Gambar yg aku post tadi, aku amati dan tiba-tiba mencurah-curah airmata aku apabila membayangkan apa yg terjadi pada rakyat palestin di tebing Gaza itu. AKu cintakan keamanan, sebab tu aku cinta Malaysia ni.
Dari awal muharam aku dah tak boleh tidor malam, tiap- malam habis kerja aku di internet membaca berita mengenai saudara-saudara kita di palestin. Aku rasa sedih yg teramat sgt. melihat kematian kanak-kanak yg tak bersalah. AKU tanya perlu ke diorang ni yg menerima balasan atas perbalahan org dewasa, ketidak adilan regim zionis laknat.
Aku teringat kawanku Farhash, yg pada hari tu baru pulang dari Gaza setelah dia beberapa rakyat Malaysia lain membantu mendirikan mesjid di sana dan dia kata perasaannya sangat tenang di sana, mereka di situ hidup cara islam sebenar katanya. mereka menjaga tetamu dgn sebaik-baiknya walau pun mereka hidup dalam penuh kesusahan, mereka akan cuba memberi yg terbaik kepada tetamu yg datang kerana islam dan datang untuk membantu. Sembahyang subuh kat sana kata beliau macam sembahyang jumaat penuhnya masjid kat sana.
Tapi yang paling menyentuh aku bila beliau cerita kat aku pasal bila dia berjumpa anggota al-kassam (Mujahideen) di sana yg cakap yg dia tak perlu apa-apa bantuan dari member aku tadi cuma dia meminta agar kawan ku tadi dapat mendoakan beliau. Bukan mendoakan beliau selamat tetapi doakanlah dia dapat mati syahid dgn cepat. Si farhash ni pun cakap aku doakan jugak ia tapi aku cakap ya allah bagilah beliau mati syahid ya allah... tapi selepas dapat menikmati umur yg panjang!.. tak sampai hati katanya doakan org cepat mati.
Kanak-kanak di sana bila di tanya bila dah besar nak jadi apa, semuanya menjawab nak jadi anggota Al Kassam, semuanya nak jadi Mujahidee), kerana tugas menjaga tebing Gaza itu adalah kerja yang sangat Mulia yg bukan sesiapa suka-suka saja boleh mengambil tempat untuk menjadi Mujahideen. Farhash berkongsi bila beliau bertanya apakah dia requirement nak jadi kassam ni dia di beritahu antara minimum requirementnya adalah, 6 bulan sembahyang subuh berjemaah tak tinggal. Dan selepas tu baru dia akan DIPERTIMBANGKAN oleh Imam masjid tu samaada mereka boleh memulakan latihan untuk menjadi anggota AL Kassam.
Farhash sekarang ini sudah berada di Mesir kembali untuk cuba memberi bantuan kepada orang palestin dgn bantuan OIC. Saya minta kita mendoakan beliau dan semua rakan-rakan senegara kita yg berada di sana sentiasa di dalam keadaan selamat.
Yg kita lain-lain ni kat sini yg terbakar jiwa melihat apa yang berlaku ni kita pun boleh membantu. Ikut kemampuan kita. Kalau mampu pergi... pergilah. Kalau kita mampu berdoa-berdoalah... tapi jika boleh melakukan sesuatu yang satu dunia dapat lihat yang Malaysia ni bersatu padu menentang tindakan rejim zionis ini. Mari kita gemparkan CNN, BBC dgn berita yg Orang MALAYSIA mahukan keamanan di Palestin. jadi mereka telah semua menukar profile picture ke save gaza atau free palestin. Mari kita ajak semua kawan-kawan kita tukar profile picture kita tak kira islam tak islam.... tunjukkan suara besar perpaduan kita... pasal aku fikir, kalau kita tak bersatu... org jentik kita aje dah jahanam negara kita.... bayangkan kalau palestin tu negara kita... dan negara lain tgk je tak buat apa-apa.
Jangan berpikiran negatif, jangan troll, no matter what race, religion or political beliefs, its time to just UNITE! and just do it. We help Palestin, We help ourselves!!!!
So change all your profile pictures to free palestine , save gaza or something like that. Enroll our friends to this vision. Ajak kengkawan kita explain kat diorang semua kenapa benda ni penting untuk sejagat. Donate if possible, jika berkemampuan.
Richard Branson punya auntie apabila beliau nak pinjamkan duit kat Richard Branson masa dia mula-mula nak start business. Beliau berkata kat richard branson "Apalah fungsi wang ini kecuali untuk memenuhi impian!"
Impian kita adalah a Free Palestinian State. Free from war and Violence! so lets do it guys. Lets make this trend!!
#Malaysiansforpalestine
Sia-sia aku ada 800,000 over likes jika org yg like aku tak boleh bersama-sama buat benda ni. Tell the world that you stand for peace.
sorry kalau banyak typo jiwa agak kacau.
POWER TO THE PEOPLE.
cuba religion 在 Afdlin Shauki Facebook 八卦
Patrick Teoh adalah seorang yang sudah saya kenal lama (dahulunya berkawan dgn bapa saya dan kemudian dgn saya) dan dalam persahabatan kami, saya mendapati beliau adalah seorang yg baik hati, periang dan amat menghormati orang dari pelbagai bangsa dan agama. Jadi apabila insiden ini berlaku saya amat terkejut. Walau pun dah berberapa tahun kami tak berkomunikasi, takkan begini jadinya org yg saya kenali dulu.
