RAKYAT SAYA ADALAH SEGALANYA” – DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor. Seorang Putera Raja yang amat bertanggungjawab ke atas susah senang rakyatnya. Satu sifat azali yang semakin mekar subur dalam jiwa baginda. Terlalu banyak yang dilakukan. Terlalu banyak disumbangkan. Di sini kami lampirkan sumbangan baginda dalam tempoh 2019-2020.
SUMBANGAN TANPA MENGIRA STATUS
3 Mac 2019- DYAM Tunku Mahkota Johor berkenan menyampaikan sumbangan kurnia kepada keluarga anggota bomba Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor Bahru, Larkin.
14 Mac 2019- DYAM Tunku Mahkota Johor berkenan memberi sumbangan bantuan kepada mangsa bencana pencemaran sisa toksik Pasir Gudang di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Johor
15 Mei 2019- DYAM Tunku Mahkota Johor memberi sumbangan kepada asnaf ketika majlis santapan berbuka puasa di Masjid Riyadus Solihin, Pintas Puding, Parit Raja, Batu Pahat.
19 Mei 2019- DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor dan YM Che Puan Khaleeda berangkat hadir menziarahi anak-anak yatim di Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Mersing. Baginda turut meluangkan masa melawat asrama putera dan puteri serta memberikan sumbangan kurnia kepada anak-anak yatim dan pengurusan pertubuhan kebajikan tersebut.
29 Mei 2019- DYAM Tunku Mahkota Johor menunaikan zakat berjumlah RM1 juta pada tarikh tersebut. Baginda yang juga merupakan Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) turut mewakafkan elaun yang diterima baginda dari MAINJ kepada Maahad Tahfiz Sains Medik dan Antarabangsa Johor.
DEMI KEBAHAGIAAN RAKYAT
30 Mei 2019- DYAM Tunku Mahkota Johor hadir melawat ke Pusat Jagaan Bakti Murni Warga Emas dan Orang Kurang Upaya. Baginda turut memberikan sumbangan kepada 32 penghuni dan kakitangan pusat jagaan tersebut bagi meraikan perayaan Aidlifitri
Sekitar Julai dan Julai2019 (Bulan Ramadhan) – DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor telah meluangkan masa berangkat hadir ke majlis santapan berbuka puasa di daerah-daerah negeri Johor. Baginda juga berkenan untuk mengurniakan sumbangan peribadi kepada Asnaf di semua lokasi-lokasi yang dilawati. Antara lokasi bertuah tersebut adalah Masjid IOI, Segamat, Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Muar, Felda Air Tawar 2, Kota Tinggi, Johor.
22 Ogos 2019 – DYAM Tunku Mahkota Johor menyampaikan sumbangan kurnia kepada para Mualaf serta Anak-Anak Orang Asli Kampung Simpang Arang, Gelang Patah, Johor.
5 November 2019 – DYAM Tunku Mahkota Johor menunaikan zakat kepada Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) untuk diberikan kepada asnaf-asnaf dan badan kebajikan yang layak menerima. Baginda turut berkenan lima buah masjid di daerah negeri Johor dinaikkan taraf untuk kemudahan rakyat beragama Islam menunaikan solat fardu Jumaat pada masa akan datang.
14 Disember 2019- DYAM Tunku Mahkota Johor mengurniakan sumbangan peribadi kepada mangsa bencana banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Surau Kg. Sungai Siam, Kulai sejurus pulang dari program di Tanjung Emas, Muar.
16 Disember 2019- DYAM Tunku Mahkota Johor mengurniakan sumbangan peribadi kepada mangsa bencana banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Bukit Lintang dan Balairaya Kg Baru Sg. Mas, Kota Tinggi.
17 Ogos 2019- DYAM Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Raja berangkat ke Felda Ayer Hitam, Kluang, Johor pada. Dalam lawatan tersebut, baginda meluangkan masa bertemu dan beramah mesra serta turut menyampaikan sumbangan kurnia peribadi kepada penduduk setempat.
