“Saya mahu ke syurga tak mahu ke neraka!”
.
Alhamdulilah Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar. Seusai solat isyak, seorang lelaki India beragama Kristian hadir ke pejabat MRM untuk bertemu dengan saya. Temujanji telah diatur kerana sahabat Melayunya memberitahu bahawa kawannya ini nampak berminat dengan Islam tetapi beliau tidak tahu bagaimana nak menerangkan kepadanya.
.
Apabil mereka masuk ke bilik saya, saya bertaaruf sedikit dengannya untuk mengenali dirinya dengan lebih rapat. Beliau memberitahu beliau telah lama tidak ke gereja. Maka saya bertanya kepada beliau kenapa beliau dah lama tak pergi gereja dan dalam banyak agama yang ada, apakah keunikan Islam yang menyebabkan dia berminat mendalami Islam & bukannya agama lain? Beliau menjawab;
.
“Actually saya sudah lama tak pergi gereja kerana semakin saya mendalami Bible, saya rasa itu bukan apa yahg diajar Jesus. Saya mahu ikut ajaran sebenar Jesus. Kenapa saya berminat dengan Islam & bukan agama lain? Sebab saya tengok konsep ketuhanan dalam Islam & Nabi dalam Islam paling dekat dengan Kristian.”
.
Lalu saya memberitahu kepadanya bahawa memang Allah dah sebut dalam Al-Quran (Al Maidah 5:82) bahawa yang paling dekat dengan Islam adalah orang Kristian. Beliau terkejut mendengar jawapan saya. Maka saya bertanya kepada beliau apakah beliau mempunyai persoalan yang memerlukan pencerahan? Kawannya mencelah;
.
“Brother, dia ni bila saya tanya dia, dia memang dah yakin Allah sahaja Tuhan & dia juga boleh terima Nabi Muhammad Sallalahu Alaihi Wasalam sebagai Nabi terakhir!”
.
Setelah mendengar jawapan kawannya, saya bertanya kepada beliau untuk mendapatkan kepastian samaada apa yang disebut kawannya itu benar atau tidak lalu beliau mengiyakan jawapan kawannya. Lalu saya bertanya;
.
“Memandangkan anda telahpun menyakini Allah sebagai Tuhan & Nabi Muhammad sebagai Nabi, apa sebenarnya yang menghalang anda memeluk Islam sekarang?”
.
Tanpa berselindung, beliau menjawab; “family & kawan-kawan la Brother.” Dan saya bertanya bagaimana family & kawan-kawan dia boleh jadi penghalang lalu beliau menjawab; “takut diaorang tak suka & tak boleh terima.”
.
Saya bercerita dengannya tentang pengalaman saya memeluk Islam dan pengalaman mengendalikan beratus kes mereka yang juga mempunyai kerisauan yang sama. Saya mengatakan dulu saya memeluk Islam sebab saya yakin Islam agama yang benar dan saya mahu masuk syurga dan belum sempat saya habiskan, beliau mencelah;
.
“Saya minat dengan Islam pun sebab saya mahu masuk syurga tak mahu pergi neraka! Dengar ceramah Brother & ustaz lain di YouTube ah sudah seram apatahlagi mahu masuk neraka! Saya tak mahu masuk neraka!”
.
Saya menjawab;
.
“Ya betul saya pun sama. Sebab itu bila saya memeluk Islam dulu, saya pun ada kerisauan sama tetapi saya fikir semula dan bertanya pada diri, kawan-kawan saya mau sembah apa, mereka tak pernah tanya atau minta izin saya. Mereka mau makan apa mau pakai apa atau mau pergi mana pun tak pernah tanya apa pendapat dan minta izin saya. Habis tu kenapa saya nak memeluk Islam dan berubah jadi lebih baik saya kena fikir apa perasaan mereka pula?”
.
Dia menganggukkan kepada tanda setuju dan saya bertanya kepadanya lagi.
.
