#PENDAFTARANDIBUKA! PELUANG TERAKHIR UNTUK MEROKETKAN SALES ANDA DALAM SEMINAR TERAKHIR #ROKETEMEL SEBELUM IA DITAMATKAN SELAMANYA !
PELUANG MENDAFTAR SERENDAH RM45 !
DAFTAR SINI LAJU2 SERENDAH RM50 ( Tempoh Terhad )
——> www.roketemel.com
——> www.roketemel.com
Bisnes tu nyawa dia adalah MARKETING! Tapi ramai usahawan yang tersilap langkah utamakan produk terlebih sangat sampai LUPA produk tu tak boleh kejar pelanggan tanpa MARKETING yang betul. Trend marketing pulak dah berubah banyak kepada ONLINE.
20 Juta orang Malaysia akses Facebook setiap hari beb! Ambil peluang belajar dan kuasai STRATEGI Tarik Pelanggan dari platform untuk GROW bisnes anda ! Saya serius nak bantu anda! Anda tengok sendiri di page saya ramai usahawan yang dah MEROKET jualan diorang lepas hadir sesi Seminar Roket Emel.
Masalah USAHAWAN sekarang adalah
✘ Jualan makin turun, sales krikk..krikk..
✘ Marketing offline kurang berkesan, kos tinggi!
✘ Stok banyak tak habis
✘ Pelanggan tak percaya anda! Ini yang buat susah dpt sales
Anda kena selesaikan MASALAH ini sekarang juga!
Roketkan JUALAN anda dengan STRATEGI & TEKNIK Pemasaran ONLINE yang menjadi TREND 2017! Anda kena tahu ! Saya nak bantu bisnes anda berkembang pantas melalui strategi Copywriting, Facebook & Emel.
Jadi saya dah sediakan 3 MODUL untuk dapatkan pelanggan bisnes anda secara ONLINE. Bersedia belajar melalui seminar terbaru, lebih praktikal, lebih cepat & mudah faham.
Anda WAJIB Hadir jika:
[✔] Sales bisnes masih tak seberapa & belum capai TARGET
[✔] Baru nak mula berniaga dan risau kos pelaburan akan jadi PELEBURAN jika takder ilmu. Bahaya buat bisnes tanpa ilmu sebab akan lebih banyak RUGI dari UNTUNG. Beri peluang pada diri anda untuk dapat bimbingan direct dari saya.
[✔] Masih tak mahir guna pemasaran online sepert FesbukAds, Email Marketing & copywriting memukau pelanggan. 21juta dari 30 juta rakyat Malaysia ada akses ke online setiap hari! Bisnes anda WAJIB berada dalam platform ONLINE! Kalau tidak mungkin bisnes akan bungkus…
[✔] Nak dapatkan skill untuk tambah pelanggan tak kira anda bisnes produk fizikal atau servis…
Siapa USAHAWAN yang saya paling FOKUS nak bantu & saya sendiri dah banyak bantu bisnes jenis ni meroketkan sales sampai tahap huru hara iaitu
☑ Bisnes Fesyen, tudung, jubah
☑ Bisnes Makanan, Restoran, Warung, Booth
☑ Bisnes Servis, Training, Motivation, Tuisyen, Tadika
☑ Bisnes TRAVEL, Umrah, Percutian
☑ Bisnes Kesihatan & Kecantikan
☑ Bisnes Property, Bina Rumah, Renovation, ID
Anda terlibat bisnes-bisnes macam ni? WAJIB tau kuasai ilmu online marketing yang saya nak ajar kepada anda.
⚑⚑ SO U MUST BE THERE….
Tak rugi datang belajar kerana ia mampu mengubah tahap ekonomi hidup anda. Cuma spent masa sehari dan ubah bisnes anda dengan menjimatkan masa yang bertahun mungkin stuck dlm marketing!
=====
SEMINAR ROKET EMEL TURBO 2017 TERAKHIR
=====
Saya dah ready dengan modul untuk bantu bisnes anda berkembang dengan jalan pintas (short cut) & pantas sebab anda akan pelajari
[✔] Tahu corong pemasaran sebenar
Saya akan jelaskan kepada anda bahawa bisnes tu bukan MENJUAL semata-mata. Nak dapat jualan huru hara anda bukan PROMOTING tetapi anda kena SHARING dulu. Ni lah rahsia besar kenapa bisnes student2 saya berkembang pantas lepas apply teknik ni.
