Kisah SPM...
Ada hari tu, saya ada terjumpa seorang cikgu lama, katanya:
“Anak murid yang gagal SPM lalu jadi nelayan, bila jumpa guru selalu tegur dengan penuh hormat, dan kadang kadang hasil tangkapan ikan di hadiahkan kepada guru.., tapi anak murid yang lulus cemerlang SPM, sekarang dah berjawatan besar, nampak guru tak pandangpun.., inilah 'pengorbanan' guru., Adohai..”
Hmmm, bukan semua murid begitu, ada murid yang bila cikgu matipun masih tetap datang ambik mayat cikgu dan hantar ke kubur, tentulah anak murid yang kerja bawak keretamayat, woha!
Ok imbas kembali, kisah saya ambik result SPM.
Alkisahnya, Sekolah saya jauh. Kena naik dua bijik bas baru sampai.
Elok sampai sekolah. Ada cikgu tunggu dekat pagar(cikgu tu dah arwah-al fatihah). Cikgu tu tengok saya sambil geleng kepala kerana kecewa dengan result SPM saya.
Saya ni kira pelajar harapan sekolah jugaklah. Tapi bila bahasa Malaysia dapat tujuh agreget. Tak kredit. Maka automatik saya dapat grad second.
Bila saya fikir balik kenapa saya gagal bahasa malaysia mungkin silap karangan saya yang takde plot dan serta punch line.
Jadi saya ambik repeat paper BM julai dan lulus. Alhamdulillah.
Dah lulus, sayapun ambik diploma di politeknik dan sambung degree di Universiti.
Saya juga tulis buku dah lebih dua belas tajuk. Ada jual di Popular. MPH, dan lain lain. Ada buku tentang cinta, tentang anak bini, menangkap dajjal, takzirah sentap, hantu, gay dan terbaru: Ngeteh di Kubur ayah!
Korang hashtag #hamkakeretamayat tengok di IG, FB, twiter boleh baca komen pembaca yang positif juga boleh hashtag tajuk buku untuk lebih detail baca komen pembaca.
Jadi apa saya nak bagitahu? Ok... saya nak bagitahu...
Tak lulus bahasa melayu waktu SPM pun masih boleh melayakkan korang jadi penulis buku insyaAllah. Apatah lagi jika lulus!
Jadi jom sertai bengkel menulis saya pada 25 April 2019 bertempat di UMP Pekan, yuran RM80 sahaja, kelas pagi sampai ke petang termasuk makan minum disediakan.
Jom tengok poster di ruang komen!
Woha!
Search
spm 2021 result 在 VLOG #16 : Getting Our SPM 2021 Result !! - YouTube 的八卦
Hello Everyone Welcome To My Channel ❤️~Thankyou For Watching My Video Again ~I Hope You Guys Enjoy Watching This Video ~Stay ... ... <看更多>