Assalammualaikum, ramai yg terkejut dgn pemergian Pak Yus pulang ke rahmatullah baru baru ini dan ramai yg menghantar mesej kepada kami untuk menghentikan sebentar pertandingan juara parodi ini buat seminggu. Setelah berbincang dgn pihak Asto, mereka bersetuju yg minggu ini tidak ada pertandingan akan tetapi oleh kerana berberapa komitmen yg telah sedia ada, minggu ini rancangan diteruskan akan tetapi minggu ini Juara Parodi menjadi rancangan mengenang Allahyarham Yusri Edoo dan penglibatan beliau dlm bidang seni lawak di Malaysia yg bermula di Astro Warna. Akan ada perkongsian dari rakan-rakan seangkatan, nyanyian lagu ketuhanan, bacaan puisi, bacaan sajak dan sedikit tazkirah. Rancangan juga akan bermula dgn bacaan doa untuk Pak Yus. Sekali lagi, minggu ini Juara Parodi digelapkan untuk menghormati pemergian sahabat kami yg sangat kami sayangi. Semoga Allah merahmati roh beliau dan semoga Allah memaafkan segala dosa beliau dan letaklah roh beliau bersama golongan roh-roh org yg beriman. Ameen. Assalammualaikum.
同時也有12部Youtube影片,追蹤數超過1萬的網紅Hani & Zue,也在其Youtube影片中提到,Mulut Tempayan - Hani & Zue Music: Hani & Zue Lyrics: Hani & Zue Arranged by: Hani & Zue, Pa'an TD, Aniq Hazwan & azqbts Produced by: Hani & Zue Co...
sajak 在 Afdlin Shauki Facebook 八卦
Nukilan dari seorang penulis visionworks (bekas pelajar Aswara) yg juga bekerja di Juara Parodi.
Ada sajak dari writer kita ayu.... Sangat bagus setelah melihat sessi latihan program mengenang arwah semalam... Tajuk : malam ini
Dr: ayu
Malam ini
Buat pertama kalinya
Aku melihat teman2 mu
Meronta-ronta
Mencari gurauan
Mencari tawa
Malam ini
Aku saksikan sendiri
Temanmu mengalir air mata
Bukankah teman2 mu pelawak dan penghibur?
Malam ini
Aku memerhati wajah2 itu
Termenung,
Entah apa di cari
Entah apa yang diralatkan
Atau di kilafkan
Malam ini
Mereka menyorok sebak
Di hati..
Menipu diri sendiri
Bahawa mereka benar ada..
Ada di dalam ini (hati).
Kru2 menunggu terus menunggu
Tuhan kami pasrah
Bahawa kami juga akan pergi
Al fatihah
sajak 在 Tiara Jacquelina Facebook 八卦
Sempena memperingati arwah Hani Mohsin pada harijadinya yang ke-49 hari ini, saya terjumpa article yang pada asalnya ditulis dalam bahasa Inggeris untuk The Star, kemudian di translate oleh Abie Abdullah dalam bahasa BM yang indah untuk Harian Metro:
Belasungkawa Hani Mohsin.
‘I sing to him that rests below,
And, since the grasses round me wave,
I take the grasses of the grave,
And make them pipes whereon to blow.’
— Petikan sajak ‘In Memoriam AHH’ nukilan Alfred Lord Tennison
“KINI saya kehilangan seorang sahabat, perginya lelaki budiman, ayah penyayang dan kawan setia.
Hani Mohsin, manusia yang dibesarkan dengan sifat insani. Dia antara mereka yang pernah singgah di dalam perjalanan hidup saya. Sesiapapun yang mengenali Mohsin akan mengingati senyumnya, jenakanya, keperibadiannya, rendah diri, ketegasan dan dedikasinya terhadap tugas.
Dia cukup menghargai nilai persahabatan. Tidak hairan lebih 2,000 orang hadir memberi penghormatan terakhir kepadanya. Sesetengah kita pun tidak pernah bertemu dengan manusia seramai itu sepanjang hidup.
Pastinya mereka yang menyayanginya, menziarahinya pada Selasa lalu dan tiga malam selepas itu, menyaksikan betapa Mohsin sahabat yang ikhlas dan jujur. Sentiasa bersedia membantu, mendengar masalah, malah dia juga bijak menceriakan suasana.
