Dikongsikan oleh Syahr MusafirZawawi melalui FBnya.
JANGAN TAKUT UNTUK HIDUP SUSAH
Kami nikah masa umur 22 tahun. Ramai orang kata, terlalu awal dan terlalu muda. Ada jugalah yang mempertikaikan kematangan saya untuk menjadi seorang suami pada usia sebegitu. Ada jugalah yang mempersoalkan kesediaan si isteri untuk menghadapi susah senang bersama saya yang masih berstatus "pelajar" pada masa itu.
Life as students. To add, life as married students. Bergantung hidup pada nilai scholarship 'bujang' walaupun beristeri menjadikan hidup ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Memanglah susah. Segala benda tak cukup sempurna.
Selepas nikah di Kelantan (Malaysia), kami terbang memulakan hidup di Adelaide (Australia) untuk saya habiskan pengajian degree berbaki satu tahun lagi (Honours year). Pernah terjadi episod berjimat-cermat sebab scholarship hanya tinggal AUD $100 untuk 20 hari seterusnya selepas bayar semua bil keperluan, hantar sedikit untuk ibu bapa di kampung, isytirakat (sedekah/infaq kepada amal dakwah dan tarbiyyah) dan pelbagai sehingga si suami terpaksa ponteng universiti untuk kerja part-time pizza delivery walaupun esoknya ada oral presentation dan si isteri mengambil upah menjaga anak-anak kawan walaupun sedang kurang sihat, cukup mencabar diri dan menjadi warna-warni kehidupan yang tidak akan kami lupakan sampai bila-bila.
Cubalah bayangkan bidadari saya ini yang disahkan mengandung 2 bulan (anak pertama) terpaksa pulang seorang diri ke Malaysia pada 21 November 2010 supaya kesihatannya dan kandungan dapat dijaga lebih baik bersama keluarga di kampung kerana sukarnya kehidupan kami di Australia pada masa itu. Tidaklah hidup melarat sampai nak makan pun tiada duit. Tetapi wujud kesukaran yang menyebabkan 'berpisah buat sementara waktu' adalah lebih baik pada masa itu. Makan nasi berlauk ayam dan sayur, bolehlah. Tetapi nak beli buah, vitamin supplements, itu ini tak mampulah sebab di sini mahal-mahal semuanya. Rasa malu, sedih, semua ada. Rasa macam suami tak guna pun ada. Tetapi saya pesan kepada isteri dan diri sendiri, "Fikir positif! Allah swt kan ada sokmo!" dan dalam kekalutan itu, we moved on. For the record, masa hantar isteri ke airport, saya tak menangis pun, of course! Namun teringatkan air mata si isteri di departure hall Adelaide International Airport sebentar tadi itu 'paksa' saya untuk mengeluarkan air mata dalam perjalanan ke rumah. Jujurnya, malam itu saya tak dapat tidur pun kerana r_n_u (Please fill in the blanks).
Esok paginya 22 November 2010 lega apabila isteri telah selamat sampai di Kelantan dan pada pagi yang sama saya menduduki ujian viva untuk Honours project saya. Pagi sebagai seorang 'bujang semula' tidak sempatlah nak breakfast kerana isteri tiada di sisi untuk sediakan. Saya beritahu isteri, "Jangan risau. Abang OK and all ready for the big day today!" Hakikatnya, dengan perut kosong itulah naik bas seorang diri ke universiti, lakukan final oral presentation diikuti beberapa jam sesi viva. Jam 2 petang settle semua, badan menggigil kelaparan. Barulah terkejar-kejar cari sesuatu untuk isi perut sehinggakan saya habiskan minum satu gelas hot chocolate drink walaupun sebenarnya saya tak makan/minum coklat. First time! Lapar punya pasal.
Pada jam 4.30 petang pihak universiti melalui supervisor saya yang datang sendiri berjumpa saya memberitahu keputusan saya mendapat First Class Honours dengan CGPA 7.00/7.00. Allahu Allah. Sujud syukurlah, of course dan cepat-cepat beritahu isteri dan keluarga di kampung.
Mesti pelik, kan, kenapa saya kongsi sedikit kisah saya ini di sini? Ada sebabnya.