MEMBERI SUMBANGAN DAN BANYAK MEMBANTU DALAM MENGAWAL PANDEMIK COVID 19 DI NEGERI JOHOR
Mac 2020 – DYAM Tunku Mahkota Johor (TMJ) yang juga merupakan Pro Canselor UTHM telah mengurniakan sumbangan peribadi berjumlah RM50 ribu untuk meringankan beban yang dihadapi oleh pelajar dan keluarga staf UTHM yang terlibat dengan Covid-19.
Mac 2020 – DYAM Tunku Mahkota Johor mengurniakan sumbangan kepada Jabatan Kesihatan Negeri Johor, daerah-daerah dan pelajar-pelajar bagi meringankan beban yang dihadapi dalam situasi COVID-19
Mac 2020 – DYAM Tunku Mahkota Johor berkenan mengurniakan beberapa siri sumbangan pelbagai peralatan perubatan bagi menangani wabak Covid 19 Negeri Johor berupa 30 unit Blood Pressure Monitoring Set, 55 unit Infrared Thermometer, 31 unit Glucometer, 35 unit Pulse Oxymeter.
Peralatan tersebut telah diagihkan untuk kegunaan hospital Covid-19 Negeri Johor; Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang, Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru dan Hospital Permai Johor Bahru.
Akhir penulisan, sesungguhnya kami sebagai rakyat Johor amat bersyukur apabila dikurniakan seorang pemimpin yang amat prihatin dan rakyatnya.
Muafakat itu Berkat. Allah Peliharakan Johor.
https://www.facebook.com/150583211748083/posts/2023556564450729/?d=n
同時也有26部Youtube影片,追蹤數超過4萬的網紅Hock Chai's Flavours Talk 让味道说话,也在其Youtube影片中提到,#炒粿條 #炒果条 #charkwayteow #charkoayteow #charkueyteow 82, Jalan Siam, George Town, 10400 George Town, Pulau Pinang Malaysia Tuesday to Saturday 1200 to...
「siam malaysia」的推薦目錄:
- 關於siam malaysia 在 HRH Crown Prince of Johor Facebook
- 關於siam malaysia 在 Facebook
- 關於siam malaysia 在 HRH Crown Prince of Johor Facebook
- 關於siam malaysia 在 Hock Chai's Flavours Talk 让味道说话 Youtube
- 關於siam malaysia 在 Rezza Dude Youtube
- 關於siam malaysia 在 Dennis Lim Ming Youtube
- 關於siam malaysia 在 Malaya - Siam Road - 1942 (1942) - YouTube 的評價
- 關於siam malaysia 在 110 Malaysia/Singapore/Thailand/Siam (Desserts) ideas 的評價
siam malaysia 在 Facebook 八卦
Assalamualaikum, tujuan post Serina hari ni nak jelaskan kekeliruan dan nak minta netizen jangan mudah nak hukum orang lain dengan menambah fitnah kepada Serina & Suami. Lepas papa tulis dia tak tau kami nikah, dan dia kata kami kawin di siam itu adalah "TIDAK BENAR" KAMI BERNIKAH DI SEBUAH NEGERI DALAM MALAYSIA.
*Jadi berhentilah buat tuduhan serta fitnah , besar dosa nya nak menjawab di akhirat kelak. Sebab itu kalau kita tak tau jangan kita memandai nak komen dan hentam org lain. Secara jujur papa dah tau kami nikah i dah maklum kan pada papa, suami pun dah berjumpa dengan papa.Also i nak jelaskan Suami i bukan suami orang duda , sebelum kenal i pun mereka dah ada masalah perkahwinan jarak jauh dan mereka belum ada zuriat. Jangan menuduh Suami i yang tak benar.
