Selama ini, kita INGAT ibulah yang lebih penting dalam sebuah rumah tangga kerana ibu banyak meluangkan masa dengan anak berbanding ayah.
Tetapi tahukah anda, pengaruh ayah sangat penting kepada hidup anaknya.
Ayah boleh mengganggu perkembangan bahasa dan kognitif pada anak usia 2 hingga 3 tahun.
Kesihatan mental pada ibu dilihat kurang memberi impak kepada anak berbanding ayah. Malah, masalah kemurungan anak-anak dalam jangka masa panjang lebih kuat dikaitkan dengan pengaruh daripada ayah berbanding ibu mereka.
Buat para ayah, jangan lupa luangkan masa dan layani anak anda sebaiknya. Jaga pertuturan dan perbuatan seharian kita.
Anak banyak belajar dari kita.
perkembangan anak usia 3 tahun 在 Pakar diari hati Facebook 八卦
Di antara membaca, bercakap dan menulis, mana satu nak dimulakan dulu?
.
.
1. Bercakap.
Usia KRITIKAL : 0-2 tahun.
Inilah elemen paling penting dlm kehidupan seorang manusia.
Bercakap penting utk kita berkomunikasi tentang pemikiran dan perasaan kita supaya org sekeliling tahu apa yg hendak kita sampaikan supaya tiada salah faham.
Mulakan sejak anak anda baru saja menjengah keluar melihat dunia,iaitu dlm masa 24 jam selepas dilahirkan.
Greet anak,bagi salam... say 'hi',cium.... peluk,cakap apa saja nak cakap. Sembang saja.
Memang nampak mcm tak betul sikit bila duduk dekat ward,kita sorang2 dok sembang sambil bagi eye contact kat baby.
Tapi itulah benda pertama kena buat sejak anak kita lahir. Dan konsistenlah bercakap dengan mereka sehingga mereka meningkat usia,nak2 dlm dua tahun pertama.
Seringkali saya tanya pada parents,'anak sudah boleh bercakap atau belum?'
Kebanyakannya jawab 'dah,ada cakap... ABC,123 tu semua dia kenal. Huruf jawi pun.'
Saya cakap,itu bukan bercakap. Mana sama bercakap dengan mengenal huruf tu semua!
Bercakap adalah berkomunikasi. Kena ada eye contact,kena ada anak menjawab balik pertanyaan, sahut panggilan nama dari mak ayah,memanggil,bukan menyebut saja.
Pernah semasa anak saya admit di hospital,ada seorang ibu 'bercakap' dengan anaknya yg setahun 6 bulan dalam keadaan mengeja.
Kuat pulak tu! 'B.U.K.U... BUKU!'
Agaknya dia target anak dia utk pandai mengeja sambil dapat bercakap. Selebihnya masa,saya lihat anaknya diberi gadget sahaja dan 'belajar' melalui gadget.
Mengamuk toksah cakaplah. Asal ada yg tak kena je,mengamuk saja anaknya. Bising satu ward dengar!
Rimas saya tengok!
MENGEJA bukan bercakap!
MEMBACA bukan bercakap!
MENGIRA bukan bercakap!
Bercakap kena ada eye contact.
Bercakap kena ada persefahaman di antara dua pihak.
Bercakap kena ada ekspresi dan intonasinya.
Bercakap adalah komunikasi,ada org yg mendengar,ada org yg membalas balik.
Bercakap kena ada peniruan,baik meniru dari segi gaya atau bunyi bunyian.
Pemberian gadget dan belajar di usia ini?
Kalau boleh,elakkan!
.
.
2. Menconteng & Melukis
Usia KRITIKAL: 1-3 tahun.
Penting utk anak anda belajar memegang pensel atau crayon atau berus lukisan yg besar pada ketika ini utk sesi menconteng.
Kalau risau anak conteng dinding,belikan kertas mahjong besar2,tampal kat dinding rumah.
