Just nak share kebaikan sebagai seorang suami menyantuni perasaan seorang isteri yang menitik beratkan untuk menghidupkan Sunnah2 Rasulullah saw dalam kehidupan harian saya & isteri saya. Apabila seorang isteri menjaga kehormatan & auratnya dengan sempurna maka satu perasaan yang aneh akan dicampakkan oleh Allah swt kedalam hati sang suami & terus boleh di amalkan dalam kehidupan harian.
.
Suami merupakan pasangan sehidup semati dan teman perkongsian segala suka dan duka. Sebaik-baik jodoh yang bakal dijadikan suami ialah seorang suami yang cukup pegangan agamanya. Apabila belajar2 untuk hidupkan agama dalam kehidupan barulah Allah swt izinkan kita untuk mengamalkan Sunnah dalam aktiviti harian.
SUAMI YANG BAIK
==============
1. Dia selalu berusaha menyenangkan & membanggakan isterinya. Walaupun isteri tidak selalu disampingnya, dia akan selalu berusaha keras dalam pekerjaan yang dilakukan untuk memastikan isteri serta anak-anak bangga akan dirinya.
Juga dia rasa bangga kerana memiliki pasangan seperti isterinya. Dia takkan malu mengakui kehebatan dan kecantikkan isterinya meskipun hal-hal tersebut adalah remeh dan biasa sahaja bagi sesetengah orang.
2. Menggenggam tangan isteri tanpa peduli dimana pun mereka berada, dia takkan lupa menggenggam tangan isterinya sebelum pergi ke mana-mana.
Sikap ini menunjukkan bahawa suami sentiasa menjaga dan ingin isteri berasa selamat.
3. Makan masakan isteri walaupun tak sedap. Lelaki yang baik akan tetap menghargai usaha isterinya dalam menyediakan makanan meskipun masakan itu bukan seleranya.
Dia tetap menelan makanan tersebut dengan senang hati serta menunjukkan rasa terima kasih dan sayang kerana dia tahu, masakan isterinya akan semakin sedap bila dia memberi sokongan.
4. Suami yang baik takkan teragak-agak untuk membantu isteri menguruskan rumahtangga, anak-anak dan lain-lain kerja yang memerlukan tenaga suami.
5. Sebagai suami yang baik, dia sedar bahawa bukan isterinya seorang yang ada di dunia ini tapi dia akan selalu setia pada isterinya dan menjauhkan diri dari segala hal yang akan mendatangkan fitnah padanya.
6. Suami yang baik akan sentiasa mendorong isterinya untuk menjadi lebih baik. Dia sedar isterinya bukan sempurna tapi dia berusaha untuk beri yang terbaik.
Secara tak langsung, sikap dia sebagai suami itu memberi inspirasi untuk diri dia dan isterinya berubah menjadi lebih baik dari sebelum-sebelum ini terutama dalam menjaga solat.
Walaupun suami isteri masa kini sentiasa disibukkan dengan pelbagai pekerjaan yang tidak pernah selesai, jangan diabaikan sikap romantik dalam hubungan suami isteri kerana ia merupakan elemen terpenting dalam mewujudkan rumah tangga bahagia.
Sebenarnya tak susah mana pun untuk menjadi suami romantik. Bagi segelintir suami yang malu atau mungkin tidak tahu cara-cara untuk bersikap romantis dengan isteri, apa kata jadikan amalan Nabi SAW ini sebagai contoh. Semoga resipi ini boleh memberi kebahagiaan yang berkekalan dalam rumah tangga anda berdua.
.
Korang mesti nak tahu apa rutin harian saya menyantuni kekasih hati saya yg bergelar seorang isteri solehah?
1. Jadikan rutin harian mencium isteri
Hati isteri mana yang tak berbunga kalau suami memberikan ciuman kepadanya. Pasti hati yang gundah bertukar menjadi bahagia. Amalan yang disarankan oleh Nabi SAW kepada suami untuk mencium isteri ini haruslah dijadikan rutin harian. Malah mencium isteri merupakan satu ibadah yang boleh dijadikan senjata ampuh untuk anda berdua mengekalkan romantis dan sebagai pembenteng untuk melawan segala godaan.
