Aghori: Kumpulan Hindu Mistik
Aghori adalah sekumpulan aliran (mazhab) Shaiva Sadhus dalam Hinduisme. Mereka sinonim dengan duduk dan menetap di atas tanah tanpa ada pelapik. Mereka sering membakar abu-abu pembakaran mayat dan akan tampal pada badan mereka. Selain itu mereka juga menggunakan tulang dari mayat manusia untuk dibuat perhiasan sebagai cawan tengkorak yang seperti Shiva, Kali dan dewa-dewa Hindu yang sering digambarkan secara simbolik memegang atau menggunakannya. Golongan Aghori mereka menfokuskan penyembahnya kepada dewa Shiva.
Kebanyakkan Aghori mereka membina komuniti yang kuat di luar bandar. Mereka sangat sinonim dengan pengamalan bomoh dan juga pemujaan untuk kekuatan penyembuhan dengan mengamalkan ritual mistik.
Sejarah Aghori
Tebing Sungai Ganges di India Utara adalah salah satu tempat paling suci dan terkenal untuk menunaikan ibadat bagi penganut agama Hindu, selain itu ia juga terkenal dengan nama Varanasi atau Benares. Ia dianggap sebagai metropolis bagi budaya, rohani dan agama di utara India buat selama ratusan abad. Menurut sejarah Benares, bandar ini dirujuk sebagai Kasi atau Kashi yang membawa maksud "yang bercahaya" sebagai simbolik utama kota yang mempunyai seni dan kebudayaan. Ia juga dipercayai bahawa kota ini dicipta oleh dewa Shiva, yang merupakan dewa pemusnah alam semesta dalam kosmologi Hindu.
Di tempat inilah merupakan pusat dan tempat kelahiran aliran Aghori. Walaupun ianya adalah kota suci untuk berjuta-juta pengunjung yang mandi di sungai Ganges. Ia juga dianggap sebagai bandar yang tercemar dan terkotor, seperti yang diperhatikan dari amalan dan ritual pengikut Aghori.
Dalam konteks ini, falsafah dan sejarah mazhab Aghori dapat dikenal pasti, mereka mengakui diri mereka sebagai penyembah dewa agama Hindu iaitu Shiva. Oleh itu, pusat utama aliran Aghori adalah Benares, di mana Samadhi (kubur) Kina Ram, seorang pertapa Aghori yang dikatakan hidup sekitar 150 tahun pada separuh kedua abad ke 18 M, dan diakui sebagai jelmaan (avatar) Shiva. Candi Kina Ram yang dibina di situ dianggap oleh pengikut mazhab Aghori sebagai pusat paling suci.
Melangkah lagi ke dalam sejarah mazhab Aghori, dipercayai bahawa kaum India Kapalika Utara adalah pengasas mazhab tersebut. Kumpulan-kumpulan keagamaan ini muncul di antara abad ke-7 M hingga ke-12 M dan mengamalkan konsep antinomian (bebas dari peraturan dan hukum sosial) sebagai satu cara untuk membebaskan jiwa.
Istilah Kapalika berasal dari perkataan Kapalin atau orang yang membawa tengkorak. Menurut Lorenzen di dalam kajiannya New data on the Kaplaikas menyifatkan Kapalin sebagai “individu yang bersama tengkorak dan tongkat, hidupnya seperti peminta sedekah, dan hanya memakan sedikit makanan".
Kaum Kapalika tidak tersenarai di dalam organisasi berstruktur kerana mempunyai harta benda yang sekadar sahaja dan menjalani kehidupan secara bersendirian. Oleh itu, keturunan atau warisan mereka masih kekal misteri, membiarkan ahli sejarah terus berspekulasi tentang asal-usul dan sifat mazhab ini. Melalui dasar keagamaan dan falsafah mereka di Advaita Vedanta, Aghori mengikuti cara hidup yang monist (teori bahawa segala perkara berasal dari realiti yang satu). Advaita adalah pemikiran non-tradisi falsafah Vedanta yang menekankan kesatuan jiwa individu, Tuhan, dan alam semesta.