[✔] Kira kos pemasaran
Bagaimana memastikan kos pemasaran anda tak lebih 10% dari jualan anda. Student saya buat bisnes umrah keluar kos lebih kurang RM30,000 dalam masa 6 bulan (sebulan 5000) mampu buat sales RM6juta tahun lepas. So…saya bantu anda jadikan kos anda rendah tapi sales high impact!
Ada student yang belanja RM7k, dapat buat sales RM98k sebulan..
Jual jubah kos marketing RM1.3k dapat sales lebih RM140k… Jual mandian bidara sales terkumpul lebih RM2juta dlm masa 6 bulan berniaga...
Saya tunjukkan case study mereka! Ini kisah benar! Real!
[✔] Copywriting & ayat power
Ni ramai yang buat silap.. Penulisan ayat untuk marketing langsung tak menarik dan tak mampu memukau pelanggan. Jadi kalau tulis kat fb ke, banner ke, bunting ke..kalau tak menarik saper nak baca? Ramai tak nampak peranan copywriting ni.
Saya bantu anda bagaimana nak tulis copywriting ber EMOSi tinggi dan buatkan pelanggan tak sabar2 nak dapatkan produk anda. Bayangkan pelanggan anda merayu mintak no akaun untuk transfer kepada anda disebabkan ayat memukau yang anda berjaya hasilkan.. Amacam?
[✔] 3 Step Pemasaran Facebook Ad yang tepat
Ramai yang buat iklan di Facebook tapi sebenarnya hanya bersedekah macam tu jer kat Abg Mat Zukerberg. Jangan buat silap tu! Saya akan explain dulu apa kesilapan pengiklan di Facebook dan merugikan mereka.
Lepas tu saya akan berikan strateginya secara PRAKTIKAL masa seminar nanti. Saya juga akan berikan video teknikal lengkap selepas seminar nanti. Anda yang ZERO pun insyaAllah akan mudah faham apa yang saya ajar dalam seminar ni.
[✔] Tukar pelanggan degil jadi pelanggan setia
Yang ni lagi power rangers… saya ajar bagaimana guna strategi email untuk dapatkan PELANGGAN SETIA walaupun mereka pelanggan yang paling degil sebelum ni.
Fuhhh banyak topik tu! Patutlah sampai malam…
==============
NAK BUAT APA SEKARANG? SAYA TAK SABAR NI !
==============
Jadi anda WAJIB spent masa sehari dengan saya untuk belajar & pastikan bisnes anda sukses!
Bila seminar tu? Saya dah tak sabar nak datang!
Saya serius nak belajar!
Jap..jap..tengok info seminar ni dulu.
.
Ni info seminar
=======
✔ Seminar Roket Emel Turbo 2017 TERAKHIR
✔ Shaftsbury Asteria CYBERJAYA
✔ 20 MEI 2017 SABTU
✔ 8pg- 10mlm
.
.
Berminat nak hadir?
Yuran biasa adalah R̶M̶5̶0̶0̶ R̶M̶2̶0̶0̶
Saya nak bagi tawaran tak masuk akal dengan yuran serendah cuma RM50 ( dgn syarat daftar 4 org )
& ia dibuka dalam masa TERHAD sebelum yuran kembali ke asal.
Atau bila kuota 700 peserta terawal telah penuh.
Daftar sekarang melalui link ni untuk Yuran Promosi
——> www.roketemel.com
——> www.roketemel.com
——> www.roketemel.com
Dijangka tawaran LIMITED akan SOLD OUT dalam masa yang singkat. Jadi pastikan anda ALERT dengan tarikh ni.
P.S Ambil peluang untuk seminar TERAKHIR ni…yuran paling rendah pernah saya berikan tau!
#roketemel
#roketemelturbo2017
#najibasaddok
同時也有1部Youtube影片,追蹤數超過3,530的網紅Iena Eliena,也在其Youtube影片中提到,Memiliki sebuah rumah adalah impian setiap individu terutamanya buat mereka yang telah berkeluarga. Selain daripada faktor rekabentuk rumah serta saiz...
mudah property 在 Azizan Osman Facebook 八卦
Anda kata saya tidak pernah buat bisnes? Ha ha ha ha ha.....
Saya tertarik dengan beberapa komen bahawa bagaimana saya mengajar tentang bisnes dan pemasaran sedangkan (kata mereka) saya tidak pernah run bisnes.
