SULTAN IBRAHIM JOHOR BERTEMU RATU ELIZABETH II DI ENGLAND, TURUT BERKONGSI MENGENAI KEMAJUAN NEGERI JOHOR
DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan berangkat ke Pertunjukkan Kuda Windsor, yang merupakan acara tahunan di England atas jemputan khas Raja Bahrain Raja Hamad Bin Isa Bin Salman Al-Khalifa.
Acara yang penuh berprestij itu dirasmikan oleh Ratu Elizabeth II semalam (10 Mei).
Baginda Tuanku Sultan yang berpengetahuan luas serta amat meminati sukan berkuda, merupakan seorang pemain polo berpengalaman.
DYMM Sultan Johor turut berkenan meluangkan masa berbual bersama Ratu Elizabeth II mengenai minat Baginda dalam sukan berkuda.
Pada pertemuan itu, Baginda Tuanku Sultan turut berkenan menemui anak kedua Ratu Elizabeth II, Duke Of York, Putera Andrew yang amat berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Johor.
DYMM Sultan Johor menerangkan kepada Putera Andrew bahawa Johor sedang pesat membangun di mana, pelbagai sektor menjadi tunjang kekuatan ekonomi negeri termasuk sektor pertanian dan perindustrian selain turut menerima beberapa pelaburan utama dari syarikat berpangkalan di Britain.
Ini termasuk kehadiran beberapa institusi pendidikan berprestij serta sekolah antarabangsa dari Britain yang melebarkan sayap mereka ke Johor.
———
TUANKU SULTAN JOHOR MEETS QUEEN ELIZABETH II AT THE ROYAL WINDSOR HORSE SHOW
HM The Sultan of Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, at the invitation of the The King of Bahrain, HM King Hamad Bin Isa Bin Salman Al-Khalifa, attended the annual Windsor Horse Show in England on Friday (10th May), which was graced by Her Majesty Queen Elizabeth II.
Tuanku Sultan personally met the English Monarch with King Hamad after her arrival at the world-famous equestrian event.
Sultan Ibrahim, who is a keen equestrian and polo player himself, spent several minutes talking to the Queen about their mutual passion for horses and horse riding.
At the event, Tuanku Sultan also exchanged pleasantries with The Queen’s second son, HRH Prince Andrew, the Duke of York, who was keen to know more about Johor.
His Majesty explained to the Prince that Johor has a strong agricultural and industrial-based economy, especially a flourishing manufacturing sector with several major investments by British companies.
This includes Dyson Ltd – a high-tech home appliances producer - which has made Senai its global manufacturing hub.
The UK-based manufacturer has also set up a research, design and development (RDD) centre in Senai.
Tuanku Sultan also pointed to the strong presence of British universities and international schools in Johor, including the University of Southampton, Newcastle School of Medicine, University of Reading and Marlborough College & International School.
#sultanjohor
#royalpressoffice
#johor
同時也有6部Youtube影片,追蹤數超過128萬的網紅BoomTharis,也在其Youtube影片中提到,เรือลำนี้คือ Celebrity Edge เรือสำราญลำใหม่ล่าสุดจาก Celebrity Cruises ที่จะมาเปลี่ยนความคิดของการเที่ยวบนเรือสำราญของอุตสาหกรรมนี้เลย ผม BoomTharis ก...
「southampton uk」的推薦目錄:
- 關於southampton uk 在 HRH Crown Prince of Johor Facebook
- 關於southampton uk 在 Raf Yaakob Facebook
- 關於southampton uk 在 Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah Facebook
- 關於southampton uk 在 BoomTharis Youtube
- 關於southampton uk 在 PEACHII Youtube
- 關於southampton uk 在 PEACHII Youtube
- 關於southampton uk 在 Top 10 Places to Visit in Southampton | England - English 的評價
southampton uk 在 Raf Yaakob Facebook 八卦
Ramai yang curious Raf sebenar nya kerja apa. Cerita sebelum MCO, Raf memang selalu travel ke luar negara. Raf buat 3 kerja dalam satu masa. Raf berkerja sebagai Business Consultant, pengimport kereta dan President MUFC Malaysia.
