Kempen #BuyMuslimFirst akan merentasi sempadan bangsa dan ideologi politik. Maksudnya selagi mana beragama Islam, barangan dan perkhidmatan milik Muslim akan diutamakan.
Tanpa mengira bangsa Melayu, CIna, India, Iban, Kadazan, Murut, Dusun, Serani dan lain-lain. Tanpa mengira parti Parti Pribumi BERSATU Malaysia, Parti Amanah Negara, Parti Keadilan Rakyat, UMNO, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Pusat, Malaysia Chinese Association 马来西亚华人公会, Malaysian Indian Congress, hatta Democratic Action Party sekalipun selagi mana Muslim akan mendapat keutamaan dari kempen ini.
Ini bukan kempen perkauman mahupun kempen kepartian. Bagi saya secara peribadi, ini adalah kempen memperkasakan ekonomi Muslim di Malaysia agar perkembangan ekonomi Muslim akan membolehkan pembayaran zakat yang kemudian akan disalurkan untuk manfaat umat Islam serta manusia sekalian.
Contohnya mudah; seorang saudara kita membuka sebuah 'mini market.' Harga barangan yang dijualnya tidak dapat menandingi harga pasaraya besar. Perbezaan mungkin seekor ayam di pasaraya besar RM6.50 sekilo dibandingkan dengan RM7.00 sekilo di mini market saudara kita. Beza RM0.50 sekilo.
Demi untuk membantu perniagaannya, kita tidak kisah membayar lebih RM0.50 sekilo kerana lebihan itu kita anggap sebagai sedekah untuk membantu saudara kita sendiri. Andai ayam di kedai saudara itu telah habis, kita boleh sahaja membeli ayam di kedai lain selagi halal.
Kita nak bantu ekonomi saudara kita bukan nak menjahanamkan perniagaan mereka. Tidak perlulah kita meminta diskaun atas dasar nak bantu tetapi itu lebih kepada menjahanamkan perniagaan mereka. Nak bantu, andai harga berpatutan dan tidak terlalu melampau, maka teruskan.
Yang kita cari adalah keredhaan Allah bukan barangan yang murah semata-mata. Peniaga Muslim pula jangan mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barangan tetapi ambillah peluang dari kempen ini untuk mempertingkatkan kualiti produk dan perkhidmatan anda.
Tingkat kualiti, tingkat perkhidmatan, tingkatkan kebersihan dan perbaiki apa jua yang perlu. Semoga Allah membantu kita semua.
同時也有13部Youtube影片,追蹤數超過175萬的網紅MeleTOP,也在其Youtube影片中提到,Apa Yang MeleTOP Episod 288 Subscribe Astro MeleTOP, http://bit.ly/ytmeletop Episod penuh MeleTOP di Astro Go, http://bit.ly/meletophd...
「pribumi」的推薦目錄:
- 關於pribumi 在 Firdaus Wong Wai Hung Facebook
- 關於pribumi 在 Facebook
- 關於pribumi 在 Yana Samsudin Facebook
- 關於pribumi 在 MeleTOP Youtube
- 關於pribumi 在 MeleTOP Youtube
- 關於pribumi 在 MeleTOP Youtube
- 關於pribumi 在 2022 Dusun Suku Bangsa Pribumi Taiwan 國際 印尼篇 的評價
- 關於pribumi 在 Ras Pribumi (raspribumi) - Profile - Pinterest 的評價
pribumi 在 Facebook 八卦
DI ANGGAP MENDISKRIMINASI ❗️
Pemerintah pusat mengatakan
Aturan in tidak membedakan antara warga pribumi dan TKA !
( HARUS ADIL )
pribumi 在 Yana Samsudin Facebook 八卦
Tetiba syahdu pula...
Rindu Babeh & Tayung... 😢
.
Memori full, scroll la nak delete pic & video , lalu pulak pic ni... 😭
.