Dalam erti kata lain, inti dari falsafah Advaita adalah percaya dan menerima Brahman (pencipta) dan Atman (jiwa) sebagai identiti yang satu. Menurut falsafah Advaita, tidak ada perbezaan antara Tuhan dan manusia, diri dan lain-lain, baik dan buruk, atau kesucian dan kekotoran. Mereka semua adalah Brahman, dan dunia ini adalah satu-satunya ramuan ilusi yang realiti.
Ritual Aghori
Aghori mempunyai upacara atau ritual tertentu untuk mencapai peringkat spiritual yang tertinggi, dan supaya mereka lebih dekat kepada Tuhan. Tujuan utama dalam ritual-ritual yang diamalkan mereka adalah untuk memisahkan diri mereka daripada dunia dan untuk menyatukan diri dengan Tuhan. Antaranya:
1. Shava Sadhana – Bermeditasi di hadapan mayat
Ritual ini disifatkan sebagai ritual yang agak sukar dan rumit untuk dilaksanakan. Aghori perlu memilih bangkai mayat yang tertentu dan meletakkan mayat (dan juga abu mayat) di dalam satu lingkaran serta melakukan meditasi di kawasan tersebut.
2. Menyapu abu mayat
Mereka juga sering menyapu abu mayat ke atas tubuh mereka, sebagai simbol bahawa mereka tidak takut kepada kematian.
3. Amalan pemakanan
Mereka mempunyai amalan untuk makan daging manusia yang mentah, dan ia merupakan satu lagi peringatan bahawa tidak terdapat perbezaan antara daging yang baik atau buruk, daging manusia atau binatang. Perbezaan seperti itu hanya akan mewujudkan jurang perbezaan antara segala ciptaan tanpa sebarang manfaat dalam perkembangan rohani jiwa manusia. Oleh kerana mahu menghilangkan wujudnya jurang itu maka mereka memakan daging-daging tersebut.
Mereka juga menganggap makan najis, kencing dan daging mentah sama ada dari sumber haiwan atau manusia sebagai satu ritual. Selain itu, setiap makanan yang dimakan oleh Aghori perlulah menggunakan tengkorak sebagai ‘mangkuk’ atau ‘pinggan’ mereka.
4. Menghisap ganja dan minum alkohol
Menghisap ganja atau Marijuana serta minum alkohol umumnya dilakukan secara meluas oleh golongan Aghori untuk mencapai peringkat para Dewa. Khayalan dan halusinasi yang diakibatkan oleh ganja tersebut dikatakan membuatkan mereka naik ke peringkat spiritual yang lebih tinggi.
Svoboda di dalam bukunya Aghora: At the left hand of God menerangkan: “Apabila seorang Aghori mengambil banyak minuman keras dia merasa seperti memberitahu semua orang yang dia jumpai, "Tinggalkan aku sendirian!" Dan jika ia menutup dirinya dengan abu dan bertelanjang dan berteriak-teriak dengan kata-kata yang keji, tiada siapa yang mungkin akan mendekatinya, dan dia boleh berada bersendirian sepanjang hari. Inilah salah satu sebab Aghoris bertindak seperti yang mereka lakukan.”
5. Hubungan Seksual - Mereka juga mempercayai bahawa mengadakan hubungan seks dengan wanita yang sedang haid adalah untuk membangkitkan kekuatan supernatural di dalam diri mereka.
Kesimpulan:
Aghori adalah suatu kelompok yang mistik dengan ritual keagaman yang dilihat ke arah karnibal dan dianggap ganjil oleh ramai pengkaji. Selain itu, mereka juga dianggap sebagai kelompok yang memiliki kepakaran seperti menyembuhkan penyakit dan juga mahir dalam selok belok alam perbomohan. Imej mereka juga dilihat berbeza sedikit dengan aliran agama Hindu yang lain kerana mereka memiliki identiti kemistikan mereka tersendiri.
Rujukan:
[1] Veena Nagaraj, Unraveling the Mystique Behind the Arghoris, Hinduism Now, Issue 5 Vol. 1, July 2016.
[2] https://fractalenlightenment.com/13606/culture/an-aghoris-path-to-enlightenment.