•
Biasanya Raf akan fly ke negara Middle East (Oman & UAE) tengok site. Lepas tu ke UK pulak carikan kereta untuk customer. UK tu besar gila, kadang travel dari London ke Southampton dan sampai lah ke Leeds dalam hari yang sama 🥵 Kemudian ke Manchester pulak berurusan dengan MUFC hal official fan club atau bawak supporters kita tengok bola kat Old Trafford.
•
Penat memang penat, tapi Raf buat sebab Raf enjoy travelling sambil mencari rejeki. Orang cakap kita akan bekerja tanpa kenal erti penat because WE LOVE WHAT WE DO 😍
•
Tapi itu semua cerita sebelum MCO. Kalau lah Covid19 ni da reda, Raf nak travel overseas pun takut gila. So pening kepala gak la. So camne ni nak cari income. Pening kepala 😖 Raf rasa, this is the best time to just focus business kat negara kita. Tapi cerita dia nak meniaga apa?? Korang ada suggestion?? Cuba share kat ruang comment kat bawah ni 👇🏽👇🏽👇🏽
•
P/S: Click the link on my bio, join my Telegram channel. Nanti kita bincang kat situ k. Also, follow my second acc @raf.well. Raf create acc tu tuk sebab nak tolong korang 🤗
southampton uk 在 Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah Facebook 八卦
Wawancara Jejak Anak Kampung Menjadi Warga Global - Siri Ke 5
Mohd Danial Madani (MDM)
Saya perhatikan Datuk mampu bertutur dalam bahasa Inggeris dan bahasa Arab dengan baik. Tetapi saya dengar cerita, semasa Datuk masih belajar di Kolej Islam Klang, Datuk tidak berminat dengan subjek bahasa Inggeris dan matematik, betul ke? Apakah rahsia kejayaan di sebalik itu sehingga mampu menguasai bahasa Inggeris dengan baik sekaligus mampu menulis beberapa buku dalam bahasa Inggeris yang mana tidak ramai yang dapat menguasainya dengan baik?
Datuk Dr Mohd Daud Bakar (MDB)
Tajuk bahasa Inggeris ini memang ada kisah suka dan duka. Juga kebodohan dan ketidakmatangan saya di masa yang lalu. Kita tidak boleh patah balik ke zaman lampau. Kita hanya boleh membuat apa yang terbaik untuk menutup dan mengganti (redeem) apa yang kurang dan salah. Dalam al-Quran disebut bahawa kebaikan akan menghapuskan keburukan masa lampau. Itulah cara menebus kesalahan dan kelemahan masa lepas.
Saya memang suka belajar bahasa Inggeris semasa zaman kanak-kanak. Siapa yang tidak suka belajar bahasa asing? Mesti rasa bangga dapat mengutip beberapa patah perkataan kemudian menulis dan bercakap. Belajar di aliran sekolah Melayu dan Arab, bahasa Inggeris mudah dipinggirkan oleh para pelajar. Saya tidak termasuk golongan ini. Nasib baik saya masih suka belajar bahasa Inggeris. Namun, saya putus asa di pertengahan jalan kerana saya tidak ada motivasi dan inspirasi untuk benar-benar menguasai bahasa Inggeris.
Kenapa saya 'give up'? Bila anda tidak boleh menyelami sesuatu bahasa dan memahaminya dengan agak baik, anda akan menyisihkannya dalam diari kehidupan anda. Bagaimanakah cara untuk mendapat motivasi ini? Jawapannya ialah cara pendidikan yang sepatutnya lebih menarik dan cara 'bermain'. Pengajaran bahasa bukanlah pengajaran ilmu tetapi pengajaran diri dan sikap manusia itu sendiri. Mungkin di zaman 1970-80an, pedagogi dan mungkin bajet untuk cara pendidikan begini belum ada lagi.
