Pejam celik pejam celik dah habis dah Kelas Advance Roket Bisnes (ARB) selama 3 hari 2 malam.
.
Haa, ni saya nak share sikit antara 3 perkara yang perlu ada dalam copywriting..
.
Pertama, siapa. Copywriting yang kita tulis ni nak tujukan kepada siapa? Kita kena tahu kita tulis copywriting untuk siapa. Siapa target pelanggan kita..
.
Kedua, mudah faham. Macam ni, korang kena tulis copywriting tu buatkan orang mudah faham. Tak perlu guna bahasa sastera sangat bila nak tulis tu. Better guna bahasa bercakap.
.
Ketiga, meyakinkan. Bila nak tulis tu mesti menyakinkan pelanggan. Jangan tulis fakta sebab tak semua orang tahu tentang fakta dan fakta is boring. Tulis dengan emosi baru kita dapat kuasai pelanggan. Faham ni?
.
Alright, tu jer nak share untuk hari terakhir ni..
.
Terima kasih kepada semua peserta ARB yang berikan komitmen selama 3 hari ni. Korang semua memang awesome.
.
Saya doakan korang semua dapat capai impian tahun 2021 ni. Aamiin
.
#arbfeb2021
#tarik10xpelanggan
#ORMnajibasaddok
arbfeb2021 在 Najib Asaddok Facebook 八卦
Dahsyat!! Walaupun Kelas Advance Roket Bisnes (ARB) dijalankan secara virtual online. Semua peserta dapat berikan fokus sepanjang kelas berlangsung..
.
Okay, nak share sikit value yang kita boleh kongsikan kepada follower Facebook Page korang..
.
Benda ni mudah jer untuk kita buat..
.
Pertama, share doa. Tak salah pun kalau kita nak share doa dengan orang lain. Bila kita share, kan semua orang akan sama-sama mendoakan sesama kita yang penting doa yang baik-baik jer tau..
.
Kedua, share quote. Korang boleh juga boleh share kata-kata semangat untuk naikkan semangat orang. Tak kisah tenang apa, mungkin dengan apa yang kita share memberikan kesedaran pada orang lain.
.
Ketiga, share tips. Bila kita share tips orang akan ikut bila dia rasa apa yang kita share tu betul dan dekat situ kita sebenarnya dah membantu dia.
.
Mudahkan sebenarnya nak beri value pada orang? Itu jer nak share petang ni..
.
Yang mana tak dapat join, tak apa insyaAllah next kelas boleh join. Terima kasih kepada semua peserta yang komited hari ini. Jangan lupa kita sambung belajar lagi malam ni okay..
.
#arbfeb2021
#tarik10xpelanggan
#ORMnajibasaddok
arbfeb2021 在 Najib Asaddok Facebook 八卦
Cepat jer masa berlalu dah masuk 2 hari untuk Kelas Advance Roket Bisnes (ARB).
.
Okay saya nak kongsikan 3 point penting untuk hari kedua ni..
.
Pertama, ni benda free jer yang boleh naikkan sales dan iaitu FB Live. Bukan susah pun, tekan jer button live tu yang penting input yang nak disampaikan dalam live tu mestilah mudah untuk orang faham dan jelas.
.
Kedua, orang sekarang lebih suka content jenis video. Tapi korang tak tahu nak buat video apa? Dari testimoni pelanggan pun boleh, ambil video orang pun boleh tapi kreditkan lah orang tu..
.
Ketiga, tentang copywriting. Sebenarnya dalam copywriting, ada banyak emosi yang boleh kita masukkan, tapi dengan syarat kita kena faham dengan siapa kita bercakap, dan apa value yang bisnes kita bawa. Korang tak boleh sebarang tulis ikut sedap hati sebab kalau salah ayat, orang akan cabut lari..
.
Dapat sesuatu?? Okay itu jer nak share, kepada semua peserta ARB jumpa malam ni tau..
.
#arbfeb2021
#tarik10xpelanggan
#ORMnajibasaddok