2. Mandi bersama isteri
Isteri jangan sesekali menolak atas alasan malu jika suami mengajak anda untuk mandi bersama. Amalan yang disarankan oleh Nabi SAW ini memberi banyak manfaat untuk keharmonian rumah tangga. Bukan hanya mandi biasa, mandi bersama pasangan juga boleh diamalkan ketika mandi hadas besar.
3. Berkongsi makanan atau makan lebihan isteri
Apabila suami isteri mampu untuk berkongsi makanan dalam bekas yang sama ataupun makan lebihan pasangan, ini menggambarkan betapa teguhnya cinta anda berdua.
Tindakan ini dapat melahirkan keyakinan yang penuh antara suami isteri di mana anda berdua tidak berkira atau berasa jijik terhadap lebihan makanan pasangan sehingga menganggap ia seperti lebihan makanan anda sendiri. Nabi SAW pernah mengambil bekas minuman Aisyah lalu meletakkan mulut baginda pada tempat Aisyah meletakkan mulut pada bekas tersebut.
4. Sering berikan isteri hadiah
Hadiah merupakan daya pemikat untuk melunakkan hati. Apabila suami memberikan hadiah, ini membuatkan isteri rasa dihargai apabila menerimanya bahkan ada ketika pemberian hadiah boleh menghapuskan amarah.
Nabi SAW sering memberikan hadiah kepada isterinya bagi tujuan untuk melahirkan perasaan kasih sayang antara suami isteri.
5. Menemani isteri dalam perjalanan
Suami yang mencintai isteri tentu sahaja akan memastikan keselamatan isterinya sentiasa terjamin. Ambillah tahu tentang apa yang isteri lakukan kerana pastinya isteri akan rasa selamat berada di bawah naungan suami.
6. Tidak akan menerima jemputan tanpa adanya isteri
Kebahagiaan rumah tangga tidak sekadar wujud dengan adanya kemesraaan suami isteri tetapi ia turut disalurkan menerusi penghargaan suami terhadap isteri. Antara cara Nabi SAW bertindak mewujudkan perasaan kebanggaan isteri baginda adalah dengan menghadiri sesuatu majlis tertentu yang juga disertai oleh isteri baginda.
Ini disandarkan kepada satu hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik yang berkata: “Sesungguhnya Nabi SAW mempunyai seorang jiran berbangsa farsi dan pandai memasak lauk berkuah. Dia telah memasak untuk dihidangkan kepada Nabi SAW. Lalu dia menjemput Nabi. Nabi berkata: “Apakah Aisyah dijemput sama?” Dia menjawab: “Tidak”. Nabi berkata: “Kalau begitu, aku pun tidak akan menerima jemputan itu.”
Dia pun pulang dan datang kembali menjemput. Nabi SAW berkata: “Apakah Aisyah dijemput sama?” Dia berkata lagi: “Tidak”. Nabi SAW berkata: “Kalau begitu, aku tidak akan menerima jemputan ini.” Dia pulang dan datang lagi menjemput. Nabi berkata: “Apakah Aisyah dijemput?” Dia menjawab: “Ya” pada kali ketiga. Nabi dan Aisyah pun bangun dan sama-sama ke rumahnya.
7. Suami menyuapkan makanan dalam mulut isteri
Saling suap-menyuap antara suami isteri pasti menyeronokkan kerana ia boleh membangkitkan rasa kecintaan dan suasana romantis dalam rumah tangga. Malah ia juga akan mewujudkan kemesraan antara anda berdua.
Nabi SAW bersabda: “Tidaklah kamu memberi satu nafkah pun yang kamu niatkan untuk menghadap wajah Allah SWT kecuali kamu akan diberi pahala ke atasnya, hingga apa yang kamu letakkan pada mulut isterimu.”
8. Mesra dengan isteri walaupun isteri sedang haid
Haid merupakan fitrah wanita yang tidak boleh dinafikan. Apabila isteri didatangi haid, ia bukanlah penghalang untuk suami bermesra dengan isteri seperti tidur di ribaan isteri, tidur bersama dalam satu selimut dan sebagainya. Malah dalam satu yang riwayat diceritakan bahawa Nabi SAW pernah meminta Aisyah untuk menghangatkan tubuhnya padahal Aisyah dalam keadaan haid.