* I pun terkejut papa cakap kami kawin di Siam, fikir lah Logik border pun tutup mana ada bukak, Astaghfirullahalazim, cuba doakan yang baik baik jangan jadikan social media tempat tambah dosa mengumpat, fitnah dan maki hamun org lain. Semua yang terjadi atas izin Allah jodoh kami dah tertulis. Memang I akui ramai yg hasut papa dan cucuk papa macam macam suka tengok keluarga kami hancur. I always respect my father. Kami tak ada masalah pun selama ni. Infact papa sendiri ada post di IG dia sebelum ni dia restu hubungan kami bernikah benda baik halal kan hubungan di tuntut dalam Islam. Siap cakap makan makan di Restoran Papa je nanti utk kenduri jamuan doa selamat. Apa pun i maafkan org yang fitnah dan cuba hancurkan keluarga kami moga Allah beri org ini hidayah.Tolong hormat juga keluarga belah mertua Serina. Mereka pun ada perasaan. Akhir kata Doakan perkahwinan kami bahagia hingga akhir hayat.
siam malaysia 在 HRH Crown Prince of Johor Facebook 八卦
DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR – SEBUAH PERJUANGAN IKHLAS YANG DIHIJAB
“Ya Allah, TMJ sangat baik. Baginda sentiasa memikirkan keadaan rakyat Johor dan seluruh Malaysia. Semasa pertemuan, kami berbincang panjang bagaimana mahu membantu rakyat yang dalam kesusahan dan menjaga martabat agama Islam, mendidik anak muda, serta bagaimana mahu meningkatkan kemajuan institusi pendidikan”- Ustaz Ebit Lew
Itu adalah petikan kata-kata Ustaz Ebit Lew, seorang figura yang tidak lekang dengan usaha-usaha kebajikan dalam membantu rakyat Malaysia walaupun berlainan ras dan agama selepas pertemuan bersama DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.
Seperti Ustaz, DYAM Tunku Mahkota Johor juga representasi seorang Putera Raja bersifat altruistik dan mempunyai empati, simpatetik serta responsif terhadap rakyat baginda. Baginda terlalu menyayangi rakyat khususnya bangsa Johor sehingga sanggup menghabiskan sebahagian masa terluang bersama rakyat baginda.
PUTERA RAJA YANG MEMPUNYAI AMBISI MULIA
Sejak dahulu lagi. Sejak bertahun-tahun dulu lagi. DYAM Tunku Mahkota Johor begitu signifikan dengan gerak langkah dalam memberi sumbangan peribadi dan prihatin atas kesusahan rakyat. Sumbangan yang baginda kurniakan juga tidak terhad pada sesuatu perspektif sahaja tetapi merangkumi satu asosiasi yang amat luas.
Ini terbukti dengan pelbagai sumbangan yang telah diberikan. Maka di artikel ini kami mengimbas kembali sumbangan yang diberikan oleh DYAM Tunku Mahkota Johor.
MEMBANTU RAKYAT JOHOR DALAM KESUSAHAN
Pada 14 Mac 2019, DYAM Tunku Mahkota Johor berkenan memberi sumbangan bantuan kepada mangsa bencana pencemaran sisa toksik Pasir Gudang di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Johor.
Sekitar 14 Disember 2019, baginda telah mengurniakan sumbangan peribadi kepada mangsa bencana banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Surau Kg. Sungai Siam, Kulai sejurus pulang dari program di Tanjung Emas, Muar.
Pada 16 Disember 2019, DYAM Tunku Mahkota Johor mengurniakan sumbangan peribadi kepada mangsa bencana banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Bukit Lintang dan Balairaya Kg Baru Sg. Mas, Kota Tinggi.
MEMBANTU RAKYAT MALAYSIA DALAM KESUSAHAN
Pada sekitar bulan Disember 2014. Satu bencana banjir telah melanda negeri-negeri pantai timur Malaysia ketika itu. Puluhan ribu mangsa terbabit dalam bencana tersebut. Persiapan barangan sekolah, buku-buku antara material yang musnah dan perlu bantuan segera memandangkan musim baharu persekolahan akan bermula selang beberapa minggu lagi.
DYAM Tunku Mahkota Johor telah berbesar hati memberi sumbangan derma kepada SUK Johor, Kelantan, Terengganu dan Pahang untuk meringankan beban mangsa-mangsa yang terlibat dengan banjir di setiap negeri tersebut.
