Adakah Tuhan Berjisim?
Apabila manusia beragama ingin cuba memahami Tuhan mereka yang asalnya (hakikatnya) tidak memiliki imej dan jisim itu, tetapi mereka melanggar disiplin itu lalu mengimejkan Tuhan tersebut dengan imaginasi mereka. Mereka beralasan dengan mengimejkan Tuhan itu adalah untuk memperkuatkan iman mereka supaya lebih khusyuk dalam beribadat.
Lalu mereka mula membuat ukiran dan lukisan bagi mewakili wajah tuhan mereka. Seperti mana di dalam agama Hindu mereka membuat ukiran tuhan dan dewa-dewi mereka. Begitu juga dengan agama Buddha, mereka (Mahayana) membuat ukiran patung Buddha dan Kwang Ying. Dalam Kristian, mereka percaya tuhan mengambil bentuk manusia iaitu Jesus dan mazhab Katolik umpamanya sinonim dengan patung-patung, dan agama-agama lain yang memiliki lakaran tuhan serta dewa-dewi mengikut kepercayaan mereka.
Sedangkan perbuatan itu sendiri bercanggah dengan akal dan logik. Ada beberapa persoalan yang harus dijawab sekiranya mereka beriman tuhan itu berimej.
Pertama, sekiranya Tuhan itu memiliki imej, jisim, dan rupa bentuk yang boleh dibayangkan maka cuba buktikan kewujudan imej tuhan itu sekarang. Rakam bukti samada dengan video atau minta untuk ia menjelma di depan manusia sekiranya ia berjisim. Sekiranya di kuil dan gereja memiliki lakaran wajah tuhan, harus di mana sumbernya dan bukti diambil sekiranya ia tidak pernah menjelma di hadapan manusia? Ini menunjukkan bahawa tuhan itu tidak pernah ‘menjelma’ ke di khalayak manusia.
Kedua, di dunia ini terdapat pelbagai jenis tuhan ‘berwajah’ yang dipercayai oleh sebahagian manusia. Ada yang bernama Brahma, Siva, Visnu, Guan Yin, Jesus, Ahura Mazda, Thor, Ameterasu Omikami dan banyak lagi. Persoalannya, kenapa harus tuhan itu memiliki wajah yang berlainan dan tidak serupa diantara agama sekiranya mereka percaya bahawa tuhan itu wujud dalam bentuk imej? Mengapa wajah tuhan itu tidak dapat diselaraskan diantara agama dan benua lain?
Ketiga, jika dilihat di dalam sesebuah agama yang sama tetapi berlainan ras penganutnya, dapat dilihat lukisan tuhan itu memiliki wajah yang berlainan sedangkan watak tuhan yang sama seperti Jesus itu hanyalah satu. Sebagai contoh di barat, Jesus diwajahkan sebagai seorang yang berkulit putih seperti seorang eropah manakala di Afrika pula Jesus diwajahkan sebagai seorang berkulit gelap dan begitu juga di China, Jesus diwajahkan sebagai orang Cina.
Begitu juga dengan ukiran patung Buddha. Siddhrata Gautama Buddha berasal daripada Lumbini, Nepal hari ini. Ras masyarakat di sana adalah berbangsa India. Akan tetapi patung Buddha di sebelah China dan Indo China dilukis seperti orang China dan bermata sepet. Manakala di India ia diukir dengan kriteria seorang India.
Begitu juga dengan tuhan-tuhan dalam agama Hindu. Tidak ada satupun tuhannya dilukis ke dalam bentuk ras orang Eropah yang memiliki mata biru dan berambut perang. Kesemuanya dilukis dalam bentuk ras orang India.
Sedangkan tuhan atau dewa itu tidak seharusnya memiliki karakter yang memihak puak. Mana mungkin tuhan yang menciptakan manusia kepada pelbagai kaum dan ras, tiba-tiba berupa dengan wajah ras seperti orang Afrika, India atau Eropah, ini tidak adil. Tuhan itu hendaklah bersih daripada ras dan bangsa malah yang utama Tuhan itu tidak patut memiliki rupa dan imej.
