PEMILIHAN UMNO 2018
1. Dengan rasa tawaduk dan penuh keinsafan, borang pencalonan saya untuk pemilihan UMNO telah diserahkan ke ibu pejabat UMNO sebentar tadi. Saya terdahulunya terpaksa meminta agar borang asal saya yang diserah pada 1hb Jun 2018 bagi jawatan Naib Presiden UMNO ditarik balik. Borang pencalonan saya yang terkini adalah untuk jawatan Presiden UMNO.
2. Keputusan saya ini tidak mudah untuk dibuat. Malah sehingga beberapa hari yang lepas, saya tetap dengan pendirian saya untuk hanya bertanding jawatan Naib Presiden UMNO sahaja. Namun, setelah memikirkan masa depan dan survival UMNO dalam keadaan hari ini, saya mengambil keputusan bertanding jawatan Presiden UMNO kerana saya mahu ahli-ahli parti mempunyai pilihan tentang ke arah mana UMNO perlu dikemudi.
3. Saya sangat hormat kepada YBM Tengku Razaleigh Hamzah. Malah, saya telah berjumpa dengan beliau beberapa hari yang lepas dan menggalakkan hasrat beliau bertanding di atas semangat pemilihan terbuka. Saya juga sangat hormat kepada YB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. Dalam UMNO, beliau ibarat seorang abang kepada saya yang sentiasa membantu dan menasihati saya.
4. Kedua-dua tokoh ini mempunyai kelebihan masing-masing. Tengku Razaleigh adalah seorang negarawan yang berjaya mengasaskan institusi-institusi penting negara seperti Petronas dan Bank Bumiputra. Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid pula adalah seorang pejuang yang telah melalui jatuh bangun dunia politik dan mempunyai hubungan yang sangat erat dengan akar umbi parti. Kedua-dua mereka merupakan calon-calon yang mempunyai kekuatan tersendiri untuk jawatan presiden ini.
5. Namun, memandangkan pertandingan di peringkat tertinggi UMNO kali ini adalah terbuka, saya mahu para perwakilan parti diberi pelbagai pilihan sebelum mereka membuat keputusan yang dirasakan terbaik untuk UMNO.
6. Sudah pasti, saya tidak mempunyai pengalaman yang luas seperti calon-calon yang lain. Tetapi saya mahu perwakilan diberi satu lagi pilihan yang mewakili peralihan generasi dalam UMNO. Satu pilihan yang pada prinsipnya melihat bagaimana parti kita dapat dibina semula mengikut acuan terkini tanpa melupakan asas penubuhan UMNO.
7. Saya berikrar untuk bekerja sepenuh jiwa dan raga, bersama-sama dengan rakan-rakan seperjuangan dalam parti agar UMNO dikembalikan kepada roh asal dengan jasad yang baharu. Roh yang saya maksudkan adalah parti Melayu yang inklusif, dengan menunjukkan keterangkuman yang besar kepada seluruh rakyat Malaysia. Parti yang membuka ruang kepada setiap lapisan masyarakat, bukan hanya golongan atasan, bangsawan, korporat dan elit sahaja. Parti untuk orang biasa. Parti yang menjaga kepentingan orang biasa. Parti yang tidak rasis, tidak seksis, tidak jumud dan tidak lagi pekak terhadap kehendak rakyat jelata. Parti yang berjiwa besar terhadap kaum-kaum lain dan mungkin satu hari nanti Barisan Nasional boleh dibina semula sebagai satu rumah besar untuk semua.
8. Biarlah semangat perjuangan kita beteraskan fastabiqul khairat - berlumba-lumba untuk membuat kebaikan kepada rakyat, dan bukannya berlumba-lumba untuk jawatan, pangkat dan kekayaan.
9. Jasad yang baharu bermaksud penstrukturan semula parti secara total. UMNO mesti mengembalikan semangat keterbukaan dalam segala aspek. Terbuka untuk bertanding. Terbuka untuk menegur dan mengkritik pemimpin tanpa dipecat. Terbuka untuk menerima ahli-ahli baharu tanpa sekatan. Terbuka untuk para perwakilan menentukan siapa yang akan menerajui UMNO dan bebas daripada cengkaman ‘warlords’.
