.
25) Fahami takdir, jika kita dah berusaha sedaya upaya tapi masih gagal, itu adalah takdir, banyak pahala jika bersabar dengan ujian selepas berusaha sehabis baik, tapi jika kita malas berusaha dan gagal maka itu adalah pilihan. Tak ada pahala pun untuk orang malas. Dosa lagi ada!
26) Orang takut hantu sebab bayangkan hantu yang menakutkan. Orang suka bertemu kekasih sebab bayangkan saat indah. So wujudkan gambaran indah dalam kepala, wujudkan suasana indah hari esok, insyaallah hidup korang akan menjadi indah.
27) Apa apapun, jangan gelabah, jadilah orang yang tenang, hanya dengan ingat Allah, hati akan menjadi tenang, Kita pun suka dengar Orang tenang bercakap dari orang gelabah bercakap. Orang tenang lebih cekap buat kerja dari orang gelabah. Jadi bertenanglah. Tengok dunia dengan mata burung, bukan dengan mata katak bawah tempurung, maka tenang akan datang.
28) Di dunia ini ada banyak team. Ada Suicide Squad,Justice League, Avanger, Power Ranger, Kamen rider dan lain lain. Namun di akhirat hanya ada tiga team. Team kanan, kiri dan team hadapan. Team kanan masuk syurga. Team kiri masuk neraka dan team hadapan dapat syurga special. Team hadapan ni ramai ahlinya dari orang terdahulu dan sedikit orang terkemudian. Nak tahu detail. Rujuk tafsir surah al Waqiah. Maka pesan ayah, jangan taksub sangat dengan DC dan Marvel punya group, tapi taksublah dengan group Asabiqun.
29) Jangan suka menipu, sebab nanti kena ada dua tipu untuk tutup satu tipu, dan kena ada empat tipu untuk tutup dua tipu, dan kena ada 16 tipu untuk tutup empat tipu, yang mana lambat laun orang akan tahu dan jadi hinalah kita. Jujur pada diri, jangan mengaku bekarya jika ciplak sini sana, jangan tiru tugasan sekolah bulat-bulat, lambat laun orang akan tahu. Allah lagi lah tahu. Jika buat silap, buat salah, terus mengaku secepat mungkin, dan selesaikan masalah dan silap itu segera, tapi jika lambat mengaku salah dan silap lepas tu tipu lagi, maka keadaan akan jadi buruk dan memburuk.
30) Korang jatuh masa kecik dan ayah menyorok, korang tengok tak ada orang nampak lalu korang bangun dan sapu luka sambil cari ayah, dah jumpa ayah baru menangis, begitulah otak kita bertindak, sama ada nak terima masalah dengan air mata, (tak selesaipun) atau bertenang, terima kenyataan, dan move on. Ada orang pergi kedai dan sedih bila kedai tutup, Ada orang yang pergi kedai, bila kedai tutup, dia buat lawak, kedai tutup!-woha!
31) Dalam buat azam dan cita cita, start dulu sikit, maka senang untuk sambung, begitulah buku yang ayah tulis, ayah start dulu, 10 helai, lepas tu berhenti dah buat kerja lain, tapi lepas tu ayah senang nak sambung sebab dah start, so mana mana azam dan cita cita yang belum start pastikan sudah bermula. Nak khatam Al quran, habiskan Al baqarah dulu, baru senang nak sambung, begitu lebih kurang.
32) Jangan nak moody sangat, Semalam telah berlalu, esok belum tentu, nikmati hari ini kerana mati itu tiba tiba, jangan rosakkan hari ini yang dikongsi dengan orang lain dengan perangai moody korang. Orang kuat dia boleh kawal perasaannya, orang lemah, dia tak boleh kawal perasaannya dan biarkan orang lain yang menentukan sama ada dia nak marah, merajuk, atau jadi bodoh! Jadilah remaja yang kuat. Merajuk ni biar budak budak jer.
33) Jika orang penting tanya “buat apa sekarang” maka jangan jawab “tak tahu” atau “tak ada apa-apa”, tapi jawablah “sedang baca buku XX dan sudah sampai bab YY”, atau “sedang baca tafsir Al quran dan sudah sampai surah XX”, atau “sedang siapkan cerpen” atau “sedang kaji tentang sejarah melayu dan islam” atau “sedang fahamkan konsep pinjaman perumahan” atau “sedang belajar baiki computer” atau “sedang belajar bahasa english tahap MUET” atau apa sahaja projek, janji korang selalu ada projek yang sedang di buat, barulah masa remaja korang tak sia sia.
34) Kita seronok main bola jika ikut peraturan, sungguh hidup Kita akan lebih gembira bila ikut peraturan, maka ikutlah peraturan sekolah, paraturan jalan raya, peraturan agama, sungguh hidup akan lebih bahagia bagi orang yang ikut peraturan. Tak perlu pergi sekolah naikkan kolar, baju tak masuk dalam seluar, kasut warna warni, seluar ketat, kain singkat, tak perlu, follow the rule and be happy.
35) Jangan menangis susu yang tumpah tapi pastikan susu itu tumpah atas bijiran sarapan pagi.
36) Burung yang keluar awal pagi, akan dapat lebih banyak ulat, burung yang dah tahu lokasi ulat dan keluar awal pagi, lagilah banyak dapat ulat, maka pilihkan menjadi remaja yang bangun awal pagi, insyaAllah rezeki akan murah.
37) Hintung nikmat Allah setiap hari, nikmat melihat, nikmat bernafas, langit yang biru, pohon yang hijau, dan cerita nikmat itu pada adik beradik dan ahli keluarga di waktu makan berjemamah, kerana nikmat biasanya dirindui selepas nikmat itu hilang, jadi sebelum hilangnya nikmat itu, kita hintung siap siap. Alhamdulillah.
38) Nak jadi unik tak salah, yang salah jadi perasan unik, nanti ayah cerita detail.
39) Jangan jadi orang yang mudah perasan disalahkan, nanti ayah cerita detail.
40) Jangan jadi,,arghh, banyak pulak pesanan jika perkataan JANGAN di hadapan. Woha!
Apa-apapaun, banyak lagi ayah nak tulis, cukup 40 dulu.
Selamat akhil baligh!
Ps: Jika cukup 99 nasihat ni, boleh buat buku macam Fatah Amin ni-woha!
#99katahamkakeretamayat
cerpen remaja 在 Cerpen Remaja Romantis‼️ cerita pendek tentang cinta ... 的八卦
cerita ini mencerita tentang remaja yang masih sekolah yang romantis berakhir dengan ... ... <看更多>