BURSA MALAYSIA adalah seperti ‘lombong emas’ kepada pelabur yang bijak. Saya ingin menyeru kepada para pelabur supaya berdisiplin apabila melabur.
.
.
.
Kekayaan seseorang sebenarnya bukan hadir disebabkan harta yang dimiliki tetapi disebabkan kebijaksanaan mereka mengembangkan apa yang mereka miliki.
"Dia kaya bolehlah. Keluarga dia memang orang kaya."
"Dia lahir-lahir dah jutawan, keturunan dia orang kaya, 7 keturunan makan tak habis."
Hakikatnya ramai orang kaya datang dari orang biasa-biasa.
Tetapi disebabkan keinginannya yang tinggi untuk mengubah kehidupan & disebabkan "The Power of NAK" mereka melakukan tindakan yang luar biasa. Mereka bijak menguruskan apa yang mereka miliki dan mengembangkan apa yang mereka miliki.
Orang kaya cari jalan untuk menggandakan wang mereka.
Mengapa? Supaya ia dapat menjamin kelangsungan hidup dalam tempoh 20 hingga 50 tahun akan datang.
Mereka terlibat dalam pelaburan dan pelaburan saham antara pelaburan yang terbaik dan mudah kerana ia hanya memerlukan modal yang minima untuk bermula.
Jadi kita perlu bijak untuk menjadi kaya.
Bijak uruskan apa yang kita ada, bukan gunakan semua yang kita ada.
Jadilah Pelabur yang Bijak!
www.asriahmadacademy.com
#MentorSaham
#BursaMKTPLC
#TradersUnited
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過62萬的網紅Bryan Wee,也在其Youtube影片中提到,...
「tradersunited」的推薦目錄:
tradersunited 在 Mohd Asri Facebook 八卦
PERMATA SABAH
"Hap Seng Consolidated Bhd"…....
(tidak patuh shariah di Bursa)
Syarikat 'gergasi' tetapi jarang sekali mendapat publisiti. Pasti ramai tidak pernah dengar dengan nama ini.
Nah, urang Sabah mesti pernah dengar nama ini kerana syarikat 'gergasi' ini lahir di Tawau, Sabah.
(Opss! jangan terkeliru dengan Hup Seng - Cream Crackers)
Sedikit fakta tentang konglomerat ini:
------------------------------------------
1. "Hap Seng", yang bermaksud perpaduan dan kejayaan, berasal dari sebuah kedai kecil yang ditubuhkan oleh pengasasnya Lau Gek Poh, yang berhijrah dari China ke Sabah pada tahun 1930.
2. Hap Seng Consolidated Berhad adalah anak syarikat Gek Poh (Holdings) Sdn Bhd dan diasaskan pada 24 Mac, 1975.
3. Hap Seng Consolidated Berhad adalah sebuah syarikat pegangan pelaburan, terlibat dalam perladangan (Kelapa Sawit), hartanah, pembiayaan kredit, automotif (Mercedes-Benz), perdagangan baja, kuari dan bahan binaan serta trading di Malaysia, Indonesia, Singapura dan di peringkat antarabangsa.
4. Hap Seng Consolidated Berhad kini giat mengambil peluang meningkatkan pengambilalihan syarikat ekoran dari harga sahamnya yang kian meningkat.
5. Pemilik Hap Seng, Tan Sri Lau Cho Kun (RM6.5 billion) berada di kedudukan nombor 8 dalam senarai urang TERKAYA di Malaysia!
6. Urang KK yang mau beli Mercedes-Benz mesti cari Hap Seng Star, yang merupakan pengedar kenderaan mewah ini sejak 1969. Yang belum beli Mercedes pun mesti biasa lihat bangunan Hap Seng, ladang-ladang serta projek-projek yang dibangunkan oleh syarikat Hap Seng.
7. Urang Sabah mesti rasa bangga kerana baru-baru ini syarikat ini telah mendapat liputan yg baik dari media antarabangsa :
✔ The Asian Stock That's Returned 400% to Investors - Bloomberg (June 2, 2016)
✔ This is Southeast Asia's best performing stock and it's happy to stay unknown - The Straits Times (June 3, 2016)
--------------------------------------------
.
