Semakin bertambah waktu, isteri semakin pudar kelebihannya di mata suami, manakala, suami tiada apa yang kurang melainkan bertambah stabil dari pelbagai sudut.
Apabila isteri tak lagi cantik seperti bidadari yang baru dikahwini, di sinilah keimanan, kesetiaan & nafsu suami teruji.
Tak susah nak mencari wanita berwajah cantik, buka instagram berlambak gambar wanita cantik selfie, ootd, posing menyerlahkan kecantikan masing-masing, beribu likes. Tidak kiralah samada free hair, seksi, pakai tudung labuh, pakai purdah, semua ada.
.
Kita tengok gambar ini cantik, kejap lagi naik satu lagi gambar wanita parasnya lebih cantik, gebu & flawless. Realitinya memang akan ada ramai sangat wanita lebih cantik dari isteri kita di rumah.
Sememangnya isteri kita tidak akan mampu memenuhi semua kehendak imaginasi nafsu, tetapi kita sentiasa boleh mengubah cara pandang itu, agar menjadikan keadaan berbeza.
.
Mata isterimu memang sudah tidak bercahaya, bawah matanya lebam, eyebagnya jelas.. mengapa? Kerana ia tidak pernah cukup tidur semenjak melahirkan zuriatmu ke muka bumi ini. Kadang hanya mampu lelap seminit dua, tambahan jika anakmu tidak sihat, sakit.
Tubuh badan isterimu sudah tidak seramping dulu, bahkan kadang sudah melebihi pemelukmu. Itulah dia kerana nafsu makannya membuak-buak apabila selesai menyusui anak-anakmu, memasakkan juadah yang enak untuk santapanmu saban waktu.
Memang panjang senarai kekurangan & perubahan isteri jika hendak ditulis, tambah apabila bilangan anak & umurnya makin membanyak. Tetapi didiklah mata & hati agar sentiasa membesarkan pengorbanan isteri agar kekurangannya itu nampak lebih kecil.
.
Jika para suami bermuhasabah & meletakkan dirinya sebagai antara punca isterinya jadi sebegitu, tentulah hatinya akan merasa lebih lapang & luas untuk lebih menghargai.
Apa pesan Nabi SAW kepada para suami, "Jika engkau melihat seorang wanita, lalu ia memikat hatimu, maka segeralah datangi isterimu. Sesungguhnya, isterimu memiliki seluruh hal seperti yang dimiliki oleh wanita itu." (HR. Tirmidzi)
Selebihnya, tundukkanlah pandanganmu. Itu lebih baik untuk memelihara keimanan.
Lebih payah kita meninggalkan hal yang nafsu jahat kita sukai, lebih besar kemanisan yang melimpahi hati. Satu kemenangan apabila kita berjaya menundukkan nafsu jahat itu.
.
Sesungguhnya perhiasan dunia itu adalah isteri yang solehah, maka renungilah betapa beratnya tugasmu untuk mendidik & menuntunnya agar menjadi isteri solehah.
Tuntunlah tangan isterimu, didiklah dia sebaiknya, doakan & redhailah dia agar dia menjadi ketua bidadarimu di syurga nanti, yang akan muda & cantik selamanya.
.
Jauh lagi perjalanan kita, kerana kita belum lagi di syurgaNya, wahai saudaraku.
Apa sahaja yang telah kita korbankan untuk memastikan anak isteri kita akan sama-sama masuk ke syurgaNya nanti?
Semoga Allah merahmati semua pasangan suami isteri yang mentaati Allah di dalam dunia ini.
.
#selfreminder
#intandzulkefli
同時也有2部Youtube影片,追蹤數超過0的網紅Aiman Rashid,也在其Youtube影片中提到,This is not the exact video that I wanna show you but hope enjoy the video! Sementara ada sikit masa during RMO/MCO ni teringat pernah layan 'Maggi' ...
