[ 4 PERKARA SUNAT DILAKUKAN SELEPAS AKAD NIKAH ]
Mendirikan rumahtangga yakni berkahwin adalah perkara yang dituntut dalam Islam. Selain memenuhi tuntutan fitrah, ganjaran pahala yang besar menanti apabila kita menghalalkan ikatan antara lelaki dan perempuan. Sekiranya anda akan bernikah tidak lama lagi, kami kongsikan 4 perkara sunat dilakukan selepas sah akad nikah perkahwinan.
1. Solat Sunat Selepas Akad Nikah
Lafaz Niat : “Usolli sunnata ba’dan nikahi rak’ataini lillahi Ta’ala”
Maksud: Sahaja aku solat sunat sesudah nikah dua rakaat kerana Allah Ta’ala
Rakaat pertama : Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Kafiruun.
Rakaat kedua : Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Ikhlas.
Membaca doa selepas salam.
2. Sujud Syukur
Lafaz Niat : ” sahaja aku sujud syukur kerana Allah Taala”
Takbiratul ihram iaitu mengangkat tangan sebagaimana takbir dalam solat.
Sujud sebanyak 1 kali.
Membaca doa seperti yang biasa dibacakan dalam solat.
Memberi salam.
3. Si suami meletakkan tapak tangan diatas ubun-ubun isteri lalu membacakan doa
“Ya Allah, aku memohon kepada-Mu dari kebaikannya dan kebaikan apa yang Engkau tetapkan kepadanya, dan aku berlindung kepada-Mu dari kejahatannya dan kejahatan yang Engkau tetapkan padanya. Ya Allah berkatilah isteriku ini atasku dan lindungi dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya.” (Riwayat Abu Daud).
4. Ister bersalaman dengan suami sambil mencium tangan suami lalu mengucapkan 2 kalimah syahadah
Ini adalah 4 perkara sunat dilakukan sejurus anda berdua sah diijabkabul sebagai suami isteri. Namum berhati-hati, anda tidak digalakkan untuk mencium ubun-ubun isteri kerana ia adalah acara dalam agama lain. Selalunya, saudara-mara yang akan mengarahkan pengantin lelaki mencium isteri dan anda haruslah menolaknya dengan berhemah.
Semoga 4 perkara sunat ini dibuat ye selepas majlis akad nanti. Jangan lupa share kepada pasangan dan rakan-rakan.
同時也有15部Youtube影片,追蹤數超過54萬的網紅Budiey Channel,也在其Youtube影片中提到,Follow Instagram: @budiey http://youtube.com/budiey27 - Click to Subscribe! http://budiey.com - Visit My Blog! http://facebook.com/BudieyDotCom - Bec...
「lafaz akad nikah」的推薦目錄:
lafaz akad nikah 在 Afiatul Salsabiila Facebook 八卦
Seribu perasaan gugup, takut, risau, sayu, pilu, huhu... Allah bagi peluang untuk aku bertenang untuk ucapkan satu lafaz sahaja maka... kesayangan Bengah dan seluruh alam ni nampak akad nikah tadi SAH sudahnya Cik Bunge menjadi isteri kepada Abang Yang Penyayang.. 🌸
#HZxNM
#AbangYangPenyayang
lafaz akad nikah 在 Afiatul Salsabiila Facebook 八卦
“SUAMI INGAT TAK BULAN NI APA YANG ISTIMEWA?” 🙂
.
Pertanyaan Cik Bunge pada Bengah macam ada yang tak kena.. sebab semua jawapan yang diberi telah dijawab SEMUA SALAH! 🤔
.
Bulan ni banyak hari yang istimewa.. siaran rancangan masakan Bengah dan Cik Pia akan keluar tv esok, harijadi Bengah pon dalam bulan ni.. pelik? Apa lagi hari yang istimewa??? kita baru baik demam ni dia boleh bagi soalan untuk kita berfikir pulak! 🤔😂 malas la nak fikir!
.
Muka Cik Bunge pon berubah.. tengah dating ni macam nak tak nak je muka nya. Serba tak kena dating harini... bila dapat jawapan hari apa yang paling istimewa untuk dikenang pada bulan ni ialah.. esok hari ulang tahun perkahwinan kami yang ke-2 😊
.
Isteri, suami tak lupa.. Orang lelaki ni dia tak ingat tarikh tapi dia akan ingat kejadian hari tersebut. Suami ingat.. sewaktu akad nikah tu dengan sekali lafaz kita jadi suami dan isteri yang sah. 🥰
.
Terima kasih isteri jaga suami masa sakit sehingga sembuh.. harini nak bagi dia hadiah isteri tak nak pulak. katanya tengok baju dan barang baby dulu.. begitulah kehidupan 😬
.
#HZxNM
#AbangYangPenyayang
#DahPutihPonPakaiBedak
lafaz akad nikah 在 Budiey Channel Youtube 的評價
Follow Instagram: @budiey
http://youtube.com/budiey27 - Click to Subscribe!
http://budiey.com - Visit My Blog!
http://facebook.com/BudieyDotCom - Become a Fan!
http://twitter.com/budiey - Follow Me!

lafaz akad nikah 在 Budiey Channel Youtube 的評價
Dengan sekali lafaz, vokalis kumpulan Slam, Zamani Ibrahim, 48, sah bergelar suami kepada wanita pilihan hatinya, Nur Juliana Abdul Rani, malam tadi (Jumaat), 20 September 2019. Isteri Zamani, Nur Juliana yang kini berusia 36 tahun itu dinikahkan di dalam satu majlis tertutup yang sederhana tapi cukup bermakna.
BACAAN LANJUT: https://www.budiey.com/sekali-lafaz-zamani-slam-kini-sah-bergelar-suami-kepada-nur-juliana/
https://instagram.com/budiey - Follow My Instagram
http://youtube.com/budieychannel - Click to Subscribe!
http://budiey.com - Visit My Blog!
http://facebook.com/BudieyDotCom - Become a Fan!
http://twitter.com/budiey - Follow Me!

lafaz akad nikah 在 Budiey Channel Youtube 的評價
Dengan sekali lafaz, pelakon, Tasha Shilla sah bergelar isteri kepada Muhammad Atiq Idris, seorang pakar kewangan pada majlis ringkas yang diadakan di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, jam 10 pagi di tanggal 27 Febuari.
https://instagram.com/budiey - Follow My Instagram
http://youtube.com/budieychannel - Click to Subscribe!
http://budiey.com - Visit My Blog!
http://facebook.com/BudieyDotCom - Become a Fan!
http://twitter.com/budiey - Follow Me!