“Anda percaya selepas anda memeluk Islam, anda akan jadi lebih baik atau lebih jahat?”
.
Dia menjawab; “Kemungkinan besar akan jadi lebih baiklah.” Dan saya bertanya;
.
“Kenapa kamu mahu menangguhkan diri untuk menjadi lebih baik sedangkan kamu yakin apabila kami memeluk Islam, kemungkinan besar kamu akan jadi lebih baik? Kenapa berikan diri lebih banyak alasan untuk tangguhkan hasrat menjadi lebih baik dan menyembah Allah?”
.
Dia menjawab; “Brother, saya cuma takut saya buat jahat itu sahaja. Nanti masuk neraka.”
.
Saya berkata; “Lebih baik kamu buat jahat sebagai Muslim daripada membuat jahat sebagai Belum Muslim kerana kalau kami buat jahat sebagai Muslim, kamu masih ada tauhid dan tidak syirik (sekutukan Allah). Bila kamu buat jahat sebagai Muslim, kami dapat dosa tetapi apabila kami buat baik kamu dapat pahala sebagai Muslim yang akan memadamkan dosa-dosa kecil kamu. Sedangkan kalau you buat jahat sebagai Belum Muslim, segala kejahatan kamu buat kamu akan dapat dosa dan lebih teruk segala kebaikan kamu buat kamu pun tak dapat pahala langsung (25:30)!”
.
Setelah berbincang hampir sejam lebih, beliau berkata; “Okla Brother. Saya memang takde alasan pun dan tak mau tangguh untuk menyembah Allah. Im ready.”
.
Alhamdulilah. Beliau mengucapkan dua kalimah syahadah. Dengan rahmat Allah, seorang lagi insan kembali kepada agama fitrah malam tadi di pejabat MRM. Alhamdulilah. Allahuakbar.
.
Mungkin anda juga mempunyai sahabat yang berminat dengan Islam tetapi anda tidak tahu bagaimana menjawab atau menerangkan kepada mereka. Jangan risau. Hubungi kami di wasap.my/+601110500414 untuk aturkan pertemuan. We di our best and let Allah do the rest.
.
Welcome back to Islam, brother… Pulangnya seorang lagi hamba Allah kepada agama Islam di bulan Ramadhan yang mulia ini.
.
MAYBANK
Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor
5648 1052 0353
#islam #muslim #dakwah #firdauswong
#multiracialrevertedmuslims #dakwahmrm #indiamuslim #indianmuslim
同時也有15部Youtube影片,追蹤數超過6萬的網紅TV Nurhayati Tahir,也在其Youtube影片中提到,SUBSCRIBE : https://youtu.be/eoCjlnnEW8Q #Syirik #Sihirpemisah Hak cipta terpelihara. Publishing ( Uuuiii Production ) ©️ 2018 Uuuiii Production Lak...
syirik 在 Facebook 八卦
Salam Malam Nisfu Sya'ban ❤️❤️ dah tidur ketuww
.
Daripada Mu’az bin Jabal RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
Allah SWT melihat makhluk-Nya pada malam nisfu Sya’ban kemudian mengampunkan semua makhluk-Nya kecuali orang yang syirik dan juga orang yang bermusuhan”.
.
Jom sama2 kita beramal malam nisfu syaban🥰
.
Alhamdulillah harini selesai program , #RoadToRamadhan #TilawahQuran
syirik 在 Facebook 八卦
Vaksin untuk HIV tidak ada, tiba tiba vaksin untuk covid 19 dah ada? Nampak sangat vaksin ini sebenarnya ciptaan yahudi untuk tujuan bisnes, mereka cipta penyakit dan mereka juga yang cipta vaksin untuk cegah penyakit, macam virus dalam computer, mereka yang cipta virus dan mereka jugak yang cipta anti virus. Apa komen abang mayat.