Kalau ada bajet lebih,catkan dinding dengan cat mudah padam. Kalau susah sangat nak buat, redha je la dinding rumah kena conteng.
Menconteng membantu anak mengekspresikan mindanya.
Menconteng membantu anak menguatkan otot tangan.
Menconteng ada elemen visual perceptual (ni bab lain).
Menconteng mewujudkan midline crossing abilities.
Menconteng membantu pembentukan jari memegang pensel (pencil grip).
Tak kesah nak conteng kat mana. Atas kertas,atas lantai,dekat dinding,buku...
Kita dah dewasa ni,tolonglah fikirkan cara terbaik utk menggalakkan anak2 menconteng.
Ikutlah masing2 nak kawal hati dan perasaan tengok rumah bersepah ke apa ke.... yg penting,fikirkan cara!
Boleh wujudkan elemen menconteng atas pasir,atas tanah,guna batu... guna ranting kayu... tak kesah apa pun,asal anak boleh conteng.
Waktu usia ni,janganlah force anak utk menulis sangat. Asyik2 nak suruh tulis ABC,nombor,huruf jawi...
Ajarlah anak MELUKIS selepas MENCONTENG.
Lukislah bentuk2 yg ada di sekeliling kita.
Lukislah haiwan,tumbuhan,rumah,atau apa saja.
Layankan anak melukis.
Gunalah water colour,crayon atau apa saja alatan melukis.
Tak rugi spend duit beli benda2 ni semua. Tak rugi!
.
.
3. Mewarna.
Usia KRITIKAL: 1-3 tahun.
Ajarlah warna di usia ini.
Aktiviti mewarna membantu anak2 membentuk garisan lurus,menegak,menyerong,membulat dan sebagainya.
Warna lukisan yg diwarnakan biarlah padan dengan usia anak.
Janganlah disuruh mewarna lukisan yg complex. Kalau boleh,elakkan mewarna lukisan yg di dalam gadget.
Mewarna di dalam gadget tidak membawa apa2 makna kepada otot tangan. Mcm mana nak develop motor memory terhadap garisan?
Di usia ini,tak payahlah risau kalau anak2 masih lagi tak pandai warna dlm garisan.
Masih lagi warna terkeluar garisan itu biasa. Tiada masalah. Yg penting,dia tahu nak warna kat mana.
Wujudkan konsep mewarna seawal mungkin. Tak payah tunggu sampai masuk sekolah baru nak mewarna.
Tak payah bawak pergi mall,mewarna kat bahagian2 yg ada lukisan2 utk diwarnakan,lepas tu kena bayar. Baik warna kat rumah je.
Lebih baik kita lukis gambar kita satu family, suruh anak usia ni warnakan. Simple. Menjimatkan yg amat.
.
.
4. Menulis dan membaca.
Usia KRITIKAL menulis: 4 tahun
Usia PERMULAAN mengenal huruf dan nombor: 4 tahun
Usia Permulaan membaca: 5 tahun ke atas.
Usia yg dikira LEWAT utk boleh membaca: 11 tahun.
Logically,bila anak dah belajar garisan yg banyak2 melalui menconteng dan mewarna,persiapkanlah dirinya utk menulis.
Waktu nilah baru senang nak tulis huruf dan nombor walaupun mereka BELUM KENAL huruf dan nombor lagi. Tiada masalah.
Boleh ajar menulis di satu sesi,kemudian ajar mengenal huruf di sesi yg kemudiannya.... pada USIA 4 TAHUN!
Ini usia yg paling awal! Belum terlewat lagi.
Tak perlu risau kerana once anak dan belajar huruf, bunyi2 huruf... mulakan ke arah membaca pada usia 5 tahun.
Jika kita follow semua proses ni secara berperingkat,insyaAllah anak tiada masalah! Tak payah risau sangat.
Kalau kita 'terbalikkan' semua proses ni,akan ada akibatnya kerana telah melanggar fitrah perkembangan seorang manusia.
