Tips elak Gejala Gedik Anak Perempuan
GEDIK adalah istilah terkini yang merujuk kepada aksi anak gadis yang menunjukkan gelagat yang agak ‘menggatal’ pada bahasa pasarnya. Ia menggambarkan naluri keinginan seorang anak gadis yang agak berlebih-lebihan untuk menarik perhatian lelaki.
Ekoran dari paparan isu tentang gejala zina atau seks bebas dan buang bayi kelmarin, maka ramai ibubapa yang tampil merujuk, khususnya tentang kebimbangan ibubapa terhadap anak gadis mereka yang kelihatan gedik.
Sebenarnya ramai juga sebelum ini kalangan ibubapa yang meminta kami kongsikan beberapa tips untuk mencegah atau mematikan budaya ini di kalangan anak gadis mereka. Kini kami rasa sudah sampai masanya untuk kami kongsikan. Namun kami tidak mengharapkan perkongsian ini boleh diterima bulat-bulat oleh kebanyakan ibubapa kerana ada yang melibatkan konflik dengan minat dan nafsu ibubapa itu sendiri.
Peranan Bapa
Untuk mengelakkan kerakusan naluri seorang gadis terhadap lelaki, ia memerlukan satu konsep ‘imuniti’ dari lelaki juga. Peranan ini harus dimainkan oleh bapa kandungnya sendiri sejak anak itu kecil lagi. Antaranya ialah dengan membanyakkan ‘body contact’ seperti dakapan dan kucupan bapa terhadap anak itu sejak kecil.
Bau hormon lelaki yang bersifat melindungi dari dakapan dan ciuman kasih seorang bapa yang diamalkan sejak kecil itu boleh mematikan atau ‘mendidik nafsu’ anak terhadap lelaki. Ia mampu memberikan satu pendidikan kepada anak gadis untuk membezakan tahap keikhlasan dan kekejaman seorang lelaki.
Pada masa yang sama amalan yang diamalkan sejak kecil ini juga berkesan untuk mengelakkan fenomena haruan makan anak. Sang bapa juga akan semakin kasih dan bersikap melindungi anak gadisnya apabila ia diamalkan sejak kecil secara istiqomah. Ibarat manusia yang memelihara haiwan kesayangan yang boleh dimakan seperti arnab, kuda, ayam, burung dan sebagainya. Biasanya kita tidak akan lalu memakan daging haiwan kesayangan itu apabila disembelih dan dimasak.
Anak gadis yang sudah rapat dengan bapa juga akan lebih matang dan bijak menilai kualiti seorang lelaki dan tidak jadi rakus untuk menerima sebarang lelaki sewenang-wenangnya. Si bapa pula akan jadi pakar rujuk untuk membantu anak gadisnya menilai lelaki yang baik untuknya. InsyaAllah anak ini akan terlindung melalui bantuan furqon dan perlindungan dari ayahnya atau melalui suami yang baik yang berjaya di pilihnya.
Latih Anak Gadis Dengan Sifat Malu Sejak Kecil
Salah satu daripada usaha ke arah ini ialah dengan mengenakan pakaian yang sopan termasuk bertudung mengikut kehendak Allah sejak mereka kecil lagi. Amalan ini akan menjadikan anak kita mengamalkan sesuatu yang betul sejak kecil. Oleh itu jika kita tidak pasti bilakah saat nafsu anak kita terhadap lelaki akan terbit, maka mulakan sahaja sejak kecil.
Masalah besar yang menyukarkan anak gadis kita untuk mengubah penampilan dengan bertudung dan berpakaian yang syariah compliance hari ini ialah kerana mereka tidak dibiasakan sejak kecil. Mereka akan merasa teragak-agak dan keberatan untuk mengubah penampilan baru mengikut kehendak Allah kerana sudah terbiasa dengan amalan mendedahkan aurat dan gedik.
Seterusnya didik anak gadis kita agar tidak terlalu bebas bercampur dengan lelaki sejak kecil lagi, iaitu di peringkat pra-sekolah lagi. Bukan tidak boleh bercampur langsung, tetapi ajar mereka adab sopan sejak kecil agar mereka tahu membataskan diri mereka mana yang wajar dan sebaliknya. Jangan izinkan anak kita duduk terkangkang, terlompat-lompat, ketawa mengilai-ngilai, terjerit-jerit, dan lain-lain aksi kasar di hadapan bukan muhrim mereka.
Hari ini ibubapa tidak langsung memerhatikan semua perkara kecil sebegini. Malah ramai ibubapa yang dengan bangga membelikan pakaian yang ketat atau singkat untuk anak mereka. Maaf cakap kadangkala sengaja diajar anak gadis mereka menyanyi dan menari dengan lenggok yang sangat mengiurkan.