[3] Barrett, R. L. (2002). Aghor medicine: Pollution, power, and healing in Banaras, Northern India. Dissertation Abstracts International, 63(07). (UMI No. AAT3058994).
[4] Lorenzen, D. (1989). New data on the Kaplaikas. In A. Hiltebeital (Ed.), Criminal gods and demon devotees: Essays on the guardians of popular Hinduism. New Delhi, India: Manohar Publishers.
[5] Parthasarathy, A. (1995) Vedanta treatise. Malabar Hill, Mumbai, India: Vedanta Life Institute.
[6] Gupta, R. P. (1993). The politics of heterodoxy and the Kina Rami ascetics of Banaras. Dissertation Abstracts International.
[7] Svoboda, R. (1986). Aghora: At the left hand of God. Las Vegas, NV: Brotherhood of Life.
R&D Team Multiracial Reverted Muslims
同時也有214部Youtube影片,追蹤數超過1萬的網紅Firdaus Wong,也在其Youtube影片中提到,Tetamu Masjid China menampilkan Bro. Firdaus Wong sebagai pengacara program di mana beliau akan melawat masjid-masjid sekitar China serta berinteraksi...
hinduism 在 Firdaus Wong Wai Hung Facebook 八卦
SURAT TERBUKA KEPADA Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao (MCCBCHST)
Saya terbaca satu laporan di portal Free Malaysia Today (FMT) yang bertarikh 29 Disember 2019 4.55pm dengan tajuk utamanya; “TARIK BALIK KEBENARAN DAKWAH DI SEKOLAH, GABUNGAN AGAMA BERITAHU PUTRAJAYA”. Berikut adalah respon saya kepada desakan dari MCCBCHST.
1. “Gabungan agama bukan Islam terbesar di Malaysia menggesa Kementerian Pendidikan dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) menarik balik surat kebenaran untuk menjalankan aktiviti dakwah di sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT).”
Selama ini masyarakat Malaysia hidup berpandukan ‘rule of law’ di mana Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang dipatuhi. Saya pasti MCCBCHST tahu bahawa Perkara 11 (4) Perlembagaan memperuntukkan “Undang-undang Negeri dan mengenai Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan ugama antara orang-orang yang menganuti ugama Islam.”
Ini bermaksud agama selain Islam bebas diamalkan tetapi tidak boleh disebarkan kepada orang Islam tetapi hanya agama Islam sahaja yang boleh disebarkan. Apakah pihak MCCBCHST mahu melakukan sesuatu yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dengan melakukan bantahan dan desakan ini?
Tambahan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan kenyataan bahawa program Siswa YADIM itu hanya untuk pelajar Muslim sahaja https://www.facebook.com/watch/?v=383303992478470
2. Menurut Naib Presiden MCCBCHST, RS Mohan Shan (juga Presiden Malaysia Hindu Sangam); ‘majlis perundingan itu bimbang wujud “niat tersembunyi” untuk menyebarkan Islam kepada pelajar bukan Islam.’.
Andai pihak MCCBCHST hanya sekadar berhujahkan ‘bimbang wujud “niat tersembunyi” untuk menyebarkan Islam kepada pelajar bukan Islam’, maka apakah logik yang sama boleh digunakan terhadap MCCBCHST yang mungkin juga ada “niat tersembunyi” untuk melawan Perlembagaan Persekutuan Perkara 11 (1) & (4) dan seterusnya mengerakkan usaha untuk memansuhkan kedua-dua Fasal itu (Fasal 1 & 4) dalam Perlembagaan Persekutuan?
