TEPUNG BERAS
Ada 5 jenis tepung beras..hahhh apa bezanya? Kita ni ingat asal tepung beras semuanya sama
Kan 🤣3 jenis tepung beras yg ada gambar gajah, tapi sekarang yg gajah 5 tu susah nak cari kat Malaysia, tepung beras ni dibuat dari negara Thailand, pasal tu ada tulisan Thai kat bawah setiap tepung tu...senang jer nak paham sebab tak semua tepung ni ada jual kat kedai , tapi kalau jual kena tgk betul2.. utk play safe beli aja cap teratai, cuma nak buat certain kuih aja kena pilih tepung beras yg sesuai.
Ok kita share ni beza nya :
Cap Teratai :
Saya pakai ni aja utk goreng2 bagi rangup, buat Laksam , buat Tepung Pelita ... hah senang ! Selalu kedai jual yg ni banyak kan, sesuai utk menggoreng jugak , ayam goreng berempah!
Tepung ni pun sesuai jugak utk buat rempeyek / tumpi dan apam tapi kalau buat apam rasa tepung nya kurang sikit , tapi boleh la, nak buat apam ambik yg 2 Gajah.
Cap 1 Gajah 🐘
Sama fungsi macam Teratai , kalau kat kedai tak dak cap teratai atas 1 gajah ni hahh buleh la ambik. Tepung ni boleh goreng pisang/ keledek. Tepung ni bagi merangupkan.
2 Gajah 🐘🐘:
Yg ni pulak elok buat kuih tradisional iaitu kuih koci ,kuih apam , kuih lapis.
kuih jadi lembut dan likat.
3 Gajah 🐘🐘🐘:
Sama jugak kalau 2 gajah tak dak kat kedai nampak 3 gajah beli 3 gajah 🤣 buleh jugak buat kuih2 tradisional seperti kuih koci, lapis , ..pelbagai jenis kuih
Hasilnya kuih jadi lembut dan berkilat.
5 Gajah 🐘🐘🐘🐘🐘:
Sesuai untuk membuat laksa dan pelbagai jenis mee
Sebab tepung nya agak lebih kental .
Tepung Pelita pakai Tepung Beras apa ???? Tepung Cap Teratai, macam saya kta tadi play safe 🤣sebab Tepung Teratai sangat mild, Halus mulus 😂 ko tgk resipi mana ada orang share tepung beras cap apa ! Kesian orang yg tak tau masak , most resipi korang tulis letak tepung beras , tulis la detail ( cap apa ) ye dak ??? 😂ok kita dah cakap bagi pihak 🥴
Gambar Ihsan : Google 🤣 @ Kilang Tepung
同時也有1部Youtube影片,追蹤數超過47萬的網紅DESTINASI TV,也在其Youtube影片中提到,Kali Pertama Rhys Makan Laksam ? ? Booking Hotel Perdana Kota Bharu https://www.hotelperdanakotabharu.com Jangan lupa untuk buat tempahan bilik anda ...
tepung beras untuk buat laksam 在 Pakar diari hati Facebook 八卦
RESIPI LAKSAM PUTIH LICIN
3 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
5 cawan air ( 3 cawan air panas+ 2 cawan air biasa)
1/2 sudu kecil garam
( Adunan ni dapat dalam 10 batang laksam)
Cara:
Satukan kesemua bahan, kacau sehingga adunan tak berketul. Lepas kacau,Tapis adunan.