Tulisan saya ini agak panjang tetapi ia akan meletupkan sel otak anda Insha Allah untuk berfikir. Di sini suka saya kongsikan senarai pengalaman perjalanan bisnes saya. Dan faham satu perkara penting, di Malaysia, anda bukan boleh sesuka hati sebut anda jutawan melainkan anda benar-benar bayar cukai selayaknya kepada LHDN. Dibawah ini adalah perjalanan saya dalam berniaga walaupun mula kecil dan tiada modal hingga kini :-
1. First time saya "berniaga" adalah jual nasi lemak dan bihun goreng di sekolah rendah, sekolah Cina - Darjah 2 (1982).
2. "Perniagaan" seterusnya adalah darjah 4, mengajar tuisyen kepada 2 budak darjah 1, budak Melayu sekolah Cina. Ibu dan ayah mereka minta saya tolong ajar tuisyen dan saya dibayar satu subjek RM25/sebulan. Saya mengajar 3 subjek sahaja - 1984.
3. "Perniagaan" seterusnya adalah mengajar tuisyen kepada pelajar PMR - Umur 16 tahun.
4. Mula 'bermain' saham pada umur 17 tahun menggunakan akaun kakak.
5. Umur 18: Ambil exam insuran dan jadi agen Insuran - tidak pernah close case.
6. Umur 18: Jual vacuum cleaner Rainbow Hydrocleaner. Buat demo by appointment dari rumah ke rumah. Berjaya jual berpuluh biji, patutnya dapat RM550/biji tapi tak dapat duit sebab leader kata saya bawah umur - Duit tak dapat.
7. Umur 18: Jadi broker agen hartanah untuk Raine Horne Zaki Partners - 1 biji hartanah pun tidak mampu jual.
8. Umur 19-22: Masuk UiTM (Dulu ITM) Segamat. Mula berniaga dalam kolej. Jual nasi lemak/ nasi goreng/ bihun/ ambil order upah dobi/ jual rokok/ jual kalkulator/ bantal/ tempahan fotostat buku / ajar tutorial/ jual handphone (handphone baru masuk Malaysia).
9. Umur 22-24: Kerja mula basic RM1,500/bulan dan sambung belajar secara part-time pada waktu yang sama.
10. Umur 24 (1998) - 26 (2000) : Berhenti kerja dan berniaga.
- Jual kelapa - gagal
- Jual sabun basuh baju - gagal
- Jual produk kesihatan- gagal
- Agen Kontrak Pengilangan GMP produk kesihatan-gagal
- Berhutang dengan along/ bank - hampir bankrup / mati
11. Umur 27 (2/1/2001): Mula bekerja sebagai trainee door to door marketing & sales untuk produk kad kredit HSBC (100% Komisen) di bawah syarikat pemasaran di Melaka dan pada masa yang sama ambil exam Unit Trust untuk cuba jadi agen unit amanah secara part-time tapi tidak menjadi.
12. Umur 27 (1/9/2001): Masih bekerja syarikat yang sama. Berjaya lalui seluruh latihan dan melayakkan diri untuk ditawarkan memulakan syarikat perniagaan sendiri, syarikat pemasaran dan pengiklanan kontrak di bawah prinsipal tersebut di Melaka untuk projek pemasaran client HSBC Bank dan kemudian Standard Chartered Bank sehingga kemudian barulah Standard Charted Bank berani buka cawangan di Melaka
13. Umur 28 (2002) - Dari 1 orang dalam syarikat menjadi 300 orang. Portfolio pemasaran terbesar di Malaysia untuk client TMNet Streamyx.
14. Umur 29 (2003): Syarikat pemasaran Regal-Tycoon Holdings dinobatkan syarikat kontrak pemasaran terbaik di bawah prinsipal untuk projek TMNet dan mendapat anugerah 'Owner of the Year' dan 'Chairman's Platinum Award Winner 2003'. Hanya 11 orang dari seluruh dunia. Portfolio client ketika itu mencecah RM15 juta setahun.
15. Umur 30 (2004) : Expansion syarikat ke KL. Projek TMNet & Celcom.
16. Umur 31 (2005): Syarikat berkembang ke Pulau Pinang.
17. Umur 32 (2006): Syarikat berkembang ke Johor Bahru dan total portfolio client syarikat melebihi RM60 juta. Projek termasuk TMNet & Digi.
18. Umur 33 (2007): Prinsipal minta kembali ke Kuala Lumpur selepas expansion dan dinobatkan sebagai Ketua Organisasi Malaysia dan syarikat mempunyai portfolio menghampiri RM100 juta. Portfolio: TMNet, MAKNA, WWF dan Budimas.