Secara fitrah dan akal yang sihat manusia akan memahami bahawa Tuhan itu sememangnya tidak boleh berimej, berjisim dan tidak menyerupai sesuatu لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ. Malah perkara ini juga sudah sedia maklum di dalam teks agama-agama dunia juga menceritakan tentang tidak boleh mewajahkan dan memberhalakan tuhan. Mesej ini juga disampaikan oleh semua rasul yang diutuskan Tuhan kepada manusia bermula dari awal manusia sehinggalah nabi Muhammad SAW. Antara teks yang mengatakan melarang mengukir berhala dan mengimejkan Tuhan yang terdapat dalam kitab agama:
Teks Kristian & Yahudi:
1) “Jangan membuat bagimu patung yang menyerupai apapun yang ada di langit di langit, atau yang ada di bumi di bawah, atau yang ada di dalam air di bawah bumi. Jangan sujud menyembah kepadanya atau beribadah kepadanya, sebab Aku, TUHANMU, adalah Tuhan yang cemburu, (Keluaran 20: 4-5)
2) "Janganlah kamu membuat berhala bagimu, dan patung atau tugu berhala janganlah kamu dirikan bagimu; juga batu berukir janganlah kamu tempatkan di negerimu untuk sujud menyembah kepadanya, sebab Akulah TUHANMU. (Imamat 26: 1)
Teks Hindu:
1) “na tasya pratima asti
“Tak ada rupa buat Tuhan.” (Yajurveda 32:3)
2) “shudhama poapvidham”
“Tuhan tak bertubuh dan suci.” (Yajurveda 40:8)
“Andhatama pravishanti ye asambhuti mupaste”
3) “Mereka memasuki kegelapan bagi yang menyembah elemen alam (Udara, Air, Api Tanah), dan terperosok dalam kegelapan yang besar bagi yang menyembah benda buatan (patung). (Yajurveda 40:9)
Teks Buddha:
Pada zaman Buddha (zaman Vedik) patung dan berhala belum lagi diukir kerana perkara itu berlaku selepas daripada zaman Bactrian Buddhism di India. Terdapat satu teks di dalam kitab Sutta Pitaka mengenai mesej Buddha seakan menceritakan suatu kuasa ghaib:
“Atthi Ajatam Abhutam Akatam Asamkhatam yang bererti :“Suatu Yang Tidak Dilahirkan, Tidak Dijelmakan, Tidak Diciptakan dan Yang Mutlak”. (Udana VIII : 3)
Teks Islam:
Di dalam surah al Ikhlas Allah berfirman yang bermaksud:
“Katakanlah: "Dia-lah Allah, yang Maha Esa. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu. Dia tiada beranak dan tidak pula diperanakkan, Dan tidak ada seorangpun yang setara (serupa) dengan Dia.” (al Ikhlas: 1-4)
Inilah salah satu mesej Islam tentang Tuhan yang konsisten bermula sejak dari awal manusia sehinggalah sekarang. Umat Islam adalah umat yang paling sensitif di dalam isu pengwajahan tuhan kerana kesemua nabi dan rasul dalam Islam membawa aqidah dan mesej yang sama. Malah, jika dilihat secara logiknya manusia dapat memahami bahawa Tuhan itu tidak harus memiliki wajah dan diukir oleh manusia. Logik Tuhan itu perlu ghaib adalah lebih mudah untuk difahami berbanding membahas logik tuhan perlu berimej.
Wallahua’lam.
(Admin)
cemburu dewa 在 Firdaus Wong Wai Hung Facebook 八卦
[Patung: Antara Protestan Dan Katolik]
Sebelum agama Kristian menjadi agama pemerintahan Rom, masyarakat Rom sudah beragama dengan paganisme. Mereka percaya kepada dewa Mithra, Sol Invictus, Jupiter, Apollo dan lain-lain. Pada zaman paganisme ini, masyarakat Rom sudah begitu sinonim dengan pengukiran dan penyembahan patung hasil daripada pengaruh Hellenisme.[1]
Hellenisme terkenal dengan budaya pemahatan patung. Malah di dalam sejarah sudah merakamkan sejarah pembinaan patung di India (Bachtrian Buddhism), dan juga kemerosotan agama Zoroaster di Parsi (Sellucid) adalah banyak pengaruh daripada Hellenisme yang dibawa oleh Yunani.
