Tak Perlu Pergi Pakistan Kalau Nak Makan Nasi Beriani Pakistan.. Buat Dekat Rumah Je Boleh.. 😜😜
Nahhh!! Ni resepinya 👇👇
Bahan bahan:
5 cawan beras basmathi (rendam & tos)
1 kg ayam, daging atau kambing (dg tulang, lagi sedap)
4 kuntum bunga lawang
2 inci kayu manis
8 buah pelaga
10 bunga cengkih
1 sb serbuk ketumbar
1 sb serbuk jintan manis
1 sb serbuk jintan putih
1 sk serbuk kunyit
3 bawang besar – potong dadu
5-6 buah tomato masak saiz besar – potong dadu (lagi banyak lagi sedap)
2 labu bawang putih – tumbuk
3 inci halia – tumbuk
1 ½ cawan yoghurt
2 bay leave
Minyak olive
4 biji telur – rebus, kupas & kelar
4 biji kentang kecil – kupas & rebus
½ cawan susu (optional)
Saffron & pewarna kuning
Hiasan
Bawang goreng
Daun ketumbar – hiris
4 biji cili hidup hijau - potong 1 inci
Daun mint
Badam & kismis, jika suka
Penyediaan Ayam:
Perap ayam dengan garam, separuh dari bawang putih dan halia yang dikisar serta serbuk kunyit, serbuk ketumbar, serbuk jintan putih dan jintan manis selama 1 jam.
Panaskan minyak, tumis rempah menumis, baki bawang putih dan halia kisar serta bawang besar sehingga naik bau. Saya masukkan juga daun pandan sebab suka wangian nya.
Masukkan ayam yang diperap dan kacau sehingga rata. Masukkan air sedikit sahaja jika menggunakan ayam tapi jika daging, air agak agak tenggelam daging supaya daging empuk.
Satukan yoghurt dan buah tomato dan tuangkan ke dalam kuali, masak lagi sambil dikacau rata hingga naik minyak. Jangan sampai terlalu kering. Biar berkuah sedikit. Akhir sekali masukkan bay leave, garam dan gula. Sesuaikan rasa.
Tutup kuali dengan penutup dan masak menggunakan api perlahan sebelum ditutup api.
Penyediaan Nasi:
Basuh beras, rendam selama 20 minit dan ditos. Di dalam periuk berasingan, masukkan air, sedikit minyak, buah pelaga, cengkih, bay leave dan sedikit garam. Masak sehingga air mendidih.
Masukkan beras dan masak sehingga nasi hampir masak tetapi tidak 100% masak.
Tutup api dan tos lebihan air nasi di dalam bekas penapis sehingga kering.
Penyediaan Beriani:
Di dalam periuk lain, letak lapisan pertama iaitu nasi. Sudukan susu secara random ke atas nasi. Titiskan pewarna kuning atau ayakkan saffron dengan menggunakan penapis teh ke atas nasi.
Letakkan telur yang telah dikelar dan kentang rebus. Taburkan tomato potong dadu, bawang goreng, cili hijau potong 1 inci, daun ketumbar dan daun mint yang dihiris.
Letak pula lapisan kedua, iaitu ayam bersama sedikit kuahnya sehingga menutupi lapisan nasi.
Lapisan ketiga, letak nasi sehingga menutupi lapisan daging tadi. Sudukan susu dan titis pewarna kuning.
Lapisan atas sekali ialah lapisan ayam. Tabur dengan bawang goreng, tomato, cili hijau dan daun ketumbar.
Masukkan periuk ke dalam rice cooker dan biarkan masak seketika. Boleh juga ditutup dengan aluminium foil dan dimasak menggunakan microvave atau dapur gas.
Keluarkan periuk dari rice cooker dan sendukkan nasi dan ayam ke dalam mangkuk lain dan digaul rata dengan perlahan lahan supaya nasi tidak patah.
Bolehlah dihidangkan dengan salad dan yoghurt. Taburkan daun ketumbar.
Salad
Lettuce
Tomato
Bawang besar
Timun – buang biji
Green bell pepper
Garam & gula
Minyak olive
Perahan lemon
Daun ketumbar
Potong dadu dan satukan kesemuanya. Sesuaikan rasa yang disukai.
Sos Yoghurt
Yoghurt
Bawang besar – potong bulat
Daun ketumbar - hiris halus
Garam
Satukan kesemuanya dan gaul sehingga sebati.
Selamat menjamu selera. Telur yang dikelar bagi menyerap perasa kuah telah menjadi rebutan.
