Terima kasih kepada jurulatih saya John Beasley serta isterinya Vicky Beasley. Watak yang amat penting di sebalik kejayaan saya selama ini. Walaupun lahir sebagai seorang Mat Salleh Aussie dan berkulit putih, tetapi jiwa beliau sangat dekat dengan Malaysia. Orang luar tidak dapat bayangkan akan pengorbanan beliau untuk saya dan juga sukan lumba basikal negara kita. Teringat zaman muda remaja dahulu, ketika atas kapal terbang John Beasley selalu bagi ‘flight meal’ beliau kepada saya dan katanya dia tidak lapar. Saya naif dan percaya bulat-bulat, walhal beliau nak saya tambah berat badan dan makan dengan cukup. Beliau sangatlah di hormati di arena lumba basikal antarabangsa dan juga sentiasa menjadi rebutan negara-negara luar akan tetapi beliau taat dengan Malaysia seolah-olah sudah terkena nasi kangkang orang Melayu. John Beasley bukan hanya seorang jurulatih kepada saya, tetapi lebih dari itu.
.
Terima kasih kepada pasukan saya (TeamAzizul) yang sanggup bersama-sama meredah onak dan duri. Izham Mohammad selaku team manager/coordinator yang berperanan melancarkan banyak urusan belakang tabir supaya saya dapat memberikan tumpuan penuh kepada latihan dan perlumbaan. Harnizam Basri selaku pembantu jurulatih banyak membantu dari aspek latihan , kelengkapan perang dan yang hal-hal berkaitan. Mollynica Juanis selalu physio yang memastikan saya berada di tahap kondisi fizikal yang terbaik dan terhindar dari sebarang kecederaan. Chee Lee Ming selaku pakar sains sukan yang memberikan bantuan dari sudut sains sukan secara menyeluruh. Semua aspek-aspek sains sukan yang boleh menjadi anjakan paradigma untuk prestasi saya adalah tanggungjawab beliau.
.
Terima kasih kepada rakan sepasukan Shah Firdaus, Fadhil Zonis dan Anis Rosidi yang sentiasa bersama-sama dengan saya ketika senang mahupun susah. Kami sentiasa ‘push each other’ dalam latihan manakala di luar latihan pula kami saling membantu sesama sendiri untuk menuju ke puncak. ‘Iron sharpens iron’, untuk menjadi seorang yang bagus, kita perlu di kelilingi oleh orang-orang yang bagus dan kita kena bersaing sesama sendiri secara positif. Untuk membentuk satu legasi yang hebat, kita perlu sama-sama membantu menaikkan orang disekeliling kita dan saya tersangatlah anti dengan mentaliti menjatuhkan orang lain dan sikap ‘akulah paling bagus dalam dunia ni’. Saya harap ketiga-tiga nama yang saya sebut ini akan bersama-sama dengan saya di Paris 2024 nanti, 3 tahun lagi.
.
[Bersambung]
.
#WeAreOneWithAzizul #DemiMalaysia
#teamazizul #azizulawang
#olympics #olympic
#tokyo2020 #tokyo
同時也有559部Youtube影片,追蹤數超過40萬的網紅David Teo,也在其Youtube影片中提到,#MigMovie #MetrowealthMovie #DavidTeo #Longkai #Gangster #Weekend #Ahad #Wawazainal #NiezamZaidi #FaizalHussein #ErraFazira #AlongEyzendy #Viral #Tr...
bantuan 在 HRH Crown Prince of Johor Facebook 八卦
Saya menerima mengadap Ustaz Ebit Lew pada hari ini. Sejak kebelakangan ini, beliau sering menolong rakyat terutamanya golongan asnaf dan daif yang memerlukan bantuan dengan sumbangan dan usaha-usaha kebajikan.
Antara aktiviti-aktiviti sumbangan yang paling saya kagumi adalah usaha beliau dalam membantu rakyat dengan peralatan perubatan, bekalan makanan dan barang keperluan asas.
Saya juga telah memberi sumbangan kepada usaha kebajikan Ustaz Ebit Lew agar beliau dapat membantu lebih ramai lagi rakyat yang memerlukannya.
Diharapkan beliau selalu dirahmati dan diberkati Allah.