Saya bertuah pernah bersama lelaki mulia ini, mewarnai hidup saya sebelum ini. Dia juga yang membuka pintu hati ini mengenali Islam pada 1993 dan sehingga kini saya bernaung di bawah agama suci ini. Terima kasih Mohsin.
Lima tahun hidup sebumbung, Tuhan mengurniakan kami Hani Karmila (Mila). Bukti cinta kami ketika itu. Namun jodoh kami tidak panjang. Saya temui jalan baru hidup bersama lelaki lain yang tinggi budi pekertinya.
Pun begitu, Mohsin dan saya tetap rapat, terutama demi Mila. Kami sering berbincang mengenai penjagaan dan membesarkan Mila.
Mila beruntung! Kiri kanan kasih sayang dicurah kepadanya. Dia mendapat perhatian bagaikan menatang minyak yang penuh daripada kedua-dua keluarganya. Padanya, Mohsin, Effendi, adiknya Eridani dan saya bagai satu keluarga besar.
Mila sering bercerita betapa bertuahnya dia berbanding rakan lain kerana mempunyai dua bapa. Seorang dipanggil Daddy, Mohsin dipanggilnya Ayah. Malah, Dani juga memanggil Mohsin, Ayah.
Kami banyak berkongsi kenangan, daripada hari jadi, produksi sekolah hinggalah majlis penyampaian hadiah, termasuk 12 Julai lalu, Mila menerima anugerah Russell Arts kerana pencapaiannya dalam Seni. Detik itu cukup membanggakan kami.
Memori yang tidak akan saya lupakan ialah kejutan Mila untuk hari jadi ayahnya ke-41 pada 18 Jun lalu. Kami bincang untuk membeli sebiji kek kosong bulat dan ‘Picasso cilik’ kami ada idea sendiri untuk menghiasinya.
Tahu apa yang dilakarnya di atas kek itu? Dia melukis Roda Impian, program yang dihoskan Mohsin! Mila turut mengajak Effendi dan Eridani, dibawa kek itu menghampiri Mohsin. Memang Mohsin terkejut dan detik itu juga membuatkan Mohsin menangis. Tidak disangka, kenangan itu kenangan terakhir kami.
Melihat Mila mengingatkan saya kepada Mohsin. Tulang pipinya sebiji seperti ayahnya. Begitu juga bentuk fizikal. Namun, bukan sekadar itu kerana Mila diberi kekuatan minda dan semangat ayahnya.
Apa yang Mila seronok sangat ketika di rumah ayahnya? Pelbagai aktiviti dilakukan bersama — berkebun, mengecat, menghias rumah dan macam-macam lagi. Mohsin jenis orang yang suka duduk di rumah, melakukan kerja sendirian daripada memasak, membasuh hingga mendekorasi perabot. Ramai yang hadir menziarah hari itu tidak percaya yang rumah kemas dan bersih itu dilakukan oleh arwah.
Mila juga gemarkan masakan Mohsin. Selera mereka sama, sukakan masakan kampung. Ringkas saja masakannya tetapi sedap seperti sambal tumis, terung bakar bersambal, ayam masak merah dan beberapa lagi masakan Utara.
Bagi Mohsin, Mila adalah cahaya hidupnya. Lebih-lebih lagi selepas pemergian ibunya dua tahun lalu dan bapanya pada 1994. Mohsin pula anak tunggal! Ia cukup menyentuh hati saya melihat dia mengebumikan jenazah ayahnya, kemudian ibunya dan sekarang saya melalui satu lagi situasi memilukan.
Effendi menyifatkan Mohsin sebagai lelaki tulus. Bijak membawa diri dengan penuh adab, kita tidak dapat lari daripada menyukainya.
Mohsin dan saya kekal sebagai kawan baik dan rakan seperjuangan, hari ini pun kami masih berkongsi dua tingkat pejabat di Ampang Point. Menjalani latihan Muzikal Puteri Gunung Ledang yang akan dipentaskan minggu depan membuatkan kami sering terserempak dan berbincang soal kerja.