MCCBCHST bimbangkan “niat tersembunyi” menyebarkan Islam kepada bukan Muslim tetapi bagaimana dengan “NIAT JELAS” dari ahli gabungan MCCBCHST yang di mana agama mereka meletakkan Bible di hotel dan menyebarkan Bible di taman perumahan dan malahan di sekolah! Ini antara buktinya;
> https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/07/480995/suami-isteri-disiasat-edar-risalah
> https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/11/495574/buku-berkaitan-bible-diedar-di-kawasan-tumpuan-pelancong
> https://www.penangkini.com/2016/05/kolej-swasta-di-pulau-pinang-edar-bible.html?fbclid=IwAR2v4r6U1YSxEsBAKzSJK7LFawBWnoxcI5cIuGklkVwSxKeGgq26Z0_Rz4Q
> https://melakakini.my/edar-risalah-kristian-di-masjid-selat-tindakan-tegas-akan-diambil/
> https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/11/393681/6-suspek-edar-bible-kepada-pelajar-sekolah
> https://www.agendadaily.com/Muka-Hadapan/siasatan-kes-sebar-bible-di-sekolah-bawah-kanun-keseksaan.html
😎 https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/11/397105/warga-finland-ditahan-edar-bible
Agama ahli gabungan MCCBCHST membuat sesuatu yang bercanggah dengan undang-undang negara tetapi persoalan saya adalah mengapakah MCCBCHST tidak mengeluarkan kenyataan dan amaran kepada agama ahli gabungan MCCBCHST itu atau sebenarnya MCCBCHST ini tujuannya hanyalah menyerang Islam semata mata dan apabila agama ahli gabungan sendiri melakukan sesuatu yang bercanggah dengan undang-undang negara maka anda diam seribu bahasa?
Suka saya ingatkan bahawa menurut satu laporan dari Hinduism Today (https://www.hinduismtoday.com/modules/smartsection/item.php?itemid=900), seramai 160,000 penganut agama Hindu keluar dari agama Hindu dari 1965 - 1990. Dari jumlah itu, 130,000 masuk ke agama Kristian berbanding dengan hanya 30,000 memeluk agama Islam. Presiden Malaysia Hindu Sangam (pada waktu itu), A. Subramaniam berkata;
"the greatest threat to the Hindus comes from the Tamil Methodists who train their members in the Tamil language and are therefore able to take advantage of it with freely available literature." (ancaman terbesar kepada agama Hindu datangnya dari gereja Methodists Tamil yang melatih ahli mereka dalam bahasa Tamil dan mampu mengambil kesempatan (menyebarkan agama Kristian kepada penganut agama Hindu) dengan bahan Kristian percuma).
Kenapa Mohan Shan sebagai Presiden MHS sekarang tidak seberani atau selantang A. Subramaniam tetapi memilih untuk bersuara hanya kepada Islam sahaja? Agama Kristian menyebarkan agama kepada orang asli didiamkan tetapi orang Islam berdakwah kepada kumpulan yang sama dikritik? https://www.facebook.com/FirdausWongMRM/posts/2098552586922383?comment_id=2100038470107128&comment_tracking=%7B%22tn%22%3A%22R%22%7D
Di mana prinsip MCCBCHST atau sebagaimana saya sebut tadi bahawa MCCBCHST ini hanya fokus menyerang Islam sahaja?
3. “Sekolah ialah tempat belajar dan mengajar kemahiran sewajarnya kepada kanak-kanak. Ia bukan tempat untuk menyebarkan ajaran mana-mana agama.”
Sekali lagi, di manakah suara MCCBCHST apabila Kristian menyebarkan Bible kepada pelajar di luar sekolah? https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/11/393681/6-suspek-edar-bible-kepada-pelajar-sekolah tetapi apabila SIswa YADIM ingin melakukan program HANYA UNTUK MUSLIM, MCCBCHST mengkritik pula.
Atau sebenarnya MCCBCHST ini adalah gabungan Islamophobic?
PENUTUP
Saya berharap agar mana-mana ahli gabungan MCCBCHST tidak perlu nak menentukan apa yang boleh Muslim buat dan apa yang Muslim tidak boleh buat selagi apa yang dilakukan oleh Muslim tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang negara.
Termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan hak Muslim untuk menyebarkan agama Islam kepada semua orang dan tidak perlulah MCCBCHST melakukan tindakan yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
Saranan saya agar MCCBCHST juga berbincang sesama ahli gabungan bagaimana untuk mengatasi masalah kuil haram yang dibina di atas tanah orang lain tetapi apabila pemilik tanah mahu mengambil semula, tidak mahu berganjak (https://www.malaysiakini.com/news/453853) sehingga terjadi insiden rusuhan yang mengorbankan anggota bomba, Allahyarham Adib.