19. Umur 34 (2008): Menamatkan kontrak syarikat dengan prinsipal dan decided untuk run independant syarikat pengiklanan dan pemasaran saya tanpa bergantung kontrak dengan mana-mana prinsipal. Dan mula established syarikat sebagai akredited advertising agency and marketing consultant firm. Dan masih run sehingga hari ini.
20. Umur 35 (2009) : Set-up beberapa buah syarikat lain di bawah Richworks Group of Companies termasuk Event Organiser, Training & Coaching, Marketing Consultant Firm, Corporate Services, Publications company, Property Investment Companies dan banyak lagi. Boleh baca di laman web Richworks.
21. Umur 41. Kepuasan hari ini Alhamdulillah adalah apabila dapat membantu lebih ramai anak bangsa membuka minda dan berkongsi ilmu pengalaman melalui seminar-seminar atau perkongsian secara online samada secara percuma atau berbayar. Komited menggunakan seluruh pengalaman jatuh bangun untuk terus membantu ramai di Malaysia dan misi seterusnya adalah seluruh dunia Insha Allah. Setakat hari ini, lebih 650,000 orang yang telah hadir program anjuran kami Masya-Allah Tabarakallah.
*Saya percaya dengan prinsip, jika anda mahu mengajar orang lain jadi usahawan dan jutawan yang berjaya, anda sendiri mestilah telah terbukti berjaya dan membayar cukai yang membuktikan anda telah mencapai tahap yang membuktikan anda boleh berkongsi ilmu dan pengalaman dengan orang lain.
Saya tidak percaya dengan apa sesetengah orang di mana untuk berjaya dalam bisnes mesti kena anak orang kaya, mesti ada banyak modal, mesti kena dapat pinjaman kerajaan atau bank.
Dan saya juga percaya matlamat membina perniagaan adalah untuk membina kekuatan ekonomi dan kewangan agar dapat membayar zakat serta membantu lebih ramai orang lain Insha Allah.
Kenapa saya share ini?
1. Saya tidak suka bila ada yang kata, susah nak berniaga nak start kena guna banyak modal. Belum apa-apa mentaliti dah kata susah then susahlah.
2. Saya tidak suka orang kata saya jual air liur. Jika air liur begitu senang dijual, kenapa tidak semua orang boleh buat seminar dan create result sebagaimana begitu banyak kejayaan anak didik kami Insha Allah. Boleh tonton di YouTube: Azizan Osman. Saya membantu mereka yang mahu dibantu dan mahu dibimbing. Masa, dewan, sound system dan macam-macam lagi kos. Ini semua bukan percuma. Walaupun banyak seminar kami sebelum ini adalah percuma.
3. Saya bukan pakar motivasi. Saya berkongsi dan bercakap berdasarkan pengalaman yang telah terbukti Insha Allah serta formula-formula yang saya kumpulkan dan simpulkan agar lebih mudah orang lain follow.
4. Seminar saya ada yang free, contohnya seminar online 4-jam, ia adalah free. Ada yang RM30/orang dan ada yang beribu ringgit bergantung kepada apakah komitmen masa dan tahap pengalaman serta formula yang saya kena berikan. Universiti pun tidak free. Dan tidak ada sesiapa pun yang dipaksa untuk membayar apa-apa jika anda tidak mahu belajar dari saya. Baca buku dan baca melalui internet jika anda mahu. Cuma, saya ajar ikut apa yang telah terbukti berjaya kepada saya dan anak-anak didik saya yang telah aplikasikan apa yang saya bimbing mereka Insha Allah.
5. Saya amat mementingkan tindakan dan Result. Dan saya tahu seminar saya bukan untuk semua orang. Tetapi sesiapa yang pernah benar-benar laluinya, ikutinya dan aplikasikannya, Insha Allah akan dapat result yang luar biasa.
Saya ada bukti-bukti kejayaan anak-anak didik saya. Jika mereka belajar dan belum berjaya, saya yakin itu adalah kerana mereka tidak benar-benar komited melakukan tindakan dan komitmen mengaplikasikannya atau ia hanyalah proses tindakan mereka yang tidak cukup luar biasa.
Kenapa saya mula mengajar dan excited mengajar?
Pada tahun 2000, saya pernah jatuh hampir bankrup dan dikejar along. Saya pernah minta tolong 3 orang jutawan Melayu untuk berjumpa mereka, bukan untuk minta duit tetapi nak minta nasihat tetapi tidak ada seorang pun mahu berjumpa saya sedangkan mereka asalnya dulu juga dari keluarga susah seperti saya. Ayah saya kerja Jabatan Parit Tali Air sahaja. Mak surirumah. 3 orang jutawan Melayu tersebut tidak mahu berjumpa dengan saya tetapi seorang jutawan Cina yang tidak pernah sekolah sanggup jumpa saya dan beri nasihat kepada saya.
