Ini bukan kisah jodoh yang ‘dipermudahkan’, jauh sekali kisah ‘senanglah, family dia faham agama’, atau pun kisah ‘tak perlu susah-susah mahar yang mahal dan tinggi’. Ini hanya kisah perkahwinan yang biasa sahaja, yang banyak halangan, dan terlalu banyak cabaran. Cuma, penulis hanya mahu kongsikan satu perkara:
“JODOH ITU JUGA SATU PERJUANGAN”
RAMADHAN 2013
Ramadhan tahun 2013, semasa tiga malam terakhir, mendengar satu pengisian sempena malam lailatur qadar sebelum solat terawih. Satu yang sangat terkesan dalam hati saya, apabila diakhir tazkirah, ustaz yang memberi pengisian mengatakan dengan penuh perasaan tentang kuasa doa, lagi-lagi pada bulan ramadhan.
“buat adik-adik yang berkeinginan mahu kahwin itu, tetapi masih tiada teman. Berdoalah adik-adik. Doa! Doa minta sungguh-sungguh dengan Allah.. siapa tahu, di saat kamu berdoa, di dunia ini juga ada seorang lelaki/ perempuan yang sedang bersungguh-sungguh memohon kepada Tuhan nya untuk dipercepatkan jodohnya. Nah! Boleh sahaja doa kalian itu bertemu, dan disatukan dengan izin Allah SWT.”
Ayat ini begitu terkena di hati saya. Dan pada ketika itu juga saya terus memasang tekad. “ramadhan akan datang, inilah yang akan menjadi doa ku disetiap sepertiga malam”. Kerana pada ketika itu, usia saya 22 tahun. Perancangan (baca: impian angan2 zaman muda remaja) merancang untuk menamatkan zaman bujang sebelum umur 25 tahun.
RAMADHAN 2014
Setibanya ramadhan 2014, setiap malam. Itulah doa saya. “Ya Allah, kau hadirkanlah insan yang selayaknya buatku. Kau hadirkanlah seorang lelaki yang telah kau ciptakan untukku. Lupakan aku pada semua kisah silam dan pengharapanku. Hadirkan lah ya Allah, hadirkan seorang lelaki beriman, elok pekerjaannya, dan pastinya yang baik untuk agama dan akhiratku..permudahkan dan percepatkanlah jodohku ya Allah..perkenankanlah ya Allah”.
Begitulah bait-bait doa saya, dengan penuh pengharapan. Nikmat! Ya nikmat mengadu dan berharap di sepertiga malam itu memang nikmat, lagi-lagi di bulan ramadhan.
Begitulah doa sepanjang 29 hari ramadhan. Maknanya, mungkin juga doa itu termakbul pada malam lailatul qadar? Wallahu alam.
Orang kata, doa sahaja tidak cukup tanpa usaha. Ya. Saya pun berusaha. Berusaha mencari alternatif bagaimana aku hendak mengenali seorang lelaki, yang juga serius untuk berkahwin, dan bukan untuk bergembira atau mengisi masa lapang sahaja. Bagaimana??? Saya kira bahagian ini, cukuplah menjadi simpanan kenangan saya dan si dia.
14 OGOS 2014
Dipendekkan cerita, tidak sampai sebluan selepas raya tahun 2014 itu, pada 14 ogos 2014, saya berkenalan dengan seorang lelaki. 2 minggu perkenalan yang ringkas. 30 ogos 2014 berjumpa buat pertama kalinya, saya ditemani oleh keluarga saya. Awkward juga lah masa tu. Nasib baik ada family yang menemani.
Bersembang tentang dunia pendidikan, sambil-sambil bercerita tentang keindahan negeri saya. Selepas itu, sehari juga diam membisu.
31 OGOS 2014
31 ogos itu, terus si dia bertanya “nak kahwin dengan saya? Tak nak tak pe”. Hehe..lucu juga ingat ayat propose si dia ketika itu.