Jawapan:
Dapat gambar ni dalam komen post sebelum ini, jawapan abang..,
HIV tidak berjangkit melalui sentuhan, orang berzina baru boleh terjangkit.., atau pindahan darah, jadi virus ini boleh di kawal, untuk makluman, selain HIV, virus Denggi pun belum ada vaksin yang mana virus terjangkit melalui gigitan nyamuk. Tapi nyamuk ni senang di bunuh maka kes Denggi tidak tinggi dan terkawal.
Tapi tiba tiba ada virus yang berjangkit melalui tiitsan air dalam udara, seluruh dunia terkena, dua juta orang dah mati, masjid dan rumah ibadat di tutup, kelab malam, dan panggung wayang juga di tutup. Malahan ada Jemaah Tabligh terkandas lapan bulan di india kerana virus ini.
Maka orang islam pun pakat pakat berdoa, buat solat hajat, minta pertolongan pada Allah,dan tak sampai setahun, vaksin ditemui oleh pakar perubatan.
Tidak kah korang mahu bersyukur? Bila doa korang dimakbulkan secara berjemaah?
Siapa yang bersukur Allah akan tambah nikmat. Siapa kufur azab Allah amat pedih!
Geng kospirasi yakin dunia ni dikawal oleh yahudi serta freemason, padahal tiada yang berkuasa melainkan Allah, siapa yakin yahudi ada kuasa ke atasnya maka dia sedang syirik!
Rujuk al quran, mereka meracang, tapi Allah merancang dan Allah sebaik baik perancang!
Jika betul yahudi yang cipta penyakit dan cipta vaksin untuk tujuan bisnes, kenapa negara kapir yang banyak kena virus zika? Kenapa mereka yang banyak kena HIV? Dan kenapa sampai sekarang mereka tak jual vaksin denggi dan zika dan HIV? Tentu kaya jika ada vaksin tu, sebab denggi ni dah wujud sejak tahun 1779 dan zika pula dah ada sejak tahun 1947, sekarang dah nak masuk 2021 kenapa yahudi tak jual vaksin denggi dan zika jika betul mereka handal?”
Sebab mereka tak handal pun, Allah yang cipta penyakit dan Allah juga yang bagi ilham pada manusia untuk jumpa penawar, yahudi tak berkuasa, Allah yang berkuasa, yahudi merangcang, Allah juga merancang, dan Allah sebaik baik perancang! Apa korang ingat vaksin untuk denggi dan zika ni simple macam anti virus dalam computer yang susun nombor guna binary kod bagai?
Ciptaan Allah ni Maha Hebat sehingga Allah berfrman: berkumpul semua manusia nak buat seekor lalat pun tak mampu, apatah lagi nak buat kuman? jadi pleaselah berhenti buang masa tuduh yahudi hebat sangat control dunia, lebih baik luangkan masa untuk kaji kebesaran Allah, dan ambil manafaat dari ciptaanya untuk selamatkan manusia dan selamatkan iman kita.
Bab vaksin ditemui, bersukurlah, doa kita dah makbul, dan Bila vaksin tu dengan izin Allah mampu buat perisai dalam dunia macam vaksin sebelum ini, sujud syukur lah kita sebab insyaAllah kita boleh kembali solat rapat, dan kembali boleh pergi haji tahun ini, amin…
Akhir kata: Siapa yang bersukur Allah akan tambah nikmat. Siapa kufur azab Allah amat pedih!
Ps: kesian tengok orang tua main internet bila dapat layan youtube dan facebook tapi berlagak macam sudah tahu semua benda padahal semua orang boleh share konten di youtube serta facebook, maka janganlah mudah tertipu, kajilah dengan rujuk pakar, jika malas nak kaji, cukuplah layan FB page keretamayat.
Woha!
syirik 在 TV Nurhayati Tahir Youtube 的評價
SUBSCRIBE : https://youtu.be/eoCjlnnEW8Q
#Syirik #Sihirpemisah
Hak cipta terpelihara.