Cuma saya rasa ia adalah mencukupi kalau pada masa itu, pelajar diminta baca novel kehidupan dan bukannya cerita tentang 'seorang peladang menternak lembu dan lembu-lembunya membiak dan memberi kegembiran kepada seluruh ahli keluarga penternak'. Saya masih ingat itulah teks bahasa Inggeris pada masa itu. Tidak menarik dan bukan satu novel atau pengkisahan kehidupan.
Kenapa saya sebut dan buat rujukan khusus kepada novel ialah kerana saya benar-benar menguasai bahasa Inggeris melalui pembacaan novel dan juga biografi kehidupan. Saya akan jelaskan bagaimana novel menjadikan saya 'befikir' cara bahasa Inggeris.
Izinkan saya berkongsi tentang sikap bodoh saya waktu belajar di Kolej Islam Klang (1980-1983). Tahap bahasa Inggeris saya waktu di Tingkatan Empat adalah dalam tahap kedua terbaik dalam kesemua 6 tahap. "Not bad at all". Dalam SPM, saya hanya lulus bahasa Inggeris tanpa pujian. Di Tingkatan Enam Rendah, kena duduk ujian tahap bahasa Inggeris sekali lagi. Di sinilah sikap kebodohan saya timbul. Saya sengaja tidak menjawab semua soalan dengan betul dengan harapan mendapat tahap yang paling ke bawah. Jadi tak perlu belajar dengan baik dan bersungguh. Saya dapat tahap paling corot dalam semua tingkatan. Memang saya dapat apa yang diharapkan. Senyum kepuasan tapi kosong. Sebenarnya saya menikam diri sendiri dengan buluh berbisa dari belakang.
Apabila tamat belajar di Kuwait, saya ditawarkan bekerja di Universiti Malaya (Akademi Islam). Saya terus menerima sebab saya suka mengajar dalam bahasa Arab. Saya ingin menyambung Master dan PhD dalam bahasa Arab di negara Arab. Itu tekad saya. Setelah 6 bulan, saya difahamkan bahawa tiada peruntukan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran dalam tempoh terdekat. Sekarang saya tersepit. Satu-satunya universiti yang ada peluang melanjutkan pelajaran ke luar negara ialah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Saya tiada pilihan melainkan berpindah ke UIAM. Semuanya okay di UIAM melainkan semua urusan surat menyurat dan komunikasi adalah dalam bahasa Inggeris. 'Kiamat kecil' telah berlaku dalam kehidupan saya. Kecut perut selalu. Saya tidak faham kebanyakkan surat yang saya terima. Selalu kena tanya rakan sekerja apa mesej surat tersebut. Ada yang sombong di kalangan rakan sekerja. Mereka kata "Hang tak sepatutnya masuk UIA, lebih baik kat Universiti Malaya sahaja". Tak cukup dengan kata-kata itu. Mereka sambung, "Lebih baik beli kamus bahasa Inggeris untuk faham surat menyurat!". Kehinaan yang amat sangat. Menyesal pun ada apabila saya menyeberangi dari zon selamat kepada zon tidak selamat.
Terdetik dalam sanubari dan hati yang terluka dalam bahawa saya tidak boleh patah balik. Macam cerita Tariq bin Ziyad bakar kapal untuk memasuki Andalusia. Itulah pengajaran yang mahal. Saya terus bertekad untuk tidak bergantung pada orang. Kena bina kekuatan diri sendiri.