Apabila datangnya agama Kristian yang dibawa oleh orang terkemudian selepas Jesus, ia disebar oleh pengikut Saint Paul, lalu akhirnya menjadi agama rasmi di dalam pemerintahan Rom, dari situ ia mula di asimilasikan ke dalam kepercayaan paganisme di Rom lalu berlaku sinkretisme diantara ajaran Kristian dan juga paganisme. Salah satu kesannya adalah pengukiran patung-patung di dalam Gereja. Tradisi patung ini diteruskan oleh gereja Katolik khususnya. Mereka membuat patung dari kalangan saint (wali) mereka dan juga patung Jesus serta Mary.[2]
Pada asalnya mereka (golongan Kristian) sudah maklum bahawa Jesus tidak pernah membawa konsep pemahatan patung. Jika dibaca di dalam Perjanjian Baru, tidak ada satupun ayat yang menjurus ke arah itu. Malah pada zaman Jesus, rumah ibadat mereka adalah ‘Synagogue’ (rumah ibadat Yahudi) yang tidak ada patung-patung. Ini kerana perkara itu bercanggah dengan ajaran Taurat dan Perjanjian Lama yang melarang mengukir patung.[3]
Akan tetapi penganut Kristian Katolik tidak mengendahkan perintah itu. Mereka membuat patung-patung sehinggalah perkara itu menjadi konflik besar yang menjadi serangan kepada golongan yang menyokong revolusi agama Kristian pada abad ke 15 M. Martin Luther antara tokoh yang terkenal di dalam mazhab Protestan yang mengkritik keras amalan pembinaan patung di dalam mazhab Katolik. Martin Luther berkata:
“Anything that one imagines of God apart from Christ is only useless thinking and vain idolatry.”[4]
“Superstition, idolatry and hypocrisy have ample wages, but truth goes a begging.”[5]
Malah di dalam mazhab Protestan menganggap perbuatan menghormati patung adalah satu dosa.[6] Dan antara salah satu perkara yang membezakan diantara kedua mazhab ini adalah pembinaan patung di gereja. Golongan Protestan tidak membenarkan untuk mengukir patung malah lambang salib mereka juga ‘kosong’ tidak sama seperti lambang salib dalam Katolik yang ada ukiran Jesus yang disalib. Golongan Protestan berhujah mengatakan perbuatan mengukir patung adalah dilarang di dalam Bible:
Jangan ada padamu tuhan lain di hadapan-Ku. Jangan membuat bagimu patung yang menyerupai apapun yang ada di langit di atas, atau yang ada di bumi di bawah, atau yang ada di dalam air di bawah bumi. Jangan sujud menyembah kepadanya atau beribadah kepadanya, sebab Aku, Tuhan, adalah tuhan yang cemburu, yang membalaskan kesalahan bapa kepada anak-anaknya, kepada keturunan yang ketiga dan keempat dari orang-orang yang membenci Aku. (Keluaran 20: 3-5)
“Hati-hatilah, supaya jangan kamu melupakan perjanjian Tuhan, yang telah diikat-Nya dengan kamu dan membuat bagimu patung yang menyerupai apapun yang oleh Tuhan, dilarang kau perbuat.” (Ulangan 4: 23)
"Janganlah kamu membuat berhala bagimu, dan patung atau tugu berhala janganlah kamu dirikan bagimu; juga batu berukir janganlah kamu tempatkan di negerimu untuk sujud menyembah kepadanya, sebab Akulah Tuhanmu.” (Imamat 26: 1)
“Janganlah engkau sujud menyembah kepada tuhan mereka atau beribadah kepadanya, dan janganlah engkau meniru perbuatan mereka, tetapi haruslah engkau memusnahkan sama sekali patung-patung berhala buatan mereka, dan tugu-tugu berhala mereka haruslah kau remukkan sama sekali.” (Keluaran 23:24)
Di dalam Perjanjian Lama begitu jelas melarang pengukiran patung. Malah mengarah untuk memusnahkan patung-patung yang menjadi penghormatan di dalam agama lain. Selain itu juga, di dalam Perjanjian Baru juga melarang mengenai patung:
“Atau tidak tahukah kamu, bahawa orang-orang yang tidak adil tidak akan mendapat bahagian dalam Kerajaan tuhan? Janganlah sesat! Orang cabul, penyembah berhala, orang berzina..” (1 Korintus 6: 9)
“Anak-anakku, waspadalah terhadap segala berhala.” (1 Yohanes 5:21)
Walaupun dikemukakan hujah yang sejelas itupun, golongan Katolik tidak mengendahkannya malah mereka beralasan bahawa perbuatan membina patung itu ada kebaikannya walau tidak diajar oleh Bible. Antaranya adalah mereka beranggapan bahawa mereka tidak menyembah patung itu tetapi menghormati peribadi yang dipatungkan itu. Selain itu juga mereka menggunakan alasan bahawa patung itu hanya sekadar lambang yang membantu untuk mengarah hati kepada tuhan.
