[ NOTE : English Subtitles is available for this video. Please enable it manually by clicking on the "Subs/CC" button if you didn't choose English as the main language in your YouTube Settings. All English Subtitles and materials are produced by Pyan's wife. ]
..
HOMEMADE KFC FRIED CHICKEN - EXPERIMENT 1
..
Aku memang peminat ayam goreng KFC. Bertahun-tahun makan ayam KFC tak pernah jemu (Tapi sekarang aku prefer ayam goreng MCD kot haha). Aku pernah tengok banyak video orang masak ayam goreng KFC guna resepi yang diorang rasakan adalah resepi asli dari KFC. Tapi aku personally tak pernah buat sendiri.
..
So, hari ni aku nak kongsikan experiment aku yang pertama - masak ayam goreng KFC menggunakan resepi yang aku jumpa di internet. Aku olah resepi mengikut kesesuaian dan citarasa aku.
..
Dekat bawah ni resepi yang korang boleh ambik atau olah :
..
RESEPI AYAM GORENG KFC (Tak ikut version asal / tidak tepat)
Perapan Ayam (8-10 pcs ayam)
1. 1/2 sudu besar garam
Wet Coating
1. 2-3 biji telur (Ikut besar mana ayam tu)
2. 1/2 cawan air
3. 1 cawan tepung
4. 1/2 sudu besar garam
Tepung Seasoning (Sukatan tidak tepat, boleh olah ikut suka)
1. 3 cawan tepung
2. 1/2 sudu besar Thyme Leaves
3. 1/2 sudu besar Mustard Powder
4. 1/4 sudu kecil Basil Leaves
5. 2 sudu besar serbuk Paprika
6. 2 sudu besar serbuk White Pepper
7. 1/2 sudu besar Ginger Powder
8. 1 sudu besar Garlic Salt
9. 1 sudu besar garam Himalayan Rock Salt
10. 1/4 sudu besar Oregano
11. 1 sudu besar Black Pepper
Waktu Memasak
- Drumstick biasanya ambik masa 15-16 minit untuk masak (Api kecil)
Cara-cara memasak :
1. Celupkan ayam ke dalam wet coating. Kemudian toskan.
2. Masukkan ke dalam bekas berisi tepung seasoning. Padatkan ayam dengan tepung seasoning dan pastikan setiap permukaan ayam diselaputi oleh tepung. Kemudian toskan.
3. Masukkan ke dalam periuk berisi minyak panas (170 darjah celcius) dan masak selama 15-16 minit (Drumstick).
4. Selepas 15 minit, angkat ayam dan rehatkan di atas gril penyejuk selama 10 minit, kemudian boleh dihidangkan.
..
Selamat mencuba!
..
Don't forget to click Like and SUBSCRIBE!! ?
..
Email: padubebstudios@gmail.com
Website: https://www.padubebstudios.com/
Youtube: https://www.youtube.com/c/PaduBebStudios
Facebook: https://www.facebook.com/padubebstudios/
Instagram: https://www.instagram.com/padubebstudios/?hl=en
..
Search