Setahu saya beliau ada banyak kawan muslim, takkanlah dia tak sensitif tentang perkara ini? Basically you can say anything you want in this country but NEVER MESS with our BELIEFS. No matter what religion. Masaalahnya for Patrick, apa pun jawapan yg diberikan sekarang ini oleh beliau tak akan dapat meredakan api yg tgh membara didada setiap org islam di malaysia yg mengikuti perkembangan ini
The FACT IS WHAT HE SAID ABOUT ISLAM IS WRONG! and i think Patrick realised that now, because he has retracted the remarks and have apologised. Sadly some things can be forgiven but not easily forgotten so soon by the general public. But that is the gravity of the matter.
Bila membaca facebook patrick, saya sedar yg some people have accepted the apology , ramai yg tak accept dan itulah fitrah manusia.
Aku marah dan aku mahu penjelasan dari patrick. AKu takde masaalah untuk memaafkan dia jika dia jujur terlanjur kata. Secara jujur aku rasa patrick tak faham mengenai islam. Ramai yg bukan islam berpendapat islam ni opressive religion, kerana mungkin kita tak cuba menerangkan kepada kawan-kawan betapa indahnya islam ini.
Jika dia mahukan penerangan mengenai islam aku sanggup bawa beliau untuk jumpa ustaz-ustaz yg sanggup membantu beliau mengetahui dan memahami yg apa yg beliau kata yg muslims "has no individuality and follow like sheep? pray 5 times a day? cover all the women".....sebenarnya itu tak menjadi satu masaalah bagi kita org islam. kita tak dipaksa melakukan semua itu, sebagai org islam kita MAHU dan WAJIB mengikuti ajaran AL Quran, hadis dan sunnah.
I believe patrick made a mistake out of his ignorance of Islam. I think as muslims kita kena berkongsi dgn kawan kawan bukan islam kita tentang islam dan tunjukkan keperibadian islam sebenar. Bersabar. Tak payah celupar. pasal bukan kah itu pun haram di sisi islam. Dalam nak membuat kebaikan pun kita tak dibenarkan melakukan yg dilarang. Marah tetap marah tapi jgn sampai langgar akidah kita. itu pesan guru-guru saya.
Sila tengok video ni oleh ustaz Nouman Ali Khan tentang cara kita patut react dgn keadaan sebegini bila islam atau pun nabi Muhammad SAW di caci. SANGAT PENTING
cuba religion 在 Syed Saddiq Syed Abdul Rahman Facebook 八卦
Tak semua benda perlu dikaitkan dengan isu bangsa dan agama. Lebih lebih lagi bila bercerita tentang hal membantu rakyat susah dan membuat kebaikan.
Saya sendiri ada banyak pengalaman peribadi berkerja bersama dengan YB Steven Sim Chee Keong 沈志强 sewaktu kami berkhidmat di Kementerian Belia dan Sukan.
Sepanjang kami berkhidmat, YB Steven tak pernah sekali pun menggunakan pangkat dan kedudukan beliau untuk tujuan menyebarkan dan mempromosikan agama Kristian. Tidak pernah sekali pun YB Steven berkhidmat dengan memilih kasih tentang agama dan bangsa.
He served and worked for the people. Regardless of their background, race and religion.
YB Steven cukup giat membantu membela nasib atlet atlet Negara tanpa mengira bangsa dan agama mereka. Semua sama sahaja. Semua anak Malaysia. Semua tanggungjawab kami.
Bila saya lihat YB Steven membantu rider food panda dan memberikan laptop di kawasan beliau, saya tidak melihat seorang cina kristian cuba berdakwah. Tapi apa yang saya nampak adalah seorang manusia yang ikhlas ingin membantu rakyat yang sedang susah.
Fastabiqul Khairat. Berlumba-lumbalah dalam berbuat kebaikan. Itu yang saya sentiasa pegang.
Jadi jangan lihat pada warna kulit dan agama pemberi. Tapi lihat pada bakti dan kebaikannya. Semoga kita semua dapat belajar dari YB Steven dan terus membantu tanpa mengira bangsa.
Untuk sahabat saya YB Steven, jalan tegak! I am and will always be amazed at all your good work 💪🏼
https://twitter.com/konfemsahih/status/1382911992659267585?s=21
cuba religion 在 Religious Beliefs In Cuba - WorldAtlas 的相關結果
While the majority of Cubans are Roman Catholic, the country has a higher prevalence of irreligion than most other Latin American nations. ... <看更多>
cuba religion 在 2020 Report on International Religious Freedom: Cuba - State ... 的相關結果
The Catholic Church estimates 60 percent of the population identifies as Catholic. Membership in Protestant churches is estimated at 5 percent. ... <看更多>
cuba religion 在 • Religious affiliation Cuba 2020 | Statista 的相關結果
Religious affiliation in Cuba 2020 ; Spiritists, 16.7% ; Atheists, 3.9% ; Agnostics, 17.2% ; Christians, 61.7% ... ... <看更多>