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
———
I received in audience Ustaz Ebit Lew today. Lately he has often helped the people, especially the underprivileged and the poor who needed help with contributions and welfare efforts.
Among the welfare initiatives that I admire are his efforts to help people with medical equipment, food supplies and daily necessities.
I also made a contribution to Ustaz Ebit Lew's welfare efforts so he could help more needy people.
May he always be blessed and protected by Allah.
HRH Major General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Crown Prince of Johor
bantuan 在 Fizo Omar Facebook 八卦
“ AKU MACAM TAK NAK KERJA DAH, RASA NAK DUDUK RUMAH JE MAIN DENGAN ANAK”.
Ayat ni lah terlintas dlm kepala aku bila dpt tahu yg Abam dah tak de pg td, ni last conversation aku ngn arwah masa buat teater Siti Di alam Fantasi 2 bulan lepas. Punyalah seronok dia cter pasal anak dia, Hamzah. “lama weh aku tunggu nak dapat jodoh, dan Allah terus bg rezeki zuriat, macam tak caya dgn keadaan aku mcm ni Allah bg rezeki kat aku”.
“kalau ikutkan hati aku,rasa tak nak keluar rumah, nak main ngn anak je hari2, tu la bila aku habis keje pecut balik rumah nak main ngn anak”. aku paham perasaan tu sbb aku pun berada dlm situasi yg sama, beza Maryam dan Hamzah tak sampai setahun. Tiap kali borak psl anak je aku blh rasa dan nampak dia punya excited dan rasa bersyukur tu lain macam.
.
Hari ni aku sedih sgt bila pg ziarah keluarga td, bila tgk Hamzah,aku tak leh tahan sebak aku, sbb aku tahu betapa bapaknya sayang dia..Allahu.Apa yg aku blh sampaikan pada Hamzah, bapak kau ni orang yang baik dan tak pernah nak berckp psl orang lain dan dia sgt bertanggung jawab kpd keluarga dia.kau beruntung menjadi keturunan yg baik, tengoklah beribu orang yg dtg memberi penghormatan terakhir pada bapak”.
.
Pandanglah kearah positive dgn percaturan Allah, sekurang kurangnya Allah mengurniakan salah satu nikmat dunia sebagai seorang bapa yg dpt memberikan kasih sayang kpd seorang anak walaupun hanya 8 bulan sahaja.Allah sebaik2 perancang, jgn sesekali kita menidakkan aturanNYA, Allah menjemput anak kpd Ali Puteh (adik Abam) dan DIA mengizinkan Ali menjadi juara MLM dan rezekinya melimpah ruah dan semalam Allah menjemput pula Abam.Dan aku percaya pangkat sebagai bapa saudara adalah sama seperti bapa sendiri.
.
Subhanallah, itulah sebaik baik perancang yg kita sebagai manusia dikaburi dengan kesedihan diatas sesuatu kehilangan atau musibah yg berlaku.
.
Kawan2, mungkin Balu kpd arwah, anaknya Hamzah atau keluarga tak perlukan bantuan dari segi kewangan, tetapi kita sebagai sesama Islam tak salah kalau kita nak kongsikan rasa kasih sayang dan moral support utk kita bantu mereka yang akan meneruskan kehidupan baru mereka selepas ini.
.
Saya doakan semoga semua yg membaca ini, Allah gerakkan hati kita semua dgn membantu keluarga arwah dgn seikhlas hati,
( Siti Norhidayah - 4732721822 - Public Bank)
.
Sama kita doakan semoga arwah ditempat dikalangan orang beriman, dan Allah mengampuni segala dosa2 nya dan juga menerima segala amalan kebaikannya.
.
AL - FATIHAH.
.
#ABAMBOCEY
#GEMUKISAWESOME
bantuan 在 David Teo Youtube 的評價
#MigMovie #MetrowealthMovie #DavidTeo #Longkai #Gangster #Weekend #Ahad #Wawazainal #NiezamZaidi #FaizalHussein #ErraFazira #AlongEyzendy #Viral #Trending #FullMovie #Mig #MigPictures #DavidTeo #Metrowealth
Copyright By / Hakcipta Terpelihara : MIG Pictures.Sdn.Bhd
====================================================
Marketing and promotions please contact :
Email : ruby@metrowealth.com.my & jane@metrowealth.com.my
No phone : +603-7782-2299 (Monday to Friday | 9am to 6pm)
Subscribe Youtube DavidTeo : https://www.youtube.com/user/davidteo...