10. Budaya ilmu perlu memacu perjuangan UMNO di setiap peringkat. Biarlah Perhimpunan Agung menjadi medan pertembungan idea untuk kebaikan rakyat dan bukannya pesta ucapan retorik yang hanya menghiburkan ahli parti. Biarlah orang yang luar dari "sistem parti" diangkat bersama ke jawatan tertinggi - baik para ilmuan, profesional serta aktivis yang mungkin selama ini disekat dan dipinggirkan. Kita buka pintu UMNO seluas-luasnya kepada siapa sahaja yang ingin membina semula parti kita.
11. Saya sedar saya juga penuh dengan kelemahan. Dan mungkin ada yang rasa saya terlalu muda dan mentah. Tetapi kita berada di zaman luar biasa yang menuntut jalan yang bukan biasa. Saya hanya mahu memberi para perwakilan pilihan yang seluas-luasnya. Menang kalah di tangan perwakilan dan ketentuan Ilahi.
12. Walau apapun keputusan kelak, kesetiaan saya kepada UMNO tidak berbelah bagi dan saya akan menyokong siapa sahaja yang dipilih menjadi Presiden UMNO yang baharu nanti. Yang penting, pemilihan ini perlu berjalan dalam semangat kekeluargaan UMNO agar ia dapat menjadikan parti lebih kuat untuk mengharungi cabaran besar pada hari-hari mendatang.
13. Inilah permulaan jalan yang jauh dan berliku. Jalan yang hari ini mungkin tidak nampak sinar di penghujungnya. Tetapi saya yakin, jika UMNO dapat dikembalikan denga roh perjuangan yang asal namun dalam jasad yang lebih segar, rajawali perjuangan akan terbang semula satu hari nanti.
KHAIRY JAMALUDDIN
同時也有10部Youtube影片,追蹤數超過72萬的網紅Warner Music Malaysia,也在其Youtube影片中提到,Bunga - Apadehal [Official Lyric Video] Listen to 'Apadehal' here: https://wmm.lnk.to/Apadehal #Bunga #Apadehal #AkuBunga Penulis Lagu: AmzarRazqa ...
tetap dalam jiwa 在 Azizan Osman Facebook 八卦
[Tangisan di bumi Madinah: Saya & Datuk Sharifah Aini]
Ya Allah tersentap jiwa saya sebentar tadi di bumi Madinah bila mendapat berita seorang yang saya kagumi, hormati dan panggil ummi iaitu Datuk Sharifah Aini telah kembali ke rahmatullah. Saya baru berkira-kira untuk menziarahi beliau bila kembali ke KL beberapa hari lagi nanti.
Ummi yang saya kenali adalah bermula dengan rapat kira-kira 3 tahun lepas apabila beliau menghubungi pejabar saya untuk mengundang saya ke rumah beliau di Petaling Jaya. Saya jarang-jarang menerima undangan sesiapa sahaja disebabkan kekangan masa saya bersama keluarga tetapi saya terima undangan Ummi yang tidak pernah saya kenal rapat selain biasa menonton beliau di kaca TV atau mendengar di corong radio. Tapi arwah ayah saya memang peminat ummi.
Saya menerima undangan makan malam di rumah ummi dan pertama kali bertemu serta bercakap dengan ummi, saya terus kagum dengan hajat dia yang sebenar. Selain ingin mengenali saya dan beliau memerhatikan apa yang saya lakukan sedikit sebanyak membangunkan ramai usahawan, ummi meminta pandangan saya tentang beberapa urusan perniagaan kerana beliau amat aktif mendapatkan dana untuk menyara lebih 2,500 anak yatim setiap bulan ketika itu (Sekarang harus lebih).
Saya terkesima kerana biasanya orang berjumpa saya bertanya soalan bagaimana nak besarkan perniagaan atau ingin meningkatkan pelaburan wang mereka tetapi ini pertama kali seseorang berjumpa saya untuk bertanya bagaimana beliau boleh membina perniagaan atau dapatkan dana bagi terus menerus membantu menyara anak-anak yatim yang ditajanya.
Pada ketika itu saya rasa kerdil sangat dan Alhamdulillah kami mula menjadi rapat selepas itu.
Ummi seorang yang berfikiran besar, positif dan sentiasa tahu apa yang dia mahukan. Bagi saya, dia seorang yang seperti gunung yang menjadi penaung kepada ramai orang lain. Dia
bukan sekadar penyanyi biasa-biasa tetapi dia menggunakan bakatnya untuk mencapai impian yang lebih mulia dalam hidupnya.
