Malam Pertama di Bulan Rejab.
.
Malam ini merupakan salah satu malam yang mustajab doa. .
Bulan Rejab sudah pun tiba, akan menyusul Sya'ban dan Ramadhan pula. Para sahabat dan salaf as-soleh terdahulu melakukan persiapan untuk bertemu Ramadan beberapa bulan sebelumnya lagi. Kita pula bagaimana? Sudahkah bersedia untuk menyambut kedatangan bulan yang mulia ini?
.
Jom perbanyakkan berdoa malam ini. Moga-moga Allah menerima permintaan kita.
.
FB : Nur El-Hikmah
Instagram : @nurelhikmah
Twitter : @nurelhikmah
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過62萬的網紅Bryan Wee,也在其Youtube影片中提到,...
「nurelhikmah」的推薦目錄:
- 關於nurelhikmah 在 Heliza Helmi Facebook
- 關於nurelhikmah 在 Heliza Helmi Facebook
- 關於nurelhikmah 在 Heliza Helmi Facebook
- 關於nurelhikmah 在 Bryan Wee Youtube
- 關於nurelhikmah 在 Travel Thirsty Youtube
- 關於nurelhikmah 在 スキマスイッチ - 「全力少年」Music Video : SUKIMASWITCH / ZENRYOKU SHOUNEN Music Video Youtube
- 關於nurelhikmah 在 Nurelhikmah (nurelhikmah04) - Profile | Pinterest 的評價
nurelhikmah 在 Heliza Helmi Facebook 八卦
APA HUKUM MELAKUKAN SOLAT DAN BERDOA PADA MALAM NISFU SYA’BAN SETERUSNYA BERPUASA PADA SIANG HARINYA?
Malam Nisfu Sya’ban merupakan malam yang barakah. Terdapat sebilangan besar dalil yang menyebut tentang kelebihan malam Nisfu Sya’ban daripada hadis-hadis (Nabi sallallahu 'alaihi wasallam) yang saling menguatkan antara satu sama lain serta mengangkat (hadis-hadis tersebut) ke darjat Hadis Hasan dan Kuat (dari segi hukumnya).
Maka mengambil berat terhadap malam Nisfu Sya’ban serta menghidupkan malamnya adalah sebahagian daripada agama yang tiada keraguan padanya. Adapun keraguan yang timbul adalah disebabkan pandangan terhadap hadis-hadis yang barangkali hukumnya Dhaif yang menceritakan tentang kelebihan malam tersebut.
Antara hadis-hadis yang menceritakan tentang kelebihannya :
عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْها قَالَتْ : "فَقَدْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَاتَ لَيْلَةٍ فَخَرَجْتُ أَطْلُبُهُ فَإِذَا هُوَ بِالْبَقِيعِ رَافِعٌ رَأْسَهُ إِلَى السَّمَاءِ فَقَالَ :يَا عَائِشَةُ أَكُنْتِ تَخَافِينَ أَنْ يَحِيفَ اللَّهُ عَلَيْكِ وَرَسُولُهُ قَالَتْ :قَدْ قُلْتُ وَمَا بِي ذَلِكَ وَلَكِنِّي ظَنَنْتُ أَنَّكَ أَتَيْتَ بَعْضَ نِسَائِكَ فَقَالَ إِنَّ اللَّهَ تَعَالَى يَنْزِلُ لَيْلَةَ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا فَيَغْفِرُ لِأَكْثَرَ مِنْ عَدَدِ شَعَرِ غَنَمِ كَلْبٍ" - رواه الترميذي وابن ماجه وأحمد .
Hadis daripada Ummul Mukminin Sayidatina 'Aisyah radhiyallahu 'anha telah berkata :
"Aku telah kehilangan nabi sallallahu 'alaihi wasallam pada suatu malam, maka aku telah keluar untuk mendapatinya maka baginda berada (sedang berdiri di kawasan perkuburan) Baqi’ sambil mendongakkan kepalanya ke langit.lalu baginda berkata : Wahai ‘Aisyah, adakah kamu takut Allah dan Rasulnya melakukan kezaliman ke atas kamu? Berkata ‘Aisyah : Bukan demikian sangkaanku tetapi aku menjangkakan kamu telah pergi kepada sebahagian daripada isteri-isteri kamu (atas perkara-perkara yang mustahak lalu aku ingin mendapat kepastian). Lalu baginda bersabda : Sesungguhnya Allah Ta’ala telah turunkan (malaikatNya dengan perintahNya) pada malam Nisfu Sya’ban ke langit dunia, lalu Allah mengampunkan dosa-doa (yang dilakukan oleh hambaNya) lebih banyak daripada bilangan bulu-bulu yang terdapat pada kambing-kambing peliharaan (bani) Kalb."
{Hadis Riwayat Al-Tirmizi, Ibnu Majah dan Imam Ahmad}
Seterusnya,
عن مُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : " يَطَّلِعُ اللَّهُ إِلَى جَمِيعِ خَلْقِهِ لَيْلَةَ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَيَغْفِرُ لِجَمِيعِ خَلْقِهِ إِلَّا لِمُشْرِكٍ أَوْ مُشَاحِنٍ " - رواه الطبرانى وصححه ابن حبان .
