Secara peribadi saya sebagai seorang rakyat Malaysia merasakan ada sesuatu yang sangat tak kena.
Dua buah sekolah Cina menerima peruntukkan lebih RM20juta oleh Timb Menteri Pendidikan yang berbangsa Cina dan tidak banyak bunyi berbanding dengan apabila Menteri Pendidikan berbangsa Melayu bercakap sesuatu isu tentang dasar kebangsaan tetapi yang dijadikan tajuk berita adalah pasal kasut dan sebagainya.
Menurut kebiasaan yang saya ketahui, sumber kewangan SJKC adalah amat kukuh dengan sumbangan dari pelbagai pihak korporat Cina dan syarikat arak untuk mereka sebab itu banyak SJKC ini yang kemudahannya adalah jauh lebih selesa dan lengkap berbanding dengan Sekolah Kebangsaan. Betulkan saya kalau saya salah.
Apakah rasional peruntukkan lebih RM20juta hanya kepada dua buah SJKC sedangkan dengan jumlah yang sama, berapa banyak sekolah daif di pedalaman boleh diperbaiki untuk keselamatan dan keselesaan pelajar?
Sejak dulu lagi saya konsisten mengatakan tiada keperluan Sekolah Vernakular dan pelajar wajib menghadiri Sekolah Kebangsaan bagi memupuk perpaduan menerusi pergaulan sekaligus meningkatkan kebolehan bertutur bahasa Melayu pelajar bukan Melayu.
Saya sokong saranan DSAI untuk pelajar Melayu belajar bahasa Cina kerana negara China antara negara kuasa ekonomi besar dunia tetapi saranan juga perlu diberikan kepada pelajar bukan Melayu untuk menguasai bahasa Melayu demi perpaduan menerusi persefahaman satu bahasa.
Apabila program Siti Kasim dibatalkan dulu, Menteri Komunikasi & Multimedia arah Bernama beri penjelasan tetapi apabila temuramah penganjur Bahaya Islam Liberal di Kelantan dibatalkan, Menteri sama diam seribu bahasa.
Menteri sama pada 27/9/2018 mengatakan CEO baru Bernama akan diumumkan minggu depan yang ramai menjangkakan adalah bekas editor akhbar milik DAP, The Rocket iaitu Wan Hamidi tetapi hari ini 20/10 masih tiada laporan siapa CEO baru Bernama atau ada arahan tidak dilaporkan dahulu?
Entahlah. Ini pandangan menerusi pemerhatian saya yang tak seberapa dan senantiasa terbuka untuk diperbetulkan. Memberikan pandangan atau kritikan tidak semestinya memusuhi tetapi sebagai warganegara yang prihatin.
同時也有2部Youtube影片,追蹤數超過54萬的網紅Budiey Channel,也在其Youtube影片中提到,Follow Instagram: @budiey http://youtube.com/budiey27 - Click to Subscribe! http://budiey.com - Visit My Blog! http://facebook.com/BudieyDotCom - Bec...
「dsai」的推薦目錄:
dsai 在 Firdaus Wong Wai Hung Facebook 八卦
[Kepentingan Rakyat Atau Kepentingan Diri?]
1. Parti PH desak Tun M tentukan masa dan tarikh serahkan jawatan PM kepada DSAI.
2. Muafakat Nasional & BN, sokong Tun M terus jadi PM.
3. TUN M LETAK JAWATAN!
4. PH desak Tun M terus menjadi PM tanpa had waktu. Untuk kebaikan rakyat dan negara, kata mereka.
5. Muafakat Nasional & BN sokong Tun M jadi PM. Untuk kebaikan rakyat dan negara, kata mereka.
6. SELEPAS JUMPA YDPA. Muafakat Nasional & BN berkata; “Tarik balik sokongan pada Tun M. Bubarkan Parlimen. Kembalikan kuasa kepada rakyat” *Penambahan:- Kerana tidak mahu DAP dalam kerajaan maka dicadangkan dibubarkan parlimen.