Kalau terasa ada kesannya,jangan segan nak bawa jumpa therapist utk betulkan masalah yg ada.
Sekian.
.........
Gambar sebagai contoh sahaja bukan galakkan untuk anak2 conteng dinding.
Mak ayah sila tampal kan kertas besar Di dinding supaya anak2 bebas bermain dalam masa Yg sama dapat berkarya dengan selesa
Sumber : Liyana Raya
.
Nak ilmu parenting lagi? Baca info sini >> https://proparenting.onpay.my/order/form/go/pdh
perkembangan anak usia 3 tahun 在 9bulan10hari Facebook 八卦
KENAPA ANAK SUKA MAIN 'BENDA KOTOR'?.
Asalnya, bayi kecil memang berminat dengan SEMUA benda: kotor atau tidak. Mereka akan kutip, jilat, cium, gigit, makan, peluk semua benda yang dijumpai dan dapat di capai.
Soalan utamanya, kenapa alam jadikan mereka berperangai begitu?: untuk belajar dan menjelajah dunia!
Saya senaraikan BEBERAPA CONTOH perkembangan mental yang berlaku di usia anak 0-2 tahun yang jadi bukti kepada perangai suka main segala benda ini:
1. Mulai usia 8 Minggu: Dunia Corak & Bentuk
Ramai anak mula cuba hisap, main dan tenung jari kerana anak baru sedar dia ada jari dan dia mahu kenal jarinya lebih lanjut. Sama juga bila anak mula minat fokus pandang wajah manusia bila di ajak berbual kerana wajah manusia berstruktur maka ia menarik untuk di lihat.
2. Mulai usia 12 Minggu : Dunia Perubahan Lancar
Anak suka meraba dan menyentuh muka, dada dan badan ibu ketika disusukan kerana otak dan ototnya telah punyai keupayaan mengkoordinasi arahan otak-pergerakkan anggota dengan lebih harmoni.
3. Mulai usia 19 Minggu: Dunia Kejadian
Anak menjelajah konsep 'apa akan jadi seterusnya?'. Misalnya, " Jika saya angkat kaki cukup tinggi, dapatkah ia mencecah muka saya?".Lalu kita lihat ramai anak mula hisap jari kaki kerana baru kini dia dapat peluang kenal kaki.
4. Mulai usia 26 Minggu: Dunia Hubungan
Anak kaji kaitan sesuatu bau, bunyi atau gerakan dengan sesuatu kejadian atau objek. Misalnya, "Jika saya gigit mainan ini, adakah ia akan berbunyi?"
5. Mulai usia 37 Minggu: Dunia Kategori
Anak membuat pengkelasan kepada benda-benda yang ada di sekelilingnya. Misalnya, pisang akan penyek bila saya picit tetapi tidak lobak merah.
6. Mulai usia 75 Minggu: Dunia Sistem
Anak sedar komponen yang membentuk sesuatu sistem. Misalnya sistem keluarga saya terdiri dari : saya, ibu, ayah, kak long dan comel si kucing. Anak akan ambil masa mengenali setiap komponen dengan lebih dekat melalui proses bersosial sehingga anak tahu: wajah, suara, barang kepunyaan, nama panggilan dan perangai setiap ahli keluarganya.
***Alam menetapkan anak WAJIB TERTARIK, BERMINAT DAN ADA SIFAT INGIN TAHU terhadap setiap perkara dan benda yang wujud di sekelilingnya, untuk MEMBOLEHKANNYA TAHU BAGAIMANA MENJADI MANUSIA.
Dan ya, setiap benda dan elemen yang wujud di sekeliling anak datang bersama kuman. Hatta udara yang merupakan elemen terpenting manusia.
Disinilah kehebatan Tuhan itu jadi sangat nyata. Pada akal manusia, kita merasa anak manusia perlu sentuh, gigit, kunyah dan jilat benda untuk kenal benda semata-mata. Dalam masa yang sama, manusia jadi takut bila memikirkan banyaknya kuman yang wujud di merata-rata. Hem…macam mana ni?
