John Myung? #sexyasiansolobassspanking
同時也有3部Youtube影片,追蹤數超過25萬的網紅H.J.Freaks,也在其Youtube影片中提到,The Dance of Eternity - Dream Theater ジョン・マイアングさんのコスプレしてみた 全然似ていない(涙) ================================= 【H.J.Freaksの使ってる機材】 ・Bacchus Handmade Guitars...
「john myung」的推薦目錄:
- 關於john myung 在 H.J.Freaks Facebook
- 關於john myung 在 H.J.Freaks Facebook
- 關於john myung 在 Firdaus Wong Wai Hung Facebook
- 關於john myung 在 H.J.Freaks Youtube
- 關於john myung 在 H.J.Freaks Youtube
- 關於john myung 在 Toey Guitar rist Youtube
- 關於john myung 在 John Myung | Dream theater, Bassist, Guitar hero - Pinterest 的評價
john myung 在 H.J.Freaks Facebook 八卦
John Myung? #sexyasiansolobassspanking
john myung 在 Firdaus Wong Wai Hung Facebook 八卦
Senarai Agama Yang Mengaku “Jelmaan Jesus Akhir Zaman” Di Malaysia
Banyak media yang menfokuskan kepada gerakkan ajaran sesat dalam Islam yang mana ada individu pernah mengaku sebagai imam Mahdi, rasul melayu dan sebagainya. Akan tetapi tahukah kita bahawa di Malaysia ini sudah banyak agama-agama baru yang mula masuk dan bertapak membawa ideologi yang hampir sama iaitu mengajar bahawa pimpinan mereka itu adalah jelmaan Jesus di akhir zaman.
Ini kerana di dalam Bible terdapat ayat yang mengatakan, pada akhir zaman Tuhan (Jesus) akan turun ke bumi buat kali kedua antaranya disebut dalam Matius 24: 44, Ibrani 10: 25, Wahyu 20: 22. Dari ayat tersebut maka ramai individu di dalam Kristian yang mendakwa diri mereka adalah Jesus kedatangan kedua di dunia. Jika mahu disenaraikan ia terlalu banyak, cuma saya akan fokuskan skop gerakkan yang telah masuk di Malaysia sahaja:
1) Unification Church (1954)- Korea Selatan
Unification Church adalah sebuah gerakkan agama dari Korea Selatan yang diasaskan oleh Sun Myung Moon. Sun Myung Moon mendakwa dirinya adalah jelmaan Adam ketiga dan Isterinya Hak Ja Han adalah Hawa ketiga. Mereka sinonim dengan gelaran Heavenly Parent atau True Parent untuk memberi restu dan keberkatan kepada pasangan suami isteri di dunia ini.
Sun Myung Moon juga mendakwa dirinya adalah Jesus akhir zaman untuk menyelesaikan tugas Jesus yang dahulu belum sempurna antaranya Jesus belum berkahwin dan tidak mampu memberi restu dan keberkatan (3 great blessing) kepada umat manusia. Maka tugas itu disempurnakan oleh beliau.
Ajaran Sun Myung Moon yang pernah mendakwa sering berutus surat dan berjumpa dengan nabi Muhammad, Jesus, Buddha, Kong Fu Tze, Musa dan pelbagai lagi, sebenarnya gerakkan ini sudah tiba di Malaysia sejak tahun 1996 lagi. Mereka memiliki badan-badan pertubuhan besar yang bertapak di Petaling Jaya dengan banyak melakukan program di atas nama kepimpinan dan keamanan. Seorang warga Korea Selatan yang sudah bertapak di Malaysia menjadi wakil Juru Penyelamat Antarabangsa Malaysia yang dilantik oleh Unification Church khusus untuk Malaysia. Gerakkan ini sudah memasuki dari segenap sektor, dari sekolah rendah, Universiti dan juga ke dalam pimpinan negara.
2) Providence Church (1980)- Korea Selatan
Providence Church adalah gerakkan agama baru dari Korea Selatan juga dan ia diasaskan oleh Joshua Jung Myung Seok. Jung Myung Seok merupakan bekas ahli Unification Church akhirnya keluar dan membuat aliran sendiri.
Joshua Jung mengisytiharkan bahawa dirinya adalah “Lord of the Second Coming" (Tuhan Kedatangan Kedua) seperti yang dilakukan oleh Sun Myung Moon. Kenyataannya bahawa seseorang harus "percaya kepada kata-katanya jika mahu selamat" jelas menunjukkan bahawa seseorang perlu menerima kata-katanya sebagai jalan demi menuju keselamatan.
Ajaran ini juga sudah tiba di Malaysia dan sudah ada blog yang mempromosi ajaran ini khusus di Malaysia. Akan tetapi gerakkan ini suram dan tidak aktif disebabkan Jung Myung Seok di tahan dalam penjara dan baru dibebaskan pada tahun lepas.
