Hari ini wesak day la.. nak pergi pos order , pejabat pos tutup.
.
.
#kurtaFateh #lengan warna #gold saya pakai size #M by @mm_adamcorrie
.
.
Kurta & baju melayu kanak-kanak & bapa insyaAllah Isnin siap. Ye lambat kan siap.. sebab PKP tak dapat dielakkan.
.
Minta maaf tak sempat reply semua msg. Nak tengok baju, size , warna boleh layari laman web. Semua details ada di laman web.
.
Nak walk in beli pon boleh
Mr & Mrs Adam Corrie
02-02-07 Aras 2
Busana@Menara Mara
Jalan Tuan Abdul Rahman
Kuala Lumpur
+60 11 5199 4518 ( 11 am - 8pm )
.
www.adamcorrie.my
#adamcorrie
同時也有174部Youtube影片,追蹤數超過72萬的網紅Warner Music Malaysia,也在其Youtube影片中提到,Lagu ini boleh didapatkan di iTunes sekarang : http://smarturl.it/akumaafkankamu Muat Turun RBT "Aku Maafkan Kamu" sekarang!! Maxis Caller Ringtones,...
bapa 在 Lee Chong Wei 李宗伟 Facebook 八卦
Walaupun saya bukan beragama Islam dan tidak berpuasa, tapi saya rasa Hari Raya mmg hari yang dinanti-nantikan oleh semua warganegara. Time sekolah baru start penggal, cikgu akan terangkan cuti-cuti perayaan dan cuti semester tahun tu. Budak-budak hafal terus tarikh Hari Raya, Tahun Baru Cina, Hari Gawai, Keamatan, Deepavali dan Christmas. Tarikh-tarikh tulah yg ada chan dibawa ibu bapa pi jalan.
Masih ingat zaman kecil-kecil, time Raya mak bapa akan bawa pi open house saudara beragama Islam dan rumah jiran-jiran Melayu. First house tu tak kisah rumah siapa, confirm ada rendang ayam, serunding, sambal sotong dan ketupat. Bestnya. Ada lagi Kuih batik! Aduhai, kluar air liur terpikir… Then petang-petang, ikut jiran Melayu main mercun. I ingat mercun Cina power, pergh melompat I tgk meriam mercun dia. Dia kata meriam dia mesti kena power sebab nak jaga maruah kampung kita! Memang seronok. Itu time dulu ya kekawan, budak-budak skarang jgn main mercun, bahaya!
Time masuk sekolah sukan, time Raya kantin akan sediakan hidangan raya special. Rombongan ramai-ramai berbaju raya serbu open house jurulatih. Itu semua kenangan terindah. I ingat masa saya belasan tahun, ada selisih faham dgn pemain Indonesia sorang. Tak sure saper betol saper salah, tapi jumpa jer di gelanggang, pandang panas jer kita dua, mmg tak puas hati. Tiba time raya, teammate nasihat I hantar mesej raya kepada dia. Saya pun msg, “Selamat Hari Raya. Macam sukan badminton, kita restart kosong-kosong pak. Maaf zahir dan batin”. Dari saat itu sampailah sekarang, kami masih berkawan baik.
Kawan-kawan semua, saya faham semua berasa sedih sebab Raya kali ini mungkin terjejas disebabkan coronavirus. Saya hanya boleh menasihatkan semua agar bersabar. Kesabaran tahun ini bakal dibalas dengan kenikmatan perayaan hari raya tahun-tahun kelak untuk anak-cucu kita, sepertimana kamu menikmati suasana raya time dulu-dulu.