Isu ini masih diperdebatkan oleh golongan Katolik dan Protestan sehingga pada hari ini. Di dalam Katolik masih berpegang ia adalah amalan tradisi masyarakat Yunani terdahulu disampin mencari hujah untuk membenarkan pengukiran patung di dalam gereja. Manakala Protestan di dalam isu ini membangkitkan ayat-ayat larangan terhadap perkara itu dan mengajak kembali kepada sejarah awal Jesus yang tidak memperkenalkan perkara itu.
Kesimpulan
Asal agama tidak membenarkan mengukir patung. Akan tetapi apabila sesuatu agama itu disinkretisme dengan amalan lain maka ia membentuk banyak penyimpangan dari ajaran teks asal. Begitu juga berlaku kepada golongan Protestan yang cuba untuk kembali memahami teks asal di dalam masalah ini akan tetapi tidak dipedulikan oleh golongan Katolik kerana mereka memiliki alasan tersendiri. Walaupun mereka berbeza di dalam soal pembuatan patung dan sebagainya akan tetapi aqidah ketuhanan mereka tetap sama iaitu mempercayai Jesus, tuhan bapa dan roh kudus adalah tuhan dalam satu atau triniti (Athanasian Creed).
Jika dilihat kembali kepada hujah golongan Protestan terhadap isu patung ini timbul beberapa persoalan yang melibatkan konteks hujah serangannya terhadap isu ini. Mereka beralasan pengukiran patung ini tidak dianjurkan oleh Bible dan ia juga tidak dibuat oleh Jesus.
Sebenarnya di dalam Bible juga jelas mengatakan Tuhan itu esa atau tunggal seperti di dalam Ulangan 6: 4, Markus 12: 29 dan tidak ada satupun ayat yang mengatakan Jesus itu adalah tuhan. Malah di dalam Bible sendiri tidak ada konsep triniti. Persoalannya, jika dilihat kembali kepada logik konteks penolakkan terhadap pengukiran patung maka meraka juga perlu menolak konsep triniti ini.
Ini antara perkara yang boleh diperbincangkan secara ilmiah di antara golongan Kristian dan juga Muslim kerana umat Islam juga beriman kepada Jesus atau nabi Isa. Dalam Islam Jesus adalah seorang rasul dan bukan tuhan.[7] Semoga Allah memberi hidayah kepada kita semua.
Nota Kaki:
[1] Lihat Diarmaid MacCulloch, (2009). A History of Christianity, Penguin Books, London, hlm 37-40
[2] Lihat Alister E. McGrath, (2015). Christianity An Introduction, Wiley Blackwell, UK, hlm 122-126
[3] Lihat Ulangan 4: 23, Imamat 26: 1, dan Keluaran 23:24
[4] Lihat Daniel Whyte, III, (2007). Just Jesus!: The Greatest Things Ever Said About the Greatest Man Who Ever Lived, Torch Legacy Publictions, USA, hlm 129
[5] Lihat Martin Luther, Alexander Chalmers, (-). The Table Talk of Martin Luther, H.G Bohn, York Street, Covent Garden, hlm 25
[6] Lihat Devin Rose, (2014). The Protestant’s Dilemma, Chatholic Answers Press, San Diego, hlm 56
[7] Surah an Nisa 171, al Maa’idah 116
R&D TEAM MRM
cemburu dewa 在 Hamka (Kereta Mayat) Facebook 八卦
Asal usul Santa Clause.