Sebagai pelakon dan penerbit, dia selalu menyokong karier saya, membakar semangat saya apabila ia berkurangan. Dia akan SMS saya, memberi galakan dan memuji saya setiap kali melihat saya di TV atau pentas.
Pernah dia memberitahu saya, ‘jangan mudah mengalah, tiada siapa di dalam industri ini yang mampu membuat perubahan seperti kamu. Tutup saja telinga terhadap suara sumbang dan cuba pecahkan tembok tegar itu. Kita lakukan ini bukan kerana pujian semata-mata’.
Pada 17 Julai 2003, dia dianugerahkan gelaran PMP (Pingat Mahkota Perlis) daripada Yang di-Pertuan Agong kerana kecemerlangannya di dalam industri.
Kini kita kehilangannya. Sebutir antara ribuan bintang di angkasa hilang cahayanya. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Al-fatihah!
sajak 在 Hani & Zue Youtube 的評價
Mulut Tempayan - Hani & Zue
Music: Hani & Zue
Lyrics: Hani & Zue
Arranged by: Hani & Zue, Pa'an TD, Aniq Hazwan & azqbts
Produced by: Hani & Zue
Co-Produced by: Pa'an TD
Vocals: Hani & Zue
Backing vocals: Pa'an TD, Izhar Syazwan, Aniq Hazwan, Adam Shahrir Omar, Bob Skunjaz, Razi Syafie
Beats programming: azqbts
Guitars: Izhar Syazwan
Live Bass: Aniq "Wawan" Hazwan
Live Trumpet: Firdaus "Pidot" Zainal
Vocals & Live Trumpet recorded by Safuan Dardiri at SciFi Studio
Guitars, Live Bass & Backing vocals recorded by Efry Arwis & Pa'an TD at Terang Bulan Studio by Bintang Malam Entertainment
Mixed by DubmalaS & assisted by HarisMK at Gema Pelagu
Mastered by DubmalaS at Gema Pelagu
Music Video by Hani & Zue
Director: Hani & Zue
Editor: Zue
Produced by: Hani & Zue
Choreography: Tita Zainal
Dancers: Athina Kamarudin, Aqilah Deenah, Kenanga Elyzze, Melati Enida, Ewanina Effandie
Cameos: Raja Syahiran, Eyza Bahra, Arlina Banana
Listen or purchase Mulut Tempayan
iTunes: https://itun.es/my/2QQ7_
Deezer: http://bit.ly/1RSRGgC
Spotify: http://spoti.fi/1TZMeaX
KKBOX: http://bit.ly/1SRASYf
JOOX: http://bit.ly/1QcSr4m
Caller Ringtones for Mulut Tempayan
Mulut Tempayan (Verse)
Maxis (CRT): 501655
DIGI (CT): 1320431
Celcom (CMT): 256820
U-Mobile (CT): 5271029
Mulut Tempayan (Chorus)
Maxis (CRT): 501656
DIGI (CT): 1320432
Celcom (CMT): 256821
U-Mobile (CT): 5269827
_________________________________________________
LYRICS:
Chorus 1
PERGI DATANG BUAT CERITA
BAWA MULUT SANA SINI ENGKAU MEMANG MULUT TEMPAYAN KATA BERINGAT
TAPI ASYIK MENGUMPAT
PERGI BAWA BERTAUBAT
TAKUT NANTI TERLAMBAT
Verse 1
SALAM, HI!
HANI DAN ZUE NAMA DI BERI
SUKA MENYANYI SEMUA LAGU KAMI NAK HARMONI WE’RE SOMETIMES TOO HAPPY
DALAM DUNIA SENDIRI
THAT IT ANNOYS ORANG SEKELILING EASILY BUKAN TAK KISAH TAPI Y.O.L.O LAH
ESOK BELUM TIBA SAYS NASTIA AND LILY FIZI
SO HARI INI KITA ENJOY
IKUT CARA PUTERI
Verse 2
SEBARKAN FITNAH LIKE WILDFIRE TANPA USUL PERIKSA DIA BERCERITA MENGADIL ORANG KALAH REFEREE MENGHINA ORANG MACAM DIA SUCI
SABIT KESALAHAN SESUKA HATI
APA KAU INGAT KAU SEBENARNYA TUHAN?