.
.
Mahal ke harga saham Hap Seng?
Tahukah anda tahun lepas (23 Jun 2016) harga sesaham mereka hanyalah RM5.08 dan tahun ini sudah melonjak sehingga RM7.75?
Setahun yang lepas = RM5.08
Hari ini = RM7.75
Sekadar contoh, katakanlah anda ada simpanan lebihan dan mampu beli 1,000 unit setahun yang lepas
------------------------------------------
Nota:
Harga seunit saham = RM5.08
*Minimum perlu beli hanya 100 unit sahaja.
Betul bah, dengan RM508.00 anda dah boleh jadi pemegang saham syarikat Hap Seng!
Tetapi katakan anda beli 1,000 unit:
RM5.08 x 100 unit x 10 = RM5,080
------------------------------------------
SETAHUN kemudian.....
1,000 unit x RM7.75 = RM7,750
PULANGAN = RM7,750 - RM5,080 = RM2,670
Cara kira PULANGAN (ROI): RM2,670/RM7,750*100 = 34%
Alhamdulillah dalam masa setahun dapat PULANGAN lebih 7% atau 8% iaitu 34%.
Ini sekadar contoh untuk menunjukkan urang biasa-biasa juga bulih jual beli saham di Bursa Malaysia bah.
+ Minat menjadi pemilik saham syarikat Hap Seng?
+ Minat nak belajar cara menjana pendapatan menerusi pelaburan saham?
+ Minat nak belajar cara memilih saham yang baik?
Tapi..........Tak tahu nak mula macam mana?
+ Belajar dulu sebelum membuat sebarang pelaburan kerana wang anda hanya akan melebur jika melabur tanpa ilmu.
Jika Orang KK yang betul serius untuk belajar tentang pelaburan saham di Bursa Malaysia daftar segera sesi terakhir 30 Julai ini di http://goo.gl/forms/n0Mbzpc5EW7WkCm33
Lambat melepas bah!
#MentorSaham
#AsriahmadAcademy
#BursaMKTPLC
#TradersUnited
(Disclaimer : Posting ini adalah sekadar contoh dan kami tidak memberitahu anda saham mana patut beli atau tidak. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur saham adalah keputusan anda)
tradersunited 在 Mohd Asri Facebook 八卦
PERHATIAN PARA PELABUR
BURSA MALAYSIA
=======================
Majlis Penasihat Syariah (MPS) Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah meluluskan senarai kemas kini sekuriti yang diklasifikasikan sebagai sekuriti patuh Syariah. Senarai sekuriti patuh Syariah, iaitu yang tersenarai di Bursa Malaysia, berkuat kuasa mulai 27 Mei 2016.
Sebanyak 20 sekuriti yang baru diklasifikasikan oleh MPS sebagai sekuriti patuh Syariah telah dimasukkan dalam senarai tersebut manakala 15 sekuriti yang berada dalam senarai sebelum ini telah dikeluarkan.
.
.
.
Dalam mengklasifikasikan sekuriti ini, Majlis Penasihat Syariah (MPS) menerima input dan sokongan daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) yang mendapatkan maklumat mengenai syarikat tersebut melalui, antara lainnya, laporan tahunan dan pertanyaan yang dibuat kepada pihak syarikat.
MPS melalui SC, akan terus mengkaji status Syariah sekuriti-sekuriti yang tersenarai di Bursa Malaysia pada setiap tahun, berdasarkan penyata kewangan tahunan terkini syarikat yang diaudit. Sehingga kini terdapat 669 saham syarikat patuh shariah.
Sumber : http://www.sc.com.my/data-statistics/list-of-shariah-compliant-securities-by-scs-shariah-advisory-council/
Kongsikan jika bermanfaat.
Jadilah pelabur yang bijak.
#MentorSaham
#TradersUnited
#AsriAhmadAcademy