Saya ambil kesempatan untuk belajar kedua-dua peperikaan kelayakan Inggeris TOEFL dan IELTS. Saya belanja 60% dari gaji saya hanya untuk dua kursus ini. Sungguh perit. Jarang atau mungkin tak ada orang yang sanggup membuat begini hanya sekadar memahami bahasa Inggeris dan melengkapkan keperluan bahasa Inggeris untuk tujuan menyambung pelajaran ke UK dan Amerika. Alhamdulillah, saya dapat melepasi keperluan ke UK dan Amerika. Inilah landasan bahasa Inggeris saya yang pertama. Sekali lagi, saya berjaya apabila ada tekanan dan cabaran. Saya suka cabaran.
Di peringkat Phd di St Andrews, saya masih belajar bahasa Inggeris di Pusat Bahasa selama setahun. Fokus saya ialah cara menulis dan grammar. Ramai yang tidak mahu masuk Pusat Bahasa. Kenapa perlu masuk Pusat Bahasa kalau sudah cukup kelayakan bahasa Inggeris? Saya berbeza. Saya dapat bergaul dan berinteraksi dengan ramai pelajar dan dapat praktis bahasa Inggeris saya melalui latihan-latihan penulisan. Fokus saya bukan bercakap tetapi memahami dan menulis. Lagi pun kelas ini percuma dan diajar pula oleh guru yang terlatih lebih dari 20 tahun pengalaman berinteraksi dengan pelajar yang bukan asal orang Inggeris. Saya terus ambil kesempatan untuk menampung apa sahaja kelompongan dalam bahasa Inggeris. Kelompongan yang hanya 20% lebih baik dari kelompongan 50%. Sudah tentu.
Walaupun saya ikut kelas bahasa Inggeris, saya tidak boleh menulis dengan baik. Apa strategi saya? Saya telah baca hampir lebih dari 100 buah tesis PhD yang ditulis dalam bidang Syariah di seluruh dunia dalam masa 6 bulan. Saya juga baca banyak artikel ilmiah lebih banyak dari buku teks. Bahasa artikel ilmiah ini lebih tepat dan menarik untuk tulisan ilmiah. Saya catit semua bentuk cara penulisan dan artikulasi. Berapa banyak? Banyak sangat-sangat. Saya masih simpan catitan ini sehingga sekarang. Bagaimana kita boleh ingat frasa bahasa Inggeris kalau tak dicatit. Kita bukan orang Inggeris!
Apabila saya buat semua ini dan ditambah lagi pembacaan intensif yang ditambah selepas 6 bulan, saya dapat rasai saya boleh menulis dengan baik dan juga laju. Dalam tempoh 2 tahun, saya sudah siap draf pertama tesis saya lebih kurang 400 muka surat. Saya gunakan baki setahun untuk rapikan penulisan, fakta ilmiah dan cara penulisan. Yang lebih penting lagi, saya gunakan masa itu untuk bekerja separuh masa untuk mengajar pelajar-pelajar Eropah dalam ijazah pertama bahasa Arab mereka. Di samping dapat wang saku tambahan (dalam matawang pound sterling), saya dapat berinteraksi dengan pelajar dalam bahasa Inggeris.
Kalau di Kuwait, saya bekerja separuh masa dan sepenuh masa (untuk mantapkan bahasa Arab), saya lakukan aktiviti yang sama semasa belajar diperingkat PhD. Ia banyak membantu membina kemampuan bahasa Inggeris. Namun, saya masih gugup dan gementar menyampaikan ucapan atau pembentangan dalam bahasa Inggeris. Saya perlu merungkai dan membunuh virus ketakutan. Saya dapat peluang membentang di Southampton Universiti dalam satu seminar. Takut dan gementar. Tapi selepas daripada pengalaman itu, personaliti baru saya timbul. Pantang ada peluang untuk bentang apa sahaja, sayalah orang pertama yang akan memohon untuk menulis dan membentang dalam bahasa Inggeris. Apa yang berlaku selepas itu adalah sejarah.