Pada tahun 2015, ketika itu satu tragedi gempa bumi berukuran 6.0 skala richter berlaku di sekitar Ranau, Sabah pada jam 7.15 pagi, hari Jumaat 5 Jun 2015. Pusat Gempa Bumi Dan Tsunami Nasional melaporkan gegaran dirasai di kebanyakan tempat di negeri tersebut. Bangunan seperti sekolah, kuarters guru antara yang terjejas teruk. Manakala jalan raya dan penghubung ke tempat-tempat utama juga menerima impak yang sama. Atas keprihatinan tersebut, baginda telah menyerahkan sumbangan sebanyak RM150,000.00.
MEMBERI SUMBANGAN KEPADA ASNAF DAN MEREKA YANG MEMERLUKAN BANTUAN
Pada 15 Mei 2019, DYAM Tunku Mahkota Johor memberi sumbangan kepada asnaf ketika majlis santapan berbuka puasa di Masjid Riyadus Solihin, Pintas Puding, Parit Raja, Batu Pahat.
Pada 19 Mei 2019, baginda dan YM Che Puan Khaleeda berangkat hadir menziarahi anak-anak yatim di Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Mersing. DYAM Tunku Mahkota Johor turut meluangkan masa melawat asrama putera dan puteri serta memberikan sumbangan kurnia kepada anak-anak yatim dan pengurusan pertubuhan kebajikan tersebut
Pada 30 Mei 2019, DYAM Tunku Mahkota Johor hadir melawat ke Pusat Jagaan Bakti Murni Warga Emas dan Orang Kurang Upaya. Baginda turut memberikan sumbangan kepada 32 penghuni dan kakitangan pusat jagaan tersebut bagi meraikan perayaan Aidlifitri
Sekitar Julai dan Julai 2019 (Bulan Ramadhan)- DYAM Tunku Mahkota Johor telah meluangkan masa berangkat hadir ke majlis santapan berbuka puasa di daerah-daerah negeri Johor. Baginda juga berkenan untuk mengurniakan sumbangan peribadi kepada Asnaf di semua lokasi-lokasi yang dilawati. Antara lokasi bertuah tersebut adalah Masjid IOI, Segamat, Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Muar, Felda Air Tawar 2, Kota Tinggi, Johor.
MEMBERI SUMBANGAN UNTUK KEPERLUAN PERKEMBANGAN AGAMA ISLAM TERMASUK ORANG ASLI MALAH TIDAK LUPA DALAM KEWAJIBAN DALAM ZAKAT
Pada 29 Mei 2019, DYAM Tunku Mahkota Johor menunaikan zakat berjumlah RM1 juta pada tarikh tersebut,. Baginda yang juga merupakan Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) turut mewakafkan elaun yang diterima baginda dari MAINJ kepada Maahad Tahfiz Sains Medik dan Antarabangsa Johor.
Untuk jumlah kumulatif lebih tepat baginda sepanjang 2017, 2018, 2019 sahaja hampir mencecah RM 5 juta!
5 November 2019, DYAM Tunku Mahkota Johor menunaikan zakat kepada Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) untuk diberikan kepada asnaf-asnaf dan badan kebajikan yang layak menerima. Baginda turut berkenan lima buah masjid di daerah negeri Johor dinaikkan taraf untuk kemudahan rakyat beragama Islam menunaikan solat fardu Jumaat pada masa akan datang.
Pada 22 Ogos 2019, DYAM Tunku Mahkota Johor menyampaikan sumbangan kurnia kepada para Mualaf serta Anak-Anak Orang Asli Kampung Simpang Arang, Gelang Patah, Johor
MEMBERI SUMBANGAN DAN MENGHARGAI WIRA NEGARA
DYAM Tunku Mahkota Johor juga tidak melupakan jasa-jasa pewira negara. Pada
3 Mac 2019, satu apresiasi keatas wira negara apabila baginda berkenan menyampaikan sumbangan kurnia kepada keluarga anggota bomba Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor Bahru, Larkin. Ini bukan pertama kali penghargaan diberi kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).