OH PLEASE (OH PLEASE!)
TOO MUCH HATE NOW
I CAN’T TOLERATE
WHERE’S THE LOVE NOW?
I’M NOT FEELING IT
WIDEN YOUR BRAIN NOW
SESAK IT’S TOO SEMPIT
SAY!
Verse 3
KALAU DI BERI PELUANG
AKU NAK KAU CARI JALAN PULANG TAKUT JAUH-JAUH TERSESAT NANTI SEMUANYA DAH TERLAMBAT
Chorus 2
PERGI DATANG BUAT CERITA
BAWA MULUT SANA SINI ENGKAU MEMANG MULUT TEMPAYAN KATA BERINGAT
TAPI ASYIK MENGUMPAT
PERGI BAWA BERTAUBAT
TAKUT NANTI TERLAMBAT
Bridge
BIAR, BIAR, BIAR
KAU TERUS TERTUNGGU
SEMUA PERHATIAN
TULUS IKHLAS DARI KU
LIVE LIFE TO THE FULLEST
WE DON’T LIVE TO PLEASE THEM HATERS LIVE LIFE TO THE FULLEST
WE DON’T LIVE TO PLEASE THEM HATERS
Chorus 3
PERGI DATANG BUAT CERITA
BAWA MULUT SANA SINI ENGKAU MEMANG MULUT TEMPAYAN KATA BERINGAT
TAPI ASYIK MENGUMPAT
PERGI BAWA BERTAUBAT
TAKUT NANTI TERLAMBAT
Outro
SUSUN SEPULUH JARI
DARI HUJUNG RAMBUT, HINGGA HUJUNG KAKI MAAFKAN SAJAK BERMELODI INI
ANDAI TERASA, SEPERTI DI TUJU KE DIRI
UH!
Chorus 4
PERGI DATANG BUAT CERITA
BAWA MULUT SANA SINI ENGKAU MEMANG MULUT TEMPAYAN KATA BERINGAT
TAPI ASYIK MENGUMPAT
PERGI BAWA BERTAUBAT
TAKUT NANTI TERLAMBAT
_________________________________________________
© 2016 Bintang Malam Entertainment
sajak 在 Hane & Mari's World Youtube 的評價
수영장에서 수영하세요! 어린이 동요 교육
السباحة في حمام السباحة! حضانة الأطفال قافية التعليم
Swimming in the pool! Kids' nursery rhyme education
在游泳池里游泳! 孩子们的童谣教育
在游泳池裡游泳! 孩子們的童謠教育
Berenang di kolam! Pendidikan sajak anak-anak
पूल में तैराकी! बच्चों की नर्सरी कविता शिक्षा
Bơi trong hồ bơi! Giáo dục vần cho trẻ
■【 Hane & Mari's World はねまりチャンネル 】
チャンネル登録はこちら / Channel Subscript / 訂閱頻道 → https://goo.gl/in9442
■【 HANEMARI普段遊び 】
チャンネル登録はこちら / Channel Subscript / 訂閱頻道 → https://goo.gl/QcWznh
■【 HANEMARI ToysReview 】
チャンネル登録はこちら / Channel Subscript / 訂閱頻道 → https://goo.gl/3rvkp8
■はねまりチャンネルのオリジナルグッズ販売サイト
https://muuu.com/users/6672f13ef2b8644a
■TikTok
https://www.tiktok.com/@hanemarisworld
■インスタグラム / Instagram
https://www.instagram.com/hanemarisworld/
■Twitter @haneandmari
https://twitter.com/haneandmari
★楽曲提供 / Production Music by
http://www.epidemicsound.com
★フリーBGM・音楽素材MusMus http://musmus.main.jp/
#アンパンマン
#水遊び
#プール
#子供の歌
#童謡
#教育
#ごっこ
#おままごと
#はねまり
#はねまりチャンネル
sajak 在 Geng issey Youtube 的評價
sajak 在 Sajak & puisi klasik - Quotes - Pinterest 的八卦
Sajak & puisi klasik · #sajak #puisi #galau · More like this. ... <看更多>