Seperti yang diumumkan sebelum ini, MOSTI menerusi Institut Genom Malaysia (MGI) akan mengoperasikan sebuah Makmal Bergerak Biokeselamatan Tahap 3 (BSL3) bagi membantu Kementerian Kesihatan (KKM) menjalankan ujian diagnostik COVID-19.
BSL-3 yang kini ditempatkan di Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK), Sungai Buloh merupakan salah satu makmal Biokeselamatan Tahap 3 yang mampu digerakkan ke lokasi-lokasi bagi membantu KKM melaksanakan ujian.
Hanya tiga orang kakitangan yang boleh bertugas pada satu-satu masa di makmal ini kerana ruang yang terhad, di samping mereka hanya dibenarkan berada di ruang makmal tidak melebihi empat jam disebabkan tekanan udara di dalam ruang ini berlainan dengan persekitaran luar.
Setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan khususnya kepada para petugas MGI dan MOSTI amnya, atas usaha ini. Semoga usaha kita semua dipermudahkan dan dipeliharaNya.
mosti malaysia 在 Khairy Jamaluddin Facebook 八卦
Petang tadi saya telah menyaksikan demonstrasi secara telesidang, prototaip robot MCK19 iaitu sistem robot penghantaran bagi kegunaan hospital untuk membantu petugas barisan hadapan menjalankan urusan penghantaran makanan dan ubat-ubatan kepada pesakit dalam siasatan (PUI) COVID-19 di hospital.
Robot ini boleh menampung muatan sehingga 300 kilogram menggunakan rak yang tersedia serta boleh dinavigasi secara automatik. Sekiranya berkesan serta dapat mengurangkan bebanan petugas barisan hadapan ketika ini, penghasilan robot ini akan diperluaskan untuk kegunaan hospital-hospital lain dalam tempoh terdekat ini.
Robot MCK19 ini merupakan kolaborasi strategik yang diwujudkan secara bersama antara MOSTI, KKM, MITI, Malaysian Technology Development Corporation (MTDC), Universiti Teknologi Malaysia (UTM); Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) dan DF Automation & Robotics Sdn. Bhd. - syarikat tempatan dalam ekosistem MTDC.
mosti malaysia 在 Khairy Jamaluddin Facebook 八卦
Semalam, suatu mesyuarat di antara MOSTI, Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah diadakan bagi membincangkan tentang potensi pendekatan 'diplomasi sains' antara Malaysia dengan negara-negara yang sedang membangunkan vaksin COVID-19.
Diplomasi sains ini antara lain adalah untuk memastikan Malaysia berada dalam kedudukan terbaik untuk menjadi di antara negara terawal yang mempunyai akses kepada vaksin COVID-19 apabila ia terhasil kelak.
Beberapa negara telah dikenal pasti akan menjadi tumpuan utama dalam diplomasi sains ini memandangkan negara-negara tersebut telah mencapai tahap yang lebih ke hadapan dalam pembangunan vaksin COVID-19.
Namun begitu, Malaysia akan terus juga menerokai peluang diplomasi sains dengan negara-negara yang lain memandangkan buat masa ini tiada lagi vaksin yang benar-benar berkesan dalam mengubati COVID-19.
Diharapkan usaha-usaha yang akan dijalankan ini mampu memberikan hasil yang memberangsangkan dalam usaha negara memerangi wabak COVID-19 ini.
mosti malaysia 在 Customer Testimonial – MOSTI Malaysia x Sangfor HCI 的八卦
The Ministry of Science, Technology, and Innovation (# MOSTI ) is a leading # Malaysian ministry focused on research and development, aimed to ... ... <看更多>