Namun pada Tuhan yang bijaksana, sentuh, gigit, kunyah dan jilat benda itu bukan semata-mata untuk kenal benda. Tetapi MEMANG bertujuan supaya anak manusia dapat jilat, telan dan sekaligus makan kuman yang wujud pada semua benda itu.
Kuman ada di mana-mana. Dan, YA, anak kecil perlu ‘makan’ kuman. 😮
Pendedahan kepada kuman meningkatkan daya ketahanan sistem imun anak. Bila badan anak di jangkiti oleh sejenis virus spesifik, badannya akan mengkaji virus dan menghasilkan antibodi yang mampu melawan virus tersebut. Maka,di lain kali anak terdedah kepada virus yang sama, badannya boleh melawan virus tersebut tanpa anak dijangkiti.
Kajian pada 2016 mendapati kadar asthma yang rendah di kalangan anak-anak Amish yang tinggal di ladang , dimana ladang merupakan salah satu tempat kaya mikrorganisma.
Manakala kajian pasukan saintis Swedish ke atas 300, 000 kanak-kanak mendapati, kanak-kanak yang menjilat puting tiruan yang terjatuh mempunyai kadar alahan, asthma dan eczema yang rendah berbanding kanak-kanak yang di cuci putingnya. (Professor Gilbert, co-author of “Dirt is Good: The Advantage of Germs for Your Child's Developing Immune System”)
Kajian inilah yang telah menyangkal dakwaan bahawa makanan yang terjatuh harus di buang kerana mikroorganisma akan menghinggapi makanan yang terjatuh dalam tempoh beberapa milliseconds. Sebenarnya, yang perlu di ambil kira ialah TEMPAT JATUHnya makanan tersebut. Jika tempat jatuh itu di yakini bersih, maka tiada masalah untuk kita memakan makanan tersebut.
Sebagai seorang Muslim, fakta ini terus mengingatkan saya kepada saranan junjungan besar Nabi Muhammad SAW supaya makanan yang jatuh di kutip lalu di makan atau di simpan jika diyakini masih bersih. Saranan baginda telah pun wujud bertahun lamanya sebelum kajian dibuat oleh mana-mana saintis.
Bukanlah bermaksud kita perlu sengaja cari penyakit dengan mendedahkan anak kepada virus untuk menguatkan sistem imunnya. Sifir asasnya: usah sengaja hidup sebagai pengotor namun tak perlulah keterlaluan mengawal kuman sehingga ke tahap sentiasa dalam kerisauan.
Benarkan anak menjadi manusia normal yang menikmati hidupnya. Budayakan hidup mereka dengan disiplin kebersihan asas itu mencukupi: kerap mencuci tangan, mandi setiap hari, minimumkan hubungan dengan ahli keluarga yang sakit serta membersihkan rumah secara berkala.
Ketakutan melampau ibubapa sehingga menyekat naluri semula jadi anak bukan saja membantutkan pembelajarannya. Mensterilkan anak dan rumah setiap masa ibarat hospital menyumbang kepada ‘hyper sensitised immune system’ anak yang bakal membuka jalan kepada menghidapi elergik dan masalah ‘neurodevelopmental’ (sistem saraf).
Keluarlah bermain hujan, lopak, lumpur, rumput, tanah, batu kecil dan pasir. Usahlah risau dengan anak yang menghisap jari dan mengorek hidung. Tak perlu takut membiar anak mengusap kucing dan mengejar ayam hingga ke reban. Tak perlu menjerit panik melihat anak mengutip objek di lantai. Biarkan anak bermain dengan makanannya. Lepaskan anak menikmati penjelajahannya. Alam ada cara melindungi mereka lebih dari yang ibubapa boleh bayangkan.
Kredit : USWATUN HASANAH MOHD HABIB
KONSULTAN TANGISAN BAYI via Baby Language