・・・
Menjunjung kasih DYAM Tunku Mahkota Johor HRH Crown Prince of Johor diatas perkenan mencemar duli menjemput patik bersama Datuk Qobin untuk mengadap Tunku di JDT HeadQuarter.
.
Patik amatlah terharu dan seperti bermimpi disiang hari kerana dapat bersama-sama dengan Tunku dan berkongsi pengalaman serta kejayaan di Olimpik Tokyo baru-baru ini. Patik juga menjunjung kasih di atas kesudian Tunku untuk mendengar idea dan pandangan patik dalam membangunkan arena sukan negara terutamanya sukan berbasikal di Negeri Johor. Patik amat berharap agar apa yang dihasratkan dapat dijadikan realiti dan semoga ia dapat di manfaatkan oleh seluruh warga sukan terutamanya mereka yang berada di Johor.
.
Patik menjunjung kasih diatas perkongsian dari Tunku ke atas patik dan ianya akan dijadikan sebagai rujukan dalam karier patik. Patik juga menjunjung kasih kerana di berikan peluang ‘platinum’ untuk melihat sendiri seluruh pelosok kawasan stadium Sultan Ibrahim (JDT) secara eksklusif. Fasiliti JDT JOHOR Southern Tigers memanglah TERRRRRBAEKK 👍 dan ‘world class’. Syabas diatas usaha dan pengorbanan Tunku dalam membina legasi ini.
.
Last but not least, menjunjung kasih Tunku diatas hadiah peribadi daripada Tunku kepada patik. Patik akan ingat sampai bila-bila. Semoga Allah memurahkan rezki dan merahmati Tunku serta seluruh kerajaan Tunku.
.
Daulat Tunku🙏
.
#HRHCROWNPRINCEOFJOHOR
#MENJUNJUNGKASIHDYAMTUNKUMAHKOTAJOHOR #MENJUNJUNGKASIH
#TUNKUMAHKOTAJOHOR #TMJ
#DAULATTUANKU #JOHOR
#JOHORDARULTAKZIM #JDT
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過62萬的網紅Bryan Wee,也在其Youtube影片中提到,...
「tunkumahkotajohor」的推薦目錄:
tunkumahkotajohor 在 スキマスイッチ - 「全力少年」Music Video : SUKIMASWITCH / ZENRYOKU SHOUNEN Music Video Youtube 的評價

tunkumahkotajohor 在 Tunku Mahkota is now Regent of Johor - YouTube 的八卦
Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim has been appointed as the Regent of Johor. Johor Ruler Sultan Ibrahim Ibni Almarhum ... ... <看更多>