PENJELASAN ISU ‘BUAT BODOH-BODOH’
Assalamualaikum anak-anak bonda dan semua yang memberi maklumbalas berhubung potongan klip ‘buat bodoh-bodoh’ yang tular semalam.
Untuk makluman, hantaran klip 56 saat tersebut adalah petikan dari live di FB Page Prof Muhaya dan Youtube Prof Muhaya TV berdurasi 45 minit yang diterbitkan pada 6 Feb 2021 jam 6 petang bertajuk “ANTARA CINTA DAN CITA-CITA”.
Siaran live Bonda tersebut adalah sebenarnya bagi menjawab persoalan KK Talib dan komen-komen dari FB, berkaitan wanita yang dalam dilema, antara mengejar kerjaya, cinta serta keluarga.
Secara teknikalnya, ini adalah video lama. Bagaimanapun Bonda faham klip yang telah disunting kepada 56 saat ini, telah menimbulkan pelbagai reaksi kurang senang dalam kalangan masyarakat, terutamanya kaum wanita, sehingga menimbulkan persoalan, perbalahan dan sangkaan.
Bonda mengambil tanggungjawab untuk memohon maaf atas salah faham yang timbul dan ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang ambil berat termasuk pihak media, rakan-rakan dan keluarga yang mengambil inisiatif tabayyun, atau bertanya akan perkara sebenarnya kepada Bonda mahupun team Bonda.
Kepada pihak media juga, sangat baik budi akhlaknya sehingga kini menanti statement Bonda, maka Bonda tampil membuat penjelasan ini. Terima kasih kerana sabar ya.
Sebenarnya buat yang mahu mendapatkan penjelasan lanjut, semua jawapan terkandung di pautan youtube Prof Muhaya TV bertajuk CINTA & CITA-CITA (swipe up story untuk tonton video penuh)
.
Bonda juga seorang wanita, isteri, ibu dan nenek yang berkerjaya dan semestinya sentiasa mendukung, mendoakan wanita semua berjaya ke puncak tertinggi, berbahagia dunia akhirat dan mendapat redha Allah.
Atas salah faham ini, Bonda ingin hadiahkan nota ringkas live CINTA & CITA-CITA (di youtube) sebagai rujukan bagi menjawab segala persoalan yang timbul.
Terima kasih, Bonda sayang semua tanpa syarat.
同時也有70部Youtube影片,追蹤數超過42萬的網紅sofyank96,也在其Youtube影片中提到,Vlog journey Sofyank and Addeen to meet their idol, Zachking. Thankyou korang yang sudi menonton video ini, kami jarang sekali buat vlog, jadi mungki...
kerjaya 在 Make up by Bellaz Facebook 八卦
Haaaaa nilah saya...bukan menunjuk tp memberi inspirasi pada wanita diluar sna..saya bukanya lahir atau kawen dgn anak org kaya..sy anak nelayan sahaja..susah hidup sgt2 daif dgn bilangan adik beradik yg ramai. Tp kesungguhan sy rezeki anak2 hidup sy berubah 360 atas usaha sy selama ni.. Tpi sy tetap dgn konsep khidupan sy yg lalu.. Cuma membezakan dlu dn skrg sy ada kerjaya business sendiri Alhmdulilah..
Dirumah masih yg sama, dk beza...TAPI kalau ada event program diaa bersiap tulaaa...😍😍😍 hbs Meta... Mcm ni bru ngamm kena tau konsep keadaan mcm mna.. Hehe
Kita kan perempuan...🤣🤣 tak bersiap xpa ..kalau bersiap plantin...sbb tu bellaz kata tgk live bellaz ajaq makeup hari2 naa
Keep going bersedekah buat amal jariah.. Humble n positive always
kerjaya 在 Lee Chong Wei 李宗伟 Facebook 八卦
Sepanjang kerjaya sukan ChongWei, satu dunia ChongWei merantau untuk bermain badminton, demi bendera di dada. Kadang-kadang pergi dekat, kadang-kadang jauh. Ada pernah ke negara maju, ada juga masanya bertapak di negara membangun dan negara mundur.
