"Auntie sayang awak tau, Linda", kata Melissa Saila tadi buat Linda bertambah sedih. Sebab tu lah Linda jemput auntie ke pembukaan restoran hari tu dia tak dapat datang. Dia sakit. Kalau tak, mesti dia datang. Auntie Mariani, I love u so much and u r so kind. Auntie suka nasi ayam Linda :-( Dikebumi sebelah Allahyarhamah Saloma dan Allahyarham P. Ramlee. I will miss u Auntie Mariani. Semoga rohmu dicucuri rahmat. Ameen. Alfateha. #HeroinLabuLabi #Manisah
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過62萬的網紅Bryan Wee,也在其Youtube影片中提到,...
manisah 在 Facebook 八卦
Cikgu Manisah: Sekarang murid-murid, saya mulakan dengan Pakcik Mat. Pakcik Mat cuba sebutkan perkataan ini.
Pakcik Mat : Alif, Ya, Mim... Buaya
Cikgu Manisah: Bukan buaya. Alif, Ya, Mim... Ayam.
Pakcik Mat: Oh, ayam. Pakcik pikir buaya."
Kita berkumpul lagi pada malam Rabu ini bersama saya dan Master Yus untuk sama-sama membuat ulangkaji apa yang telah dipelajari dalam sesi The Protege.
Ingat lagi dialog diatas dalam filem Pendekar Bujang Lapok lakonan Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee dan Roseyatimah? Begitulah juga keadaannya kita pada masa ini. Dalam sesi The Protege, kami telah berkongsi semua ilmu yang diperlukan untuk menjadi seorang pelabur dan pedagang yang bijak dan bertakwa. Tetapi untuk menjadi seorang pelabur dan pedangan yang berjaya, perlukan usaha yang berterusan untuk lebih faham ilmu yang telah dipelajari.
Kenapa Pakcik Mat masih mengulangi kesilapan walaupun telah belajar mengeja perkataan tersebut. Mungkin kerana kurang tumpuan pada sesi pembelajaran atau kurang membuat ulangkaji. Dan Pakcik Mat hanya menganggap apa yang diejanya betul yang akhirnya membuka dirinya kepada risiko kesilapan yang berterusan.
Untuk terus berjaya dalam apa jua yang kita lakukan. Kita hanya perlu ikut apa yang dikongsikan oleh guru, ulang lagi dan lagi sehinggalah kita mampu untuk berdiri sendiri. Belajar dari kesilapan dan uruskan risiko dengan ilmu.
Kita dah belajar apa yang perlu untuk menjadi pelabur dan pedagang, tugas selanjutnya adalah untuk mencantumkan teknik-teknik yang telah dipelajari untuk menjadi satu ilmu yang kukuh yang dapat membantu kita untuk melayari lautan pasaran saham. Jangan kenal erti puas dan jangan kenal erti mengalah.
Semoga belajar sesuatu dari sesi malam ini. Minggu depan kita jumpa lagi.
'Sah, Selamat, Mudah, Patuh Syariah'
#AlumniTheProtege
#SahamIsCool
manisah 在 Facebook 八卦
PROGRAM LAWATAN ZIARAH KASIH DAN PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM MEJAR JENERAL TUNKU ISMAIL IBNI SULTAN IBRAHIM, TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI BULAN MEI 2021 DAERAH PONTIAN.
Yang Berbahagia Tuan Haji Mohd Rafi Bin Abdullah, Pegawai Daerah Pontian Mengadakan Lawatan Ziarah Kasih Kepada 6 Buah Keluarga Yang Kurang Bernasib Baik Di sekitar Daerah Pontian.
1. Penerima Pertama Adalah Puan Maslina Bte Misman Merupakan Seorang Ibu Tunggal Yang Berusia 44 Tahun Mempunyai 4 Orang Tanggungan Keluarga, Tiada Pekerjaan & Alamat Rumah Beliau Di Kampung Parit Serom Mukim Benut.
2. Penerima Kedua Adalah Encik Paiaman Bin Isnin Yang Berusia 66 Tahun Mempunyai Tanggungan 4 Orang Ahli Keluarga. Beliau Juga Merupakan Pesakit Kencing Manis & Kecacatan Kaki Yang Dipotong. Beliau Juga Tidak Mempunyai Pekerjaan & Rumah Beliau Di alamat Kampung Parit Madirono, Mukim Benut.
3. Penerima Ketiga Adalah Puan Manisah Binti Unin Merupakan Ibu Tunggal Yang Berusia 54 Tahun Mempunyai 4 Orang Tanggungan Ahli Keluarga. Tahap Kesihatan Beliau Juga Tidak Begitu Baik Mempunyai Sakit Kronik Buah Pinggang, Kencing Manis, Saraf, Darah Tinggi & Masalah Jantung. Alamat Rumah Beliau Terletak Di Kampung Parit Serom, Mukim Benut.
4. Penerima Keempat Adalah Encik Aruman Bin Rohani Yang Berusia 54 Tahun Serta Mempunyai Tanggungan Seramai 5 Ahli Keluarga. Rumah Beliau Yang Beralamat Rumah Kampung Parit Haji Yasin,Mukim Sungai Pinggan. Tahap Kesihatan Beliau Tidak Begitu Baik Iaitu Lumpuh Anggota Badan Kanan Disebabkan Pendarahan Di Otak Sebelah Kiri.
5. Penerima Kelima Adalah Puan Fikriyah Binti Hassan Yang Berusia 38 Tahun & Mempunyai 2 Orang Tanggungan Ahli Keluarga Yang Beralamat Rumah Di Kampung Parit Terus,Benut Mukim Sungai Pinggan. Beliau Juga Mempunyai Kadar Kesihatan Yang Kurang Baik Iaitu Mempunyai Penyakit Hyper Thyroid,Asma,Darah Tinggi,Sukar Untuk Bernafas Dan Sakit Jantung Yang Kurang Stabil Yang Menyebabkan Keadaan Kakinya Yang Agak Lemah.
6. Penerima Keenam Adalah Puan Shahidatul Akhmar Binti Saaidi Yang Berusia 33 Tahun & Mempunyai Tanggungan 6 Orang Ahli Keluarga Yang Terletak Di Rumah Sewa Belakang SK Seri Kembar,Benut.Beliau Mempunyai Seorang Tanggungan Anak Yang Mempunyai Kesihatan Jantung Yang Tidak Begitu Baik Iaitu Muhammad Rayyan Riffki Bin Mohd Rizal Yang Berusia 14 Tahun.
Tuan Pegawai Daerah Pontian Juga Berkesempatan Menyampaikan Kurniaan Daripada DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor Kepada Setiap Keluarga Tersebut Bagi Bulan Mei 2021 Serta Bungkusan Sumbangan Berupa Barangan Keperluan Asas.Semoga Kurniaan Sumbangan Ini Juga Dapat Meringankan Beban Keluarga Ini.
Turut hadir : Ketua Penolong Pegawai Daerah Pontian,Barisan Pegawai Pejabat Daerah Pontian, Pegawai Baitulmal MAIJ Daerah Pontian, Pegawai JKM Pontian, Serta Penghulu Mukim & Ketua Kampung Yang Terlibat.