Panaskan pengukus. Letakkan tudung periuk didalam kukusan beserta dgn sedikit minyak masak (Tapi tia guna pinggan ikea shja sebab tak ada tudung periuk). Lepastu masukkan 2 senduk bancuhan ke atas tudung periuk tadi dan kukus sehingga masak. Adunan masak dalam 2-3 minit. Angkat dan biarkan seketika, baru gulung. Ulang langkah sehingga adunan habis. Siap ✅
Untuk kuah putih :
Ikn kembong 5/6 ekor ( ikan bersize sedang, jangan ikan yg kecil) ( Rebus ikan bersama asam keping dan garam, lepas tu ambil isi ikan dan blend bersama bawang putih, bwg merah dan lada hitam)
Santan kotak brand M&S 400gram (2 kotak kecil-kotak warna kuning)
Lada htam 3 sudu stengah ( sukatn sudu kfc atau sudu kecil) - (Blend bersama ikan)
Gula 2 sudu besar @ 1 sudu 1/2 sudu besar ( jangan penuh sangat)
Bwg putih 3 ulas ( Blend bersama ikan)
Bawang merah 4 biji ( Blend bersama ikan)
Ajinomoto jika mahu
Garam secukupnya
Air secukupnya ( dalam 2 cawan )
*campur semua bahan dlm periuk, kacau sehingga mendidih. Siap ✅
*doublekan bahan jika buat banyak
Makan bersama Ulam :
Kacang panjang - hiris
Bunga kantan - hiris
Daun kesum - hiris
Kobis - hiris
Timun batang - cincang dan hiris
Taugeh
( Gaulkan sekemua ulam)
Tambahan bahan lain : ( Tak nak pun tak apa)
Belacan
Ciliboh
Garam
P/s : Kalau nk mkn jnis ada pedas2 skit, Kalau tak nak mkn laksam dgn ciliboh, boleh juga makan dengan sambal lada : Resepi - Ambil cilipadi merah 15 biji, 2 biji lada besar merah, sedikit garam & gula. Blend guna blender kering. Masukkan dlm mangkuk, letak sedikit cuka n air panas. Gaul rata. Siap ✅
P/s : Contoh pinggan ikea yg digunakan untuk mengukus ada di gambar yang terakhir 💚 Jika tak ada tudung periuk, so boleh la guna pinggan ikea yea 😍
Boleh juga makan bersama laksa ✅
Selamat Mencuba 💚
Kredit @Tia Rizz
tepung beras untuk buat laksam 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 八卦
RESEPI LAKSAM KUAH LEMAK ORI KELANTAN
Hujung minggu pun tuan suami kerja tak pergi ke mana, itu yang cheyah tetiba rajin je. Lagipun nak makan tekak sendiri prefer masak je baru puas hati.
1. LAKSAM (8 batang)
3 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1 liter air suam
Secubit garam
Sedikit minyak untuk sapu pada loyang/tudung puyuk
- Semua bahan di satukan. Kacau sehingga ia betul-betul sebati dan tak berketul. Nak tapis lagi elok sebab takut tertinggal ketulan yang tak nampak.
- Panaskan pengukus, dan letak loyang. Sapu minyak masak baru masukkan dua senduk adunan tadi. Kukus dalam 3 minit ataupun nampak adunan gelembung.
- Angkat dan dirikan sekejap dalam seminit. Boleh gulung seperti dalam gambar di bawah.
2. KUAH LEMAK LAKSAM
10 ekor ikan selayang (rebus dan ambil isi sahaja)
1 kotak santan adabi
3 cawan air putih
5 ulas bawang merah
2 keping asam keping
1 sudu lada hitam (biji lagi ok dan cantik kuah tu tapi cheyah takde letak serbuk je)
2 sudu kecil garam
2 sudu makan gula
- Masukkan santan ke dalam periuk, tambahkan air ke dalam kotak. Campurkan ke dalam ikan dan blanderkan bagi hancur .
- Blanderkan bawang sekali dengan lada hitam. Masukkan dalam periuk. Letak asam keping dan panaskan.
- Masak guna api kecil je. Dah mendidih masukkan gula dan garam. Kacau sehingga ia betul-betul masak.
3. SAMBAL JANTAN
12-15 biji cili padi
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
2 sudu makan cuka
- Tumbukkan cili bersama gula dan garam. Bila dah hancur dan nampak sedikit lumat. Masukkan cuka. Dah siap!
3. ULAM-ULAMAN
- Cheyah guna kubis, kacang panjang, timun batang dan taugeh je. Nak tambah bunga kantan, daun kesum, dqun serai kayu dan apa-apa yang korang suka pun boleh takde masalah.
Simple je sebenarnya. Buat pun jika ikut step tak sampai dua jam pun. Lama kepada kukus tu je. Yang lain 20 minit dah settle.
Selamat mencuba!
tepung beras untuk buat laksam 在 DESTINASI TV Youtube 的評價
Kali Pertama Rhys Makan Laksam ?
? Booking Hotel Perdana Kota Bharu
https://www.hotelperdanakotabharu.com
Jangan lupa untuk buat tempahan bilik anda bersama Hotel Perdana Kota Bharu.