Hari ini adalah hari ke-dua ribu lima puluh kami bergelar suami isteri. Ya, anda tidak silap membacanya. Hari ini hari ke-2050 dan secara jujurnya saya masih struggle dengan kehidupan. Ya, saya punya pelajaran namun gajinya belum stabil, belum ada kereta sendiri, rumah pun tiada apatah lagi aset-aset lain yang sedap dipandang. Nak beli baju sehelai pun saya buat kira-kira sampai penuh dua helai kertas saiz A4. Huhu. Dan si isteri yang bersama saya dalam setiap kesukaran saya itu sedang bersama saya dalam kesukaran saya pada hari ini. Subhanallah, syukur alhamdulillah.
Sepanjang kami menjadi suami dan isteri, saya tidak pernah berikan rumah yang besar, kereta yang besar, duit yang besar kepada isteri. Tetapi saya berikan hati yang besar, jiwa yang besar dan kejujuran yang besar kepada isteri. Bidadari saya ini juga memberikan hati yang besar, jiwa yang besar dan kasih sayang yang besar kepada saya sebagai suaminya. Sebab inilah kenangan-kenangan sebegini mengusik jiwa saya.
Bidadari saya ini pernah berseloroh, "Bilalah nak merasa hidup senang seperti orang lain. Nak juga merasa itu ini (apabila melihatkan rakan-rakan, ikhwah akhawat dan kenalan-kenalan yang berjaya-berjaya)."
Dengan rendah diri saya cetuskan ikhlas daripada hati, "Masa Abang tiada duit, masa Abang sakit, masa Abang sempit, Abang lebih banyak ingat Allah swt apabila mengalami kesusahan. Masa Abang tiada duit, masa Abang sakit, masa Abang sempit, Abang dapat rasa kasih sayang dan cinta yang sangat kuat lahir daripada Sayang apabila Sayang bersama Abang dan menjaga Abang... Mungkin Allah swt belum senangkan kehidupan kita kerana Allah swt tak mahu Abang lupa Allah swt dan lupa isteri, lupa ibu bapa, lupa keluarga, lupa anak-anak. Biarlah sukar sebegini dahulu asalkan ada kesayangan-kesayangan semua di sisi. Esok-esok apabila kita sudah sedia, Allah swt pasti senangkan kehidupan kita..."
Selalunya kalau bidadari saya ini membalas dengan air mata, saya biarkan sahaja. Saya menganggap setiap titis air matanya sebagai jawapan janji dia sanggup menemani saya. (Sebenarnya tak reti nak pujuk. Eh? Heheh).
Kenapa saya menulis coretan ini? Ini sebab utamanya. Saya nak pesan kepada pasangan suami isteri atau bakal suami isteri yang membaca celoteh ini; JANGAN TAKUT UNTUK HIDUP SUSAH. Usah tangguh nikah kerana takut tak mampu nak sara isteri. Tetapi takutlah dengan dosa-dosa ber-couple, ber-dating walaupun sekadar dating secara online dan tidak berjumpa fizikal. Takutlah untuk buat dosa. Takut untuk nikah buat apa?
Bersusah-payah sebagai suami isteri menjanjikan kebahagiaan yang tidak dapat dicapai dengan cara lain. Inilah warna-warni dan resepi kejayaan kita yang akan kita kenang pada hari esok.
Foto hiasan & throwback: Ini foto 4 tahun yang lalu kami bersama cahaya mata pertama pada hari majlis konvokesyen di The Students' Learning Hub, The University of Adelaide, Australia. Pada tarikh ini, isteri saya punya Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dan saya sendiri punya dua sijil Ijazah Sarjana Muda (yang dicapai dalam masa 4 tahun pengajian), satu sijil nikah dan satu sijil kelahiran anak, dan juga berstatus pelajar PhD tajaan penuh biasiswa.
Nampak senang ke untuk mendapat semua ini? TIDAK. Hakikatnya, jalannya SUSAH. Kisah tak tidur malam, kisah ikat perut, kisah itu kisah ini. Tetapi, JANGAN TAKUT UNTUK HIDUP SUSAH.
Banyak kisahnya sampai boleh dibukukan jika ditulis dengan elok. Terasa mahu kongsi satu per satu cerita kerana mahu kongsi manfaatnya. Tetapi hati selalu risau takut-takut tidak dibaca orang.
#DiariFitRah #KeluargaFitRah #SITY
#SyahrMusafir #IsteriUntukDia
#JanganTakutUntukHidupSusah
---
Ramai yang hebat-hebat. Ada yang jadi Huffaz Al-Qur'an pada usia muda dan punya karier yang bagus-bagus. Janganlah bandingkan saya dengan mereka. Penulisan ini adalah perkongsian jujur dan ikhlas daripada pengalaman hidup saya sahaja.
