Sebentar lagi saya akan bertolak ke Madinah bersama ahli keluarga dan juga beberapa muallaf yang kami taja untuk menunaikan umrah buat kali pertama.
.
Jazakumullahu Khairan kepada sanak saudara yang hadir dari Melaka ke KLIA bagi mengucapkan selamat jalan. Kami akan berada di Madinah sehingga hari Sabtu sebelum bertolak ke Makkah untuk menunaikan umrah.
.
Saya juga membawa bersama ibu saya yang baru sahaja memeluk Islam bulan lepas. InshaAllah saya akan doakan agar ahli keluarga sahabat muallaf lain untuk dikurniakan hidayah oleh Allah Subhana Wa Ta’ala. Allahuma Ameen.
.
#islam #muslim #dakwah #firdauswong #multiracialrevertedmuslims #umrahmrm2019 @ Kuala Lumpur International Airport - KILA
同時也有2部Youtube影片,追蹤數超過1萬的網紅Firdaus Wong,也在其Youtube影片中提到,❗ Location: Masjid Al-Mursyidin, UPSI, Perak ❗ Perkongsian: HIJRAH SEORANG MUALLAF ? Speaker: Bro. Firdaus Wong Wai Hung ? Follow Page AskTV: htt...
muallaf 在 Firdaus Wong Wai Hung Facebook 八卦
Alhamdulilah Allahuakbar.
.
Selepas solat Maghrib, seorang gadis Cina Hong Kong sanggup menempuh rusuhan dan kesesakan lalulintas untuk bertemu dengan kami dj Masjid Ammar Siddick Radju di Wan Chai. Perbincangan kami berlangsung hampir 3 jam di mana beliau bertanyakan banyak soalan untuk mendapatkan kepastian.
.
Menurut beliau, dahulunya beliau bersekolah di sekolah Katolik dan kerana sering terdedah dengan ajaran Katolik di sekolah, maka beliau menganut agama Katolik memandangkan ramai guru dan rakan sekolahnya juga menganut Katolik.
.
Namun setelah meningkat remaja, beliau sering tertanya-tanya siapakah #jesuschrist sebenarnya? Adalah beliau ini tuhan ataupun manusia? Andai dia adalah tuhan maka kenapa tuhan begitu lemah mati disalib? Jikalau dia manusia, bagaimana kematiannya boleh menebus dosa manusia? Kenapa Adam yang melakukan kesalahan dan saya pula yang berdosa? Bukankah pepatah Cina mengatakan, ‘Yat Yan Cho Xi Yat Yan Dong’ (individu yang melakukan salah dialah yang bertanggungjawab)?
.
Maka dia mengambil keputusan untuk tidak dibaptiskan dan tidak lagi mengakui dirinya Katolik namun beliau masih mempercayai kewujudan Tuhan.
.
Beliau gemar melancong dan juga mengunjungi kelab hiburan serta meminum arak tetapi menurutnya entah kenapa secara tiba tiba dua tahun kebelakangan ini minatnya semakin pudar untuk berhibur. Selain itu beliau merasa jemu meminum arak dan di atas nasihat guru yoganya yang Belum Muslim, atas faktor kesihatan beliau berhenti memakan daging khinzir. Soalan paling penting beliau adalah;
.
‘Adalah saya telah percaya dan bersedia menjadi Muslim? Adakah Tuhan akan menerima saya? Saya risau saya tidak dapat menjadi Muslim yang sempurna.’
.
Lalu saya menjawab dengan bertanya soalan;
.
‘Anda mempunyai alasan yang cukup hari ini untuk tidak berjumpa dengan kami. Anda sanggup mengharungi perjalanan yang jauh, risiko rusuhan & sekatan jalanraya polis demi hadir bertemu kami. Apakah orang yang tak percaya dan tidak bersedia sanggup melakukan seperti anda?’
.
Beliau menggelengkan kepalanya sambil berkata;
.
‘Saya berkata kepada diri saya tadi sebelum keluar dari rumah, walau apapun, andai terpaksa mati sekalipun, saya nak jumpa anda juga hari ini untuk mendapatkan jawapan dan membuat keputusan.’
.
Saya menyambung jawapan saya lagi,
.
‘Tahukah kamu Allah berfirman (dalam hadis Qudsi) iaitu apabila kita berjalan kepadaNya Allah akan berlari kepada kita? Seperkara lagi Nabi Sallalahu Alaihi Wasalam bersabda bahawa apa yang kita buat, buat yang terbaik. Sebagai muallaf, buat yang terbaik dan berubah secara berperingkat. Berubah dan maju walaupun 1mm setiap hari dan selepas 10 hari anda akan maju 10mm. Ya 1mm sehari di sisi manusia bukan tidak nampak tetapi Allah nampak dan tahu kemampuan kita. Buat yang terbaik untukNya.’
.
Alhamdulilah akhirnya beliau dengan rela hati mengucapkan;
.
“ASH-HADU ALLA ILAHA ILLALLAH, WA ASH-HADU ANNA MUHAMMADAR RASULULLAH.” (Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad adalah pesuruhNya)
.