====================================================
Mojo dan Bayam merupakan musuh tradisi Eddie dan Bada. Mojo lebih rela mati dari bekerjasama dengan mereka. Namun adik perempuannya, Soraya sengaja menempah bahaya kerana dia dan Eddie bercinta senyap-senyap. Zarina, seorang wanita misteri sering mengunjungi bengkel Rimau.
Mojo pula semakin geram kerana segala projek jahatnya akan dipatahkan oleh geng Eddie. Mojo mahu balas dendam dan meminta bantuan Naga, taiko terkenal. Towtruck Eddie dilanyak habis-habisan. Adakah Eddie terselamat? Siapakah Zarina sebenarnya?
Instagram : https://www.instagram.com/davidteo99
Facebook : https://www.facebook.com/davidteo99
SILA LIKE, COMMENT, SUBSCRIBE, & SHARE.

bantuan 在 David Teo Youtube 的評價
#MigMovie #DavidTeo #MetrowealthMovie #Hantu #FullMovie #Mig #MigPictures #DavidTeo #Metrowealth
Copyright By / Hakcipta Terpelihara : MIG Pictures.Sdn.Bhd
====================================================
Marketing and promotions please contact :
Email : ruby@metrowealth.com.my & jane@metrowealth.com.my
No phone : +603-7782-2299 (Monday to Friday | 9am to 6pm)
Subscribe Youtube DavidTeo : https://www.youtube.com/user/davidteoMETROWEALTH
====================================================
Mika dan Nizam mempunyai idea untuk membuat short dokumentari di sebuah tempat seram, di mana mereka akan membuat liputan di sebuah bangunan yang bernama Highland Tower. Dengan bantuan pihak produksi daripada MIG, Mika dan Nizam berjaya mendapatkan dana daripada pihak produksi MIG yang sangat berminat dengan idea yang telah dibentangkan oleh mereka. Pihak produksi juga telah membantu dalam menambahkan ahli kumpulan mereka iaitu SHIMA ANUAR, ATIKAH SUHAIME, EDDY RAUF dan juga ZAIRI ZAINAL. Pada malam pertama, cukup membuatkan team Mika dan Nizam, berasa seram. Macam-macam kejadian aneh berlaku. Dapatkah mereka terlepas dengan pengalaman yang menakutkan? saksikan..
Instagram : https://www.instagram.com/davidteo99
Facebook : https://www.facebook.com/davidteo99
SILA LIKE, COMMENT, SUBSCRIBE, & SHARE.

bantuan 在 Budiey Channel Youtube 的評價
CARTA TRENDING 29 MAC 2020:
Trending #1: https://www.budiey.com/zarina-anjoulie-sindir-artis-tak-sedar-diri-minta-bantuan-ada-kereta-mewah-tapi-tak-plan-masa-depan/
Trending #2: https://www.budiey.com/isu-artis-mohon-bantuan-kerajaan-nama-siti-sarah-turut-terpalit/
Trending #3: https://www.budiey.com/sharnaaz-ahmad-mohon-netizen-bertenang-nasihat-artis-supaya-berjimat-cermat/
Trending #4: https://www.budiey.com/muat-naik-gambar-grafik-masjid-penularan-covid-19-cetuskan-kemarahan-warganet/
Trending #5: https://www.budiey.com/covid-19-black-hanifah/
https://instagram.com/budiey - Follow My Instagram
http://youtube.com/budieychannel - Click to Subscribe!
http://budiey.com - Visit My Blog!
http://facebook.com/BudieyDotCom - Become a Fan!
http://twitter.com/budiey - Follow Me!

bantuan 在 Presiden Jokowi Melepas Bantuan Kemanusiaan untuk ... 的八卦
Lepaskan Bantuan Kemanusiaan ke Pakistan, Presiden Harap Dapat Percepat Pemulihan Pascabencana*Presiden Joko Widodo secara resmi melepaskan ... ... <看更多>