「selfreminder」的推薦目錄:
- 關於selfreminder 在 Fedtri Yahya Facebook
- 關於selfreminder 在 Farhatul Fairuzah Facebook
- 關於selfreminder 在 Resepi Sheila Rusly Facebook
- 關於selfreminder 在 Aiman Rashid Youtube
- 關於selfreminder 在 Janiss Foong冯瑄 Youtube
- 關於selfreminder 在 67 Self Reminders ideas in 2022 - Pinterest 的評價
- 關於selfreminder 在 TEC - Self Reminder (Official Audio) - YouTube 的評價
- 關於selfreminder 在 Tec "Self Reminder" (Live Performance) - YouTube 的評價
selfreminder 在 Farhatul Fairuzah Facebook 八卦
salam semuaa❤️ bersabarlah atas musibah yg berlaku🤲🏻
.
Dan musibah apa pun yang menimpa kamu adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan banyak (dari kesalahan-kesalahanmu).
#SelfReminder #AllahAda #PencintaQuran #tarannum #TilawatilQuran
.
Mari kita perbanyakkan doa🤲🏻
selfreminder 在 Resepi Sheila Rusly Facebook 八卦
Bila ada kawan bawak beg Chanel jangan hina kawan bawak beg Uptown. Kita tak tahu bila sampai masa susah kawan bawak beg Chanel pandang kita pun tidak. Kawan bawak beg Uptown lah yang menolong kita ikhlas. Moral of the caption - Jangan hina orang, Jangan aniaya orang, Jangan tipu orang, Jangan pandang rendah orang & Jangan aibkan orang. Harini mungkin kita diatas esuk belum tentu. Setuju???
*Caption tidak ada kena mengena dengan yg hidup atau mati.
*Gambar sekadar hiasan😉
#selfreminder #sentiasabersyukur #alhamdulillah
selfreminder 在 Aiman Rashid Youtube 的評價
This is not the exact video that I wanna show you but hope enjoy the video!
Sementara ada sikit masa during RMO/MCO ni teringat pernah layan 'Maggi' dekat Sungai Lembing.
Honestly, Sungai Lembing sangat best kalau rasa nak get out from the city.
Masa ini, kami stay dekat Time Capsule Retreat, Sungai Lembing.
Nak review ka? Ahaaa tempat dia okay and nice, kalau nak rasa nyaman, relax boleh pergi sana. Don't expect much fancy activities ka apa dekat sana, just enjoy your days.
Kalau nak main masak-masak boleh saja sebab dia ada prepare dapur dan ada setting untuk buat BBQ juga, semua boleh kautim dekat sana.
Note: Banyak nyamuk, sila bawa benda yang sepatutnya lah.
Anyway, be safe and stay at home!
*SelfReminder: I edited/posted this video during RMO Phase 2, Day 4 Covid-19.
For booking Sungai Lembing - Time Capsule Retreat:
Time Capsule Retreat
Sungai Lembing, 26200 Sungai Lembing, Pahanghttps://www.timecapsuleretreat.com
or can directly liaise with them through call/whatsapp: +6013-963 8888
selfreminder 在 Janiss Foong冯瑄 Youtube 的評價
冥想练习
I will be Wealthy.
I will Heal .
I will receive Love .
I will become Free .
I will find Happiness .
I will Transcend .
Comment YES to affirm with me !?
下个视频再教大家怎样做简单的冥想练习? 其实很简单只需要找个安静舒服的地方坐下来,开喜欢的音乐,什么都不想只专注于自己的呼吸,也是一个很好的开始和练习☮️记住不管过程是如何都不要有任何judgement ,u are allow to have emotions while doing the meditation ??♀️ try to love the process ?
#medidatedaily #selfmedicate #selfreminder #findyourcalm #healingjourney
selfreminder 在 TEC - Self Reminder (Official Audio) - YouTube 的八卦
TEC - Self Reminder (Official Audio). Watch later. Share. Copy link. Info. Shopping. Tap to unmute. If playback doesn't begin shortly, ... ... <看更多>
selfreminder 在 Tec "Self Reminder" (Live Performance) - YouTube 的八卦
Tec - Self Reminder live in studio performance with @Reecebeats on the piano. Recorded @ Empire Studio in the Bay Area California. ... <看更多>
selfreminder 在 67 Self Reminders ideas in 2022 - Pinterest 的八卦
Jun 9, 2022 - just some daily- gentle reminders for remind you to take care of yourself. See more ideas about self reminder, reminder, inspirational quotes. ... <看更多>