Imbas kembali, pada sekitar Oktober 2018, DYAM Tunku Mahkota Johor berkenan memberikan sumbangan kepada waris enam anggota bomba yang terkorban dalam operasi mencari dan menyelamat seorang remaja di lombong di Taman Putra Perdana, Puchong, Selangor.
MEMBERI SUMBANGAN DAN BANYAK MEMBANTU DALAM MENGAWAL PENDEMIK COVID-19 DI NEGERI JOHOR
Pada Mac 2020, DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) yang juga merupakan Pro Canselor UTHM telah mengurniakan sumbangan peribadi berjumlah RM50 ribu untuk meringankan beban yang dihadapi oleh pelajar dan keluarga staf UTHM yang terlibat dengan Covid-19.
Pada bulan yang sama juga, DYAM Tunku Mahkota Johor mengurniakan sumbangan kepada Jabatan Kesihatan Negeri Johor, daerah-daerah dan pelajar-pelajar bagi meringankan beban yang dihadapi dalam situasi COVID-19.
Tidak berhenti disitu, pada akhir Mac 2020, DYAM Tunku Mahkota Johor berkenan mengurniakan beberapa siri sumbangan pelbagai peralatan perubatan bagi menangani wabak Covid 19 Negeri Johor berupa 30 unit Blood Pressure Monitoring Set, 55 unit Infrared Thermometer, 31 unit Glucometer, 35 unit Pulse Oxymeter. Peralatan tersebut telah diagihkan untuk kegunaan hospital Covid-19 Negeri Johor; Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang, Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru dan Hospital Permai Johor Bahru.
Akhir penulisan, sesungguhnya segala kebajikan dan tanggungjawab yang dilakukan baginda bukanlah hanya mengikut trend atau populariti tetapi ianya kerana desakan kesedaran yang kuat dalam keprihatinan membina hubungan erat, perkongsian rezeki, muafakat, saling menghormati dan memahami perit getir rakyat marhaen.
“Saya bukan ahli politik tetapi saya juga ada agenda saya sendiri dan agenda saya adalah untuk kedaulatan negeri Johor dan kesejahteraan rakyat”-DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.
Sumber: https://www.facebook.com/150583211748083/posts/2026672534139132/
siam malaysia 在 Hock Chai's Flavours Talk 让味道说话 Youtube 的評價
#炒粿條 #炒果条 #charkwayteow #charkoayteow #charkueyteow
82, Jalan Siam, George Town, 10400 George Town, Pulau Pinang
Malaysia
Tuesday to Saturday
1200 to 1700
Closed on Sunday and Monday
siam malaysia 在 Rezza Dude Youtube 的評價
Facebook ► : https://www.facebook.com/Rezzadude?re...
Twitter ►: https://twitter.com/MuhdRezza1
Instagram ► : https://www.instagram.com/rezzadude/?...
VINE ►: Rezzadude or go to this link https://vine.co/u/1110567057755701248
Untuk segala business inquiries sila emailkan ke
► muhdrezza4@gmail.com
siam malaysia 在 Dennis Lim Ming Youtube 的評價
我阿嫲煮的叻沙最好吃了!
Dennis - https://instagram.com/dennislimming
Subscribe订阅: http://www.youtube.com/subscription_center?add_user=milmilxx
My Facebook Page: http://www.facebook.com/dennislimvideo
Dennis: http://www.facebook.com/milsinned
siam malaysia 在 110 Malaysia/Singapore/Thailand/Siam (Desserts) ideas 的八卦
Nov 12, 2017 - Thailand (formerly Siam). See more ideas about asian desserts, desserts, food. ... <看更多>
siam malaysia 在 Malaya - Siam Road - 1942 (1942) - YouTube 的八卦
Malaya ( Malaysia ) & Siam (Thailand). Various hots of the tanks moving through the town, mosque in background. Various shots of large British ... ... <看更多>