Barangsiapa yang ikhlas mencari nescaya akan dikurniakan hidayah oleh Allah Subhana Wa Ta’ala. InshaAllah sahabat kita di Islamic Union of Hong Kong 香港伊斯蘭聯會 akan terus membimbing beliau. Doakan agar beliau dikurniakan kekuatan berhadapan dengan kehidupan sebagai seorang Muslim dan doakan juga agar kita dan zuriat keturunan kita menjadi asbab hidayah buat manusia lain. Allahuma Ameen.
.
#islam #muslim #dakwah #firdauswong #multiracialrevertedmuslims #firdauswonghongkong #iuhk
muallaf 在 Facebook 八卦
[Adakah Yang Lebih Dayus?]
.
Ahad lepas saya bertemu dengan seorang muallaf wanita berhadapan dengan pelbagai trauma dalam perkahwinannya.
.
Sebelum perjumpaan dengan beliau, saya telah diberikan taklimat ringkas oleh sahabat saya tentang latar belakang kesnya. Namun setelah pertemuan & melihat bukti perbualan WhatsApp & gambar, saya hanya mampu beristighfar. Ini bukan kes pertama yang kami kendalikan tetapi setakat ini antara yang paling teruk. Kenapa?
.
Bayangkan setelah beberapa minggu perkahwinan mereka, si suami telah berlaku curang dengan ‘berbulan madu’ dengan kekasih gelapnya. Yang uniknya, dia pandai berkata-kata dan wanita ini kekal dalam perkahwinan sehingga mereka memiliki cahaya mata.
.
Tidak cukup dengan itu, wanita ini kerap dipukul di suami yang dayus dan dipaksa mengambil pinjaman bank & Ah Long yang beliau berjanji akan bayar tetapi akhirnya tidak membayarnya. Wanita ini terpaksa membayar lebih RM10,000 sebulan untuk bunga sahaja tetapi si suami masih enggan melepaskannya dan terus menerus menekannya untuk mengambil pinjaman baru dari Along.
.
Beliau pernah mendapatkan bantuan seorang pelampau liberal dan kemudian diminta ke sebuah gerakan feminis untuk mendapatkan bantuan namun syukur Alhamdulilah, individu dan gerakan itu tidak follow up sangat kesnya.
.
Beliau mengatakan beliau sebenarnya tidak mahu berjumpa pelampau liberal itu tetapi terdesak dan tertekan yang menyebabkan beliau terpaksa berjumpa dengannya. Syukur di sebalik kedayusan si suami, tidak terlintas di hatimu untuk murtad kerana dia tahu Islam menitikberatkan hak wanita sedangkan kedayusan suami adalah kegagalan di suami mengamalkan Islam.
.
Kami telah berjanji untuk membantunya berbincang dengan Ah Long dan menyelesaikan kes rumahtangganya di mahkamah dengan menyediakan khidmat guaman secara percuma.
.
Buat sahabat yang mempunyai kes begini atau mempunyai kenalan yang berhadapan dengan isu sebegini, boleh hubungi kami di legal@my-mrm.org atau wasap.my/601110500414 dengan nama penuh & butiran kronologi lengkap kes bagi memudahkan komunikasi.
.
Doakan kami di Multiracial Reverted Muslims - MRM dapat membantu seramai yang mungkin. Sahabat mahu memperkasakan usaha MRM membantu lebih ramai individu seperti muallaf wanita ini? Boleh salurkan sokongan anda ke;
MAYBANK
Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor
5648 1052 0353
muallaf 在 Firdaus Wong Youtube 的評價
❗ Location: Masjid Al-Mursyidin, UPSI, Perak
❗ Perkongsian: HIJRAH SEORANG MUALLAF
? Speaker: Bro. Firdaus Wong Wai Hung
? Follow Page AskTV: https://www.facebook.com/AskTVi/
••••••••••••••••••••••••••••••••••
MAYBANK
Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor 5648 1052 0353
AFFIN ISLAMIC
Kuala lumpur and selangor multiracial reverted muslims
1065 8000 9580
CIMB ISLAMIC
Mrm Consultancy and Services
8600 38 9006
BANK RAKYAT
Kuala Lumpur And Selangor Multiracial Reverted Muslims
1109 6100 1084
Contact us at 034144 3300/05/15 , for monthly contribution.
Share and Spread, May Allah Accept Our Good Deeds.

muallaf 在 Firdaus Wong Youtube 的評價
Apakah panggilan yang sesuai untuk mereka yang kembali kepada Islam? Muallaf? Convert ataupun Revert? Dapatkan jawapan dalam video ini.

muallaf 在 Muallaf (2008) - IMDb 的相關結果
Muallaf : Directed by Yasmin Ahmad. With Leysha Al-Yahya, Sharifah Amani, Ning Baizura, Rahim Razali. Two sisters run away from an abusive father and come ... ... <看更多>
muallaf 在 #muallaf hashtag on Instagram • Photos and videos 的相關結果
39K Posts - See Instagram photos and videos from 'muallaf' hashtag. ... <看更多>
muallaf 在 Muallaf - Wikipedia 的相關結果
Muallaf is a 2008 Malaysian drama film directed by Yasmin Ahmad. It tells a tale of three souls finding solace in religion. This is Yasmin Ahmad's fifth ... ... <看更多>