Ummi pernah diundang ke pentas seminar saya untuk meraikan hari ibu bersama para peserta saya dan bagi saya, ummi Datuk Sharifah Aini adalah seorang ibu yang sangat penyayang.
Beberapa kali saya menziarahi beliau tahun ini di rumah beliau bersama isteri saya dan beliau kelihatan uzur.
Tetapi beliau tidak putus mengaji setiap hari dan malam serta sentiasa khatam Al-Quran. Anda pasti terperanjat jika tahu betapa rajinnya ummi mengaji setiap hari. Beliau juga pernah dapat kami bawa untuk hadir majlis Mega Mawlid bersama Habib Syech di Stadium Shah Alam tahun lepas.
Saya sentiasa berdoa ummi sihat semula untuk berkhidmat kepada ramai yang memerlukan tetapi ternyata pagi ini Allah swt memanggilnya kembali lebih awal.
Saya rindu ummi dan dari kejauhan bumi Madinah ini, saya mendoakan ruh ummi bersemadi dengan tenang bersempena malam ramadhan yang mulia ini bersama ruh para solihin.
Buat Alif anak ummi, ummi sentiasa tidak putus bercerita tentang Alif dan bangga dengan Alif. He loves you so much.
Saya rindu ummi tetapi Allah swt lebih merindui ummi untuk berada di sisiNya.
Saya akan menziarahi ummi bila saya kembali ke Malaysia beberapa hari lagi. Salam kasih dari saya sekeluarga buat ummi dan doa saya tetap bersama ummi dari bumi Madinah ini Insya Allah.
Al-Fatihah buat ruh ummi. Innalillahi wa inna ilaihi rojiun.
Anakanda Azizan Osman
P/S Baru sahaja genap 61 tahun umur ummi 2 Julai lepas. Ummi lahir 2 Julai 1953. Saya percaya mudah-mudahan Allah swt berikan husnul khotimah buat ummi.
tetap dalam jiwa 在 Yana Samsudin Facebook 八卦
مَنْ جَدَّ وَجَدَ - Man jadda wajada bermakna "sesiapa yang berusaha (Inshallah) akan mendapat apa yang diusahakannya"...
.
Selalu saya berpujuk dalam hati supaya selalu nampak tenang.
.
Menjadi seorang ibu yang bekerjaya memanglah amat sukar kerana...
-harus membuat pilihan yang tepat dalam menguruskan sesuatu perkara.
Tapi bagaimana kita tahu ianya tepat? Setelah mendapat keputusan baru kita tahu ianya tepat. Dalam berbagi untuk membuat keputusan , fikiran dan jiwa yang tenang sangat diperlukan.
Iya.. melihat kesungguhan orang depan mata ku ini bertambah kekuatan ku. Cukup melihat dua orang yang ku sayang ini juga menjadi sumber kekuatan ku..
.
-Siapa boleh sangkal senyuman mereka adalah penawar duka? .
Kehadiran mereka juga mengisi ruang kosong dan tiada lagi bunyian bergema..
- Sorang yang mengorbankan seluruh hidupnya dan masa untuk semua.. dihencak, di tikam.. tapi emosinya tetap tenang .. senyum tak lekang dari bibirnya. Lembut bicara tak pernah berbeza.
- -sorang lagi baru 5 purnama bertarung memilih untuk dilahir kan atau pun kekal di alam lain. Perjanjian nya dengan Maha Pencipta seterusnya menjadi amanah kami berdua.
.
Persamaannya?
.
Strunggle, iya! mereka berdua juga struggle. Semua manusia di dunia berkerja keras untuk mengembirakan hati dan orang sekelilingnya.. ya.. itu lah kebahagiaaan nya.. bila kita berusaha membahagiakan hati mereka. Hanya melihat senyuman nya walau beberapa saat itu sudah terubat dan berbayar untuk rasa bahagia.
- .
- "Aku bersyukur atas anugerah semua ini Ya Allah. Dia ku ada untuk kamu semua.. "
Pelengkap suka duka...
