Nasi marjerin 😍😋
Nak resepi? Nah.. Ni resepinya 😁
Bahan2 diperlukan👇
4 cawan beras
1 sendok besa marjerin
2 biji bawang merah dimayang halus
sehelai daun pandan
2 kiub ayam
1sendok kismis
Cara menyediakan dan memasak👇
Basuh Beras. Toskan.
Cairkan marjerin dalam periuk nasi.
Goreng bawang hingga terbit bau.
Masukkan beras.
Kacau rata. Masukkan Air secukupnya.
Akhir sekali masukkan daun pandan, kiub ayam dan kismis.
Kacau sehingga sebati.
Ayam Panggang
Bahan👇
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
3 sudu madu
2 sudu sos tiram
1 sudu kicap pekat
1 sudu minyak bijan (pilihan)
Sedikit lada sulah
Cara-caranya👇
Campurkan semua bahan tadi di dalam satu mangkuk,tak perlu letak garam, namun kalau nak masin sedikit, letak garam sedikit sahaja sebab sos tiram sudah masin.
Kemudian perap ayam yang telah direbus tadi dalam 15 minit.
Guna api sederhana kecil, apabila minyak betul-betul panas masukkan ayam, namun jangan masuk banyak sangat.
Goreng dalam 5 minit ke 7 minit sahaja.
Terpulang sama ada nak menggoreng, gril dalam oven atau panggang atas arang(✌️sy pilih grill)
Sambal Nasi Ayam👇
Bahan👇
6 biji lada merah
2 ulas bawang putih
1 sudu jus limau nipis
Sedikit halia (anggaran 1 ruas jari kelingking)
4 sudu gula
1 sudu kecil garam
Air rebusan ayam 3/4 cawan
1 sudu kecil tepung jagung yang dilarutkan dengan 2 sudu air
Cara-caranya👇
Blender semua bahan.
Masukkan air rebusan tadi.
Masukkan dalam periuk, masak guna api kecil.
Dah mendidih, masukkan gula, garam dan perah limau nipis.siap!!
Kuah Kicap Nasi Ayam👇
Kuah kicap perapan ayam di atas
Kicap manis cap kipas udang
Sedikit garam
Air rebusan ayam
Cara Penyediaan Kuah Kicap:
Kuah kicap nasi ayam ni simple sahaja.
Panaskan air rebusan ayam dan kicap di dalam periuk.
Kalau nak lebih pekat, gunakan kicap pekat atau tambahkan sedikit tepung jagung.
Bagi sesetengah orang, mereka perahkan air asam limau ke dalam kicap.
Jadi bergantung kesukaan anda, kalau suka bolehlah perah sedikit asam limau untuk kuah kicap nasi ayam anda.
Sup Ayam👇
Bahan sup👇
air rebusan ayam
lada sulah
daun sup
garam secukup rasa
Cara buat sup
Panaskan air rebusan ayam, tambahkan air jika terlalu pekat.
Masukkan lada sulah dan garam secukup rasa.
Taburkan daun sup diatasnya.
Kredit : Dapur Hasiah
同時也有15部Youtube影片,追蹤數超過47萬的網紅DESTINASI TV,也在其Youtube影片中提到,JOM JADI RAKAN PENGHANTAR DEGO » https://bit.ly/3iJPjyJ Gunakan referral link Destinasi TV ini dan nikmati bonus istimewa RM80 dan Tshirt Dego secara...
「resepi ayam pandan」的推薦目錄:
- 關於resepi ayam pandan 在 Resepi Sheila Rusly Facebook
- 關於resepi ayam pandan 在 Resepi Sheila Rusly Facebook
- 關於resepi ayam pandan 在 Resepi Sheila Rusly Facebook
- 關於resepi ayam pandan 在 DESTINASI TV Youtube
- 關於resepi ayam pandan 在 Bumi Ratu Channel Youtube
- 關於resepi ayam pandan 在 Padu Beb Studios Youtube
- 關於resepi ayam pandan 在 Resepi Ayam Pandan Senang Dan Sedap - YouTube 的評價
- 關於resepi ayam pandan 在 Resepi Ayam Pandan Autentik Menggunakan 12 Bahan Asas 的評價
resepi ayam pandan 在 Resepi Sheila Rusly Facebook 八卦
ORANG JOHOR PANGGIL KUIH BINGKA..