Ada banyak versi tapi saya paling suka versi terbaru yang terbit pada tahun 2019.
Alkisahnya.. menurut versi 2019 itu.. Pada zaman dahulu tahun 1800.. ada ketua posmen yang kaya. Tapi anaknya sangat pemalas dan si ayah telah hantar anaknya ke hujung dunia. Satu daerah terpinggir yang penuh salji didiami oleh dua puak saling berperang sejak zaman berzaman.
Kata si ayah, kamu kena uruskan penghantaran surat sebanyak 6000 pucuk di daerah itu baru boleh balik dan nikmati kekayaan si ayah.
Maka posmen itu cuba dapatkan surat dari penduduk kampung tapi mereka semua sibuk bergaduh. Posmen cuba dekati kanak kanak namun semua kanak kanak adalah nakal. Dan punca kenakalan kanak kanak juga buatkan ibu bapa mereka bergaduh dengan jiran tetangga.
Satu hari posmen berjalan jauh ke hujung kampung dan terjumpa sebuah rumah yang dipenuhi oleh mainan buatan tangan milik seorang pakcik tua berjambang putih.
Posmen itu dapat tahu pakcik tu buatkan mainan untuk anaknya tapi bila anak dan isteri tiba tiba mati terus pakcik tu buatkan beribu ribu mainan tanpa henti.
Posmen itu pujuk pakcik tu untuk diagihkan secara percuma semua mainan kepada kanak kakak. Bila Pakcik tu setuju terus posmen tu dapat idea dan sebarkan berita palsu kepada kanak kanak di seluruh kampung bahawa siapa nak hadiah permainan percuma perlu tulis surat kepada dewa Santa Klause.
Maka kanak kanak pun mulai menulis dan posmen sendiri akan hantar mainan, tapi kerana orang kampung tak suka diganggu maka posmen telah masuk melalui cerobong asap dan senyap senyap letakkan hadiah dalam stokin.
Satu lagi, Oleh sebab posmen dah kenal semua kanak kanak maka dia tahu siapa yang nakal dan siapa yang baik. Kanak kanak nakal akan dapat batu sahaja. Kanak kanak baik akan mendapat mainan.
Insaf sebab dapat batu. Maka kanak kanak nakal sanggup berubah menjadi baik. Maka mereka buang tabiat jahat mereka yang suka mencuri dan sebagainya dan telah pulangkan balik hasil curian hingga punca perang selama ini akhirnya terhenti.
Akhirnya semua Penduduk kampung dah jadi baik dan merasa bahagia bila kanak kanak semuanya baik baik. Begitulah asal usul kampung itu jadi baik dan berdamai.
Hujung cerita, Pakcik tua si pembuat mainan itu mati namun semangat bagi hadiah kepada kanak kanak yang baik masih diteruskan oleh ibu bapa dikampung itu yang akan berikan hadiah pada anak mereka pada setiap kali tiba hari raya.
Demikianlah asal usul Santa Klause yang sangat menarik tentang usaha tidak putus asa seorang posmen dan pakcik Santa dalam menyelamatkan masa depan kanak kanak zaman itu dan seterusnya mengehentikan pergaduhan disebuah kampung.. semua ini boleh ditonton dari filem animasi terbaik berjudul.Klause. 2019. Filem lukisan 2D tapi diwarna nampak macam 3D.
Babak akhir waktu posmen rindu pada Santa Klause itu buat saya rasa sebak jugak..
Sebuah tontonan yang bagus untuk anak anak jika bertanya 'asal usul' Santa Clause.
Woha!