3) World Mission Society Church of God (1985)- Korea Selatan
Aliran World Mission Society Church of God ini diasaskan oleh seorang wanita yang bernama Jang Gil-jah. Ajaran ini juga berasal dari Korea Selatan yang mana mereka mendakwa Pastor Ahn Sahng-hong adalah Jesus kedatangan kedua. Manakala Jang Gil-jah pula adalah God The Mother.
World Mission Society Church of God (WMSCOG) tidak mempunyai kitab suci selain Bible. Mereka hanya memakai Bible yang digunapakai oleh Kristian Protestan pada hari ini. Mereka mendakwa bahawa semua dotrin di dalam WMSCOG adalah berasaskan kepada Bible dan ia perlu dilihat kepada kaedah tafsir yang dibawa oleh Kim Joo-cheol yang merupakan pastor tertinggi mereka.
WMSCOG mengenali Ahn sebagai “Christ Anh Sahng-hong”, sebagai kedatangan kedua Kristus, ia juga Tuhan Bapa dan dikenalpasti dengan Roh Kudus. Selain itu, WMSCOG juga percaya kepada konsep Tuhan Bapa dan Tuhan Ibu, serta mendakwa bahawa kebenaran ini tersembunyi dalam penafsiran yang jelas di dalam Bible.
Gerakkan ini sudah berkembang pesat di seluruh dunia. Di Malaysia pernah timbul kontroversi di UniSZA Terengganu pada tahun 2017 berkenaan dakyah mereka di Universiti tersebut. Mereka berkembang di Kolej dan Universiti yang majoriti cina. Apabila pihak kami menghubungi pihak WMSCOG di Petaling Jaya mereka mengatakan memiliki 15 buah gereja di seluruh Malaysia.
4) The Church of Almighty God (1991)- China
Gerakkan Church of Almighty God ini juga merupakkan aliran baru yang mendakwa seorang wanita cina dari China adalah jelmaan Jesus akhir zaman. Pengasas kepada gerakkan ini adalah Zhao Weishan. Ramai yang mendakwa bahawa wanita misteri itu adalah isteri kepada Zhao Weishan yang bernama Yang Xiangbin.
The Church of Almighty God percaya bahawa tuhan yang maha kuasa adalah Jesus yang dikembalikan pada zaman kini dan dilahirkan di negara China, sebuah negara yang menurut mereka ia simbolik kepada masa kini tempat di mana Naga Merah jahat berada. Kisah berkenaan Naga Merah itu disebut dalam Perjanjian Baru, buku Wahyu. Naga Merah yang jahat itu disimbolikkan dengan Parti Komunis China dan di mana ia tempat kedatangan kedua Jesus.
Menurut kepercayaan The Church of Almighty God, sekarang ini adalah zaman umat manusia fasa ketiga iaitu zaman pemerintahan (kerajaan). Fasa pertama adalah Zaman Hukum yang mengikuti Perjanjian Lama (zaman nabi Musa). Manakala fasa kedua adalah Zaman Rahmat yang bermula dari kelahiran Jesus sehinggalah zaman sebelum lahirnya tuhan yang mahakuasa di China pada abad ke 20. Setelah itu zaman ketiga adalah zaman tuhan dari China akan membawa kepada zaman pemerintahan.
Gerakkan agama Church of Almighty God di Malaysia masih lagi berada di fasa awal. Mereka sudah memiliki wakil penghubung di Malaysia. Jika menghubungi wakil tersebut maka dia akan serahkan kepada individu lain yang akan membuat perjumpaan secara berkumpulan di tempat yang akan ditentukan dan di situ akan disampaikan ajaran keagamaan tersebut. Majoriti mereka adalah dari masyarakat cina.
Usaha mereka sangat besar dan meluas. Jika dikatakan mereka mahu menyebarkan agama ini kepada orang melayu, mereka sudah memiliki bahan yang sudah tersedia di dalam bahasa Indonesia yang memiliki banyak laman sesawang di dalam bahasa Indonesia. Penulisan artikel dan video sudah siap diterjemahkan ke dalam bahasa Indonesia.
5) Church of Jesus Christ of Latter Day (1830)- USA
Mormon atau dikenali sebagai Church of Jesus Christ of Latter Day merupakan sebuah gerakkan keagamaan di USA yang diasaskan oleh Joseph Smith. Perkataan Mormon asalnya diambil daripada nama salah seorang rasul terdahulu yang diimani oleh penganut ajaran ini. Nama itu juga diberi bersempena kitab suci mereka iaitu Kitab Mormon. Berdasarkan nama tersebut agama mereka dinamakan sebagai Mormonisme.