ALHAMDULILLAH.. LEMBUT DAN WANGI.
Bahannya ;
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula pasir
1 cawan santan pekat
1 tin susu cair
1 cawan air pandan + 1 camca kecil perwarna hijau.
6 biji telur ayam
Sedikit minyak sapi ghee utk sapu pd bekas kuih bingka.
1 camca keci garam.
Cara2 membuatnya ;
1). Ayak tepung dlm bekas.
2). Gula dan telur disatukan dlm satu bekas dan kacau pelahan sekejap bg mengelakan gelembung.. Satu ingatan pecakan telur buang yg ada satu mcm ketul putih saya tak tahu apa panggilannya.
3). Tuangkan tepung gandum sedikit2 sambil dikacau ingat pelahan. Sesudah itu.
4). Tuang santan dan air pandan sedikit2 sambil dikacau pelahan sahaja. Akhir sekali
5). Tuang susu cair dan sedikit garam kacau dan tapis..
6). Sapu minyak sapi dlm bekas.
Saya lebeh gembar guna bekas kaca yg tahan bolh masuk oven.
sbbnya bolh tenguk bhgn bawah kekuningan kuih bingka..
Bakar dgn api yg biasa..
Saya guna oven yg atas bawah.
Sumber resepi : TP Rohana Johar
resepi ayam pandan 在 Resepi Sheila Rusly Facebook 八卦
Tengok kat gambar dah nampak menyelerakan.😋😋 Apa lagi, jom cuba kat rumah.
P/s : Sebelum tu jom like Resepi Sheila Rusly dulu untuk dapatkan pelbagai resepi yg lebih menarik 😘
Resepi Nasi Daging Utara Dengan Air Asam Kerisek
Bahan-Bahan
Nasi daging
Bahan2
Daging stgh kg potong kiub sederhana kecil n rebus
Beras 5cwan
2sb rempah kurma
3 sekawan
1sb marjerin
1ulas bawang merah hiris
1ulas bawang putih hiris
1helai daun pandan
Setengah kiub pati ayam
Suku setengaj cawan susu cair
2sb sos tomato
1. Panaskan minyak dan marjerin
2. Tumiskan bawang merah, bawang putih, daun pandan, 3sekawan n serbuk kurma. Kacau kejap biar sebati dan berbau harum
3. Masukkan beras yang dah dicuci dan ditoskan kacau biar sebati
4. Masukkan 4 setengah cawan air rebusan daging dan susu cair dan sos tomato.
5. Pindahkan periuk nasi ke dpo elektrik tunggu je smp masak.
6. Hiaskan dengan daun sup dan bawang goreng.
Air Asam Kerisek
1biji tomato dihiris
3 ulas bawang merah hiris
3 biji cilipadi hiris
Asam jawa
1sb kerisek
3 batang cili merah*
4 biji cili padi*
Belacan bakar besar ibu jari*
Garam*
Gula*
1. Tumbuk bahan bertanda * di atas
2. Bahan hiris masukkan dlm mangkuk
3. Masukkan bahan tumbuk ke dlm mangkuk
4. Masukkan asam jawa dan masukkan air sikit ramas2 biar sebati
5. Masukkan kerisek dan ramas2 lagi
6. Siap
Sumber resepi dari Noraida Aida
resepi ayam pandan 在 DESTINASI TV Youtube 的評價
JOM JADI RAKAN PENGHANTAR DEGO » https://bit.ly/3iJPjyJ
Gunakan referral link Destinasi TV ini dan nikmati bonus istimewa RM80 dan Tshirt Dego secara percuma. Tertaluk kepada terma & syarat.
Download aplikasi Dego:
Apple: https://apple.co/2D98AK2
Android: https://bit.ly/3ga5WlR
Nak menang #DEGOGiveaway sila ke link ini:
https://bit.ly/2RTVG6Q
---------------------------------------
Salam sejahtera! Kembali lagi ke episode terbaru siri Pilihan Terbaik! Dalam minggu ini, Amal dan Azri akan mencuba satu makanan yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia, iaitu Sate! Mereka akan menilai Sate yang mempunyai tiga perbezaan harga iaitu murah, sederhana dan mahal. Pastikan anda semua menonton sehingga habis rancangan untuk mengetahui mana satu yang menjadi Pilihan Terbaik Destinasi TV!
