Pelajar Melayu digantung diploma 2 tahun hanya kerana berswafoto di majlis konvokesyen. Setahu saya, tiada ahli politik buat bising dan membangkang apatah lagi dari DAP! (Terdapat dua versi berita iaitu (1) Digantung > https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2015/05/17/pelajar-selfie dan versi kedua adalah beliau tidak digantung tetapi cuma perlu memohon maaf dalam masa seminggu > https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2015/05/17/graduan-selfie-tak-digantung)
Pelajar Cina biadap memprotes di majlis konvokesyen, dipuji melangit sebagai ikon kebebasan bersuara dan ahli politik terutamanya dari DAP backup. Mahu protes tiada masalah tetapi ada masa dan tempatnya tetapi kebiadapan pelajar itu dijustifikasi oleh orang lain bagi dirinya.
Apa yang kita nak ajarkan kepada pelajar kita? IQ tinggi EQ rendah? Is ok untuk biadap tak bertempat?
Apakah apa yang Melayu buat akan jadi rasis dan dikutuk dan bukan Melayu buat itu semua hak dan dijustifikasi?
Suspek LTTE ditahan, ahli politik DAP terus menyucikan dan mengatakan member mereka tak bersalah dan digesa terus dibebaskan. Suspek ISIS dan Daesh ditahan dari kalangan Melayu & beragama Islam, ada ahli politik DAP mengesa dibebaskan?
Saya bukan ahli politik cuma pendakwah. Saya berkongsikan senario berdasarkan pengamatan berdasarkan apa yang telah & sedang berlaku lalu saya kongsikan di ruangan ini untuk kita fikirkan.
Saya dilahirkan Cina bukan pilihan saya dan saya bersyukur atas pilihan Allah menjadikan saya Cina. Saya beragama Islam di atas pilihan sendiri dan saya bersyukur kerana dikurniakan hidayah.
Saya dilahirkan di Malaysia bukan pilihan saya tetapi saya bangga menjadi rakyat Malaysia secara pilihan dan maka saya bersuara mahukan keamanan yang dikecapi selama ini berkekalan.
Cara mudah, salahkan semua pada satu parti politik tetapi suka saya ingatkan diri dan semua, majoriti kerusi parlimen masih milik Ahli Parlimen Bumiputera beragama Islam!
Yang memimpin selama ini juga Melayu & beragama Islam. Anda tidak perlu bersetuju dengan apa yang saya kongsikan.
Sebagai seorang Muslim berbangsa Cina, saya ada pandangan saya tentang apa yang dikongsi dalam Kongres Maruah Melayu. Saya akan nukilkan di lain waktu.
Ada hikmahnya di sebalik semua ini. Kalau masih belum sedar lagi, dengarkanlah sabda Nabi Sallalahu Alaihi Wasalam; ‘seorang yang beriman tidak akan dipatuk oleh ular yang sama dari lubang yang sama buat kali kedua’.
Fikir-fikirkanlah....
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過62萬的網紅Bryan Wee,也在其Youtube影片中提到,...
daesh 在 Firdaus Wong Wai Hung Facebook 八卦
Siti Aisyah dipenjara 5 tahun kerana memiliki bahan berkaitan ISIS/DAESH manakala 2 pertuduhan memiliki bahan LTTE ADUN DAP dibatalkan tanpa sebarang sebab! Wow...
Jangan lupa kes menunjukkan isyarat lucah oleh Siti Kasim juga dibatalkan tanpa sebarang pendakwaan dulu.
daesh 在 Firdaus Wong Wai Hung Facebook 八卦
Ke hadapan YB Khalid Samad, Menteri Wilayah Persekutuan,
Saya sangat tertarik dengan ‘cicipan’ YB di mana YB menyifatkan tindakan Peguam Negara sebagai berani dan tepat dengan mengugurkan kes 12 suspek LTTE yang majoritinya adalah ahli dan penyokong DAP, rakan sekutu anda.
Tidak cukup dengan itu, YB mengatakan suasana ini dikelirukan oleh Melayu dan Muslim kumpulan kanan terlajak. Di sini saya ingin mengajak YB untuk berfikir (jikalau YB mahu berfikir),
1. Kerajaan Malaysia di bawah pemerintahan BN telah menyenaraikan kumpulan LTTE ini sebagai pengganas sejak 12 November 2014. Waktu itu YB masih pembangkang tetapi apakah YB dan DAP terutamanya membangkang penyenaraian ini?
2. Pada bulan Oktober 2019, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan 12 suspek LTTE di bawah SOSMA dan pada 14 Oktober 2019, Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir mempertahankan tindakan polis dan juga berpuas hati dengan bukti yang ada pada polis sebelum membuat tangkapan.
Apakah YB sekarang mengatakan Tun Mahathir itu sebagai Melayu dan Muslim kumpulan kanan terlajak atau YB ini terlajak menjadi khadam siapa?
3. Pada 22 Feb 2020, Menteri Dalam Negeri mengatakan Peguam Negara tiada hak masuk campur dalam penyenaraian LTEE sebagai kumpulan pengganas. Apakah YB sekarang mengatakan Tan Sri Muhyiddin Yasin sebagai Melayu dan Muslim kumpulan kanan terlajak atau YB ini khadam terlajak?
4. Yang paling banyak membantah penahanan suspek ini adalah DAP, rakan sekutu YB dan yang mengizinkan penahanan ini adalah PM & Menteri Dalam Negeri tetapi nampak YB lebih senada dengan DAP berbanding dengan PM & Menteri Dalam Negeri?
5. Kenapa YB & DAP tidak mendesak Peguam Negara membebaskan suspek IS & DAESH dengan alasan yang sama diberikan Peguam Negara?
6. YB adalah ahli parlimen Shah Alam yang majoritinya adalah Melayu Muslim dan saya percaya majoriti pengundi YB di Shah Alam menyokong tindakan kerajaan menahan suspek LTTE tetapi kenapa YB lebih senada dengan DAP berbanding dengan suara rakyat yang sepatutnya diwakili oleh YB?
Saya musykil, YB ini wakil rakyat Shah Alam atau wakil parti DAP? Bukankah wakil rakyat sepatutnya bersuara bagi pihak rakyat yang diwakili kerana merekalah yang memenangkan YB?
PENUTUP
Banyak dasar kerajaan di bawah PH yang saya sokong tetapi kerana pandangan dan kritikan saya terhadap beberapa isu menyebabkan saya dituduh sebagai anti kerajaan.
Banyak dasar yang diputuskan kerajaan yang saya sokong tetapi ditentang DAP & tentangan DAP kerana mendapat sokongan YB Amanah! Tun M kata Dong Jiao Zong rasis, Menteri Agama dari Amanah kata tidak rasis. Penahanan penyokong kumpulan pengganas LTTE disokong oleh PM & Menteri Dalam Negeri tetapi ditentang oleh DAP dan YB Khalid Samad dari Amanah.
Apakah saya akan diserang penyokong Amanah kerana memberikan komentar ini? Tidak mengapa. Sering saya disapa ahli dan beberapa pucuk pimpinan Amanah di akar umbi yang mereka tidak mahu dinamakan dan mereka melahirkan kekecewaan terhadap beberapa pendirian Menteri kabinet dari Amanah yang lebih pro-DAP berbanding dengan pro kerajaan.
Ya mungkin mereka itu tidak mewakili semua sebagaimana saya tidak mewakili semua orang. Tetapi saya tahu, mereka yang objektif akan melihat teguran saya secara objektif walaupun pahit ditelan.