Cendawan tumbuh kat dapur!!!
.
.
Penantian selama 4 minggu berhasil. Yeayy! Berpunca dari soalam kakak ku , "Na, nak tanam cendawan?" Otak terus terbayangkan aduh nak kena bercucuk tanam lagi nak kena siram lagi. Ni lagi lah cendawan, tak kan lah nak simpan kayu kayu yang dah kena tebang kat rumah? Kotor lerrr huhuhu.. Silap Silap @Pandarudin asah kuku dia kat kayu. Hahaha payah. So, sebab lama fikir: tak bagi jawapan "ya - ataupun tidak".
.
.
Keesokkan nya kat rumah mak keluarkan satu bungkusan dalam nya ada plastik bag sebesar botol Mineral 1.5litter dalam nya macam ada serbuk tapi padat. Ha! Ini rupanya nak tanam cendawan? Hahaha bersih.. bukan dalam pasu atau kayu. habis tu nak tanam macam mana? .
.
.
Mak cakap, " kakak ko pesan, buka penutup pastu letak aja." .. "Tak payah siram?" "Mak jawab " Tak payah, katanya jangan kena air".. Haha! Lagi senang.
Jadi, kita pun susun lah kat rak dapur tu, just tindih tindih aja.
.
.
Hari hari lalu , tengok takda apa pun perubahan pun. hahaha kena tipu ker? Ke sepatutnya kena spray air? Hahaha tapi kita tetap biar jugak.
.
.
Semalam pagi, tengok dah mula bercambah kecik aja.. "Yeayyy!!"
"Mak! Cendawan dah tumbuh!" ..
Mak cakap "Kakak ko pesan, ambik gambar bagi dia kalau dah tumbuh" .. hahaha ha ye lah tunggu besar sikit.
.
.
Tengok tengok malam tu dah besar! Subahanallah! Dalam masa satu hari cendawan ni boleh membesar! Kah kah aku jakun!
.
.
Ok lah, gambar cendawan di sudut dapur ni khas untuk kakak aku @lzasamsudin .. "dia pesan hari tu, kalau dah mula
Bercambah, boleh tuai. Dan dengan satu paket ianya akan menghasilkan sehingga berbelas kali tuaian! Fuyoo banyak tu! Boleh buat masak hari hari! Kalau banyak , boleh jual! Hantar kat jiran ke, kedai ke. Kahkahkah Aku jakun lagi.. tq kakak.. 😘
.
.
Dah panjang ku taip, sampai masanya nak masak "Cendawan Tiram Goreng Celup Tepung" ok lah geg. Chow dulu kihkih. * #TerimaKasihLerSudiBacaKaranganOanjangLeborINi
Search