Ulasan Bengkel penulisan kreatif
Oleh: dinohauz
Den tertengok iklan pasal bengkel nih di blog Hamka Kereta Mayat http://keretamayat.blogspot.my/.
Bengkel yang diadakan pada 29 Mei lepas di Bandar Baru Bangi nih dianjurkan oleh En Khairy Tajuddin http://khairytajudin.com/. Den tak kenai pun sapa dia nih tapi disebabkan Hamka Kereta Mayat iklankan bengkel nih, den agak-agak dia pun penulis popular la jugak.
Tatau kenapa teringin nak pergi bengkel nih walopun den memang la tak pernah terasa nak menulis novel ke cerpen ke. Den memang tatau langsung pasal dunia penulisan novel ke cerpen ke.
Pengalaman den berkaitan penulisan nih adalah laporan yang berkaitan keje je setakat nih. Penulisan laporan bengkel, seminar, lawatan tapak, minit mesyuarat dan seangkatan dengannya.
Dah la den memang tak berminat sangat dengan novel Melayu sebab den tak berkesempatan jumpa novel yang den berkenan, so tatau pasai pa bley nak joint bengkel nih.
disebabkan tak amik gambaq apa pun, kita bubuh la gambaq nih no
Bila dah pi bengkel nih, baru la den tau En Khairy Tajuddin nih penulis yang dah hasilkan 17 buah novel dari 2011 - 2016 (kalo den tak silap la). Orang Kedah. So bila dia ceite pasal penulisan nih memang best sebab ada loghat Kedah hehehehhehe.
Ada 15 orang peserta yang hadir ke bengkel nih.
Macam-macam info la yang diajor untuk half day bengkel tuh. Antaranya:
1. 2 perkara utama yang penting dalam penulisan novel atau cerpen adalah apa yang kita mampu tulis untuk orang baca dan apa yang pembaca nak baca.
2. Perlu tengok pasaran, trend dan permintaan.
#dah seumpama sama la macam bisnes jugak gayanye yek. Kebanyakan kursus yang den dah pegi (baru 4 je pun, macam banyak sangat bunyinye kan) dok koba kita kena jual barang yang orang nak beli dan beri perkhidmatan yang orang perlukan.
3. Biasanya orang harap novel yang happy ending. Nih ala-ala ceite Hindustan la nih, wajib happy ending kalo tak panggung wayang kena bako. Nih mungkin ada benarnya kot coz sampai sekarang den dok teringat-ingat ending novel Rage of Angel oleh Sidney Sheldon. Patah hati kot sebab sad ending (makwe terpaksa mulakan hidup jadi lawyer di pedalaman lepas selamatkan pakwe, the Senator daripada dibunuh. Pakwe angkat sumpah jadi Presiden US di samping isterinya yang sedang mengandung anak kedua. Serious tragis).
4. Kita boleh terbitkan sendiri buku kita dengan kos layout, cover dan printing ditanggung sendiri atau kita boleh minta penerbit yang buat untuk kita.
5. Kita boleh email penerbit dengan menghantar manuskrip pada mereka. Terpulang kepada penerbit. Ada yang nak kita email sinposis setiap chapter, ada yang nak 2 bab yang pertama dan ada juga yang nak 3 bab (mula, tengah dan hujung). So kita sendiri kena identify kehendak penerbit.
6. Sekiranya sebulan lepas email masih tak dapat maklumbalas daripada penerbit, sila anggap penerbit tidak berminat.
7. Kalo nak terbitkan buku sendiri, kos yang mungkin terlibat adalah layout (1 muka surat RM 4), cover (antara RM 200 - RM 400) dan printing RM 3.50/buku (ikut jenis kertas).
Tips Merangka Cerita
1. Watak dan Perwatakan (protagonist dan antagonist)
2. Konflik
3. Plot dan subplot
4. Dialog dan naratif (novel - 60% dialog dan 40% naratif, cerpen - 40% dialog dan 60% naratif)
5. Gaya bahasa (Bahasa Melayu standard atau santai)
6. Background
7. Klimaks@Ending
8. Moral of the story
Dalam cerpen, hanya perlu ada 1 plot dan 1 konflik je.
Dalam novel, boleh ada 3 plot dan 3 - 5 konflik.
Prolog - mana-mana bahagian dalam novel yang paling menarik, laju @ kemuncak. Kadang-kadang boleh jadi ending cerita.
Epilog - rumusan atau in a nutshell gittew (ie ending ceite hero mati. So epilog boleh jadi rumusan beberapa tahun lepas hero mati).
