THE PROTEGE ONLINE 5 - Hari Pertama
10 jam secara maya!! 🔥🔥🔥
Hari ini bermulalah program intensif 3 hari The Protege Online Edisi ke-5 untuk tahun ini. Norma baru dalam perkongsian ilmu dalam bentuk e-learning.
Peserta kali ini bukan hanya yang berada di tanah air, juga dari seluruh pelusuk dunia. Menuntut ilmu dengan hanya berada dalam keselesaan kediaman masing-masing.
Semoga perkongsian saya bersama para coaches Master Yus, Coach Adibah dan Coach Roslinah disepanjang hari ini membuka minda bagaimana untuk menjadi pelabur yang bijak dan bertaqwa.
Buat latihan demi latihan dari perkongsian yang diberikan untuk membiasakan diri dengan norma baru dalam pelaburan saham.
Selesai sudah sesi hari ini, kita jumpa untuk hari kedua esok. Jangan lewat, banyak lagi yang nak dikongsikan.
Best ke best belajar online ni?
#TheProtege
#TheProtegeOnline
#SahamIsCool
#BeraniBangkit
#KitaJagaDia
#TPO5
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過62萬的網紅Bryan Wee,也在其Youtube影片中提到,...
tpo5 在 Mohd Asri Facebook 八卦
THE PROTEGE ONLINE 5
"Repetition is the mother of skill”
Setelah 2 hari kami berkongsi ilmu analisis fundamental dan teknikal, hari ini tibalah masanya untuk mengaplikasikan apa yang telah dipelajari.
Hari ini saya dan kesemua coaches, Master Yus, Coach Adibah, Coach Roslinah dan Coach Jazli berkongsi bagaimana teknik yang kami gunakan untuk membuat pemilihan saham-saham yang berpotensi. Bukan setakat kongsi ilmu, tapi kami buat apa yang kami cakap secara live.
Terima kasih juga kepada Ustaz Ahmad Husni kerana perkongsian ilmu zakat bersama peserta TPO5.
Kami ingin melihat lebih ramai pelabur dan pedagang yang bijak dan bertaqwa dalam pasaran saham. Gunakanlah ilmu yang kami kongsikan untuk memberikan manfaat bukan hanya kepada diri sendiri tetapi juga untuk ummah.
Dengan ilmu juga kita boleh membantu orang lain. Hari ini kita sama-sama membantu 2 badan untuk membina surau dan juga membaiki peralatan di pusat tahfiz selepas musibah menimpa mereka.
Aplikasikan ilmu supaya kita bukan hanya boleh membantu orang lain bila mereka memerlukan, tapi kita boleh memberi tanpa menunggu orang meminta. Ulang, ulang dan ulang untuk menajamkan kemahiran.
Selamat datang ke pasaran saham Bursa Malaysia dan selamat menjadi ahli keluarga besar Asri Ahmad Academy.
#TheProtegeOnline
#TheProtege
#BeraniBangkit
#SahamIsCool
#TPO5
tpo5 在 Mohd Asri Facebook 八卦
THE PROTEGE ONLINE 5 - Hari Ke-2
Perkongsian seharian semalam berkisar tentang analisis fundamental. Bagaimana untuk memilih syarikat yang sahamnya berpotensi untuk memberikan keuntungan.
Dah lama kan tidak melukis. Hari ini kita belajar melukis dan membuat garisan untuk tahu bila kita nak membeli dan menjual dalam topik teknikal analisis bersama saya, Coach Jazli dan Coach Adibah.
Latih mata kita untuk melihat carta-carta pergerakan harga dan lilin yang terbentuk supaya kita dapat membuat keputusan dengan pantas teknik apa yang akan digunakan.
Bestkan garis-garis nampak duit. Sesi ni tak habis sampai sini je. Bonus lagi, malam ini kita sambung lagi dengan case study sebelum kita aplikasikan dalam sesi hari terakhir esok.
Ok ke ok?
#TheProtegeOnline
#TheProtege
#SahamIsCool
#BeraniBangkit
#TPO5