Ni nak berkongsi serba sedikit pengalaman menjelajah jauh. Ini masanya 6 tahun lepas. ChongWei masa tu berada di tangga ke-99. Demi mengutip mata untuk menyertai Sukan Olimpik Rio, ChongWei terpaksa pergi jauh ke Amerika Syarikat dan Canada. Terbang 30 jam + one way beb!
Sepertimana kejohanan antarabangsa lain, sebelum bertolak ChongWei semestinya berbekalkan Maggi, Milo dan biskut PingPong Hup Seng. Kalo xde, sanggup tak terbang beb.
Selepas menang di New York, sampailah ChongWei di Calgary. Surprise gak, guys. Umpama Cowboy town yang high class. Lambang-lambang cowboy belaka merata tempat. Selepas berusha sikit, rupanya seluruh bandar tengah dalam persiapan untuk Festival Stampede, festival cowboy yang disanjungi puak-puak cowboy di Amerika Syarikat dan Canada.
Cantik actually Calgary ni. Gunung Rockies antara pemandangan paling menawan untuk saya. Serius.
Selepas dah muak makan Western seminggu di US dan Canada, kawan baba aku Mr E yang buka dewan badminton di Calgary bawa I menjamu di restoran-restoran Malaysian di Calgary. Adalah rasa sikit bau Malaysia… tapi memang kurang lah rasanya. Kerinduan terhadap Malaysia semakin terasa.
Entahlah, mungkin itulah sebabnya kurang bermaya persembahan ChongWei, terpaksa terheret ke rubber games berlawan Sai Praneeth dan Takuma Ueda di suku akhir dan separuh akhir. Terlebih maggie dan biskut pingpong kot. Maybe lain cerita kalau ada biskut cap badminton.
Malam sebelum perlawanan akhir. Tak tahu nak makan apa dah. Pernah try KFC dan McDonald tapi sumpah guys, KFC McDonalds kat Malaysia terbaik! Dah down dah… esok nak lawan Ng Ka Long ni.
Ring… ring… ring
Kawan lama I, Naufal call. Dulu main basketball bersama, dah lama lost contact, rupanya dah bertempat di Calgary. Dia ajak jumpa makan malam lepas tournament. I terus “Apa pula besok?! Malam ni la bro”.
Terus I uber ke rumah dia. (Canada x pakai Grab)
Naufal sediakan nasi lemak rendang ayam. Bini dia masak masak kari kambing. Kawan kita sorang lagi Terry bin Maldini, Melanau Sarawak juga di Calgary. Terry bawak charkueyteow style Prai yang basah, dan 100PLUS Malaysia ! Terkejut I. Kat Lucky Market bole beli kata dia.
Oh my god. Best giler! Meletup perut meneriak kesedapan.
The rest was history. Ng Ka Long langsung bukan lawan di final.
Kawan-kawan sekalian,
Takde negara lain yang ada makanan seenak.
Takde negara lain yg ada Melayu, Cina India, Iban, Kadazan Dusun, Melanau panggil each other bro, abang, adik, ah ne, boss.
Takde negara lain yg lebih mewah dari segi tradisi dan adat.
Takde negara lain yg bole menang Thomas Cup dengan berbilang kaum.
Jangan tak sayang Malaysia.
Jangan tahu kritik sahaja.
Cubalah sedaya anda melalui kemampuan anda, memperbaiki apa yang rosak, and memajukan apa yang sedia ada di negara.
There is still hope for this Country we all love. It’s our Malaysia, our home after all.
Jangan lupa.
Kita semua pernah seketika dulu.
Berikrar di perhimpunan sekolah.
Akan menumpukan segala tenaga and usaha kami…
Demi...
Negara kita… Malaysia kita…
selamat hari kemerdekaan ke 64 🇲🇾
P/S: Memang best pergi negara maju lain. Tetapi lepas 2-3 minggu, memang terindu dan terasa Malaysia lah yang terbaik, tak sabar-sabar pula mau pulang. Setuju?
