Resepi Kuih Raya Ekspres: Biskut Coklat Nestum Oreo
Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan. Tak banyak bahan pun, semuanya mudah nak cari.
Bahan-bahan
250g Dark chocolate (saya guna jenama Le Bourne)
1sb Buttercup
200g Nestum original
1/2 paket Oreo tanpa krim (dikisar kasar)
*Nota: Sukatan nestum boleh dikurangkan lagi kalau mahu biskut rasa lebih coklat. Tapi kalau nestum lebih banyak, biskut lebih rangup. Terpulang pada citarasa sendiri.
Cara-cara
1. Cairkan Coklat & Buttercup
Pertama sekali, cairkan coklat melalui kaedah double boiler.
Kalau yang belum tahu, double boiler ini maksudnya kaedah mengukus, maksudnya kita tak panaskan coklat secara direct atas api.
Mula-mula rebus air dalam satu periuk kecil hingga mendidih. Kemudian, letakkan satu lagi mangkuk yang lebih besar di atasnya. Lepas itu, dah bolehlah masukkan coklat. Bila dah cair, tambahkan buttercup. Adunkan sebati.
2. Masuk Nestum & Oreo
Seterusnya, masukkan Nestum dan biskut oreo yang dah dipecahkan tadi ke dalam adunan coklat dan buttercup.
Gaul rata.
3. Masukkan Ke Dalam Bekas
Sekarang, kita dah boleh pindahkan adunan ke dalam bekas.
Ada 2 cara untuk anda lakukan.
* Pertama, boleh sudukan ke dalam papercup macam biasa.
* Cara kedua pula, kalau tak ada papercup atau nak jimatkan masa, tuangkan saja ke dalam loyang / bekas apa-apa. Saya lapik dengan aluminium foil supaya senang nak angkat keluar bila dah mengeras.
4. Hias
Seterusnya, bolehlah make-up sedikit dengan taburan nestum, manik berwarna atau apa-apa bahan yang anda suka.
5. Sejukkan
Akhir sekali, sejukkan 5 minit di dalam peti sejuk atau hingga ia mengeras. Keluarkan dan simpan di dalam bekas kedap udara, bersuhu bilik.
Bagi yang buat dalam loyang / bekas besar, lepas keluarkan dari peti sejuk, biar suhu bilik sekejap. Bila dah agak lembut nanti boleh terus potong bar. Kemudian, simpan dalam bekas kedap udara. Siap!
Senangnya, Macam Tak Percaya!
Eh, dah siap dah. Mudah sangat resepi kuih raya ini. Menurut Iminz Kitchenette, anggaran tempoh penyediaan hanyalah 20 minit saja. Tapi walaupun ringkas, rasanya tetap sedap.
Kalau nak simpan lama, boleh simpankan dalam chiller supaya tetap rangup. Tapi selalunya bila sekali buat, mesti cepat ‘licin’.
Rugi kalau tak cuba!
*Resepi kuih raya Biskut Coklat Nestum Oreo ini disumbangkan oleh Iminz Kitchenette
「resepi kuih mudah dan cepat」的推薦目錄:
- 關於resepi kuih mudah dan cepat 在 Resepi Sheila Rusly Facebook
- 關於resepi kuih mudah dan cepat 在 Mat Salleh Cari Makan Facebook
- 關於resepi kuih mudah dan cepat 在 Resepi Mutiara HATI Facebook
- 關於resepi kuih mudah dan cepat 在 Resepi kuih raya tradisi | Biskut DAM | mudah dan sedap. 的評價
- 關於resepi kuih mudah dan cepat 在 Resepi Kuih Tepung Pelita yang mudah dan sedap buat jualan! 的評價
- 關於resepi kuih mudah dan cepat 在 RESEPI KUIH CARA MANIS YANG MUDAH DAN CEPAT 的評價
resepi kuih mudah dan cepat 在 Mat Salleh Cari Makan Facebook 八卦
Tahun ni jom kita sama-sama kongsi "Heart-Warming Raya" dengan orang yang tersayang bersama Hersheys😍
Tengok resepi saya "Hersheys Chocolate Chip Flakes" yang saya buat untuk isteri dan anak saya. Resepi ni sangat mudah dan korang boleh cuba sendiri! 😋
Kalau korang beli Hershey's Kitchen's Raya Promo Pack boleh dapat Hershey's Silicone Oven Mitts PERCUMA. Tapi kena cepat sebab stok terhad. Selamat mencuba!