Kejadian itu membuatkan saya berjanji, sekiranya saya menjadi jutawan satu hari nanti, saya berjanji untuk bersedia berkongsi ilmu saya bagaimana untuk merubah hidup dan kewangan dengan berniaga Insha Allah. Dan Alhamdulillah hidup dan bisnes saya benar-benar berubah bermula tahun 2001 apabila saya mempunyai mentor, ilmu dan sistem serta strategi bisnes dan pemasaran yang betul.
Banyak perkara sentap yang berlaku yang "mould" diri saya sejak saya sekolah Cina 12 tahun ketika kecil. Saya didedahkan tentang mesti berniaga dan kuasai ekonomi dengan bisnes. Tetapi pada masa yang sama, anak bangsa saya sendiri bukan semua nak perbaiki hidup mereka. Kita jauh tertinggal dalam penguasaan ekonomi dan bisnes. Kita nak tunggu bila untuk bangkit?
Kenapa nak teruskan hidup biasa-biasa jika anda boleh hidup luar biasa bila ada ilmu?
Dan kenapa nak sakit hati bila lihat orang lain bangsa kita sendiri berniaga? Atau sakit hati melihat usaha dan pencapaian orang lain?
Ramai orang nak bisnes pula tetapi gagal atau rugi bertahun-tahun kerana sebenarnya tidak ada ilmu terutamanya ilmu pemasaran dan ego sombong tidak mahu belajar.
Saya pemilik syarikat swasta, saya bukan kerajaan. Saya pun bayar cukai kepada kerajaan. Saya tidak mampu beri semuanya percuma. Sebab itu Klinik Usahawan terbaru saya bulan November nanti, yurannya "mahal" iaitu RM30/orang (Bila daftar 3 orang sekumpulan) dan saya juga berikan buku terbaru saya free. Ia yuran yang hanya cukup untuk cover kos dewan dan penganjuran seminar. Dan jangan hadir jika anda tidak rasa penting untuk tingkatkan potensi diri, hidup keluarga anda dan tahap kewangan anda.
Maaf zahir batin jika ada perkongsian saya ini mungkin tidak selesa di hati anda. Dan niat saya juga untuk memberi inspirasi buat yang perlukan.
Yakinlah Allah swt boleh ubah hidup sesiapa sahaja yang Dia suka. Kita kena cari jalan untuk buat apa yang Dia suka dan belajar dari orang lain yang telah terbukti berjaya!
Jumpa saya nanti di Klinik Usahawan Dr Azizan Osman- Kuasai Potensi Diri, Wang & Bisnes Menjelang 2016.
P/S: Bisnes tidak semestinya produk fizikal. Syarikat arkitek, peguam, khidmat nasihat, perunding kejuruteraan adalah contoh perniagaan yang tidak berasaskan produk fizikal tetapi semuanya bermodalkan "air liur". Persoalannya ialah, adakah orang sanggup bayar untuk "air liur" anda?
Ini perjalanan bisnes. Perjalanan akademik akan menyusul.
Jurulatih Kejayaan & Pakar Pemasaran No.1 Asia!
#AzizanOsman
mudah property 在 Firdaus Wong Wai Hung Facebook 八卦
[Ulasan 'Provokasi' Ekstrimis Hindu Di Pejabat MRM]
Berikut adalah ulasan kami tentang provokasi seorang ekstrimis Hindu ke pejabat Multiracial Reverted Muslims - MRM pagi tadi. Ulasan ini agak panjang tetapi sila baca sebelum komen dan fahami betul-betul apa yang ingin disampaikan... Saya mengambil masa hampir 2 jam untuk mengarang ulasan ini semasa dalam perjalanan ke Teluk Intan...
1. Lebih kurang jam 10.35am, 16 Jan 2019, seorang ekstrimis Hindu bernama Arunakiri telah masuk ke premis pejabat kami tanpa kebenaran dan sebarang temujanji.
2. Walaupun beliau datang tanpa temujanji & masuk tanpa kebenaran, kakitangan kami masih membenarkannya duduk di ruang tamu kami dan menawarkan air kepada beliau tetapi beliau menolak sambil beliau terus membuat video live dengan suara yang agak kuat sehingga menganggu pengambaran kami yang menyebabkan terpaksa meminta beliau merendahkan suara dan beliau akur.