~Haruslah L❤️ve
tetap dalam jiwa 在 Warner Music Malaysia Youtube 的評價
Bunga - Apadehal [Official Lyric Video]
Listen to 'Apadehal' here: https://wmm.lnk.to/Apadehal
#Bunga #Apadehal #AkuBunga
Penulis Lagu: AmzarRazqa
Penulis Lirik: Bunga
Penerbit Muzik: AmzarRazqa
Syarikat Rakaman: Warner Music Malaysia Sdn Bhd
Follow Bunga:
Instagram: https://www.instagram.com/bungaisme/
Lyrics:
[Verse 1]
aku bina aku walaupun aku sendiri
walau tanpa ada bantu ku tetap berdiri
yang bisa itu lidah dari minda yang lincah
jika tiada pelita hidup pun jadi gempita
tak berdrama kita takkan bersama
aku permata yang jauh lebih bermakna
walau aku yang tersakit nota ku tak tinggal sepi
jadi kau bukan yang terbaik akan ku tolak ke tepi
ada cita aku kejar selagi ada nyawa
buat apa nak kesah banyak hati beza rasa
hujan pun nak redah tetap nak cerita
tanpa ada sedar banyak diam simpan derita
[Pre-chorus]
teduh berlangit bertapak bumi
tetap berlari jauh dari sunyi
peduli jangan sekali bunyi suara sumbang
biar retak berkali jiwa takkan tumbang
jadi aku tetap aku
cuma yang rasa luah dalam lagu
sayu? layu? apa perlu tahu?
tiada siapa pilih jadi aku cuma aku
[Chorus]
apadehal , kan ku tara semua
ku tempuh segala
[Verse 2]
suara mu masih segar di telinga
hari tak indah pun ku tetap terima
dekat di hati walau tiada di sisi
tak perlu ada ganti kita jumpa di alam mimpi
aapadehal anak baba jual cendol
kalau ada salah aku sendiri ubah betul
kepala batu aku ikut cara aku
kalau tak sukak kita bukan sebangku
[Bridge]
kais pagi kasi sampai lupa bila petang
bait tapis manis taknak anaknya bimbang
sedih letih tak pernah pun terlihat
bercucuran jua air bila mata teringat
tolong lihat tangis mama kala lopong
gosok air mata berjalan tepi lorong
tiada apa yang ku mahu selain senyummu ku tenung
wahai ratu maaf jika kafan ku dulu yang sarung.
tetap dalam jiwa 在 DESTINASI TV Youtube 的評價
TONTON VIDEO BELUT VERSI UNITED KINGDOM»
https://www.youtube.com/watch?v=uaUxWbywjvo&t=28s
Siri Mat Salleh Cari Makan Edisi Selangor kembali lagi minggu ini dan kali ini kami berada di Tanjong Karang, Selangor untuk merasai sebuah menu yang popular di kawasan sawah
Belut sawah, mua, atau lindung (Monopterus albus) adalah sejenis ikan anggota suku Synbranchidae (belut), ordo Synbranchiiformes, yang mempunyai nilai ekonomi dan ekologi.
Ikan ini dapat dimakan, baik digoreng, dimasak dengan saus pedas asam, atau digoreng renyah sebagai makanan ringan. Secara ekologi, belut dapat dijadikan indikator pencemaran lingkungan karena hewan ini mudah beradaptasi. Lenyapnya belut menandakan kerusakan lingkungan yang sangat parah telah terjadi.
Belut adalah predator ganas di lingkungan rawa dan sawah. Makanannya ikan kecil, cacing, krustasea. Ia aktif di malam hari. Hewan ini dapat mengambil oksigen langsung dari udara dan mampu hidup berbulan-bulan tanpa air, asalkan lingkungannya tetap basah. Hewan ini bahkan mampu menyerap oksigen lewat kulitnya. Kebiasaaannya adalah bersarang di dalam lubang berlumpur dan menunggu mangsa yang lewat. Walaupun berasal dari daerah tropika, belut sawah diketahui dapat bertahan hidup melewati musim dingin dengan suhu sangat rendah. Kombinasi sifat-sifat yang dimiliki belut membuatnya menjadi hewan yang dianggap berbahaya bagi lingkungan yang bukan habitatnya.