Anda jaga agama anda, kami jaga agama kami. Kami amalkan agama Islam ikut ajaran Islam berpandukan Al-Quran & Sunnah dan tak perlulah MCCBCHST mengajar kami bagaimana nak beragama selagi apa yang kami lakukan selari dengan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang Malaysia.
MCCBCHST pastikan ahli gabungan MCCBCHST tidak melakukan sesuatu yang bercanggah dengan undang-undang negara dan jangan berdiam diri apabila agama ahli gabungan MCCBCHST menyebarkan agama mereka kepada penganut Hindu, Buddha dan lain-lain. Sekali lagi saya memetik kata-kata bekas Presiden MHS, A. Subramaniam;
"the greatest threat to the Hindus comes from the Tamil Methodists who train their members in the Tamil language and are therefore able to take advantage of it with freely available literature." (ancaman terbesar kepada agama Hindu datangnya dari gereja Methodists Tamil yang melatih ahli mereka dalam bahasa Tamil dan mampu mengambil kesempatan (menyebarkan agama Kristian kepada penganut agama Hindu) dengan bahan Kristian percuma).
Menurutnya, ancaman terbesar pada agama Hindu (mungkin agama dalam bagungan MCCBCHST) adalah Kristian bukannya Islam!
hinduism 在 Firdaus Wong Wai Hung Facebook 八卦
Dua bagasi dan satu kotak besar penuh dengan kitab dan buku untuk tujuan kajian dan penyelidikan kami. Hampir 100kg dan hampir RM10,000 dibelanjakan bagi tujuan ini. Kitab & buku agama Islam, Kristian, Buddhism, Taoism, Sikhism, Confucianism, Hinduism, Atheism, Agnosticism, Feminism, Liberalisme, Sekularisme, Falsafah, sejarah dunia, fakta, silang budaya dan banyak lagi.
.
Ini antara caranya sumbangan sahabat semua kami gunakan untuk dakwah & kebajikan. Hadir ke Jakarta semata-mata untuk membeli buku dan bukannya melancong. Keluar awal pagi dan balik selepas Maghrib. Itu rutin selama berada di sini. Jakarta Timur Barat Utara Selatan kami jelajahi untuk tujuan ini.
.
Semoga Allah redha dengan kami dan menerima usaha kami ini. Allahuma Ameen.
.
#islam #muslim #dakwah #firdauswong #multiracialrevertedmuslims #firdauswongjakarta @ Terminal 3 Ultimate Soekarno Hatta International Airport Gate 5
hinduism 在 Firdaus Wong Youtube 的評價
Tetamu Masjid China menampilkan Bro. Firdaus Wong sebagai pengacara program di mana beliau akan melawat masjid-masjid sekitar China serta berinteraksi dengan penduduk tempatan.
hinduism 在 Point of View Youtube 的評價
อ้างอิง
- “Significance of offering durva to Shri Ganapati” [ออนไลน์]. เข้าถึงได้จาก: https://www.hindujagruti.org/hinduism/hindu-gods/ganesh/durva [ม.ป.ป.] สืบค้น 20 ธันวาคม 2562.
- cryingtiger11. “ทำไม? ต้องใช้ “ หญ้าแพรก ข้าวตอก ดอกมะเขือ ดอกเข็ม ในพานวันไหว้ครู” กับความหมายที่ลึกซึ้งควรจดจำ..” [ออนไลน์]. เข้าถึงได้จาก: https://www.winnews.tv/news/12330 [2561] สืบค้น 20 ธันวาคม 2562.
- Dailybhaskar.com. “This is Why Lord Ganesha Loves Durva Grass So Much! Offer it on Ganesha's Idol for Good Luck” [ออนไลน์]. เข้าถึงได้จาก: https://daily.bhaskar.com/news/JM-RIT-why-ganesh-loves-durva-5442025-PHO.html [2559] สืบค้น 20 ธันวาคม 2562.
- Krvodhyaa. “Why Durva grass or Arugampul is dear to Lord Ganesha…” [ออนไลน์]. เข้าถึงได้จาก: http://storibuzz.in/why-durva-grass-or-arugampul-is-dear-to-lord-ganesha/ [2561] สืบค้น 20 ธันวาคม 2562.
