Terima kasih 😍😍😍
⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
4.99 BINTANG UNTUK SUGEH RESORT JANDA BAIK, PAHANG.
Sugeh Hill Resort, Janda Baik
31/7/2020 - 2/8/2020
Kenapa 4.99 bintang?. 0.01 bintang yang kurang tu letaknya di mini zoo Sugeh Resort ni. Sebabnya tak banyak sangat haiwan yang ada di situ. Setakat yang Abe nampak, ada la burung merak, rusa, angsa, ayam. Yang lain, wallahualam.
Tapi Abe percaya mini zoo ni belum siap sepenuhnya. Pasti ada idea Dato Aliff Syukri nak buat lagi. Mesti punya lah. Kan!.
Ok, itu sedikit kekurangan. Jom kita cerita super kelebihan Sugeh Resort ni pula. Yess!!.
Untuk 3 hari 2 malam Abe di sana so far Abe dan family Abe enjoy sangat-sangat.
Yang pertama, Sugeh Resort letaknya tak berapa jauh dari Kuala Lumpur. Hanya makan masa lebih kurang 1 jam untuk sampai. Jalan nak masuk agak sempit dan berbukit. So, hati-hati ye gais kalau nak pergi. Jangan bawak kereta macam nak main drift pula ya.
Oleh kerana agak dekat, Abe bertolak lewat sikit dari rumah. Waktu check in adalah 2.30 pm. So Abe sampai sana dalam 4.30. Elok sampai, Abe solat asar dan terus tuju ke sungai.
Sungainya sangat terjaga. Ada kawasan yang ada batu dan juga ada kawasan yang kurang batu. Sangat best. Kawasan sungai yang dilindungi penuh oleh pokok-pokok yang besar membuatkan kawasan mandi sungai tu tak panas dan teduh. Tak de lah takut sunburn ye. Hahaha. Tengok gambar kat bawah.
Kedua, kolam renang open for 24 hours gais. Korang kalau ada anak-anak yang gila air ni, elok sangatlah. Ada kolam kanak-kanak dan dewasa. Kolam dewasa pun dalam kedalaman 1.2 meter sahaja. Tak dalam sangat. Boleh tengok gambar Abe share ok.
Ketiga, paling best, di Sugeh Resort ni juga ada aktiviti flying fox. Antara yang panjang juga lah. 100 meter. Syok sebab laluan flying fox ni dijamukan dengan pemandangan yang indah gila gais. Tak percaya, korang tengok gambar yang Abe snap kat bawah ni ye. Bayaran untuk flying fox ni Rm30 untuk dewasa, Rm20 untuk kanak-kanak. 2 kali naik tau!.
Keempat, untuk aktiviti sampingan bersama keluarga, boleh juga main giant bubble. Seronok anak-anak Abe sebab berlatar belakangkan pemandangan cantik, ditambah pula kawasan lapang dan luas, berangin pula di kawasan tu. Best, memang best.
Kelima. Tak cukup dengan tu, gais, di sini ada bilik karaoke gais. Percuma!!. Yes, percuma!. Korang boleh beritahu dekat reception yang korang nak karaoke, then dia sediakan bilik untuk korang. 2 jam korang boleh melalak dekat dalam bilik tu. Bilik karaoke tu terletak di tepi kolam renang je gais. Syahdu beb!. Layan karaoke tepi kolam. Haha.
Keenam. Untuk aktiviti berkuda, ada bayaran sebanyak Rm15 seorang untuk 2 pusingan. Ada la dalam 2 ekor kuda yang Abe nampak. Yang Abe tak nampak, tak tahu lah.
Ketujuh, ada juga disediakan basikal untuk sewaan. Korang boleh kayuh basikal di dalam kawasan tu. Boleh kata luas juga lah dalam tu. Bayaran hanya Rm10 untuk 3 jam. Jika basikal ada 2 tempat duduk tu bayarannya Rm20 untuk 3 jam.
Lain-lain aktiviti, adalah naik sampan dan ATV. Yang ni Abe tak main lah. Sebab tak rasa nak cuba aktiviti ni kan. Hehe.
Ada juga Abe bersembang dengan pengunjung di sini. Sebelah malam, diorang pergi naik Genting Highland. Ambik angin sejuk malam di sana. Best tu. Abe pulak tak terfikir nak naik Genting. So, next time kalau datang lagi, InsyaAllah kita naik Genting.
Bab makan. Jangan risau. Dalam Sugeh resort ni pun ada kafe disediakan. Korang boleh call ataupun terus datang ke kafe untuk beli makanan. Harga pun berpatutan. Standard resort gais. Cuma menu terhad.
Jika korang taknak makan di kafe resort pun tak apa. Korang boleh keluar dan carilah gerai-gerai atau restoran yang ada di tepi-tepi jalan tu. Berlambak gais. Ada yang restoran famous pun ada. Mostly di Janda Baik ni sup tulang lah yang famous. Yeke?. 🧐
Ok. Bab bilik.
Seronok sangat di Sugeh Resort ni sampai lupa cerita pasal bilik ya.
Berketepatan dengan namanya ‘Sugeh’ yang bermaksud ‘kaya’ dalam bahasa banjar kalau tak silap Abe, ia memberikan feel mewah pada Abe dan Family. Dengan susun atur dan jenis perabotnya. Memang sangat-sangat eksklusif. Bilik lain Abe tak tahu.
