Tak terbalas pengorbanan Mak!
Ayah saya meninggal ketika saya berumur 11 tahun, darjah 5 masa tu. Siapa tak cemburu melihat orang lain ke sekolah dihantar oleh Ayah masing-masing.
Tugas tu diganti oleh Mak yang membesarkan kami 6 orang adik beradik. Mak tiada kelulusan apa apa, jadi dia membesarkan kami dengan hanya bekerja kilang.
Saya ingat lagi jika ada borang perlu isi pekerjaan ibu bapa, saya akan tulis “Operator Kilang”, nak malu apa bossku, memang tu kerja Mak saya.
Nak pergi kerja pun hanya naik basikal, itu sahaja yang mampu. Kadang kadang jam 11 malam baru Mak balik ke rumah.
Menjadi tugas saya menjaga adik adik yang masih kecil di rumah. Mak terpaksa berjimat untuk pastikan cukup belanja sekolah kami semua.
Sangat jarang makan di luar, apa apa Mak memang akan masak di rumah. Cuti sekolah tiada ke mana pun kecuali ke Bandar Pontian dan jalan jalan tepi laut Pontian.
Saya ingat lagi, warung yang Mak akan bawak di tepi laut pontian adalah warung nasi ayam. Memang sedap dan riuh kami adik beradik makan di situ.
Dah habis beratur pula tunggu bas nak balik ke Benut, rumah yang kami tumpang pusaka dari arwah Datuk yang membesarkan Mak.
Masa berlaku pantas, berkat doa , ketabahan, kesabaran Mak yang membesarkan saya dan adik adik menjadikan apa yang saya capai hari ni.
Satu hari Mak cakap “ Jib, Mak teringin ada kereta sendiri” saya sedikit terkejut. Ya lah Mak tak pandai bawa motor, memandu kereta apatah lagi.
“Mak nak bawak macam mana” saya nak dapatkan kepastian.
“Alaa adik adik dan adik ipar kau kan ada, boleh bawak Mak dengan anak anak dia” kata Mak dengan nada yang penuh harapan.
“Baik Mak, Najib usahakan segera ya” jawab saya pada Mak. Pada saya, Mak adalah keramat hidup saya. Apa Mak minta, jika itu menggembirakan dia, pasti Allah pun gembira dengan saya.
Alhamdulillah semalam hari yang sangat bermakna, saya dapat hadiahkan Mak sebuah kereta.
Saya, isteri & adik saya sendiri minta Mak pilih, warna apa yang dia suka, bawa dia cuba sendiri dan akhirnya dapat Mak miliki kereta yang dia inginkan.
Mak memang selalu balik kampung, tengok kebun, lawat rumah sewa dia & ziarah nenek saudara yang ada di kampung.
Syukur alhamdulillah saya dapat laksanakan tanggungjawab saya yang selalu Guru & Menthor saya pesan, jaga keramat hidup.
Terima kasih juga kepada teman dan sahabat baik saya iaitu isteri saya yang selalu ingatkan jaga Mak dengan baik.
Semoga Mak, Hjh Junaidah Binti Abdullah terus gembira dan doakan kami semua berkat hidup dunia akhirat. Plate number pun sempena nama Mak, Jun.
Saya juga mendoakan anda semua dapat berbakti & berkhidmat kepada Ibu Bapa masing masing. Buat bisnes betul betul, cari ilmu dah guru! Amin...
#ORMnajibasaddok
#STORM2021
同時也有34部Youtube影片,追蹤數超過175萬的網紅MeleTOP,也在其Youtube影片中提到,Subscribe Astro MeleTOP, http://bit.ly/ytmeletop Episod penuh MeleTOP di Astro Go, http://bit.ly/meletophd...
pusaka 在 HRH Crown Prince of Johor Facebook 八卦
SULTAN IBRAHIM TERIMA MEMORANDUM GABUNGAN NGO NEGERI JOHOR
Sebuah gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini (22 Mac), telah menyampaikan satu memorandum kepada DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.
Memorandum itu diserahkan kepada Tuanku Sultan Ibrahim di Istana Pasir Pelangi selepas selesai Solat Jumaat.
Gabungan lebih 20 NGO itu terdiri antaranya daripada Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Johor, Dewan Muda Johor, Pertubuhan Generasi Muda Melayu Malaysia dan Majlis Belia Daerah Kulai.
Tuanku Sultan berkenan menerima memorandum itu daripada tiga wakil yang dibenarkan masuk mengadap Baginda.
Antara perkara yang dibangkitkan ialah bantahan terhadap ratifikasi Malaysia sebagai ahli Statut Rom.
Peruntukan Statut itu dianggap mengancam kedudukan Raja-Raja Melayu, khususnya Yang DiPertuan Agong kerana bercanggah dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.
Memorandum itu turut menyatakan pendirian mempertahankan hak dan kebebasan Institusi DiRaja Johor untuk bersuara demi membela nasib rakyat negeri Johor.
#sultanjohor
#royalpressoffice
#johor
pusaka 在 Facebook 八卦
Setelah runtuh Masjid Melaka,
Terbenam sudah sanggar pusaka,
Bangunlah nak watan bak singa bersaka,
Kita koyakkan Israel celaka!
Maaf belum ‘move on’ dengan Masjid Agung Melaka ☺️😊
pusaka 在 MeleTOP Youtube 的評價
Subscribe Astro MeleTOP, http://bit.ly/ytmeletop
Episod penuh MeleTOP di Astro Go, http://bit.ly/meletophd
pusaka 在 葉式特工 Yes Ranger Youtube 的評價
大家都很好奇導演憑什麼成為情場浪子
這次就在影片裡教大家幾手
萬國覺醒下載不用錢 ➤ https://bit.ly/2FiYWSy
但把妹是需要花錢下載前請量力而為
訂閱我們(Subscribe ➤ https://goo.gl/YLkrft
幕後花絮 (BTS ➤ https://youtu.be/G370UTh0984
音樂Music :
Indonesia Pusaka (Instrumental Cover) - Jordy Chandra Ft. Jonah R
Jordy Chandra - I Want You Now
pusaka 在 Budiey Channel Youtube 的評價
https://instagram.com/budiey - Follow My Instagram
http://youtube.com/budieychannel - Click to Subscribe!
http://budiey.com - Visit My Blog!
http://facebook.com/BudieyDotCom - Become a Fan!
http://twitter.com/budiey - Follow Me!
pusaka 在 印尼歌曲【Indonesia Pusaka 印尼遺跡】(《心戀》原曲 ... 的八卦
印尼歌曲【Indonesia Pusaka 印尼遺跡】(《心戀》原曲)中文歌詞翻譯#chinese #mandarin#LyricVideo. 42,082 views42K views. Aug 12, 2020. ... <看更多>