Dapatkan Official Merchandise Destinasi TV » https://kuehdtv.wasap.my/
Mat Salleh Cari Makan Kelantan kembali lagi dan dalam episod ini Rhys akan mempelajari tentang makanan yang merupakan salah satu makanan popular di negeri Kelantan ini iaitu Laksam.
Laksam merupakan sejenis makanan yang diperbuat dari tepung beras dan dimakan bersama kuah campuran ikan dan santan. Proses untuk membuat laksam juga unik dimana bancuhan tepung beras tadi diletakkan didalam penutup periuk dan dikukus sehingga masak. Selepas ia mengeras, laksam digulung panjang dan akhirnya dipotong serong untuk dihidangkan.
Kebiasaannya laksam dimakan bersama ulam-ulaman seperti taugeh, kobis, timun dan dicampurkan dengan sedikit sambal. Rasa pekat kuah bersantan bersama sayur ulam yang segar membuatkan laksam mempunyai rasa yang unik dan tersendiri.
Laksam sesuai dihidangkan untuk sarapan pagi dan juga minum petang. Tak sah kalau ke Kelantan tapi tak singgah pekena laksam!
?Lokasi » Laksam Special By-T
Jalan Raja Perempuan Zainab II, Kampung Belukar Lanjut Kumumin, 16100 Kota Bharu, Kelantan
https://goo.gl/maps/rHsdmzuDia5NCsVe6
☎ 013-9809343
⏰ Waktu Operasi » Ahad - Jumaat dari 3.00 petang hingga 10.30 malam (Tutup Sabtu)
- - - - - - - - - - - - - - - -
?TONTON VIDEO MAT SALLEH CARI MAKAN » https://bit.ly/2mUNck4?BELI BAJU-T RASMI DESTINASI TV » https://bit.ly/2Y6xHab?SUBSCRIBE KE CHANNEL DESTINASI TV » https://bit.ly/2y97bxp
- - - - - - - - - - - - - - - - -
? LIKE FACEBOOK KAMI: DESTINASI TV » https://www.facebook.com/DestinasiTV/
- - - - - - - - - - - - - - - - -
? FOLLOW INSTAGRAM KAMI: DESTINASI TV » https://www.instagram.com/destinasitv... WILLIAM » https://www.instagram.com/si_rhys/
- - - - - - - - - - - - - - - - -
?KREDIT:PRODUCER & DIRECTOR » AHMAD ZAMRI (https://www.instagram.com/ahmadzamri/... EDITOR » FAEZ KAMALUDDIN (https://www.instagram.com/alfaezy/)
- - - - - - - - - - - - - - - - -
? Latar Belakang Destinasi TV ?
Destinasi TV merupakan channel Youtube di Malaysia yang akan jalan satu Malaysia dan juga di luar negara untuk buat video tentang makanan. Tidak kiralah makanan Malaysia, makanan Western, dan pelbagai lagi jenis makanan dari serata dunia. Destinasi TV sangat unik kerana akan dihoskan oleh seorang Mat Salleh yang mempunyai jiwa Malaysia iaitu “Rhys William”. Destinasi TV bukan sahaja mengeluarkan video berkenaan makanan sahaja, malah mempunyai rancangan yang akan membincangkan trend semasa, membuat challenge, bermain permainan video dan sebagainya. Rancangan ini dikenali sebagai “Sembang Bros” yang akan dihoskan oleh “Amal” dan “Azri”.Antara rancangan yang Destinasi TV sendiri keluarkan di Youtube adalah “Mat Salleh Cari Makan”, “The Nasi Lemak Show”, “Kembara Ramadan Rhys”, “Destinasi Hujung Minggu”, “Trek Mesra”, “Trek Artisan”, “Fjallraven Journey 2017” dan “Jom Pasar Malam”. Kesemua rancangan ini anda boleh lihat di dalam playlist Youtube Destinasi TV.Jangan lupa untuk subscribe dan tekan notifikasi bell channel Destinasi TV jika anda ingin melihat makanan yang sedap, menarik dan unik kami akan sajikan kepada anda dan jangan sampai meleleh air liur. Jangan lupa tekan butang like sebab ianya percuma dan jangan lupa bagitahu kawan-kawan, keluarga, mak cik - mak cik, pak cik - pak cik dan semua orang…. Kerana video Destinasi TV sesuai ditonton oleh semua golongan.