---
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過62萬的網紅Bryan Wee,也在其Youtube影片中提到,...
isteriuntukdia 在 Deen Hotfm Facebook 八卦
setiap daripada kita yang dewasa sudah bekerja, bujang atau berkahwin, ada anak atau pun tidak mempunyai tanggungjawab kepada generasi muda. semoga kita mampu melahirkan generasi unggul.
Terima kasih mak ayah & cikgu-cikgu saya.
TEACHER SETAN
Hari ini 17 Ogos 2016 adalah antara hari yang sangat menyedihkan dalam karier saya sebagai seorang guru. Saya di'setan'kan oleh anak murid sendiri oleh kerana nasihat dan niat saya untuk memanusiakan dan tidak mahu disoal di akhirat kerana tidak menegur dan memperbaiki akhlak sesama muslim.
Pada waktu saya di kelas darjah 3, saya didatangi oleh seorang pelajar perempuan ketika saya khusyuk membuat saringan LINUS.
"Teacher, saya nampak Ahmad (bukan nama sebenar) pegang payudara Nurul (bukan nama sebenar)".
"Ha?! Panggil si Ahmad ke sini".
Si Ahmad pun datang ke meja guru.
"Teacher dengar aduan benda tak senonoh awak buat ni. Jelaskan dekat teacher sekarang".
"Saya tak sengaja. Saya tercucuk dia sebab dia pukul saya dulu."
Bila dengar sahaja perkataan tak sengaja, saya lega. Mungkin tiada niat seorang kanak kanak berumur sembilan tahun untuk melakukan gangguan/serangan seksual terhadap rakan sekelas yang juga seorang perempuan.
"Nurul, sini sekejap. "
Si Nurul datang dekat dengan saya.
"Kenapa teacher?".
"Betul ke si Ahmad ni cucuk awak kat situ?"
"Ya. Petang semalam pun waktu sekolah agama di selak kain saya."
"Jangan cuba reka cerita. Ini serius. Ada saksi?"
Si Ahmad diam. Datanglah budak yang pertama mengadu dengan saya.
"Betul teacher. Dia selak kain Nurul".
Allahu, gugur jantung saya.
"Ahmad, betul awak buat?"
"Saya terselak tak tinggi pun teacher. Setakat betis je".
Saya urut dada sambil pandang muka mereka. Bagaimana budak sekecil ini mampu/mempunyai nafsu untuk bergurau begitu? Saya ambil pembaris panjang dan ketuk sekuat hati di meja guru untuk mengalih perhatian semua anak murid.
"Dengar sini semua. Ada ke tak mak ayah awak semua terangkan bahagian tubuh badan yang tak boleh disentuh oleh orang lain?"
"Ada!"
"Awak semua tahu ke pada setiap inci anggota tubuh awak ada bahagian sensitif dan tak boleh disentuh orang lain? Jelas ke tak pasal ni?"
"Jelas, teacher" dengan sekuat hati mereka.
"Antara lelaki dan perempuan ada batas pergaulan. Lelaki tak boleh sama sekali sentuh perempuan begitu juga dengan perempuan. Haram untuk sentuh lelaki! Ini amaran terakhir. Teacher tak nak dengar lepas ni salah seorang daripada kamu bergurau melebihi batas. Ini sangat serius dan ini adalah satu bentuk gangguan seksual".
Mata si Ahmad berkaca.
"Saya nak kamu bertiga jumpa Guru Penolong Kanan sekarang".
Jadi saya serahkan kes ni kepada GPK. Lepas disoal siasat, mereka dibenarkan balik ke kelas dengan amaran terakhir. Tidak meletakkan salah seratus peratus terhadap Ahmad sebab Nurul pun sama juga tiada batas ketika bergurau.
Saya kembali dengan tugasan dan kemudian didatangi lagi 3 orang murid perempuan menyerahkan saya sebuah buku.
"Ini buku nota Ahmad. Dalam ni dia ada tulis pasal teacher".
Saya ambil buku tu. Baca. Dan saya sebak.
Dalam hati saya terlintas Ahmad mesti berdendam dengan saya.
Saya duduk dan tiba tiba Ahmad datang.
"Saya ada ambil susu untuk kawan kawan teacher" nada suara tenang.
"Good. Boleh teacher cakap dengan awak sekejap?"