Publishing ( Uuuiii Production )
©️ 2018 Uuuiii Production
Lakonan
@Nurhayati tahir
@Umaira Awang
@Kaer Ahmad
Video & Editor
@Amirul Rizuan
Cerita ini diolah daripada kisah benar, untuk dipaparkan kepada semua. Harap masej yang disampaikan dapat memberi iktibar kepada semua yang menonton shortfilm ini.
AMARAN : Kami akan mengambil tindakan jika ada pihak yang tidak bertanggungjawab mencuri video ini.
All Rights Reserved by Uuuii Production
syirik 在 TV Nurhayati Tahir Youtube 的評價
SUBSCRIBE : https://youtu.be/8m-dx62UnxU
#Nerakauntukisteri
Hak cipta terpelihara.
Publishing ( Uuuiii Production )
©️ 2018 Uuuiii Production
NERAKA UNTUK ISTERI
" kau impikan wanita syurga .. tapi kau ciptakan neraka untukku .. " - Aishah
W/
@nurhayatitahirr
@putrazree
@sofearossa
@izanyhanieky_
@izhyt
Director : @nurhayatitahirr
Videographer & editor :
@amirul.rizuan
@uuuiii_production X @d_harasonline #Nerakauntukisteri #DelimaCE
NERAKA UNTUK ISTERI
Aishah adalah refleksi kepada wanita yang menjadi mangsa dera fizikal & mental oleh suami yang tidak bertanggungjawab serta panas baran . Aishah adalah anak yatim piatu dan sebatang kara . Bagi Aishah , dia hanya ada suami tempat untuk bergantung . Aishah seorang yang naif dan kerap disogok dengan ayat yang sama " nak syurga atau neraka " .
Semoga shortfilm Neraka untuk isteri ni sedikit sebanyak mampu membuka mata para suami seperti Putra untuk sedar akan tanggungjawab sebagai suami , dan membuka mata golongan isteri yang didera fizikal & mental untuk selamatkan diri dan bangkit . Kami juga berharap , masyarakat sekeliling terbuka hati untuk memandang serius hal ni , sentiasa peka dan bantu mangsa2 ni . Diri kita terlalu berharga untuk terus disakiti dan dizalimi .. bangkitlah wahai isteri yg teraniaya ..
AMARAN : Kami akan mengambil tindakan jika ada pihak yang tidak bertanggungjawab mencuri video ini.
All Rights Reserved by Uuuii Production
syirik 在 Hazeman Huzir Youtube 的評價
Dah lama tak buat video confession.
Asalnya nak buat waktu PKP tapi Haze rasa lagi membantu kalau buat video fun-fun sebab semua orang tengah stress.
Video ini adalah dedikasi buat mereka yang hilang.
Hilang kerja. Hilang rezeki
Hilang nyawa. Hilang arah.
Hilang.
Semoga bermanfaat.
P/S: Siapa boleh tolong letak time code/time stamp dekat komen Haze sangat hargai sebab bantu orang lain yang tengok video ni.
https://www.billplz.com/tabungyaman
___________
Dapatkan makanan siap masak di MyNews.
Ada Bento, Sandwich, Maru Bakes dan Onigiri yang dimasak fresh setiap hari.
- NORMA BARU pay cashless with myNEWS app, boleh accumulate points
Info lanjut di website : http://www.mynews.com.my/
FB : https://www.facebook.com/myNEWS.com.my
#myNEWS #kawanmyNEWS #Marukafe #marubakes #readytoeat
syirik 在 syirik in 2022 - Pinterest 的八卦
2022 Jul 14 - This Pin was created by SAHRUL tm on Pinterest. syirik. ... <看更多>
syirik 在 SACRILEGIOUS OF MALAY SYIRIK - (OFFICIAL MUSIC VIDEO) 的八卦
Band : TASYIM Track : SACRILEGIOUS OF MALAY SYIRIK Album : .......Upcoming split with IVVIIVLabel : LEGION MUSIC....and after several ... ... <看更多>