3. Pada waktu itu, saya sedang menjalani pengambaran bersama krew dari RTM di bilik saya dan telah tidak tahu akan kehadiran beliau sehingga saya dimaklumkan oleh kakitangan setelah saya selesai wawancara.
4. Kakitangan kami telah memaklumkan kepada beliau bahawa jadual kami agak padat dan sibuk dan perlu tunggu untuk berjumpa dengan saya.
5. Setelah beliau menunggu hampir 20 minit, saya keluar berjumpa dengan beliau dan memaklumkan bahawa saya agak sibuk dengan shooting yang belum selesai. Krew RTM perlu bergegas ke Terengganu manakala saya pula perlu bergegas ke Teluk Intan bagi program masing-masing selepas shooting.
6. Setelah bersalam dengan beliau, beliau terus mengajukan soalan bertalu-talu dan menuntut jawapan, saya memaklumkan bahawa saya akan membiarkan kakitangan kami untuk berurusan dan menjawab beliau kerana saya perlu meneruskan pengambaran di dalam tetapi beliau terus berkeras mahukan jawapan dari saya.
7. Apabila beliau terus mendesak dan menganggu operasi pejabat kami, saya terpaksa meminta beliau untuk keluar dari pejabat kami tetapi beliau enggan meninggalkan pejabat kami dengan alasan pejabat kami bukannya private property tetapi adalah public property dan suka hati beliau kalau beliau mahu duduk di situ.
8. Pihak kami telah membuat panggilan kepada polis kerana beliau enggan meninggalkan premis pejabat kami.
9. Antara sebab kehadiran beliau sebagaimana dalam video live beliau adalah kerana artikel kami menjawab tuduhan Hindu kononnya Cogan Jata Negeri Pahang diambil dari simbol dewa Murugan. Boleh baca di sini > https://bit.ly/2FvtwuW
10. Beliau tidak berpuashati kononnya kami mengaitkan syaitan dengan dewa Murugan tetapi mungkin beliau baca tak habis atau penguasaan Bahasa Melayu beliau lemah. Ini perkara nombor 4 yang kami tulis yang beliau tidak puas hati;
"Jika klaim semudah itu digunapakai untuk mendakwa simbol tersebut menciplakkan atau terpengaruh dari dewa Murugan disebakan ada sedikit persamaan bentuk, maka adakah relevan jika orang mengatakan senjata syaitan yang sering diimejkan memiliki lembing bermata tiga (trisula) itu adalah pengaruh dari dewa Siva yang turut memiliki lembing yang sama? Mengapa tidak mendakwa dewa laut Poseidon dan Aquaman di dalam Komik DC itu juga pengaruh dari Siva disebabkan memiliki trisula tersebut? SUDAH TENTU KAMI TIDAK MEMAINKAN KLAIM INI KERANA IA MEMILIKI LATAR YANG BERBEZA. Begitu juga dalam soal Jata negeri Pahang yang dikaitkan dengan Murugan ini."
11. Apakah adil apabila mereka membuat pelbagai tuduhan dan fitnah terhadap Islam, Muslim, Raja & Sultan tetapi bila kami menjawab dengan ilmiah, kami pula yang dituduh sebagai ektrimis dan terrorist? Ini apa yang kami sebutkan semalam juga > https://bit.ly/2TQ8hH9
12. Beliau mendesak kami membawa keluar kitab Vedas yang menjadi rujukan penulisan kami bagi membuktikan kebenaran tulisan kami dan bagi menjawab fitnah beliau, kami membuka meja dan meletakkan kitab-kitab rujukan agama Hindu di luar pejabat kami agar perbincangan tidak akan menganggu operasi pejabat kami dan juga wawancara kami.
13. Apabila beliau bertanya dan meminta kami memberikan jawapan, kami bersedia menjawab tetapi apabila kami mula menjawab beliau mencelah dan meninggikan suara tanpa memberikan sebarang ruang untuk kami bercakap.
14. Apabila dibukakan kitab Vedas kepada beliau, beliau berkata itu adalah terjemahan tetapi beliau tidak mahu melihat teks sanskrit yang juga ada di dalam. Malahan beliau mempersoalan kitab terjemahan ini bukannya kitab rujukan mereka sedangkan terjemahan kitab agama ini kami beli di toko buku agama Hindu di Indonesia dan diterjemahkan oleh sarjana agama Hindu mereka sendiri!
15. Kami tidak menjual kitab agama lain tetapi kami membeli dan memiliki banyak kitab agama lain, falsafah, fahaman malahan agama Islam di perpustakaan kami untuk tujuan rujukan dan kajian kami.