Kajian kami menunjukkan kita tidak perlu membiarkan anak kita dilihat beraksi begitu di depan lelaki buaya di luar sana. Cukup dengan bapa tiri, abang kandung, sepupu, bapa saudara, rakan sebaya yang berada di kejiranan yang biasa juga boleh terangsang untuk terbit keinginan memperkosa mereka. Jika anak gadis kita boleh dibiarkan berpakaian dan beraksi begitu, itu tanda kita dan anak kita berada pada tahap jahil. Pastinya golongan lelaki yang melihat mereka juga sejahil itu kerana kita berada pada zaman yang sama.
Kesimpulan
Banyak sekali kes perkosaan di usia muda. Sedihnya ramai ibu bapa yang tidak tahu kerana ia tidak banyak tandanya. Anak itu tidak hamil kerana belum sempurna fungsi peranakannya tetapi sudah di barai sejak kecil.
Sebahagian dari musibah ini disebabkan kegilaan lelaki syaitan bertopengkan manusia dan tiada kaitan langsung dengan kehendak anak itu. Tetapi tidak salah jika kita mengambil langkah berjaga-jaga, mengikut petunjuk dan kehendak Allah sejak mula. Jangan sampai terjadi anak gadis kita di perkosa depan belakang, lalu dibunuh dengan kejam selepas ‘kerja’ syaitan ini selesai sepertimana yang dilapurkan berlaku di media.
Gejala gedik ini bermula terbitnya sejak kecil lagi dalam diri anak gadis kita. Oleh itu pencegahannya juga harus bermula sejak kecil, sejak mereka mula boleh bercakap dan faham apa yang kita katakan. Jangan pandang remeh dengan mengatakan anak itu belum ada nafsu kerana yang kita takuti ialah lelaki buaya yang memandang mereka itu sangat bernafsu sekali.
Jangan lupa fenomena haruan makan anak. Sekalipun anda adalah ayah kandung anak gadis anda, anda harus mulakan amalan ini (jika mahu mencuba) sejak kecil agar anda benar-benar menjadi ‘tidak ada selera’ untuk merosak anak sendiri. Bagi ayah tiri kami tidak melarang namun ia harus dimulakan lebih awal lagi, bukan ketika anda dapat anak tiri yang sudah remaja lalu anda peluk ciumnya.
Pendidikan itu wajib bagi setiap individu, dari buaian sampai ke liang lahad. Jadi biar siapapun kita, biar berapa umur kita, berapa tinggi pangkat kita, berapa banyak sijil kita, janganlah berhenti belajar dan menimba ilmu. Dan kami di RPWP juga masih belajar dan akan terus belajar.
Jadikan apa yang kami kongsikan ini satu tips, bukan satu ketetapan. Jika anda ada teknik yang lebih baik dan rasional, sila kongsikan di ruang komen. Lebih baik jika melalui inbox agar tidak menimbulkan fitnah. Semuga bermanfaat.
Sumber Asal:
Kudap Parenting
WARGA PRIHATIN
同時也有2部Youtube影片,追蹤數超過452的網紅Afzalsukasuki,也在其Youtube影片中提到,RESTORAN ANAK2 YATIM RPWP. KORANG KENA CUBA!!??? Aku baru cuba hari ni. Betul la kata kawan2 FB menu2 yang ada kat Dapur Raya, Desa Surada Sg Ramal ...
rpwp 在 Noh Salleh Facebook 八卦
#Repost @saifulnang
・・・
Bila anak yatim & asnaf diberi peluang mengerjakan umrah, mereka menjadi teman dan pembantu yang sangat ikhlas. Video seorang warga emas yang kurang upaya sedang didukung oleh anak Rumah Pengasih Warga Prihatin untuk ziarah luar di Madinah. Ini bukan yang pertama, seperti satu rutin anak ini akan menanti di hadapan bas kerana dia pasti khidmatnya sangat diperlukan bila warga emas ini turun.
Mahu turut serta bersama umrah Rarecation? Harganya sama dengan pakej setaranya dari syarikat lain hanya bezanya, keuntungan 100% ditukarkan menjadi tiket kepada asnaf & anak yatim dari Rumah Pengasih Warga Prihatin (RPWP) bergilir-gilir pergi. Trip kali ini sahaja, 8 orang warga RPWP pergi, insyaAllah untuk trip akan datang jika anda semua turut serta, anda cuma bayar harga biasa yang setara dengan pasaran namun akadnya ialah satu sedekah jariah kerana pemergian anda itu membuka laluan kepada asnaf & anak yatim untuk berangkat bersama anda. Bukan untuk berlenggang kangkung...tetapi menjadi pembantu dan petugas yang setia. Tak perlu bayar tukang tolak semasa saie dan tawaf, mereka sendiri lebih dari sudi melakukannya dengan percuma.