在我的羽毛球生涯中,我总是很期待8月份,为什么呢?因为8月北半球是夏天,在国际上会有很多大型运动赛事:世锦赛、奥运...... 每到这个季节,总有股使命感推著我必须要尽最大的努力,从运动场上为国家捎来“金”喜,把赛场上的荣耀带回来为国家庆生。
你们可能不知道,当大家在电视前为我们鼓掌,为马来西亚欢呼时,那种全民团结的能量,其实是会“传到”场上的;当下的我知道,电视那头无论种族肤色、宗教信仰,总会在这些微妙的时刻团结起来。纵使我退役了,但我还是非常想念那种全民一心的激动!
今年8月,虽然我已经无法从场上为国家带回庆生的礼物,但我会用尽馀生当一位最称职的马来西亚人,照顾家、疼惜国,把我最美好的祝福当成礼物,献给我挚爱的这片国土。
马来西亚,国庆日快乐!🇲🇾
kerjaya 在 sofyank96 Youtube 的評價
Vlog journey Sofyank and Addeen to meet their idol, Zachking. Thankyou korang yang sudi menonton video ini, kami jarang sekali buat vlog, jadi mungkin susunan footage tidak teratur sangat. Apa-apa pun kami gembira sangat kerana dapat peluang emas macam ini. Alhamdulillah, sebenarnya semua yang berlaku pada hari tersebut semuanya last minit and dibantu oleh team ERA.JE dan semuanya berjalan lancar. Terima Kasih kepada yang menyokong kerjaya kami.
Follow us on Instagram for the latest videos and updates :
Sofyank96
- https://www.instagram.com/sofyank96/
Addeen
- https://www.instagram.com/markdeen_04/

kerjaya 在 David Teo Youtube 的評價
#MigMovie #DavidTeo #MetrowealthMovie #Hantu #FullMovie #Mig #MigPictures #DavidTeo #Metrowealth
Copyright By / Hakcipta Terpelihara : MIG Pictures.Sdn.Bhd
====================================================
Marketing and promotions please contact :
Email : ruby@metrowealth.com.my & jane@metrowealth.com.my
No phone : +603-7782-2299 (Monday to Friday | 9am to 6pm)
Subscribe Youtube DavidTeo : https://www.youtube.com/user/davidteoMETROWEALTH
====================================================
Halim dan Nina bersama anak perempuannya Tuti hidup dalam keadaan selesa. Halim sentiasa menjadi contoh di kalangan masyarakatnya kerana berjaya dalam kerjaya dan suasana rumah tangganya yang harmoni. Di sebelah rumah mereka tinggal sepasang suami isteri, Usin dan Ana, dan di sebelah satu lagi adalah rumah kosong yang sedang menanti orang untuk menyewa. Selepas jiran baru berpindah bersebelahan rumah mereka, keluarga Halim mula dihantui oleh kejadian aneh dan menyeramkan di dalam rumah mereka. Bermula dengan Tuti yang terlihat pelbagai kelibat misteri sehinggalah kepada Nina yang sering mengalami kejadian pelik yang belum pernah berlaku selama ini. Semuanya berlaku apabila Halim tidak berada di rumah. Setiap hari ada sahaja perkara yang berlaku yang mampu meretakkan hubungan keluarga mereka. Satu malam, Halim berkejar pulang apabila Tuti memberitahu Nina dirasuk dan menjerit-jerit. Akhirnya Halim membawa Nina berjumpa bidan kampung. Bidan tersebut mendapati Nina dan Halim telah menerima SANTAU kerana perasaan dengki dengan kebahagiaan dan kejayaan mereka.
Instagram : https://www.instagram.com/davidteo99
Facebook : https://www.facebook.com/davidteo99
SILA LIKE, COMMENT, SUBSCRIBE, & SHARE.

kerjaya 在 Zarul Umbrella Youtube 的評價
Saya rasa tak ramai yang tahu pasal ni kan? Saya sendiri pun tak tahu, cuma yg saya tahu yg mmg hanya ada steward je kat TUDM...so, jom... Kenali dengan lebih dekat kerjaya sebagai seorang Pramugari VVIP TUDM di No 2 Skuadron Pangkalan Udara Subang