16. Beliau bertanya apakah kami ini Hindu sehingga memilki banyak kitab agama Hindu tetapi persoalan saya kepada Arunakiri apakah menjadi suatu kesalah untuk penganut agama lain memiliki kitab Vedas sedangkan toko buku agama Hindu di Indonesia menjualkan kepada kami dan apakah Arun memiliki kitab Vedas di rumah beliau sebagai rujukan?
17. Jikalau gunakan logik Arun bahawa apakah kami ini Hindu sehingga memiliki banyak kitab Hindu, apakah saya seorang saintis hanya kerana memiliki minat membaca tentang jurnal sains atau hanya saintis yang boleh beli buku berkaitan dengan sains? Jikalau itu logik Arun, beliau perlu ke Indonesia dan menuntut toko buku agama Hindu di situ ditutup agar orang bukan Hindu tidak boleh membeli dan memiliki kitab Hindu.
18. Apabila polis sampai, beliau masih meneruksn tuduhan dan provokasi beliau. Beliau menuduh kami sebagai terrorist, menuduh kami terlibat dan tahu tentang penculikan Pastor Raymond dan ingin mewujudkan rusuhan kaum di Malaysia.
19. Saya mahu menyaman beliau tetapi apakan daya, saya tidak mampu membayar kos guaman untuk saman fitnah sebanyak RM35,000 dan tidak mungkin saya menggunakan wang NGO untuk membayar kos guaman. Saya hanya mampu pendam dan menerima fitnah dari beliau dan geng-geng lain bertalu-talu tanpa mampu membuat tindakan undang-undang terhadap mereka kerana tidak mampu.
20. Ada yang bertanya kenapa tidak berdebat dengan beliau? Jawapan kami mudah, Hindu Sangam yang menjadi NGO Hindu rasmi di Malaysia pun merasakan pegangannya kurang betul, apakah perlu kami berdebat dengan Arun ditambah pula kami telah tulis artikel beserta nota kaki tetapi setakat yang kami tahu, tiada satupun yang mereka balas dengan nota kaki dan rujukan secara 100%. Malahan Arun menuduh Hindu dari Indonesia adalah palsu dan tidak betul! Masih mahu berdebat dengan beliau?
21. Banyak laporan polis telah dibuat tentang ancaman dari beliau dengan bukti telah disertakan tetapi beliau seperti mempunyai hubungan yang baik dengan seorang Menteri dan beberapa ahli dari NGO yang kini telah menjadi parti politik juga agak anti Islam dan terlepas dari sebarang tindakan undang-undang. Apakah semua ini ada kaitan?
22. Bayangkan, Arunakiri hadir keseorangan ke pejabat kami yang di dalamnya ada lebih dari 15 orang Islam sedang bekerja lalu membuat provokasi, tuduhan & fitnah tetapi beliau tidak diapa-apakan, dilayan baik dan keluar tanpa sebarang masalah. Berbeza anggota bomba kita yang mahu memadamkan kebakaran tetapi akhirnya nyawa beliau melayang demi melaksanakan tugas beliau. Jikalau seorang Muslim melakukan provokasi di kuil Hindu sebagaimana yang dilakukan oleh Arunakiri, apakah individu itu akan selamat keluar dan dilayan baik? Mungkin....
Kesimpulan
Saya memohon jasa baik sahabat-sahabat yang mengikuti perkembangan dakwah kami agar tidak melakukan sebarang provokasi terhadap bangsa dan agama lain. Jangan juga menggunakan perkataan mencaci maki dan hinaan terhadap mereka.
Golongan ekstrim ada dalam semua agama termasuklah Hindu tetapi golongan ini adalah amat sedikit. Jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Yang kita perlu banteras adalah golongan ekstrim seperti ini dan bukannya kesemua bangsa dan agama itu sendiri.
We dont have to drop so low to their level. Jangan mencai maki dan menghina kerana ianya ajaran Islam dan andai kita beremosi dan mencaci maki beliau, Arunakiri dan gengnya akan jadikan modal untuk serang Islam & Muslim.
Kita teruskan dakwah dan banyakkan bersabar dan apabila telah mencapai kemuncak kesabaran, bertindak mengikut ajaran Islam yang rasional dan bukannya emosional. Kita biarkan pihak berkuasa menjalankan tugas mereka dan jangan sesekali mengambil tindakan melampaui batasan undang-undang negara.