9. Memberi ‘panggilan simpanan’ manja untuk isteri
Memanggil pasangan dengan nama yang baik dan disukainya akan menambahkan lagi romantis dalam hubungan suami isteri. Suami perlu menyediakan ‘panggilan simpanan’ yang lebih mesra dan manja berbanding panggilan mesra harian untuk isteri. Seperti Saya, panggilan manja sy buat isteri sy adalah "Humaira", sama seperti panggilan Rasulullah saw keatas Sayyidatina Aisyah r.hu.
Ia bukan untuk digunakan secara harian tetapi sebagai panggilan untuk memberi ruang kepada hati perempuan menilai cinta di kala menghadapi krisis. Nabi SAW sendiri memanggil isteri dengan panggilan biasa tetapi dalam keadaan tertentu, Nabi SAW menjadikan panggilan manja sebagai senjata tajam dalam melahirkan kemesraan.
Seringkali Rasulullah memanjatkan Aisyah dengan ucapan “Wahai Humaira” (panggilan sayang untuk Aisyah).
10. Bantu isteri ketika menaiki kenderaan
Cara ini sama sekali tidak merendahkan martabat suami jika suami membantu isteri menaiki kenderaan seperti membuka pintu buatnya. Ia sebenarnya memperlihatkan akhlak mulia yang dapat memupuk sikap prihatian suami terhadap isteri sebagai balasan sikap hormat dan ketaatan isteri terhadap suaminya.
Diriwayatkan di dalam Sahih Bukhari dan Muslim bahawa: “Nabi Muhammad SAW duduk di sisi unta baginda. Kemudian baginda membengkokkan lututnya. Lalu isteri baginda, Shafiyyah meletakkan kakinya di atas lutut Nabi Muhammad SAW hingga naik ke atas unta”.
.
Semoga bermanfaat & korang boleh amalkan.. kemanisan yang kita sendiri mahukan sangat berbeza dari kemanisan yang Allah swt campakkan pada mereka yg taat pada pegangan agama & sunnah. Layanan baik seorang suami terhadap seorang isteri akan menarik semua khazanah & kekayaan Allah swt.
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過62萬的網紅Bryan Wee,也在其Youtube影片中提到,...
sunnah2 在 Pakar diari hati Facebook 八卦
15 TIPS MENGAJAR ADAB PADA ANAK
Since Viral baru ni video anak pukul ibu dia tu. Saya nak share 15 tips2 ajar Adab pada anak. Moga bermanfaat 😉
1. Sentiasa masuk rumah dengan #Salam dan #Ciuman. Cium anak2, cium isteri anda depan mereka. Ini akan beri satu sense of #Love & #Mercy pada anak2.
2. Jaga percakapan. Jangan pernah mengumpat jiran, atau sewaktu memandu, jangan mengutuk pemandu lain. Anak2 anda dengar, hadam dan tiru percakapan anda. Hati2.
3. Bila call parents, bagi anak anda bercakap dengan mereka juga. Cucu kalau sembang ngan tok, memang lama 😆. Sentiasa bawa mereka ziarah ibu bapa anda. Makin baik anda jaga ibu bapa anda, makin baik lah anak anda jaga anda nanti.
4. Bila hantar mereka ke sekolah, jangan asyik pasang Radio atau CD je. Tetapi, Ceritakan pada mereka tentang diri anda. Zaman kecik2 anda dulu, zaman bercinta dan sebagainya. This will have a greater #Impact -Trust Me! 😉
5. Baca kan pada mereka sepotong #Hadith setiap pagi. Tak ambil masa lama pun, tetapi kesan nya sangat #Hebat! Cuba lah.
6. Sikat rambut, gosok gigi, perpakaian kemas walaupun anda hanya duduk di rumah. Anak2 perlu belajar bahawa berperwatakan #Kemas tiada kaitan dengan keluar rumah. Jadikan #Kemas itu personality mereka.