Selepas berada dalam dunia akademik dan juga praktis serta juga terlibat di atas persada antarabangsa untuk beberapa tahun, saya perlukan cara bahasa Inggeris yang baru. Bukan akademik dan bukan juga bersantai. Kombinasi antara kedua-duanya. Saya dapati novel-novel dan biografi dalam bahasa Inggeris amat sesuai dengan bahasa Inggeris yang ingin saya kuasai dan kalau boleh, menulis buku dalam bahasa Inggeris. Kedua-dua bahan bacaan ini berjaya melahirkan skill gaya bahasa yang baru ditambah dengan bacaan tersusun Readers Digest, National Geographic, Times dan Economist. Saya juga minat suratkhabar Star cetakan hari Sabtu bahagian trevelog dan lifestyle. Semuanya dibaca dengan cermat, dihayati dan dicatit kemas.
Ringkas cerita, saya kuasai penulisan bahasa Inggeris dengan membaca bahan bacaan yang tersusun dan terpilih. Saya juga aktif memberi pembentangan dalam bahasa Inggeris di seluruh pelusuk dunia untuk saya menguasai gaya percakapan dan pembentangan. Anda mungkin berpandangan pembentangan saya dalam bahasa Inggeris agak baik buat masa sekarang. Tapi adakah anda sedar betapa susah dan rumit untuk saya membuat pembentangan dalam siri 10 pembentangan saya yang pertama 20 tahun yang lepas? Orang Inggeris kata "Butterfly in the stomach".
Bagi saya, bahasa adalah ilmu yang hidup. Ia akan hidup kalau pelajarnya ada nadi kehidupan untuk belajar dan menghayati keindahan bahasa tak kisah apa bahasa pun. Adakah saya puas hati? Jauh lagi untuk sampai kepada kematangan bahasa Inggeris. Kena terus belajar...bina perkataan dan frasa bahasa Inggeris setiap hari. Ingat kita bukannya bermata biru atau hijau atau dibesarkan dalam keluarga atau masyarakat berbahasa Inggeris. Carilah tip yang sesuai dengan anda sendiri.
Apakah bahasa baru yang ingin saya pelajari? Ada tapi masih lagi rahsia. Saya sedang mencari seorang guru dan mentor yang sesuai dengan kesebukan diari saya. Bahasa boleh melepaskan anda dari penjara kesempitan keilmuan.
southampton uk 在 BoomTharis Youtube 的評價
เรือลำนี้คือ Celebrity Edge เรือสำราญลำใหม่ล่าสุดจาก Celebrity Cruises ที่จะมาเปลี่ยนความคิดของการเที่ยวบนเรือสำราญของอุตสาหกรรมนี้เลย ผม BoomTharis กับทีมของผม ไปลองขึ้นเรือมา 2 วัน แล้วก็พบว่า มันเหนือความคาดหมายจริงๆ อยากรู้ว่าเป็นยังไง ไปดูในคลิปพร้อมกันลเยครับ
ดูคลิปเรือสำราญ EP.2: https://youtu.be/Ex6itrDlPHI
สนใจเที่ยวเรือสำราญ เชิญทางนี้เลยจ้า
- จองเรือกับ Travel Elements (PromptCruise): http://www.travelelements.co.th หรือโทร. 026348080
- Celebrity Cruises Thailand FB Page: https://www.facebook.com/celebritycruisesthailand
- Celebrity Cruise Official Website: https://www.celebritycruises.com/
ข่าวสารอัพเดทจากการบินไทย
- อัตราสะสมไมล์ใหม่สมาชิก ROP: https://bit.ly/2W2klG1
- ตารางแลกไมล์ใหม่: https://bit.ly/2MmoDIw
เชิญคอมเม้นใต้วีดีโอได้เลยนะจ๊ะ ถ้าชอบก็ฝากกด Like ด้วย และถ้าใครอยากติดตามวีดีโออื่นๆของผมอีก ก็สามารถกด Subscribe ไว้ได้เลยนะครับ!