7. SELEPAS JUMPA YDPA. PH calonkan DSAI sebagai PM bukan lagi Tun M. Untuk rakyat juga katanya.
KESIMPULAN MUDAH
Kedua-dua pihak menyokong Tun M kononnya untuk rakyat dan negara tetapi sebenarnya agar masing-masing mendapat kuasa atau terus berkuasa.
Ungkapan keputusan mereka adalah demi kebaikan dan kepentingan rakyat hanyalah ungkapan apabila gagal mendapat majoriti membentuk kerajaan.
Yang menipu ditipu dan yang ditipu juga menipu tetapi yang terus menerus ditipu tertipu adalah rakyat marhaen yang nama kita digunakan.
Demi kepentingan rakyat atau sebenarnya adalah untuk kepentingan sendiri?
Wahai politikus Muslim, ingatlah sabda Nabi Sallalahu Alaihi Wasalam ini;
“Seseorang yang diberi amanah oleh Allah untuk memimpin rakyat, lalu mati pada hari kematiannya ketika sedang MENIPU rakyatnya, maka Allah mengharamkan baginya syurga.”
[HR Muslim]
Kepada rakyat marhaen; dengarlah nasihat Nabi Sallalahu Alaihi Wasalam;
“Fitnah akan terjadi. Pada ketika itu seorang yang duduk lebih baik daripada orang yang berdiri. Orang yang berjalan lebih baik daripada orang yang berlari. Sesiapa yang terdedah kepada fitnah itu, ia akan mampu menghancurkannya. Barangsiapa mampu mendapat tempat perlindungan, maka hendaklah dia berlindung di situ."
[HR Bukhari]
Semoga kita semua dilindungi dari fitnah yang sedang melanda. Allahuma Ameen
dsai 在 Pakar diari hati Facebook 八卦
Tahniah diucapkan kepada DS Anwar Ibrahim yang baru sahaja mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9 sebentar tadi.Dengan begitu berakhirlah sudah penantian lebih 20 tahun untuk menduduki kerusi Perdana Menteri Malaysia.
Berkat kesabaran beliau menghadapi fitnah,diaibkan,ditroll disosial media,didera,dipenjara,ditumbuk,disepak dan diterajang,akhirnya pada hari ni telah terukir sejarah baru buat kita semua beliau adalah Perdana Menteri baru Malaysia Tahniah Datuk Seri!
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
Contoh ucapan Tahniah kalau DSAI jadi PM ke-9, buat siap2 tak kalut..
dsai 在 Budiey Channel Youtube 的評價
Follow Instagram: @budiey
http://youtube.com/budiey27 - Click to Subscribe!
http://budiey.com - Visit My Blog!
http://facebook.com/BudieyDotCom - Become a Fan!
http://twitter.com/budiey - Follow Me!
![post-title](https://i.ytimg.com/vi/jFNyOxuLDpM/hqdefault.jpg)
dsai 在 Budiey Channel Youtube 的評價
Follow Instagram: @budiey
http://youtube.com/budiey27 - Click to Subscribe!
http://budiey.com - Visit My Blog!
http://facebook.com/BudieyDotCom - Become a Fan!
http://twitter.com/budiey - Follow Me!
![post-title](https://i.ytimg.com/vi/xTG45unIjxA/hqdefault.jpg)
dsai 在 DSAI Students - YouTube 的八卦
![影片讀取中](/images/youtube.png)
NTU SCSE - DSAI Programme 2020 · [Zoom] SEAMEO-AUS EduLink Webinar on ePortfolios in Education (Thu2Jun 3.30-5pm) · Cal Poly Spring Commencement ... ... <看更多>
dsai 在 DSAi – The Australian Data And AI Podcast Host - Pinterest 的八卦
Jan 20, 2021 - Podcast: DSAi – The Australian Data And AI Podcast Host: Mark Monfort Category: Science Sub-Category: Mathematics & Data, Non-Profit, Tech & ... <看更多>