And i was like. Ya ALLAH! Ini ujian, atau ini doaku yang Kau makbulkan? Dan ketika itu, bermulalah segala ujian, ‘PERJUANGAN SEBUAH JODOH’.
Saya anak bongsu daripada X orang adik beradik. Arwah mak sudah tiada. Ayah ada, tapi sudah mejadi warga emas, yang kurang mengambil tahu hal anak-anaknya (sudah besar. Sudah boleh mengurus diri sendiri). Bayangkan sahaja, saya perlu memberitahu hajat kepada setiap seorang abang dan kakak saya. Kalau di ingat waktu itu, sekitar bulan september, Allah sahaja menjadi saksi air mata saya. Antara respon yang masih saya ingat:
“orang jauh. Kenapa jauh sangat? Sudahlah. Banyak lagi lelaki. Cari orang yang dekat. Abang-abang tidak mahu kita berjauhan”
“jangan cakap pasal kahwin dahulu. Habiskan study setahun berbaki”
“belum kerja. Mana boleh kahwin.”
Sakit nya ketika itu, hanya dapat mengadu dengan sahabat baik. Tapi diri tidak berputus asa. Teruskan convincing kakak dan abang. Teruskan berdoa, dan memikirkan alternatif lain.
4 OKTOBER 2014 (RAYA AIDIL ADHA)
Mujur si dia seorang lelaki yang boleh dikategorikan lelaki berani. Jangan berputus asa katanya. Meminta no. telefon abang saya untuk dihubungi dan memberitahu hajat. Bagaimana sebenarnya perasaan yang dihadapi oleh seorang lelaki untuk bersemuka dengan keluarga perempuan secara langsung, saya pun tidak tahu dan tidak dapat bayangkan. Ketika itu, saya pun tidak menharapkan apa-apa lagi. Si dia memberitahu bahawa abang saya jemput datang ke hometown X sewaktu raya haji pada oktober 2014.
Si dia yang sangatlah baru di negeri ini, gagahkan diri juga drive 10 jam untuk ke kampung halaman saya. Dipendekkan cerita, alhamdulillah, abang saya memberi respon yang positif. Si dia merancang untuk membawa keluarganya berjumpa keluarga saya, pada hujung tahun 21 Disember 2014. Bergerak lagi ke satu fasa berikutnya. Ya, bukan semudah “okay boleh langsungkan perkahwinan pada hari sekian dengan mahar sekian sahaja”. TIDAK.
21 DISEMBER 2014
Satu lagi cabaran, tarikh tersebut merupakan tarikh study week final exam saya, untuk semester terakhir dalam pengajian yang punya peperiksaan. (tidak termasuk semester khas praktikal). 29 disember itu peperiksaan bermula. Rakan-rakan yang lain sibuk menelaah di kampus, saya pula sibuk pulang kampung untuk dirisik.
Tapi satu yang saya pegang.. “ini pilihan dan jalan yang aku pilih, risiko juga perlu untuk aku hadapi”. Hari kejadian, kedua belah keluarga terus memutuskan tarikh: 31 Mei 2015, nikah + walimah.
Selesai sahaja urusan merisik dan ‘unofficial engagement’ kata si dia, (yalah, dalam islam pun pertunangan ini sebenarnya bukan untuk dihebahkan. Tapi sekarang orang bertunang pun dah macam kahwin. Kan?). Untuk kami, cukuplah pengetahuan ahli keluarga terdekat, dan sebentuk cincin menghiasi jari saya sebagai tanda.
Kemudian saya pulang ke kampus dan berhempas pulas mengulang kaji pelajaran. Bukan apa, kerisauan utama saya, kalau lah result saya menjunam, mesti abang2 saya akan blame soal kahwin ini.
Alhamdulillah, siapa tahu percaturan Allah, semester yang saya sibuk dengan hajat ingin berkahwin, semester itu juga yang memberikan saya nilai 4.00 untuk keputusan final exam. Allah!! Lihatlah betapa besar dan cantik perancangan Allah.
Bayangkan sahaja, berapa wang ringgit yang dia perlukan untuk menerbangkan ahli keluarganya.