Tak tahu nak describe camne... Rindu tapi jauh... walaupun jauh tapi sentiasa di dlm doa & hati.
.
Ye lah, zaman muda yana , kena kerja keras nak beli tiket mak abah & adik beradik lain untuk balik sana. Tau lah kan kalau balik time raya Xmas & gawai harga tiket mahal..
.
Ok.. jangan tertanya yana ni kaum apa pulak😅.. Mak yana muslim convert asalnya Bidayuh Kristian , Sarawak.
.
Keluarga mak pribumi Sarawak. Diaorg tinggal dalam komuniti kecik, tanam pokok durian, lada hitam, padi bukit, dan makan hasil bumi. Mak pernah cerita kalau diaorg adik beradik masuk hutan nak kemas kebun atau ke kampung sebelah ambil masa 4 hari tau.. berjalan kaki redah hutan bukit bukau... salute lah. Diaorg tak sesat pun 😭
.
Paling Yana salute.. Babeh, Tayung & adik beradik mak (Aunty & uncle) beri peluang mak yana pilih jalan hidupnya (muslim) tanpa memutuskan silaturrahim sesama mereka. .
Jika di fikirkan pasal pengorbanan mak , jauh lebih kuat berbanding kami di sini..
Tinggalkan keluarga, tukar agama dan ikut suami ke Johor. Sampai sekarang setiap kali dia call mak dia , mesti menangis 😢
.
Tapi tu lah, yana tulis ni bukan nak cerita pasal pengorbanan sesapa. Yana nak cerita pasal yana rindu orang orang tua keliling yana. Mendiang Babeh meninggal usia 99 tahun februari 2 tahun lepas. 😭
.
Korang tahu kan situasi bila petang orang tua datang berkumpul duk mengopi mengeteh , menyogel sireh depan rumah... menganyam tikar, menganyam bakul, asah parang kebun, bawa balik durian , lada hitam, padi sawah , padi bukit, rambutan & hasil hutan seperti rebung & sayur sayuran... cucu cucu kecik main main kat halaman rumah.... Rindunya!!!!!! Ok lah . Tak sanggup nak sambung cerita... 😭
.
Semoga kita semua, mak abah mama abah, atuk nenek mendapat pengakhiran yang baik insyaAllah. Amin...
.
.
#ysfzcutimalaysia #yanasamsudin #sarawak #BabehClan #GenerasiBabeh #Bidayuh #Iban #Serian #BidayuhSerian #CIMBprogressSquad
.
.
Apa lagi sumbangan kita yang kerdil ini boleh buat untuk mereka?
pribumi 在 MeleTOP Youtube 的評價
Apa Yang MeleTOP Episod 288
Subscribe Astro MeleTOP, http://bit.ly/ytmeletop
Episod penuh MeleTOP di Astro Go, http://bit.ly/meletophd
pribumi 在 MeleTOP Youtube 的評價
Apa Yang MeleTOP Episod 288
Subscribe Astro MeleTOP, http://bit.ly/ytmeletop
Episod penuh MeleTOP di Astro Go, http://bit.ly/meletophd
pribumi 在 MeleTOP Youtube 的評價
Apa Yang MeleTOP Episod 288
Subscribe Astro MeleTOP, http://bit.ly/ytmeletop
Episod penuh MeleTOP di Astro Go, http://bit.ly/meletophd
pribumi 在 Ras Pribumi (raspribumi) - Profile - Pinterest 的八卦
Pinterest Lite. Save space on your device. Sign up. User Avatar. Ras Pribumi. @raspribumi. 244 followers. ·. 9 following. Follow. ... <看更多>
pribumi 在 2022 Dusun Suku Bangsa Pribumi Taiwan 國際 印尼篇 的八卦
Objek wisata yang pasti harus dikunjungi di TaiwanTaman Hiburan Bertema Suku Aborigin Terbesar Di TaiwanSebuah perjalanan wisata budaya yang ... ... <看更多>