Sumber resepi : Azie Kitchen
Gambar sumber : Google
「resepi ayam pandan azie kitchen」的推薦目錄:
- 關於resepi ayam pandan azie kitchen 在 Resepi Sheila Rusly Facebook
- 關於resepi ayam pandan azie kitchen 在 Resepi Sheila Rusly Facebook
- 關於resepi ayam pandan azie kitchen 在 Resepi Sheila Rusly Facebook
- 關於resepi ayam pandan azie kitchen 在 Resepi Ayam Pandan Thai | Seismik Makan - YouTube 的評價
- 關於resepi ayam pandan azie kitchen 在 Homemade Sauce Recipes - Ayam pandan - Pinterest 的評價
resepi ayam pandan azie kitchen 在 Resepi Sheila Rusly Facebook 八卦
Nasi Ayam ala hotel..
Lauk Ayam:
1 ekor ayam
2 inci halia
4 ulas bawang putih
5-6 ulas bawang merah
Bahan perap:
1 sudu besar sos tiram
1-2 sudu besar kicap cair
1 sudu besar kicap manis
1-2 sudu besar madu
1 sudu besar minyak bijan
Kisar halia dan bawang putih dan bawang merah. Perap ayam dengan bahan kisar selama 30 minit. Ini cuma anggaran. Kalau belum cukup kerana saiz ayam besar, boleh tambah.
Didihkan air di dalam periuk dan masukkan ayam tadi dan perlahankan api sehingga ayam setengah masak. Selepas itu angkat ayam tadi dan perapkan dengan bahan perap seketika. Lumur rata dan gantungkan ayam sekurang kurangnya satu jam.
Goreng ayam secara deep fry atau di dalam periuk yang dalam sehingga minyak menenggelami ayam.
Untuk lebih mudah, sangkutkan ayam dengan besi penyangkut ditepi periuk agar mudah mengangkatnya setelah masak. Setelah ayam masak angkat dan gantung untuk toskan minyak. Potong ayam dan hidang.
Nota:
Ayam jangan dipotong, biarkan seekor. Setelah digoreng atau dipanggang barulah dipotong agar ayam masak cantik. Tapi kalau susah untuk menggoreng, bolehlah dipotong 2 atau potong 4 sahaja.
Saya potong 2 sebab nak menjimatkan minyak semasa menggoreng. Saya lebih suka goreng dari dipanggang. Jadi saya tidak gantung, sejatkan di atas jaringan sehingga betul betul kering airnya.
Nasi Ayam:
2 sudu besar mentega - tak guna
Ketulan lemak ayam - panaskan dan ambil minyak ayam - saya tambah
5 ulas bawang merah - tumbuk
3 ulas bawang putih - tumbuk
2 inci halia - tumbuk
2 helai daun pandan
1 helai daun salam (bay leave)
1/4 cawan susu full cream
1/2 - 1 kiub serbuk pati ayam
1 sudu kecil garam
Secubit gula
Rempah penumis - 3 bunga lawang, 4 buah pelaga, 2 kulit kayu manis
Basuh beras wangi, tos dan masukkan ke dalam rice cooker.
Di dalam kuali masukkan mentega (saya guna minyak ayam), tumis bawang putih, bawang merah dan halia yang telah ditumbuk, bunga lawang, buah pelaga, kayu manis, daun pandan dan daun salam.
Setelah naik bau masukkan separuh daripada air rebusan ayam tadi, susu full cream, garam, serbuk pati ayam dan secubit gula.
Biarkan mendidih dan tutup api. Tuang ke dalam beras tadi jika air tidak cukup tambah air biasa dan masak seperti biasa. Sukatan air ikut sukatan untuk jenis beras masing masing.
Setelah nasi masak, tabur bawang goreng dan daun bawang atau daun sup dan hidang.
Sambal Cili
5 tangkai cili padi merah siam - saya guna cili merah
5 ulas bawang putih
2 inci halia - saya tambah
1 sudu kecil cuka
1 sudu kecil garam atau secukup rasa
1 sudu kecil gula atau secukup rasa
1/2 cawan air rebusan ayam - saya tambah
Sos tomota - opsyenal saya tambah
Blend cili padi merah siam dengan halia dan bawang putih. Masak di dalam kuali. Masukkan gula, garam dan cuka secukup rasa. Tambah sedikit air rebusan ayam. Masak dengan api kecil sehingga likat.
Sambal Kicap
Air kicap lebihan perapan ayam tadi dimasak di dalam kuali sehingga mendidih. Sesuaikan rasa garam dan gula. Angkat.
Kuah Sup
Jeruk kubis
Garam
Serbuk pati ayam
Daun bawang - tabur
Bawang putih goreng - tabur
Separuh air rebusan ayam dimasak semula dan campurkan jeruk kobis, garam dan serbuk pati ayam.
Tabur potongan daun bawang dan bawang putih goreng ketika menghidang.