Dia angguk dan saya pimpin tangan dia bawa ke perpustakaan. Saya meletakkan Ahmad seperti anak saya sendiri.
"Teacher nak awak cakap jujur Ahmad. Teacher tak akan marah awak tapi teacher nak tahu awak marah teacher ke?"
"Tak."
Saya tunjuk helaian itu pada Ahmad.
"Awak tulis ni?"
Dia tenung saya. Membisu. Mata berkaca.
"Tak payah nangis, teacher tak akan marah awak. Cakap terus terang awak tulis?"
"Ya."
"Apa perasaan awak masa awak tulis ni?"
"Malu dan marah".
"Baik, teacher faham. Teacher tak salahkan awak. Teacher faham awak rasa malu dengan kawan kawan awak sebab ni kan? Sebab teacher marah awak depan kawan kawan kan?"
Dia angguk dan mula menangis teresak esak.
Saya pegang tangan dia.
"Dengar sini Ahmad. Awak marah teacher bersebab dan teacher marah awak pun bersebab. Awak faham kenapa teacher marah awak?"
"Faham teacher."
"Awak ni budak yang sangat baik. Tiap pagi awak datang dekat kereta teacher tolong angkat barang barang teacher. Awak sangat ringan tulang, Teacher sayang awak sebab awak budak baik."
Tangisannya makin deras dan kuat.
"Teacher juga tahu keadaan awak dekat rumah. Ayah awak bawak lori 2 minggu sekali baru balik rumah kan? "
Ahmad mengangguk laju.
"Ahmad bayang ye kalau ayah takde kat rumah siapa akan jaga mak dan kakak?"
"Saya".
"Kalau Ahmad kena jaga kakak dan mak, Ahmad tak boleh buat perangai macam ni. Ahmad suka kalau tengok kakak kena peluk dengan orang lelaki, disentuh pada tempat yang tak sepatutnya?"
"tak suka teacher".
"Teacher sanggup Ahmad kalau awak nak cakap teacher setan sekarang pun daripada esok-esok mak awak yang orang setankan sebab tak pandai jaga anak. Ingat pengorbanan mak yang terpaksa bekerja siang malam untuk sara awak. Jauh lagi perjalanan awak. Macam-macam orang yang awak akan jumpa. Lebih daripada apa yang awak jumpa kat sini. Awak faham kan?"
Dia mengangguk sambil genggam tangan saya kuat.
"Kalau awak berdendam dengan teacher, awak tak akan dapat ilmu daripada teacher. Jadi macam ni. Teacher seikhlasnya mintak maaf pada awak, Teacher tak bermaksud nak memalukan awak. Hanya nak bagi peringatan pada orang lain. Pada kawan-kawan awak yang benda ni sangat serius. Teacher maafkan awak dan harap awak tak ulang lagi benda ni".
"saya mintak maaf teacher. Saya salah. Saya tak sepatutnya buat macam tu."
"Lain kali bila kawan perempuan pukul awak, jangan balas. Bagitau teacher, faham?"
"Faham".
Saya pimpin Ahmad ke kelas.
"Dengar sini semua, lepas ni teacher tak nak dengar sesiapa pun mengejek Ahmad pasal kejadian pagi tadi. Kalau teacher dengar, siap kamu."
saya tanya Ahmad berapa duit dia bawa ke sekolah.
"seringgit teacher".
Saya hulurkan RM2 kepada Ahmad untuk mengembirakan hati dia.
"Ambil duit ni makan di kantin apa yang awak nak ye?"
"Terima kasih teacher"
Betapa sucinya kanak-kanak. Tiada hasad, tiada dengki, Ini pengajaran buat saya untuk menjadi lebih baik. Moga Allah ampunkan dosa saya dan permudahkan urusan untuk saya terus ikhlas mendidik.
SUMBER (ARTIKEL & FOTO): http://thenajihahrahman.blogspot.my/…/08/teacher-setan.html…
Saya pun Cikgu juga. Cikgu kat Universiti dan Hospital. Heheh.
Like page Penulis Dr Syahr Musafir & Rahimah AR.Buku #HikayatBudakPhD dan Novel #IsteriUntukDia.
isteriuntukdia 在 スキマスイッチ - 「全力少年」Music Video : SUKIMASWITCH / ZENRYOKU SHOUNEN Music Video Youtube 的評價
![post-title](https://i.ytimg.com/vi/IvDTkTKi5pA/hqdefault.jpg)