FOLLOW ME
on: https://www.facebook.com/BoomTharis/
on: https://www.instagram.com/boomtharis/
on: https://twitter.com/boomtharis/
#BoomTharisOnEdge #CelebrityEdge #TravelElements
southampton uk 在 PEACHII Youtube 的評價
แฮชแท็ก #เพื่อนหล่อบอกต่อด้วย ต้องมาแล้วนะจุดนี้ ใจบางไม่หยุดแล้วแม่
ใครอยู่ทีมไหน อย่าลืม #ทีมของคุณ คอมเม้นใต้คลิปนี้รัวๆ
รักกันชอบกัน อยากให้ไปดูเพื่อนนิสัยดีที่อื่นอีก อย่าลืมแชร์วนไปนะจ๊ะ //กราบบบบบบบ ❤
สนใจมาเรียนต่อที่ประเทศอังกฤษ #GoUni ติดต่อ:
www.gouni.co.uk/th | FB: gouni.th | Line: @gounithailand (มี@) | โทร 021634620
GoUni Series 5 in 1
- EP1 นักเรียนอังกฤษแต่ละมหาลัย ไปเรียนยังไง? มีอะไรในกระเป๋าบ้าง? https://youtu.be/HhtETZP5qZM
Review มหาวิทยาลัยแบบจัดเต็ม
- Surrey EP1 https://youtu.be/sYF-SiTJ5qQ
- Surrey EP2 https://youtu.be/d5xKeJZDLnE
#Leicester #Surrey #Southampton #RoyalHolloway #DMU
▼ กดดูช่องทางติดตามและของที่ใช้ในคลิปด้านล่าง ▼
ชะนีพีชชี่ & #สตีเฟ่นโอปป้า
http://www.facebook.com/sacrosspeachii
http://www.instagram.com/iampeachii
https://twitter.com/impeachii
---------------------------------------------
♦ CAMERA: Canon G7X
♦ EDITING PROGRAM: Final Cut
southampton uk 在 PEACHII Youtube 的評價
พี่อเล็กซ์บุกหอเด็ก University of Southampton ?
พาไปกินพาสต้าไทยไข่น้ำไมโครเวฟ อะไรมันจะขนาดนั้นน
ดูรีวิว University of Southampton ตัวเต็มได้ที่ : https://youtu.be/ZZunODphJXE
EP1 - เมนูหมูพริกเกลือคั่วยั่วๆจ้า : https://youtu.be/hVEl5Yd5L9Q
EP2 - จับฉ่าย เมนูง่ายๆ อร่อยจนฝรั่งอึ้ง : https://youtu.be/c0B4tGLVmco
EP3 - เมนูปริศนา พาสต้าไทยไข่น้ำไมโครเวฟ: https://youtu.be/bwSEE8ICj58
EP4 - การกลับมาของสเต็กโบ๊ะบ๊ะ!!: https://youtu.be/pv1q1Q8Dnzg
..
รายละเอียดการมาเรียนต่อ ปริญญาตรี-โท ที่อังกฤษกับ GoUni: http://search.gouni.co.uk/en/start/consultation
สนใจมาเรียนต่อที่ประเทศอังกฤษ ติดต่อ:
www.gouni.co.uk/th | FB: gouni.th | Line: @gounithailand (มี@) | โทร 0933230500
▼ กดดูช่องทางติดตามและของที่ใช้ในคลิปด้านล่าง ▼
Facebook #สตีเฟ่นโอปป้า:
http://www.facebook.com/sacrosspeachii
Facebook ภาษาอังกฤษ/เรียนต่ออังกฤษ: http://www.facebook.com/gouni.th
http://www.instagram.com/iampeachii
https://twitter.com/impeachii
southampton uk 在 Top 10 Places to Visit in Southampton | England - English 的八卦
SouthamptonPlaces #PlacesInSouthampton #SouthamptonVisitPlaces #SouthamptonEnglandSouthampton is one of the biggest tourist attractions in ... ... <看更多>