Hadis daripada Saidina Mu’adz ibnu Jabal radhiyallahu 'anhu bahawa Nabi sallallahu 'alaihi wasallam telah bersabda :
“Allah memandang pada kesemua makhluk ciptaanNya pada malam Nisfu Sya’ban, lalu Allah mengampunkan dosa-dosa kesemua makhlukNya melainkan dosa orang musyrik (yang menyekutukan Allah) dan dosa orang yang bermusuhan.”
{Riwayat Al-Tobrani dan disahihkan oleh Ibnu Hibban}
Seterusnya,
عَنْ عَلِيِّ بْنِ أَبِي طَالِبٍ كرم الله وجهه قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : "إِذَا كَانَتْ لَيْلَةُ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَقُومُوا لَيْلَهَا وَصُومُوا نَهَارَهَا فَإِنَّ اللَّهَ يَنْزِلُ فِيهَا لِغُرُوبِ الشَّمْسِ إِلَى سَمَاءِ الدُّنْيَا فَيَقُولُ أَلَا مِنْ مُسْتَغْفِرٍ لِي فَأَغْفِرَ لَهُ أَلَا مُسْتَرْزِقٌ فَأَرْزُقَهُ أَلَا مُبْتَلًى فَأُعَافِيَهُ أَلَا كَذَا أَلَا كَذَا حَتَّى يَطْلُعَ الْفَجْرُ" - رواه ابن ماجه .
Hadis daripada Saidina ‘Ali radhiyallahu 'anhu bahawa Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam telah bersabda :
“Apabila masuk malam Nisfu Sya’ban, maka hendaklah kamu bangun pada malamnya dan berpuasa pada siang harinya, Sesungguhnya Allah Ta’ala menurunkan malaikatnya ke langit dunia pada malamnya setelah terbenamnya matahari, lalu Allah berkata : Sesiapa yang memohon keampunan padaKu maka Aku akan mengampunkan baginya, Sesiapa yang memohon rezeki padaKu maka Aku akan memberikannya rezeki, sesiapa yang ditimpa musibah maka Aku akan melepaskannya, sesiapa yang demikian…sesiapa yang demikian …sehinggalah terbitnya fajar.”
{Riwayat Ibnu Majah}
Tidaklah mengapa seandainya membaca surah Yasin sebanyak 3 kali selepas solat Maghrib secara terang-terangan dan beramai-ramai. Hal ini kerana termasuk dalam perkara menghidupkan malam tersebut dan perkara berkaitan dengan zikir ruangannya adalah luas. Adapun mengkhususkan sebahagian daripada tempat dan waktu untuk melakukan sebahagian daripada amalan soleh secara berterusan adalah termasuk dalam perkara yang disyariatkan selagi mana seseorang yang melakukan amalan tersebut tidak beri’tiqod (menjadikannya sebagai pegangan) ; bahawa perkara tersebut adalah wajib di sisi syara’ yang membawa hukum berdosa sekiranya meninggalkannya.
Petikan Fatwa Fadhilah Mufti Mesir Prof. Dr Ali Jum’ah
Terjemahan : Ibnu Juhan Al-Tantawi
STAY UPDATED :)
FB : Nur El-Hikmah
Twitter : @nurelhikmah
Instagram : @nurelhikmah
nurelhikmah 在 Heliza Helmi Facebook 八卦
SYOKNYA PUASA
.
Jangan lupa esok ya. Kita puasa bersama-sama. Puasa Sunat Hari Putih, Sunat Bulan Sya'ban dan Sunat Khamis. Fuh, 3 dalam 1 tu tau.
.
Kalau nak qada' puasa sekali boleh ke? Boleh, tiada masalah. Niatkan sahaja puasa qada' dan sekalikan dengan puasa sunat seperti di atas.
.
Selain daripada ajak diri sendiri, ajaklah juga ahli keluarga, saudara mara, rakan-rakan atau sesiapa sahaja.
.
Nak pahala lebih? Share/Repost atau mention je seberapa banyak nama kat komen bawah ini. Manalah tau kot-kot ada yang puasa juga. Kita pun dapat pahala.
.
'Hidupkan Sunnah, Sebarkan Mahabbah'.
.
Teruskan bersama kami di @nurelhikmah. Semoga bermanfaat :) FB : Nur El-Hikmah
Insta : @nurelhikmah
Twitter : @nurelhikmah
#nurelhikmah #syoknyapuasa #jompuasasunat
nurelhikmah 在 Nurelhikmah (nurelhikmah04) - Profile | Pinterest 的八卦
Hemat ruang di perangkat Anda. Daftar. N. Nurelhikmah. @nurelhikmah04. 0 pengikut. ·. 0 mengikuti. Ikuti. nurelhikmah04 belum menyimpan pin apa pun. ... <看更多>