7. Kurangkan perkataan #Jangan @ #TakBoleh. Along, jangan buat itu, along jangan buat ini, along, itu tau boleh, ini tak boleh. Down lah budak tuu... Focus pada benda yang mereka kena buat atau boleh buat. Ini akan tambah #confidence mereka.
8. Mintak izin anak sebelum masuk ke bilik mereka. Jangan sekadar ketuk pintu terus masuk. Mereka pun akan buat benda sama untuk anda.
9. Minta maaf pada anak2 kalau anda ada buat silap. Ini akan mengajar mereka untuk jadi #Humble & #Polite.
10. Jangan nak jadi sarcastic sangat atau perlekehkan pandangan atau pendapat mereka. Ini akan hilangkan keyakinan mereka, dan menyakitkan hati mereka.
11. Tunjuk kan rasa hormat pada #Privacy anak2 anda. Ini penting untuk #SelfEsteem mereka.
12. Ajar mereka #Sunnah2 gaya hidup Nabi Muhammad ﷺ. Itu yang terbaik!
13. Elakkan bergaduh/bertekak depan anak. Ada salah faham settle elok2 belakang mereka.
14. Layan ibu/ayah mereka (isteri/suami kita) macam Raja/Permaisuri.
Macamana kita layan pasangan, macamtu lah anak akan layan kita.
Sila #Share moga bermanfaat 😊🌹
Kredit : Afnan Rosli-
sunnah2 在 9bulan10hari Facebook 八卦
SUAMI WAJIB MEMBACA DAN AMBIL TAHU ILMU KEHAMILAN JIKA BIMBANG PERKARA INI TERJADI KEPADA ISTERI =( :
1. Ramai suami tak faham apa yg dilalui isteri masa pregnant... end up cakap isteri mengada ngada. Bila cakap isteri mengada ngada, isteri jadi takda mood.. bila isteri xda mood, anak dalam kandungan dapat kesan TIDAK BAIK =(
2. Bila suami tak membaca, suami tak tahu apa yg perlu buat masa isteri mengandung, melahirkan, berpantang & menyusukan anak menyebabkan isteri bertambah tertekan & sedih sehingga semuanya urus sendiri. Bila isteri sedih, tertekan & penat masa berpantang, isteri mungkin berdepan Pulmonary Embolism yg boleh menyebabkan kematian. Nauzubillah =(
3. Bila suami tak ada ilmu, suami tak dapat mainkan peranan sebagai seorang ayah. Suami mungkin akan terlepas sunnah2 Rasulullah seawal di dalam labour room ketika isteri melahirkan anak. Dengan membaca ilmu, suami akan tahu apa perlu buat & ingatkan isteri ketika proses kelahiran bayi. (Rujuk mukasurat 123 buku #9bulan10hari)
4. Disebabkan suami tak membaca & tak bantu isteri, 3 daripada 4 isteri tak dapat teruskan proses menyusukan anak sehingga 2 tahun..... =( Bila anak tak dapat susu ibu yang sempurna, anak mudah dapat sakit, bila anak dapat sakit, anda dan isteri yang akan bertambah penat berjaga siang malam... =(
Kesian isteri kita...
Dia penat...
Dia sakit..
Jalan pun tercungap cungap...
Bila bagi tahu... suami tak faham...
Sebab tu suami perlu membaca & ambil tahu ilmu yang sahih...
Semua ilmu2 ini dan banyak lagi ilmu dari KEHAMILAN, KELAHIRAN, BERPANTANG & PENYUSUAN SUSU IBU ada di dalam buku 9bulan10hari.
Saksikan teaser ini : https://youtu.be/7biqpWJD7C4
Ada BONUS video dokumentari sekali di dalam buku pesanan dari Ustaz Don, doktor & pakar bidan buat SUAMI.
Membacalah & ambil tahu apa yang dilalui isteri.. kerana dia amanah dari ALLAH untuk kita sayang & jaga.
PM kami untuk dapatkan buku 9bulan10hari ini...
Atau... PM admin Siti J : www.wasap.my/6017 244 5451
Ada FREE GIFT... =)