Di lokasi pertama, kami telah mencuba Sate Ayam yang berharga 90 sen secucuk di Sate Gombak Istimewa. Apa yang teristimewanya Sate ini adalah mereka mengunakan resepi turun menurun daripada ahli keluarga dimana mereka perapkan sate-sate selama tiga jam sebelum mereka menjual pada hari yang sama. Sate Ayam itu tersendiri memang segar, lembut dan secukup rasa. Tidak dilupakan juga dengan kuah kacang yang pedas yang menjadikan gandingan terbaik untuk Sate Ayam tersebut. Mereka juga menjual Sate Daging yang berharga RM1.20 sahaja.
?Lokasi 1 » Sate Gombak Istimewa
Berhadapan di Restoran Jabina, Kampung Nakhoda, 68100 Batu Caves
⏰ Waktu Operasi » Dibuka setiap hari pada jam 6 petang - 12 malam (Tutup Hari Selasa)
Untuk lokasi kedua pula kami pergi ke Jom Sate KL untuk merasai Sate yang amat unik iaitu Sate Rusa yang berharga RM3 secucuk. Berkonsepkan ala-ala "Fine Dining", Jom Sate juga terkenal dengan menjual Sate bersaiz XL daripada saiz Sate biasa dimana pelanggan akan berpuas hati makan Sate dengan isi yang tebal. Apa yang menariknya mengenai Sate Rusa mereka adalah mereka menggunakan daging Rusa yang diimport daripada Australia dipanggil Venison Fan Fillet dimana terhasilnya tekstur yang kenyal dan isinya yang manis, pedas dan secukup rasa.
?Lokasi 1 »Jom Sate KL
2 1/2, D-0-16 PUTRA MAJESTIC, Jalan Kasipillay, Jalan Ipoh, 51200 Kuala Lumpur
☎️ Telefon » 011 - 6221 5253
⏰ Waktu Operasi » Dibuka setiap hari pada jam 10 pagi - 11:45 malam
Untuk lokasi terakhir pula, kami mencuba Sate yang sangat premium di Satay Station iaitu Satay Wagyu yang berharga RM50 untuk 6 cucuk. Sate tersebut menggunakan Daging Wagyu yang berkualiti tinggi dan boleh hasilkan dalam 20,000 cucuk. Menariknya mengenai Sate Wagyu ini adalah dagingnya kenyal dan tidak menggunakan bahan perap yang banyak untuk memastikan pelanggan dapat merasai daging Wagyu yang sebenar di Sate ini. Di Satay Station juga menjual dua jenis Sate iaitu Sate Original (bersaiz besar) dan Sate Bajet (bersaiz kecil), dimana para pelanggan boleh memilih sate-sate yang mereka ingin beli mengikut bajet mereka
?Lokasi 1 » Satay Station Kampung Pandan
55, Jalan Pandan Kemajuan A, Kampung Pandan Dalam, 55100 Kuala Lumpur
☎️ Telefon » 012 - 6464129
⏰ Waktu Operasi » Dibuka setiap hari pada jam 12:30 tengahari - 11 malam.
- - - - - - - - - - - - - - - -
? FOLLOW INSTAGRAM KAMI:
SEMBANG BROS » https://www.instagram.com/sembangbros/
DESTINASI TV » https://www.instagram.com/destinasitv/
AMAL HASNOR » https://www.instagram.com/amalhasnor/
AZRY B » https://www.instagram.com/azrybom/
- - - - - - - - - - - - - - - - -
? FOLLOW FACEBOOK KAMI:
SEMBANG BROS » https://www.facebook.com/sembangbros/
DESTINASI TV » https://www.facebook.com/DestinasiTV/
- - - - - - - - - - - - - - - - -
? FOLLOW TWITTER KAMI:
SEMBANG BROS » https://twitter.com/sembangbros
DESTINASI TV » https://twitter.com/destinasitv
- - - - - - - - - - - - - - - - -
For business inquiries, please email: sembangbros@gmail.com
resepi ayam pandan 在 Bumi Ratu Channel Youtube 的評價
Bonda ajar menu " nasi lemak kukus bersangai "...