(Masa untuk tazkirah)
Cerita pasal hadiah atau hibah, jom rujuk Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Berhadiah-hadiahlah antara
kamu kerana dengan itu dapat menambahkan kasih sayang antara kamu." (Riwayat Tabrani)
Pesan Nabi lagi:
"Bersalam-salamlah kamu nescaya ia akan menghilangkan perasaan dengki (iri hati), dan beri-memberilah antara kamu, nescaya kamu akan saling cinta mencintai antara sesama kamu dan ia akan menghilangkan permusuhan." (Hadis riwayat Malik)
Tempat lain Nabi bersabda: "Janganlah engkau menghina seorang jiran yang menghadiahkan kepada jirannya walaupun hanya dengan kuku kambing." (Hadis riwayat Muslim)
Sabda Nabi lagi bab hadiah,
"Hendaklah kalian saling memberi hadiah kerana hadiah itu dapat menwariskan rasa cinta dan membersihkan berbagai kekotoran hati"
Imam Tabrani meriwayatkan daripada Aisyah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Biasakanlah kamu saling memberi hadiah, nescaya kamu akan saling mencintai."
Bercerita tentang cinta dah tentu tak lupa cinta kepada isteri..
Sabda Rasulullah saw bermaksud: "Orang yang baik di antara kamu ialah orang paling berlaku baik terhadap isterinya dan akulah orang paling baik terhadap isteri daripada kamu." (Hadis Riwayat at-Tarmizi).
Hadis lain Riwayat at-Tarmizi bermaksud: "Mukmin yang paling sempurna imannya ialah mukmin yang paling baik akhlaknya dan paling lemah lembut terhadap isterinya."
Alkisahnya diriwayatkan daripada Ummu Kaltsum binti Abu Salamah, beliau berkata: "Ketika Nabi bernikah dengan Ummu Salamah, baginda bersabda kepadanya, 'Sesungguhnya aku pernah hendak memberi hadiah kepada Raja Najasyi sebuah pakaian berenda dan beberapa botol minyak kasturi, namun aku mengetahui ternyata Raja Najasyi meninggal dunia dan aku mengira hadiah itu akan dikembalikan. Jika hadiah
itu memang dikembalikan kepadaku, aku akan memberikannya kepadamu.
Beliau (Ummu Kultsum) berkata: Ternyata keadaan Raja Najasyi seperti yang disabdakan Rasulullah dan hadiah itu dikembalikan kepada baginda, lalu baginda memberikan kepada masing-masing isterinya satu botol minyak kasturi, sedang sisa minyak kasturi dan pakaian itu beliau berikan kepada Ummu Salamah." (Hadis riwayat Ahmad)
Rasulullah juga suka memberi hadiah kepada isteri-isteri baginda. Apabila pulang dari mana-mana perjalanan, baginda sering membawa pulang hadiah untuk isteri-isteri baginda. Pernah suatu ketika, baginda terlupa membawa pulang hadiah, baginda berpatah semula ke pekan lalu membelikan hadiah untuk isteri
baginda.
Diriwayatkan oleh Aisyah r.a., "Pada suatu ketika Rasulullah menghadiahkan aku sebuah gelang yang amat cantik buatannya. Kemudiah aku bertanya kepada baginda, "Ya Rasulullah, siapakah di antara kami (isteri) yang paling kamu sayang?" Jawab Rasulullah, "Siapa yang ada gelang di lengannya." Keesokkan
harinya aku dapati kesemua isteri baginda memiliki gelang yang sama."
Jadi kepada semua suami. Jangan lupa bagi hadiah kepada isteri kerana itu adalah sunnah dan kepada isteri jangan cemburu kepada isteri isteri dapat hadiah kerana mereka bukannya orang lain. Madu kau jugak!
Woha!
Ho..ho..ho..
cemburu dewa 在 Cemburu by Dewa 19 ft Ello and Virzha, - YouTube 的八卦
live in concert Dewa 19 ft Ello and Virzha, 30 years of career tour at KJRI Los Angeles California. ... <看更多>
cemburu dewa 在 @Dewa19 Feat Virzha - Cemburu - YouTube 的八卦
@Dewa19 Feat Virzha - Cemburu. 786K views 1 year ago. VIDEO LEGEND ... Cemburu Cipt. ... Dewa 19, Ahmad Dhani, Virzha, and more. ... <看更多>