Tapi, perjalanan jodoh ini tida semudah itu, sangkut juga pada soal mahar dan hantaran. Terus terang, adat kami masih terlalu tinggi soal ini.
Sejumlah nilai yang besar diletakkan kepada si dia. Bukan tidak mampu, tapi saya yakin sukar untuk nya yang baru sahaja membina kerjaya nya. Hanya airmata menjadi peneman saya disebalik pintu bilik. Sungguh, perempuan dan airmata itu sudah seperti sahabat karib! Tidak dapat dipisahkan!
Saya ketika itu lebih memilih untuk berputus asa. Saya kesian melihat dia. Dan saya terkilan dengan syarat yang ditetapkan keluarga.
Seminggu juga si dia berfikir (langsung tiada menghubungi saya). Ikhtiar barangkali. Seminggu kemudian pesanan ringkas yang diberikan.
“jangan cakap bukan-bukan. Saya yang nak dekat awak, saya akan usahakan. Saya serius. Awak tolonglah saya dengan doa”
.
31 MEI 2015.
Alhamdulillah, saya kini bergelar isteri kepada seorang suami dengan sekali lafaz. Tempoh persediaan kedua-dua keluarga selama lima bulan tidak pernah kami khianati. Tiada yang namanya bergayut, tiada yang namanya bermadah manja di telefon. Sebaliknya tempoh 5 bulan ini saya kira, memberi hikmah kepada saya. Si dia lah yang menjadi orang kepercayaan keluarga saya, untuk menjaga dan menguruskan semua kebutuhan saya sewaktu menjalankan praktikal.
Indahkan percaturan Allah? Alkisahnya, saya memohon untuk menjalani praktikal di sebuah daerah X. borang tersebut saya ini pada Julai 2014, belum pun saya mengenali si dia. Memilih daerah tersebut sebab ada juga seorang keluarga saya yang mungkin boleh untuk saya meminta tolong apabila ada kebutuhan. Dan sewaktu berkenalan dengan dia sebulan selepas itu, saya juga tidak tahu dia sebenarnya berkhidmat tidak jauh dengan tempat saya praktikal. Hanya 20 minit jarak pemanduan.
Apa yang boleh diringkaskan melalui perkongsian ini:
1) jika adik-adik di luar sana berhajat untuk bernikah, tetapi dalam masa yang sama masih ada ‘kekasih gelap’ atau ‘cinta separuh nyawa’ namun masih tiada kepastian, berhentilah dari mimpi ciptaan sendiri. Berdoa dan yakin dengan ketetapan Allah.
2) Benar kata orang, jodoh akan datang apabila kita sudah bersedia. Setahun tempoh saya persiapkan mental. Mula belajar membaca bab-bab perkahwinan, dan rumah tangga. Setahun itu juga saya cuba melupakan ‘mimpi indah buatan sendiri’ yang bukan mudah, bahkan sudah 5 tahun menggenggam mimpi itu. Kisah 5 tahun, dipadam dalam tempoh 1-2 tahun. Bukan mudah, tapi saya cuba untuk realisitik. Sampai bila mahu bertahan untuk sesuatu yang tidak pasti?
3) Yakinlah perancangan Allah yang terbaik. Saya menerima dia bukan atas dasar cinta. Tapi saya menerima dia atas dasar “aku sudah mahu berkahwin. Aku mahu punya suami. Aku mahu menjadi seorang isteri”. Soal cinta, saya berpegang kepada kata-kata, “orang yang kita cintai, tidak semestinya menjadi suami/isteri kita. Tapi orang yang menjadi suami/isteri kita, wajib untuk kita cintai” . Maka selepas keluarga kami sudah menetapkan tarikh, ketika itulah saya belajar menyemai benih dan rasa cinta di dalam hati.