.
#HersheysMalaysia #HeartWarmingRayawithHersheys
resepi kuih mudah dan cepat 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 八卦
Resepi Kuih Kasturi Sedap
1- Rebus sampai empuk kacang hijau. Anda boleh ikut cara biasa iaitu rendam semalaman dan rebus atau kalau nak cepat, gunakan pressure cooker. Memang sekejap dan puas hati hasilnya.
2- Untuk jadikan bentuk kuih kacang ini bulat cantik dan tidak melekat di tangan, oleskan minyak masak di tapak tangan terlebih dahulu sebelum menguli.
3- Goreng dengan api sederhana besar dan jangan masukkan banyak kuih ini. Cara ini akan hasilkan kuih kasturi yang rangup di luar dan lembut di dalam.
Sedap sungguh resepi kuih kasturi kacang hijau ni. Dengan kulit luar yang rangup, memang terbaik untuk dicuba. Kami beri tips dan resepi lengkap . Best kan.
Bahan Inti Resepi Kuih Kasturi atau Kuih Kacang Hijau :
500 gram kacang hijau
2 cawan gula
1 cawan kelapa parut
1/2 cawan tepung gandum
Secubit garam
Air untuk merebus kacang hijau
* Gunakan cawan penyukat metrik sukatan 250 ml untuk sama dan tepat.
Cara Buat Resepi Kuih Kasturi :
#1: Rebus kacang hijau hingga hancur guna salah satu kaedah yang ditulis dalam tips atas. Bila dah nak nampak hancur, buang air sedikit dan keringkan sedikti sebelum masukkan bahan lain seperti kelapa parut, tepung gandum, gula dan secubit garam.
Teruskan mengacau sehingga inti kacang hijau ini betul-betul kering. Guna api kecil ya untuk elak hangit.
#2: Selepas dah kering, angkat dan sejukkan inti sebelum anda sapu tangan dengan minyak sedikit. Bentukkan bulat-bulat inti pada saiz yang hampir sama, lepas tu tekan menjadi leper.
Ok dah siap Langkah 1, kita teruskan dengan Langkah 2 untuk bancuhan kulit luar kuih kasturi.
Sedap sungguh resepi kuih kasturi kacang hijau ni. Dengan kulit luar yang rangup, memang terbaik untuk dicuba. Kami beri tips dan resepi lengkap . Best kan.
Bahan Resepi Bancuhan Kulit Luar Kuih Kacang Hijau :
2 cawan tepung beras cap 1 gajah
1 sudu teh air kapur pekat
Sedikit garam
Sedikit serbuk kunyit
1 biji telor
Air ais untuk rangupkan kulit
Cara Buat :
#1: Bancuh semua bahan sehingga dapat kepekatan yang sesuai. Jangan terlalu cair ya. Biarkan ianya pekat mengalir.
Panaskan minyak banyak dalam kuali. Bila dah panas, celup inti kuih kacang hijau tadi ke dalam bancuhan tepung beras dan goreng. Goreng 3-4 biji sekali gorengan.
Bila dah nampak kulit kekuningan, terbalikkan dan bila dah masak, toskan kuih.
Dah siap dah resepi kuih kasturi mudah untuk anda cuba sendiri di rumah.
resepi kuih mudah dan cepat 在 Resepi Kuih Tepung Pelita yang mudah dan sedap buat jualan! 的八卦
![影片讀取中](/images/youtube.png)
Assalammualaikum semua! Hari ini DB akan kongsikan resepi kuih tepung pelita yang mudah dan sedap buat jualan!Lapisan bawah:✓ 1 cawan ... ... <看更多>
resepi kuih mudah dan cepat 在 RESEPI KUIH CARA MANIS YANG MUDAH DAN CEPAT 的八卦
Feb 18, 2018 - RESEPI KUIH CARA MANIS YANG MUDAH DAN CEPAT. ... <看更多>
resepi kuih mudah dan cepat 在 Resepi kuih raya tradisi | Biskut DAM | mudah dan sedap. 的八卦
Hi semua kali ni Malaykitchen nak berkongsi satu resepi kuih raya yang menarik iaitu biskut dam. Manja percaya memang kita selalu jumpa dan ... ... <看更多>