Bonda reka sendiri Tertanya sgt sgt sedap dr nasi lemak biasa..dijamin 1000%..
berbaloi sbb jauh lebih sedap dr nasi kukus biasa..(Jika anda xda daun lemuni pun xpa...Ia just tambahan jer daun tu..yg pasti Boleh buat tanpa daun lemuni pun sedap sgt ..)..
Bahan nak kasi lemak atau manis seimbang garam gula santan ikut kesukaan anda..tapi bahan sy bagi tu wajib guna sbb itu asas dia lemak dn wangi..jd kawwww
Bonda xda sukatan pakai letak2 jer..Syaratnya Kena pandai balancekan air dn santannya supaya x keras ..syaratnya nak cantik nasinya itu jer..
Bahan2 Sy guna..
Kulit kayu manis mesti banyak..Rebus dulu smapai keluar warna brown..step seterusnya Letak air dalam 2 gelas..Beras dlm 3 cawan minum tau..Anggaran jer..!!..
garam ..gula..pandan..santan..Sedikit minyak supaya nasi berkilat masa sangai tu..
Biasanya bonda pakai 2 jenis santan..Santan kotak 1 kotak..Santan perah dlm sebiji kelapa utk 4 cawan beras (cawan minum ya bukan cwn rice cooker tu)..
Abg aji sy suka sgt menu ni..Sy x nak buat selalu sbb bahaya kolestrol dia makan banyak sgt klu sy masak ni..
Nnati rebusan air tu berkurangan dn keluar warna coklat baru masukan santan dn beras..
Masak dn kacau sampai kering (beras mengembang baru angkat..Kalau beras x kembang tambah air lagi ya..)..
part ni mesti pandai imbangkan dn betul..sbb klu org tu biasa masak nasi dia akan tau ..Kalau x pandai nasi lemak xkan berderai..Jadi lembik melekit atau keras..
Sy ingin anda masak sedap2..Dn family anda haoy..Share jika anda sudi ..
Sy masak jer tp sy x makan ..Anak2 sy suka..terutama bapaknya..Kalau sy jamu tetamu mmg laju habisnya..kena pulak dgn sambal ayam sy perrrghhhh..Selamat licin..
Jangan lupa Subscribe Channel Bonda & boleh follow bonda di Media Sosial yang lain :
FB PAGES Rozita Ibrahim
https://www.facebook.com/BondaRozita/
Instagram
https://www.instagram.com/bondarozitaibrahim
Ikuti kisah Bonda di blog
http://rozitaibrahim.com/
Dapatkan Produk Jamu Ratu Malaya melalui pengedar SAH kami :
FB PAGES Pengedar & Stokis
https://www.facebook.com/JRMHQ1/
resepi ayam pandan 在 Padu Beb Studios Youtube 的評價
Musim PKPB ni memang susah sikit kita nak pergi makan kat luar kan. Bukan susah apa, kena berjaga-jaga sebab virus COVID-19 masih berada dalam komuniti kita ni.
Kadang-kadang kita mengidam nak makan itu-ini tapi nak masak tak reti. Kalau masak pun tak sedap. So, kalau korang ada mengidam nak makan Daging Masak Hitam, korang boleh cuba rempah dari Rinmas Catering & Event ni.
So far, aku dah rasa dan memang terbaik. Memang macam PRO masak. Kepada yang nak jadi agent pun boleh roger diorang.
#PaduBebBros #RempahDagingMasakHitam
-----------------
Subscribe my channel : www.youtube.com/padubebstudios
Subscribe my 2nd channel : www.youtube.com/abugitstudios
LIKE my Facebook Fan Page : https://www.facebook.com/padubebstudios
Follow my Instagram : @padubebstudios
resepi ayam pandan 在 Resepi Ayam Pandan Autentik Menggunakan 12 Bahan Asas 的八卦
2019 Okt 22 - Murah sangat nak buat resepi Ayam Pandan ini dengan hanya menggunakan bahan-bahan asas dapur! ... <看更多>
resepi ayam pandan 在 Resepi Ayam Pandan Senang Dan Sedap - YouTube 的八卦
Ayam PandanMasa Penyediaan : 45 minitMasa Memasak : 20 minitJumlah Hidangan : 3 OrangBahan-BahanPerapan6 ulas bawang putih1 sudu teh lada ... ... <看更多>