- NewsGram. “The Importance of Durva Grass to worship Lord Ganesha in Hinduism. [ออนไลน์]. เข้าถึงได้จาก:https://www.newsgram.com/the-importance-of-durva-grass-to-worship-lord-ganesha-in-hinduism-read-on/ [2559] สืบค้น 20 ธันวาคม 2562.
- Ppp. “Story of Durva- The Fire Demon” [ออนไลน์]. เข้าถึงได้จาก: http://thewheeloflearning.blogspot.com/2015/10/23-story-of-durva-fire-demon.html [2558] สืบค้น 20 ธันวาคม 2562.
- Vani, Astro. “Ganesha Chaturthi - Get The Blessings of Ganesha” [ออนไลน์]. เข้าถึงได้จาก: https://www.astro-vani.com/blog/ganesha-chaturthi-get-the-blessings-of-ganesha/ [2557] สืบค้น 20 ธันวาคม 2562.
- คมกฤช อุ่ยเต็กเค่ง. “พิธีไหว้ครูดนตรีและโขนละคร : พระพิฆเนศวร์และเทวีที่หายไป” [ออนไลน์]. เข้าถึงได้จาก: https://www.matichonweekly.com/column/article_15685 [2559] สืบค้น 20 ธันวาคม 2562.
- - - - - - - - - - - - - -
ติดต่องาน : chananyatechajaksemar@gmail.com (งานเท่านั้น)
ทางไปซื้อสติกเกอร์ line http://line.me/S/sticker/1193089 และ https://line.me/S/sticker/1530409
ทางไปซื้อ วรรณคดีไทยไดเจสต์ http://godaypoets.com/thaidigest
ติดตามคลิปอื่นๆ ที่ http://www.youtube.com/c/PointofView
ติดตามผลงานอื่นๆได้ที่
https://www.facebook.com/pointoofview/
twitter @pointoofview
หรือ
IG Point_of_view_th
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
ฟัง นิทานไทย วรรณคดีไทย สนุกๆ https://www.youtube.com/playlist?list=PLfqt6BlTNYnWUtrSsqOEiTjxVsJH_WBJl
ฟังเรื่องเกี่ยวกับ รามเกียรติ์ รามายณะ https://www.youtube.com/playlist?list=PLfqt6BlTNYnXfrgoQ5GVLgbjpzgOWplHi
Help us caption & translate this video!
https://amara.org/v/C2teQ/
hinduism 在 Firdaus Wong Youtube 的評價
#FirdausWongWaiHung #Dakwah #MultiracialRevertedMuslims
❗ Ramasamy Panggil Zakir Naik "Syaitan"
? Speaker: Bro. Firdaus Wong Wai Hung
? Follow Page AskTV: https://www.facebook.com/AskTVi/
=============================
== BELI BUKU@BUY BOOKS ==
http://shop.askislam.my/index.php?route=product/product&path=166_169&product_id=318
=============================
For Donation Purposes, Below is our organization account:
MAYBANK Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor
5648 1052 0353
AFFIN ISLAMIC Kuala lumpur and selangor multiracial reverted muslims
1065 8000 9580
CIMB ISLAMIC Mrm Consultancy and Services
8600 38 9006
BANK RAKYAT Kuala Lumpur And Selangor Multiracial Reverted Muslims
1109 6100 1084
Contact us at 034144 3300/05/15 , for monthly contribution.
Share and Spread,
May Allah Accept Our Good Deeds.
hinduism 在 Hinduism - Origins, Facts & Beliefs - HISTORY 的相關結果
Hinduism is the world's oldest religion, according to many scholars, with roots and customs dating back more than 4,000 years. ... <看更多>
hinduism 在 Hinduism | Origin, History, Beliefs, Gods, & Facts | Britannica 的相關結果
Hinduism, major world religion originating on the Indian subcontinent and comprising several and varied systems of philosophy, belief, and ritual. ... <看更多>
hinduism 在 Hinduism - Wikipedia 的相關結果
Hinduism (/ˈhɪnduɪzəm/) is an Indian religion and dharma, or way of life. ... It is the world's third-largest religion, with over 1.2 billion followers, or 15–16% ... ... <看更多>