Sumber resepi : Azie Kitchen
resepi ayam pandan azie kitchen 在 Resepi Sheila Rusly Facebook 八卦
RESEPI KARI DAGING VS ROTI JALA
Menjala menjala menjala..roti jala atau nama lain roti kirai. Apa pun namanya..yg pasti makanan legend melayu ni mmg sgt sedap. Resepi roti jala ini adalah dari blog AZIE KITCHEN..saya mmg suka resepi ini..roti kekal lembut satu hari Insha Allah. Resepi kari..resepi biasa saya. So..selamat mencuba ya. Saya snap photo n video cara buat khas utk mereka yg masih tak pandai buat roti jala ni.
BAHAN:
1 kilo daging
6 ulas bawang merah kecil di tumbuk
2 ulas bawang putih tumbuk
1 inci halia tumbuk
1 inci kunyit tumbuk
2 biji buah keras di tumbuk
1 labu bawang besar dihiris
1 inci halia hiris
1 ulas bawang putih hiris
2 batang serai dititik
2 pelepah daun kari
2 batang kayu manis
2 biji bunga lawang
2 biji buah pelaga
2 biji bunga cengkih
1 sdb rempah kurma
4 sdb rempah kari daging
3 sdb cili kisar
1 kiub pati daging / ayam
1 sdb asam jawa buat air asam anggaran 2 ke 3 cawan besar
1 cawan santan pekat
kentang
1. Tumis dulu rempah 4 sekawan, serai dan daun kari.
2. Masuk bahan hiris dahulu, tumis smpi nmpk layu. Then masukkan bahan2 tumbuk..terus tumis dlm 2 ke 3 minit.
3. Masuk cili kisar, tumis seketika..then masuk rempah kari dan kurma yg dah dibancuh air. Pastikan minyak byk ye..sbb kari nak masak cantik..baha n rempah yg ditumis perlu byk minyak. Api juga jgn besar..rempah tumis bole hangus. Tumis smpi naik minyak.
4. Da cantik rempah yg ditumis masuk daging. Teruskan tumis smpi nmpk daging da tukar warna. Jgn letak air waktu ni sbb daging akan mengeluarkan air.
5. Nmpk da cantik daging tukar warna, masukkan air asam jawa. Biar masak smpi daging empok..klu air nk kering tapi daging blom cukup empok...tambah je air biasa. Perasakan juga kari time ni dgn garam, kiub pati daging dan gula..nak cantik kari letak gula melaka.
6. Bila rasa daging da cukup empok, masuk santan pekat yg saya tambah air sedikit. Masuk juga kentang. Masak smpi kentang lembut.
7. Masak smpi kari nmpk pekat ikut taste uolls. Ada suka pekat..ada suka cair.
RESEPI ROTI JALA :
3 cawan tepung gandum
3 cawan air dan susu cair / santan ( air tu dlm dlm cwn dlm 70% dan lagi 30% ialah santan pekat atau susu cair evaporated. Campurkan ye )
2 1/2 sdb minyak masak ( saya guna minyak jagung )
1 sdt serbuk kunyit utk warna
1 sdt garam
1 biji telur
Cara :
1. Masukkan semua bahan dlm blender..saya add cecair dahulu n last tepung. Putar dlm blender smpi sebati..putar smpi tepung tak bergentel2. Adunan biar licin.
2. Masukkan dlm acuan roti jala.
3. Simpul 2 helai daun pandan. Standby sedikit minyak masak utk gris pan anda. Saya guna magic pan. Guna la apa2 kuali yg x melekat.
4. Sapu sedikit minyak masak guna daun pandan tadi..kuali or pan pastikan cukup panas baru drizzle adunan roti jala. ( tngk video yg saya lampirkan cara2 ).
5. Nmpk bhgn atas roti jala da kering..angkat ye. Pandai2 la nk angkat guna sudip ke apa. Bole lipat 3 segi atau gulung. Siap..hidangkan bersama kari pilihan uolls.
Sekian...Salam.
Kredit resepi ini kpd roszana ismail
resepi ayam pandan azie kitchen 在 Homemade Sauce Recipes - Ayam pandan - Pinterest 的八卦
Ayam pandan Homemade Sauce Recipes, Rice Recipes, Asian Recipes, Cooking Recipes, Savoury ... Azie Kitchen: Ayam Masak Merah Yang Paling Best Spicy Recipes, ... ... <看更多>
resepi ayam pandan azie kitchen 在 Resepi Ayam Pandan Thai | Seismik Makan - YouTube 的八卦
Resepi Ayam Pandan Thai simple dan super sedap boleh dibuat untuk lauk buka puasa nanti. Ngam betul makan dengan sepinggan nasi putih panas ... ... <看更多>