Kes berkenaan dengan ajaran ini berlainan sedikit, Joseph Smith tidak mendakwa dirinya sebagai jelmaan Jesus kedua tetapi beliau mendakwa telah bertemu dengan Jesus dan John The Baptist secara jaga di US dan diberi mandat untuk menjadi rasul akhir zaman untuk membimbing umat Kristian akhir zaman.
Smith mendakwa beliau telah dikunjungi oleh malaikat Moroni dan beliau dikhabarkan tentang kewujudan kitab Mormon yang merupakan kitab suci tambahan selain Bible. Setelah itu Smith juga mendapat arahan daripada Tuhan menyuruhnya untuk mewujudkan semula gereja Kristian yang sebenar dan Kitab Mormon tersebut merupakan panduan dan cara-cara untuk mewujudkan doktrin yang betul untuk memulihkan gereja. Bagi Smith, gereja pada hari ini sudah menyeleweng dari ajaran Jesus yang asal. Mormon juga membawa kepercayaan yang bukan triniti tetapi tiga Tuhan. Iaitu Tuhan Bapa, Jesus dan Roh Kudus sebagai individu yang berasingan.
Aliran ini telah berkembang di seluruh dunia. Pada tahun 1977, dua orang misionari kanan mereka ke Malaysia. Mereka berusaha membina gereja LDS pertama di Malaysia di pinggir bandar Kuala Lumpur. Keanggotaan gereja mereka pada awalnya terdiri dari warga negara Amerika, Australia yang bekerja di negara ini dan juga masyarakat kaum Cina di Malaysia.
Setelah itu mereka juga telah membuka gerja mereka di Sabah dan Sarawak. Dan kini jumlah keahlian mereka telah mencecah 10,000 orang.[1] Mereka memiliki gereja di Malaysia antaranya berada di Pulau Pinang, Johor Bahru, Melaka, Selangor, Kuala Lumpur, Sabah dan Sarawak.
Kesimpulan
Ajaran baru yang memiliki individu klaim dirinya sebagai jelmaan “Jesus akhir zaman” semakin merebak. Malah mereka sudah mensasarkan Malaysia untuk menyebarkan fahaman mereka. Walau mereka mendakwa diri mereka adalah dari Kristian tetapi ramai agamawan Kristian yang menentang aliran-aliran tersebut.
Selain dari cabang-cabang ini, kami juga memiliki hampir 30 buah lagi agama baru yang sudah ada di Malaysia. Jika sahabat-sahabat memiliki maklumat berkenaan dengan gerakkan ini maka bolehlah hubungi kami untuk berkongsikan maklumat.
--------------
[1] Lihat Bradford Hillam di laman sesawang The Church of Jesus Christ of Latter-day Saints, Newsroom, Facts and Statistics; Worldwide church; Asia; Malaysia - mormonnewsroom.org
R&D Team MRM
john myung 在 H.J.Freaks Youtube 的評價
The Dance of Eternity - Dream Theater
ジョン・マイアングさんのコスプレしてみた
全然似ていない(涙)
=================================
【H.J.Freaksの使ってる機材】
・Bacchus Handmade Guitars
http://www.deviser.co.jp/BacchusGuitars
・Willows guitar
http://willowsguitar.com
・Vivie Effectors
http://vivieef.base.ec/
サンプル動画:https://youtu.be/tM4LkgLMUHY
・Bandcamp(デジタル音源)
https://hjfreaks.bandcamp.com
【Support H.J.Freaks】
http://ko-fi.com/hjfreaks
【Twitch broadcasting】
https://twitch.tv/hjfreaks_bass
毎週 火、金 23:00から
john myung 在 H.J.Freaks Youtube 的評價
次回は多分、ドリーム・シアター Dream Theater song bass cover
by HJon Myung
john myung 在 Toey Guitar rist Youtube 的評價
แฟนเพจ เต้ย สายบ้า
https://www.facebook.com/%E0%B9%80%E0%B8%95%E0%B9%89%E0%B8%A2-%E0%B8%AA%E0%B8%B2%E0%B8%A2%E0%B8%9A%E0%B9%89%E0%B8%B2-285896158696217/inbox/?fb_dtsg_ag=AQyrerC-NwtFMnbUOE_g5_ZFvSDa6LXjiCCisr1cXEyvtg%3AAQxIlfi41e2FvCcGx3hwLN8qv0c-wcgridaIuTSkc7eCGQ&jazoest=28232
เฟสส่วนตัว Toey Pongsatorn
https://www.facebook.com/profile.php?id=100006313205454
้เฟสส่วนตัว มุ้ย Muy https://www.facebook.com/muybi
john myung 在 John Myung | Dream theater, Bassist, Guitar hero - Pinterest 的八卦
Apr 24, 2015 - Dream Theatre's Bassist Extraordinaire: John Myung. ... <看更多>