Tapi so far, dalam pemerhatian Abe, Sugeh Resort dibina bukan secara ala kadar. Bukan setakat ada sahaja. Malah, ia beri lebih pengalaman yang menarik pada Abe.
Dari segi harga, bilik di Sugeh Resort ditawarkan harga serendah Rm100 satu malam hingga Rm2800 satu malam. Lihat pada jenis bilik atau rumah serta lokasi dalam Sugeh Resort tu.
Kenapa last sekali baru Abe cerita pasal harga?. Look gais. Keseronokan di sini melebihi harga yang ditawarkan. Serius gais!. Sebab tu Abe lupa nak tulis pasal harga awal-awal review Abe ni.
So, kesimpulannya, jika ragu-ragu tentang tempat ini, Abe nasihatkan korang buang ragu-ragu tu dan datang ke Sugeh Resort ni untuk menikmati percutian korang bersama yang tersayang.
Lain, boleh lihat gambar2 yang Abe share di bawah beserta caption ya.
Kalau korang nak booking, boleh ke website sugehhillresort atau terus contact manager di sana, En. Nazran (0123278133)
FB - Sugeh Hill Exclusive Eco Resort Dato’ Alif Syukri Terlajak Laris
IG - @sugehhillresortjandabaik
Jemput follow Paan Mohd
Follow juga IG @paan.mohamad
#sugehresort
#sugehhillresort
#jandabaik
#terlajaklaris
#DatoAliffSyukri
同時也有3部Youtube影片,追蹤數超過43萬的網紅Apak channel,也在其Youtube影片中提到,Nyanyian yang penuh penjiwaan dari Fazwin..apa pendapat korang semua tentang suara dan lagu ini?? Sile komen dan jangan lupa share, like, subscribe!! ...
datoaliffsyukri 在 Aliff Syukri Terlajak Laris Facebook 八卦
Siapa orang INDONESIA di sini ??
.
.
Tak kisah dari daerah mana.. kami ingin mencari lebih ramai lagi dari setiap daerah dari INDONESIA
yang mahu jadi agent kami di sana ...
.
.
Saya memerlukan Agent di sana ...
Kerna permintaan yang hebat dan luar biasa di sana dan mencari lebih ramai lagi yang nak buat duit ribu2 dengan JENAMA BARU AS LEGACY DARI DATO ALIFF SYUKRI ...
.
.
TOLONG WHATSAPP TERUS
www.watsap.my/601111229206
.
.
#aslegacy
#datoaliffsyukri
#datinshahidadherb
datoaliffsyukri 在 Apak channel Youtube 的評價
Nyanyian yang penuh penjiwaan dari Fazwin..apa pendapat korang semua tentang suara dan lagu ini?? Sile komen dan jangan lupa share, like, subscribe!! Kerana semua itu gratis percuma freeeeee!!! Apak perlukan 500k view utk video ni..jom tolong apak!! #Apak #fazwein #karma
datoaliffsyukri 在 Mohd Ikram Amz Youtube 的評價
#AliPuteh #AliffSyukri
Ali Puteh tampil beri penjelasan kepada media berkaitan isu tular pertikaian beliau dengan Datuk Aliff Syukri terlajak laris untuk elak fitnah dan menjaga maruah keluarganya yang sedang di uji setelah abang beliau iaitu Abam Bocey kembali ke Rahmatullah.
Video link : https://youtu.be/vH_vCqiZ7GA
#aliputehdanaliffsyukri #kisahaliputehdanaliffsyukri #aliputehdandatoaliffsyukri #aliffsyukriterlajaklarisdanaliputeh #aliputehdandatukaliffsyukri #livealiffsyukridanaliputeh #aliffsyukri #aliffsyukriterlajaklaris #aliffsyukriisteriabam #aliffsyukrisajat #isteriabambocey #fadbocey #asifdanyoe #datoaliffsyukri #yoeparey #naimdaniel
datoaliffsyukri 在 Diera Dylan Youtube 的評價
CUTTING MY HAIR AFTER 2 YEARS !
____________________________________________________________________
PLEASE LIKE, SHARE THIS VIDEO AND SUBSCRIBE !
____________________________________________________________________
HEY LOVES !
Finally I got some time to edit my new video since I was busy pregnant to my second child.
After so long I decided to cut my hair because my hair been crazy after giving birth.
Watch this video and let me know what do you think of my new hair and bonus, Audrey trying to sabotage Mommy's Vlog ! Hahaha
Drop comment below and let me know what ya think okay ?
So hope you enjoy the video !
____________________________________________________________________
FIND ME HERE :
Instagram -
https://www.instagram.com/dieradylan
Twitter -
https://twitter.com/dieradylan
Facebook -
https://www.facebook.com/diera.dylan
Facebook Page -
https://www.facebook.com/Diera-Dylan-...
Email -
dieradylan@gmail.com
____________________________________________________________________
DISCLAIMER :
- This video is NOT sponsored.
____________________________________________________________________
MUSIC CREDIT :
1. Senorita Cover by Emma Heesters & Jason :
https://www.youtube.com/watch?v=S_0HxaJbwqs