Ukuran maksimum adalah 1m, meskipun yang banyak dikonsumsi paling panjang 40 cm. Tidak memiliki sirip, kecuali sirip ekor yang memanjang. Bentuk tubuhnya menyerupai tabung dengan tubuh licin, tanpa sisik. Warna bervariasi, tetapi biasanya kecoklatan hingga kelabu (Wikipedia)
Kami singgah di De Lesung Sup Belut untuk merasai sendiri pengalaman memasak dan menikmati haiwan ini apabila dimasak. Menu yang kami cuba ialah, Sup Belut, Belut Masak Cili Api, dan masak Halia
?Lokasi:
De Lesung Sup Belut Enterprise
?Jalan Haji Kamaruddin, Kampung Sungai Burong, 45500 Tanjong Karang, Selangor
https://www.google.com/maps/dir//de+lesung+sup+belut/@3.236662,101.0923932,10z/data=!4m8!4m7!1m0!1m5!1m1!1s0x31cc91c186c951e5:0x7d3b8d8648e320f1!2m2!1d101.1445044!2d3.4564873
☎️ 012-636 2497
Facebook » De Lesung Sup Belut
Waktu Operasi » Isnin - Jumaat 12AM - 12PM
- - - - - - - - - - - - - - - -
?TONTON VIDEO MAT SALLEH CARI MAKAN » https://bit.ly/2mUNck4
?BELI BAJU-T RASMI DESTINASI TV » https://bit.ly/2Y6xHab
?SUBSCRIBE KE CHANNEL DESTINASI TV » https://bit.ly/2y97bxp
- - - - - - - - - - - - - - - - -
? LIKE FACEBOOK KAMI:
DESTINASI TV » https://www.facebook.com/DestinasiTV/
- - - - - - - - - - - - - - - - -
? FOLLOW INSTAGRAM KAMI:
DESTINASI TV » https://www.instagram.com/destinasitv/
RHYS WILLIAM » https://www.instagram.com/si_rhys/
- - - - - - - - - - - - - - - - -
?KREDIT:
PRODUCER & DIRECTOR » AHMAD ZAMRI
(https://www.instagram.com/ahmadzamri/)
VIDEO EDITOR » FAEZ KAMALUDDIN (https://www.instagram.com/alfaezy/)
- - - - - - - - - - - - - - - - -
? Latar Belakang Destinasi TV ?
Destinasi TV merupakan channel Youtube di Malaysia yang akan jalan satu Malaysia dan juga di luar negara untuk buat video tentang makanan. Tidak kiralah makanan Malaysia, makanan Western, dan pelbagai lagi jenis makanan dari serata dunia. Destinasi TV sangat unik kerana akan dihoskan oleh seorang Mat Salleh yang mempunyai jiwa Malaysia iaitu “Rhys William”. Destinasi TV bukan sahaja mengeluarkan video berkenaan makanan sahaja, malah mempunyai rancangan yang akan membincangkan trend semasa, membuat challenge, bermain permainan video dan sebagainya. Rancangan ini dikenali sebagai “Sembang Bros” yang akan dihoskan oleh “Amal” dan “Azri”.
Antara rancangan yang Destinasi TV sendiri keluarkan di Youtube adalah “Mat Salleh Cari Makan”, “The Nasi Lemak Show”, “Kembara Ramadan Rhys”, “Destinasi Hujung Minggu”, “Trek Mesra”, “Trek Artisan”, “Fjallraven Journey 2017” dan “Jom Pasar Malam”. Kesemua rancangan ini anda boleh lihat di dalam playlist Youtube Destinasi TV.Jangan lupa untuk subscribe dan tekan notifikasi bell channel Destinasi TV jika anda ingin melihat makanan yang sedap, menarik dan unik kami akan sajikan kepada anda dan jangan sampai meleleh air liur. Jangan lupa tekan butang like sebab ianya percuma dan jangan lupa bagitahu kawan-kawan, keluarga, mak cik - mak cik, pak cik - pak cik dan semua orang…. Kerana video Destinasi TV sesuai ditonton oleh semua golongan.
© Copyright & Disclaimer
Kesemua footage video ini adalah hak milik Destinasi TV dan jangan sesekali upload video ini sebagai hak cipta sendiri.
Ada ke penonton yang pernah makan dekat sini? kongsikan pengalaman anda diruangan komen!
tetap dalam jiwa 在 DESTINASI TV Youtube 的評價
Tidak sah menyambut Hari Raya Aidilfitri di Malaysia tanpa juadah lemang & juga rendang. Dalam episod terakhir Kembara Ramadan Rhys, Rhys William belajar proses penuh memasak lemang bersama Lemang Panjang, Bangi (https://goo.gl/maps/vzavUJbxyXqvbEES9)
Proses memasak lemang sangatlah rumit dan teknikal. Hampir 4-5 jam dihabiskan untuk menyediakan lemang sebagai jamuan raya esok.