4) meski kita impikan pernikahan yang mudah dan dipermudahkan, tapi percayalah, tidak semua daripada kita bertuah untuk mendapat jalan cerita seperti itu. Kita masih punya keluarga yang perlu dihormati pemikirannya, dan perlu dijaga hatinya. Namun itu bukan penghalang untuk kita terus mencapai bahagia. Jadikan doa sebagai senjata, dan terus cekalkan hati kuatkan jiwa!
Tempoh perkenalan selama 9 bulan ini (september 2014-mei 2015), TIDAK PERNAH ada istilah bergayut, atau bermadah manja di telefon. Berhubung ketika perlu hanya melalui whatsapp/sms.
Mengimbas kembali cerita di awal kisah ini, mungkin doa saya sememangnya diaminkan para malaikat pada ramadhan yang lepas itu. Subhanallah! Alhamdulillah! Allahuakbar!
Wahai suamiku! Kita sudah halal untuk bercinta. Jom bercinta sampai syurga? Sudah lama kita ‘berpuasa’ untuk bercinta kan. Inilah masanya untuk ‘berbuka’ saya cinta awak!
Sumber : Cerita Orang di Malaysia.
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過62萬的網紅Bryan Wee,也在其Youtube影片中提到,...
「whatsapp cari jodoh」的推薦目錄:
- 關於whatsapp cari jodoh 在 Pakar diari hati Facebook
- 關於whatsapp cari jodoh 在 Pakar diari hati Facebook
- 關於whatsapp cari jodoh 在 Pakar diari hati Facebook
- 關於whatsapp cari jodoh 在 Bryan Wee Youtube
- 關於whatsapp cari jodoh 在 Travel Thirsty Youtube
- 關於whatsapp cari jodoh 在 スキマスイッチ - 「全力少年」Music Video : SUKIMASWITCH / ZENRYOKU SHOUNEN Music Video Youtube
whatsapp cari jodoh 在 Pakar diari hati Facebook 八卦
Apabila kita bernikah dengan seseorang, kita bukan bernikah dengan pasangan kita sahaja tapi kita ‘bernikah’ sekali dengan segala kekurangan dan kelemahan yang pasangan kita ada.
.
Dan kita perlu ingat perkahwinan bukan ‘try and error, and try again and again’. Kita perlu redha dan sabar menerima kekurangan masing-masing. Belajar jadi orang yang boleh melengkapi.
.
Kalau anda masih belum bertemu pasangan hidup, jom join Portal Cari Jodoh www.Tilljannah.my. Mana tahukan jodoh korang sedang bersembunyi dan menunggu di sana. Belum cuba, belum tahu.
.
Yang penting, jangan sesekali berputus asa tau :)
.
Dan...ramai dah join portal www.TillJannah.my ni sebab mudah, jimat masa, jimat wang, calon berkualiti ramai, ikhtilat terpelihara, privasi terjaga dan mostly dah serius nak ke peringkat yang seterusnya.
.
Jom mulakan langkah pertama dengan layari www.TillJannah.my sekarang juga.
.
P/S: Kalau kawan korang degil nak membujang jugak lama-lama lagi, korang bagilah tazkirah sikit manfaat dan kebaikan berkahwin ni. Korang nak register bagi pihak diorang pun boleh tau !
.
@TILLJANNAH.MY
@TILLJANNAH.MY
@TILLJANNAH.MY
Whatsapp Tilljannah.my : 0162759271.
FB dan IG : Tilljannah.my
whatsapp cari jodoh 在 Pakar diari hati Facebook 八卦
[ TIPS MENCARI JODOH ]
1. Bila umur dah cecah 24 tahun ke atas, bila niat nak cari pasangan hidup. Kena serius merancang dan memilih. takde masa nak kenal main-main.
2. Jangan buang masa bermain perasaan hidup dalam teka teki. Dilemma, dia ni dah berpunya ke belum. Dia ni suka aku ke tidak. Dia ni serius ke tidak.
