Good morning!!
Pagi ni sis belanja cara yg senang cepat & sedap untuk korang masak nasi ayam hainan “cara sis” Complete resipi ada dalam buku “Sentuhan Rasa Sheila Rusly” silakan save video untuk menu berbuka puasa ramadan nanti. Less is more! Happy cooking😘
#nasiayam #instafood #homecooked #cookedwithlove #airtangansr #maggimalaysia #maggicukuprasa #sentiasabersyukur #alhamdulillah
@maggi.malaysia @tefal_my
@sheilaruslysentuhanrasa
resepi nasi ayam sheila rusly 在 Resepi Sheila Rusly Facebook 八卦
Resepi NASI TOMATO ni, khas untuk korang yg follow rapat Resepi Sheila Rusly.. 😘😘
Nasi
2 cawan beras basmathi
2 1/2 cawan air
sedikit halia
1 1/2 biji bawang besar sederhana saiz potong dadu
2 ulas bawang putih potong dadu
bahan penumis,( kayu manis, cengkih dan bunga lawang)
3 sudu besar tomato paste
1 kiub pati ayam
sebatang serai diketuk
1/2 cawan susu cair
1 sudu besar minyak sapi
dan sedikit minyak tuk menumis
garam
hiasan daun pudina dan bawang goreng
caranya
1. Bersihkan beras basmathi dan rendam sekejap
2. Dalam Kuali ..panaskan minyak dan minyak sapi, masukkan bawang besar, bawang putih dan halia serta bahan penumis
3. Tumis sehingga naik bau...masukkan tomato paste, serai, kacau sebati..
4. Kemudian toskan beras dan masukkan dlm rice cooker dan masukkan bahan tumis tadi serta air...dan garam.. tanak seperti tanak nasi..dah masak baru kacau perlahan2 supaya nasi tak patah2 ye...
## sukatan air bergantung pada beras yg digunakan... Jika basmathi biasa 1 cawan beras airnya 1 1/2 cawan ...
Ayam Masak Merah
1/2 ekor ayam dpotong kecil
2 biji bawang besar saiz sederhana*
3 ulas bawang putih*
sedikit halia*
2 sudu besar cili kering yang telah direbus dan di kisar
2 sudu besar tomato paste
2 sudu besar sos cili/sos tomato
garam
gula
minyak utk menumis
dan bawang besar dipotong bulat tuk hiasan
caranya
1. ayam dipotong kecil dan dibersihkan serta ditoskan dan digoreng garam kunyit.
2. kisar bawang besar, bawang putih dan halia
3. Tumis bahan kisar dan lada sehingga pecah minyak..tumis biar agak lama dgn
api perlahan
4. masukkan tomato paste, sos cili/sos tomato
5. dah agak2 kering masukkan gula dulu dan masukkan air sedikit dan perasakan
dgn garam
6. masukkan bawang besar yang dipotong bulat nipis.
Resepi Dalca daging, hati dan paru lembu dan sayur
300 gm daging lembu dipotong kecil
hati lembu dipotong kecil
paru lembu (diptong dan direbus terlebih dahulu biar empuk)
2 biji bawang besar sederhana saiz
3 ulas bawang putih
3 sudu rempah dalca
1 mangkuk santan
sedikit halia
sedikit air asam jawa
bahan penumis
minyak masak
garam dan sedikit gula
sayur
kacang panjang
terung
bendi
ubi kentang
lada hijau
carrot
caranya
1. Tumis bawang besar, bawang putih dan halia yang dikisar halus serta bahan penumis sehingga naik bau, kemudian masukkan rempah dalca..biarkan ia sebati dan pecah minyak
2. masukkan sedikit air dan masukkan daging lembu biarkan ia empuk..kemudian masukkan hati lembu dan paru lembu
3. Kemudian baru masukkan santan dan perasakan dengan garam dan gula
4. Jika agak pekat masukkan sedikit air dan masukkan air asam jawa
5. Setelah mendidih masukkan sayur yang telah dipotong... biarkan ia masak...
Resepi Acar Timun
timun dipotong memanjang dibuang empulurnya
Carrot dipotong memanjang
nenas di potong
bawang di mayang halus
sedikit cuka
garam dan gula
air kapur
timun,bawang dan carrot setelah dipotong di rendam kejap ngan air kapur utk merangupkan . setelah itu bersihkan kembali timun tadi
kemudian masukkan cuka sedikit, garam dan gula..dan nenas..kacau sebati dan boleh masuk dlm peti ais
SELAMAT MENCUBA.. 😘😘
resepi nasi ayam sheila rusly 在 Resepi Sheila Rusly Facebook 八卦
Tengok kat gambar dah nampak menyelerakan.😋😋 Apa lagi, jom cuba kat rumah.
P/s : Sebelum tu jom like Resepi Sheila Rusly dulu untuk dapatkan pelbagai resepi yg lebih menarik 😘
Resepi Nasi Daging Utara Dengan Air Asam Kerisek
Bahan-Bahan
Nasi daging
Bahan2
Daging stgh kg potong kiub sederhana kecil n rebus
Beras 5cwan
2sb rempah kurma
3 sekawan
1sb marjerin
1ulas bawang merah hiris
1ulas bawang putih hiris
1helai daun pandan
Setengah kiub pati ayam
Suku setengaj cawan susu cair
2sb sos tomato
1. Panaskan minyak dan marjerin
2. Tumiskan bawang merah, bawang putih, daun pandan, 3sekawan n serbuk kurma. Kacau kejap biar sebati dan berbau harum
3. Masukkan beras yang dah dicuci dan ditoskan kacau biar sebati
4. Masukkan 4 setengah cawan air rebusan daging dan susu cair dan sos tomato.
5. Pindahkan periuk nasi ke dpo elektrik tunggu je smp masak.
6. Hiaskan dengan daun sup dan bawang goreng.
Air Asam Kerisek
1biji tomato dihiris
3 ulas bawang merah hiris
3 biji cilipadi hiris
Asam jawa
1sb kerisek
3 batang cili merah*
4 biji cili padi*
Belacan bakar besar ibu jari*
Garam*
Gula*
1. Tumbuk bahan bertanda * di atas
2. Bahan hiris masukkan dlm mangkuk
3. Masukkan bahan tumbuk ke dlm mangkuk
4. Masukkan asam jawa dan masukkan air sikit ramas2 biar sebati
5. Masukkan kerisek dan ramas2 lagi
6. Siap
Sumber resepi dari Noraida Aida