Struktur novel:
1. Set up termasuk insiden (yang menyebabkan hero berubah, etc) - 15-20%;
2. Konflik (halangan) - 60 - 70%; dan
3. Penyelesaian (termasuk klimaks) - 20 - 30%.
4. Klimaks yang terbaik adalah twisted ending, ending yang orang tak sangka (ie tak sangka orang A adalah penjahat rupa-rupanya).
Tips Membina Dialog
Dialog yang melibatkan 2 watak berbeza, guna perenggan berbeza.
Dialog yang melibatkan watak yang sama, guna perenggan yang sama.
Tips Tulis Cerpen
1.Panjang cerpen kurang 2000 patah perkataan (kurang 10 muka surat).
2.Watak 2 - 4 orang sahaja.
3. 1 plot.
4. Konflik di perenggan pertama dan klimaks di perenggan terakhir.
Tips Tulis Buku Non Fiksyen
1. Perlu banyak buat research.
2. Boleh tulis pasal pendapat sendiri, pengalaman sendiri, adaptasi kisah orang lain, etc.
3. Boleh tulis je pasal apa yang kita tau, lihat, dengar dan baca.
4. Baca buku yang ada topic yang sama. Kemudian tulis semula gunakan gaya sendiri.
5. Ebook kena nipis je. Dalam 10 - 20 muka surat.
Jangan betoikan manuskrip masa sedang mengarang. Tulis dulu sampai habis. Dah siap baru semak semula dan betoikan mana yang perlu.
Perkongsian oleh Tuan Hamka Kereta Mayat
Dah karang 8 buah buku.
Mula tulis blog pada 2006. Seminggu sekali mesti tulis blog untuk orang yang baru nak mula menulis.
Pembaca Nak Apa Sebenarnya:
1. Punch line, lawak.
2. Info, berita, peristiwa dan cerita.
3. Falsafah dan nasihat.
4. Pendapat tentang sesuatu isu.
5. Ilmu bermanfaat.
6. Tips hidup yang lebih baik.
Kenapa Tuan Hamka Nak Menulis
1. Ilmu akan kekal dalam kubur.
2. Banyak sangat info dalam otak, so kena tulis.
3. Nak tegur salah orang atau orang tegur salah kita.
4. Berkomunikasi dengan anak cucu.
Perlu isi masa lapang dengan membaca buku yang bagus.
3 jenis penulis:
1. Penulis yang bagus akan tulis tentang idea (bisnes), ilmu (make sense) dan mati (ilmu agama).
2. Penulis yang biasa akan tulis pasal peristiwa, berita dan pengalaman.
3. Penulis yang teruk akan tulis tentang kelemahan orang dan kehebatan diri sendiri.
Banyak lagi info depa berdua shared sebenaqnya tapi den dah tak larat nak tulih hehehhehee.
Kesimpulan
Dengan bayaran RM 200, den dapat maklumat tentang cara nak menulis cerpen dan buku daripada 2 orang sifu (En Khairy Tajuddin dan En Hamka Kereta Mayat), 2 buah buku (novel Saka dan novel Sarkas - himpunan beberapa cerpen) dan 3 ebooks berkaitan penulisan novel dan cerpen.
Dapat juga beli teruih 8 buah buku karya En Hamka Kereta Mayat. Alhamdulillah dah terima 8 buku tuh through pos laju jumaat lepas.
En Khairy kata untuk menjadi penulis kena ada 4 perkara iaitu minat, bakat, rajin membaca dan bercita-cita menjadi penulis.
Setakat nih, daripada 4 perkara tuh, den mungkin ada sangkut skit kat ‘rajin membaca’ tuh. Sekupang la pun.
Seperti biasa la den memang maleh baloq nak amik gambo. Gambo dengan dua-dua orang penulis pun den tak amik. Haish.
p/s 1 terasa macam ada rasa terkilan sangat hati coz Prof Ungku Aziz tak tulis cerita pasal dia mengasaskan Lembaga Tabung Haji dan Angkatan Koperasi Malaysia Berhad (Biro Angkasa). Ke memang ada buku pasal dua perkara nih tapi den tatau? Ke Pak Ungku merajuk hati coz at the end, dia macam tak dihargai oleh organisasi nih? Sayang sangat rasanya tak dapat nak tau idea, semangat, kerja keras, halangan, etc yang dilalui oleh beliau dalam mengasaskan kedua-dua organisasi nih.
p/s 2 sampai hari nih novel Melayu yang terlekat kat minda adalah Jibam, Cinta Terakhir dan Ujang.
p/s 3 in sya Allah lepas den dah abiskan baca 8 buku daripada En Hamka Kereta Mayat, den akan coba kumpul bajet untuk beli buku-buku En Khairy Tajuddin plak yek.
Sumber: http://dinohauz.blogspot.my/2016/06/bengkel-penulisan-super.html
Search