Doakan sahabat kita yang Belum Muslim dibukakan hati dan dikurniakan hidayah oleh Allah untuk mengenal Islam dan memeluk Islam nanti. Allahuma Ameen.
*Screenshot hina Arunakiri Nathan terhadap Islam & orang Melayu yang sekaligus menjawab penipuan beliau kononnya beliau sayang orang Islam dan Melayu dan cinta semua agama.
*Boleh tonton video rakaman Pertama > https://bit.ly/2CmEqPu dan videa kedua > https://bit.ly/2RSQm5o
mudah property 在 Iena Eliena Youtube 的評價
Memiliki sebuah rumah adalah impian setiap individu terutamanya buat mereka yang telah berkeluarga. Selain daripada faktor rekabentuk rumah serta saiz mahupun harga, faktor kemudahan dipersekitaran juga amat dititikberatkan dalam pemilihan sebuah rumah.
Buat anda yang berada di kawasan lembah klang anda boleh mendapatkan rumah idaman yang selesa, moden beserta kawasan persekitaran strategik yang menawarkan persekitaran yang selesa dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan iaitu Trion 2 by Binastra .
Binastra Land Sdn Bhd merupakan pemaju harta tanah butik yang diiktiraf kerana inovasi dan
produk serta perkhidmatan berkualiti tinggi yang ditawarkan.Binastra Land Sdn Bhd pernah dianugerahkan Multi-Award-Winning Lifestyle Developer.
Dengan berpegang pada motto "quality finishings from the start” bermaksud "penyempurnaan berkualiti dari awal", Binastra menanam budaya kecemerlangan dengan mengutamakan kualiti dalam semua yang mereka lakukan.
Menerapkan profesionalisme dan integriti yang tinggi dalam semua urusan perniagaan menjadi keutamaan. Binastra dipelopori oleh pengetahuan dan profesional yang berpandangan ke hadapan yang terus mengikuti perkembangan dengan teknologi inovatif dan kaedah pembinaan yang menjimatkan kos untuk memaksimumkan faedah kepada pelanggan .
Binastra juga memahami pentingnya mewujudkan dan mengekalkan harta yang menguntungkan dan perkongsian jangka panjang. Inilah sebabnya mengapa moto mereka "quality finishings from the start” tidak hanya berhenti dengan perkembangan pembanggunan projek mereka malah ianya lebh meluas dengan memberi kebaikan dimasa hadapan pada anda.
Setiap projek Binastra dibangunkan untuk kepuasan pelanggan sepenuhnya, Binastra berdedikasi untuk membina ruang yang memperkayakan kehidupan masyarakat dari segi persekitaran kerja, rumah yang selesa atau tempat komersial disamping itu menyediakan persekitaran gaya hidup berkualiti untuk pelanggan yang dihargai.
Trion 2 @KL by Binastra
Trion 2 merupakan Kondominium yang dibangunkan di bandar Kuala Lumpur yang berhampiran dengan pengangkutan Awam LRT dan MRT Chan Sow Lin. Dengan rekod prestasi penyempurnaan dua projek sebelumnya iaitu Citizen 2 dan Sinaran. Trion 2 dikatakan adalah harta terbaik untuk bertaruh dan pegangan bebas yang jarang berlaku pembangunan di Jalan Sungai Besi di luar Chan sow Lin.
Istimewanya lagi Trion 2 merupakan pemilikan Freehold. Bukan mudah nak cari rumah jenis kondominium yang berpemilikan freehold ni. Kondo yang Cik iena baru beli tahun lepas pun bukan freehold tau. Rasa rugi pula.Kalau rumah ni buat dulu mungkin Cik iena beli rumah ni.
Baca Selanjutnya di http://www.ienaeliena.com/2021/03/trion-2-kl-partially-furnished-condo.html
FIND ME AT
Blog : http://www.ienaeliena.com/
Instagram : https://www.instagram.com/ienaeliena/
Fanpage : https://www.facebook.com/ienaelienadotcom
Facebook 1 : https://www.facebook.com/ienaeliena
Facebook 2 : https://www.facebook.com/ienawahab
Twitter : https://twitter.com/ienaeliena
Email : iena@ienaeliena.com
#ienaeliena #malaysianblogger #lifestyleblogger #travelblogger #beautyblogger #foodblogger
mudah property 在 Begini Cara Mudah Download Lagu Youtube dengan Mp3 Juice 的八卦
Mp3 Juice adalah situs web yang memungkinkan pengguna untuk mengunduh audio dari video Youtube dengan cepat dan mudah. ... <看更多>