Keberangkatan seterusnya ialah pada cuti sekolah Mac hadapan 15-26 Mac 2017 - Hotel berhampiran Masjidilharam dan Masjidil Nabawi (Kurang lebih 250 meter) dengan pakej lengkap dengan makan (full-board) hanya RM6900 SAHAJA dan dibimbing oleh Ustaz bertauliah dan satu yang menarik, pada kebiasaan 45 orang jemaah dijaga oleh 1 orang ustaz dan 1 orang mutawwif tetapi Projek Umrah Rarecation bersama asnaf & anak yatim ini melibatkan 7-8 orang mutawwif merangkah petugas am yang terdiri dari anak-anak RPWP. Bukan sekadar soal umrah namun keberkatan juga.
BERMINAT - Sila whatsap terus kepada saya Saiful Nang 0172267533 beserta Nama anda dan berapa bilangan yang akan berangkat serta nombor telefon (jika berlainan dari nombor whatsap). Sila share...share anda mungkin pembuka maklumat kepada orang lain yang mungkin akan turut serta.
rpwp 在 Pakar diari hati Facebook 八卦
Beliau (Saiful Nang) salah seorang tokoh yg mengagumkan saya. Walaupun bukan YB, bukan dato atau tan sri, bahkan bukan seorang ulama terbilang, beliau telah membangunkan rumah pengasih warga prihatin (RPWP) tanpa mengutip derma atau merayu meminta simpati. Seorang jutawan yg dulunya memiliki beberapa buah rumah tapi kini hanya tinggal di dalam kabin kecil bersama keluarga besar yg terbela nasibnya. Anak2 gelandangan, anak2 yatim, asnaf, warga tua, OKU dan lain2 diberi keperluan asas dan kemahiran menjana pendapatan sendiri.
Kelmarin sempat menjenguk dan meraikan cafe bas RPWP yg baru beroperasi. Kebetulan hujan rintik2, sebaik saja parkir di hadapan khemah makan, berlari-lari anak2 yatim mambawa payung untuk kami. Kelihatannya mereka benar2 dididik menjadi warga yg prihatin. Layanan yg sopan, service yg laju, dan makanan yg sangat sedap pasti memukau selera. Bagi yg berdekatan, boleh singgah ke 'dapur raya' warga prihatin yang terletak di Jalan Abim, Kampung Sg Ramal Dalam, Kajang Selangor. Sekali sekala, rehatkan diri dr menjadi keyboard warrior dan lihatlah alam yg sebenar. Di luar sana, terlalu ramai yg menanti keprihatinan kita.
Lawati FB: Warga Prihatin.
rpwp 在 Afzalsukasuki Youtube 的評價
RESTORAN ANAK2 YATIM RPWP. KORANG KENA CUBA!!???
Aku baru cuba hari ni. Betul la kata kawan2 FB menu2 yang ada kat Dapur Raya, Desa Surada Sg Ramal Kajang ni semuanya sedap2 belaka.
Aku hari ni makan dalam bas yang direnovate menjadi ruang makan. Tak panas, ada dua kipas besar. Dibuka setiap hari dari pukul 7pagi hingga 12malam. Tapi aku nak bagitau awal2, weekend memang sesak dgn pengunjung. Dari pintu masuk parkir sehingga ke meja kitorang dibantu oleh anak2 yatim bagi memudahkan urusan. Lagi sejuk hati setiap kali bersua mereka akan menghulur salam dan cium tangan. Bila panas pula kita dipayung sehingga ke kereta.
Hari ni aku cuba Meehun Sup, Char Kuey Teow Special dan Lontong. Dia punya kuah lontong pekat namatey. Nasi himpit lembut ya amat. Sambal dan kuah kacang pun sedap. Alhamdulillah kami sangat puas hati dan plan nak repeat untuk cuba menu2 lain.
Walaupun dikendalikan oleh anak2 yatim, tapi rasa dan menu2 nya sama level ngan restoran2 terkenal. Sempat la bertemu dan berborak ngan Saiful Nang yg turut sama bertungkus lumus menyediakan pesanan pengunjung.
FB : https://www.facebook.com/wargaprihatin/
IG : www.instagram.com/dapurrayaprihatin
#dapurraya #RPWP #RestoranAnakYatim
![post-title](https://i.ytimg.com/vi/GM8wMVFSt5A/hqdefault.jpg)
rpwp 在 加藤育実 Youtube 的評價
目標は、6月毎日投稿で登録者1.000人!!
21日目は、話題の幼稚園の付録で遊んだよ!
更年期の方、対処法を教えてください!願
Twitter→@kato_ikumi
アメブロ→http://s.ameblo.jp/kato-ikumi/
公式ウェブサイト→http://kato-ikumi.strikingly.com/
通販サイト→http://katoikumi.thebase.in
お仕事のご依頼はkatoikumi193@gmail.com 担当:石川まで
![post-title](https://i.ytimg.com/vi/Rpwp-X3DTr4/hqdefault.jpg?sqp=-oaymwEbCKgBEF5IVfKriqkDDggBFQAAiEIYAXABwAEG&rs=AOn4CLCAsDwdU4IOjV7APmbLxiFI6ge2aA)