Seusai memasak lemang, Rhys masak rendang sendiri! Tapi disebabkan keletihan memasak lemang seharian suntuk, Rhys menggunakan Pes Rendans Asli Mak Teh, (whatsapp: rendangmakteh.wasap.my)(instagram: https://www.instagram.com/rendangmaktehviral/) . Ternyata, walaupun menggunakan pes, rasanya tetap sama seperti rendang yang lain. Pes ini dibuat dari bahan tumisan asli yang dibeku dan bukan pes segera. Hanya tambah santan, daging, gula & garam selesai lah proses memasak rendang.
Jutaan Terima Kasih kepada:
Penaja Rasmi Aplikasi Mudah Alih: Muslim Pro
(android: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.bitsmedia.android.muslimpro&hl=ms)
(ios: https://itunes.apple.com/us/app/muslim-pro-azan-quran-qibla/id388389451?mt=8)
Penaja Rasmi Kenderaan: UMW Toyota (https://www.youtube.com/watch?v=Jg0cWm-Ktyk)
Penaja Rasmi Pakaian: Tuatu
(https://tuatu.my/)
Music used:
chill. by sakura Hz https://soundcloud.com/sakurahertz
Music promoted by Audio Library https://youtu.be/pF2tXC1pXNo
Summertime by Scandinavianz https://soundcloud.com/scandinavianz
Music promoted by Audio Library https://youtu.be/e_cuXazmRME
- - - - - - - - - - - - - - - -
?TONTON VIDEO MAT SALLEH CARI MAKAN » https://bit.ly/2mUNck4
?BELI BAJU-T RASMI DESTINASI TV » https://bit.ly/2Y6xHab
?SUBSCRIBE KE CHANNEL DESTINASI TV » https://bit.ly/2y97bxp
- - - - - - - - - - - - - - - - -
? LIKE FACEBOOK KAMI:
DESTINASI TV » https://www.facebook.com/DestinasiTV/
- - - - - - - - - - - - - - - - -
? FOLLOW INSTAGRAM KAMI:
DESTINASI TV » https://www.instagram.com/destinasitv/
RHYS WILLIAM » https://www.instagram.com/si_rhys/
- - - - - - - - - - - - - - - - -
? Latar Belakang Destinasi TV ?
Destinasi TV merupakan channel Youtube di Malaysia yang akan jalan satu Malaysia dan juga di luar negara untuk buat video tentang makanan. Tidak kiralah makanan Malaysia, makanan Western, dan pelbagai lagi jenis makanan dari serata dunia. Destinasi TV sangat unik kerana akan dihoskan oleh seorang Mat Salleh yang mempunyai jiwa Malaysia iaitu “Rhys William”. Destinasi TV bukan sahaja mengeluarkan video berkenaan makanan sahaja, malah mempunyai rancangan yang akan membincangkan trend semasa, membuat challenge, bermain permainan video dan sebagainya. Rancangan ini dikenali sebagai “Sembang Bros” yang akan dihoskan oleh “Amal” dan “Azri”.
Antara rancangan yang Destinasi TV sendiri keluarkan di Youtube adalah “Mat Salleh Cari Makan”, “The Nasi Lemak Show”, “Kembara Ramadan Rhys”, “Destinasi Hujung Minggu”, “Trek Mesra”, “Trek Artisan”, “Fjallraven Journey 2017” dan “Jom Pasar Malam”. Kesemua rancangan ini anda boleh lihat di dalam playlist Youtube Destinasi TV.Jangan lupa untuk subscribe dan tekan notifikasi bell channel Destinasi TV jika anda ingin melihat makanan yang sedap, menarik dan unik kami akan sajikan kepada anda dan jangan sampai meleleh air liur. Jangan lupa tekan butang like sebab ianya percuma dan jangan lupa bagitahu kawan-kawan, keluarga, mak cik - mak cik, pak cik - pak cik dan semua orang…. Kerana video Destinasi TV sesuai ditonton oleh semua golongan.
© Copyright & Disclaimer
Kesemua footage video ini adalah hak milik Destinasi TV dan jangan sesekali upload video ini sebagai hak cipta sendiri.