3. Kalau dah berkenan, berani dan yakin dengan diri sendiri. Approach sendiri. Pergi tanya sendiri dekat dia. PM FB / INSTA / WHATSAPP dia. Dunia teknologi dah sekarang. Dia dah berpunya ke belum. Kalau dia single, kau cakap ja kau nak berkenalan dengan secara serius. Kalau dia okay, okay cun ON ! Kalau dia banyak tapi tapi, tak sedia MOVE ON ! Kalau dia dah berpunya, MOVE ON ! Takpayah panjangkan drama sailang awek orang.
4. Kalau dah berkenan, tapi tak berani. Mintak tolong orang lain yang kau percaya. Tanyakan soalan yang sama macam dalam nombor 3.
5. Cuma nak cakap, orang perempuan lagi suka kalau kita cakap sendiri. Lebih macho gitu ( betul kee ? )
6. Bila dah ada peluang berkenalan, manfaatkan sebaiknya. Jangan kau buat rosak anak dara orang, lepas tu kau blah. Nak bercinta ni bukan main celup-celup. Hukum hakam agama jangan dilupakan. Kalau dah yakin dia jodoh kau. Solat istikharah. Tanya mak bapak kau. Jumpa mak bapak dia. Kalau dua dua setuju pandai pandai lah kau nak handle macam mane. Kalau tak setuju, aku tak dapat nak share tips. Sebab pak mak mertua aku green light terus ( gitu. Konfiden sungguy 😂😂 ). Kalau depa tak setuju, cuba convince depa. Kalau depa tak convinced juga, MOVE ON LA !
7. Kalau perempuan start dulu nak kenal, pelik tak ? Tak pelik. Sebab isteri aku pun dulu, acah-acah pm aku tanya pasal iphone murah yang aku jual. Last-last aku pulak tersangkut. Alhamdulillah sangkut- sangkut aku sampai ke jinjang pelamin. Orang Perempuan kena bijak, lelaki harus terbuka.
8. Kau rasa hidup ni mana yang lebih pahit ? Cinta tak kesampaian sebab kau tak sampaikan perasaan tu. Atau cinta tak kesampaian sebab kau kena reject. Kalau aku, aku lebih rela kena reject, at least aku boleh move on & cari yang lebih baik, berbanding perasaan cinta terpendam sampai ke akhir hayat.
9. Bab cinta ni kena setel dengan cepat bila kau dah ready. Bukan desperate, tapi sebab nak jimat masa. Kau banyak bnda lagi nak buat dekat atas muka bumi ini dari sibuk menanam perasaan cinta yang tak berbunga-bunga.
Sekian saja coretan hati aku bagi mereka yang masih mencari jodoh. Saya bukan doktor cinta atau doktor hati, saya hanya doktor gigi yang pernah jadi mangsa cinta tak kesampaian.
Mujur Farah Shakina Ezani muncul selamatkan keadaan. Alhamdulillah saya ucapkan.
Sekian.
whatsapp cari jodoh 在 スキマスイッチ - 「全力少年」Music Video : SUKIMASWITCH / ZENRYOKU SHOUNEN Music Video Youtube 的評價

whatsapp cari jodoh 在 Cari Jodoh Via WhatsApp Terbaru 2022, Berikut Grup WA ... 的相關結果
Cari Jodoh Via WhatsApp 2021 · Hal – hal yang harus diperhatikan Saat Mencari Jodoh Online · Kumpulan Nomor WA Cewek Cantik Cowok Ganteng Cari Jodoh 2021 · Akhir ... ... <看更多>
whatsapp cari jodoh 在 3 Langkah Cari Jodoh via Whatsapp Paling Ampuh 的相關結果
Cari jodoh dalam jaringan pun bisa dilakukan di berbagai platform, misalnya Tinder, Bumble, Facebook, Telegram, hingga Whatsapp. Berikut ini ... ... <看更多>
whatsapp cari jodoh 在 Cara Cari Jodoh Via WhatsApp 2022 - Cara1001 的相關結果
Cara Cari Jodoh Via WhatsApp - Mungkin ada yang masih kesusahan dalam mencari jodoh cobain deh gabung ke grup WA cari jodoh, disana mungkin ... ... <看更多>