Saya, Mew Choo dan dua anak lelaki ingin mengambil kesempatan ini untuk mengumpul sepuluh jari, meminta ampun serta mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua yang meraikannya. Seperti sukan badminton, kita restart ya…. Kosong-kosong.
bapa 在 Facebook 八卦
Korang tengok 2 beradik ni, bagus betul saling suap menyuap dengan penuh kasih sayang. Rezeki dikongsi bersama. Berjaya didikan ibu bapa anak ni, sejuk perut ibu mengandung kan.
bapa 在 Warner Music Malaysia Youtube 的評價
Lagu ini boleh didapatkan di iTunes sekarang : http://smarturl.it/akumaafkankamu
Muat Turun RBT "Aku Maafkan Kamu" sekarang!!
Maxis Caller Ringtones, dial *131*238806# dan tekan call/send
Celcom Call Me Tones, sila dial *888*131803# dan tekan call/send
Digi Caller Tunes, Taip CT 0137083 dan hantar ke 2000
U Mobile Colour Tones, sila dial *118*5*2*321527# dan tekan call/send
WMM Facebook : http://www.facebook.com/warnermusicmalaysia
WMM Twitter : http://www.twitter.com/wmmalaysia
-Lirik Aku Maafkan Kamu-
Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak
Atur sepuluh daktil batal yang batil
Detik dua usul ditutup satu lagi tampil
Dari halaman rusuk kiri satu susuk ganjil
Minta diisolasi dari dalil busuk jahil
Aspirasi tak serasi dengan suara bunyi
Inkarserasi dari penghuni dan keluarga bumi
Surat wasiatnya atas paksi dalam rumi
Minta dikebumikan hidup-hidup dalam guni
Mana cepat terbang atau warna gelang tangan
Buah fikiran aneh tergantung di persimpangan
Halusinasi susuli ketandusan ihsan
Ubat parut auditori kesan artileri insan
Gagal dikesan
Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku
Timbul tenggelam, timbul tenggelam
Acapkali terpendam, acapkali tersergam
Cermin muka kopak penuh bintik hitam silam
Ini bukan lagu rindu ini madah dendam
Ku ditimbang tanpa neraca di awal usia
Ku dihukum masuk neraka oleh manusia
Minta tunjuk lubang atau pintu tak dapat jawapan jitu
Jadi aku tak berganjak biarkan saja begitu
Maafkan mereka, mereka tidak tahu
Mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu
Mereka tidak fasih malah fasik guna kata
Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa
Maafkan mereka, mereka tiada nilai
Ibu bapa lalai dari kecil dah diabai
Tanpa kasih sayang, mereka suka menyakiti
Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati
Atas kepala murai sekawan
Baling ku ramit kucup lehernya
Terlalu rahi dendam di angan
Sampai terkacip mulut mahirnya
Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku
Jangan ahli sihir seru nama maharaja
Nanti segerombolan hantu bisu yang menjelma
Guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara
Kalau terpelajar sila guna hak miranda
Pura-pura dengar, telan tapi tidak hadam
Hafaz bila lafaz tapi mereka tidak faham
Mereka mula kiri, aku kanan bila baca
Sudah mahir rumi, mari tafsir alif ba ta
(Alif)
Ada teratak di hujung kampung
(Ba)
Bawah cermin kopak ada kotak
(Ta)
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak
Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak
Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku
Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak
Ternyata kamu lebih suci dari apa yang kubayangkan
bapa 在 Alieff Irfan Youtube 的評價
Why So Serious ?
Dunia ni sungguh kejam kan ? Sanggup ayah sendiri nak halang kebahagiaan anaknya
bapa 在 Alieff Irfan Youtube 的評價
Why So Serious ?
Tak salah kan kalau jatuh cinta dengan gadis kampung ?
Penaja khas : True Colours By Diva Beauty
Music :
Pernah - The Cranial Cover
Sesungguhnya Aku - The Cranial x Ariff Bahran Cover
https://www.youtube.com/channel/UCXzFRIrEOnNyIpc1YXfCFKw
bapa 在 Bapa - YouTube 的八卦
Provided to YouTube by Universal Music Group Bapa · Gurrumul Gurrumul ℗ 2008 Skinnyfish Music, under exclusive licence to Universal Music ... ... <看更多>