PERUTUSAN KETUA PEMUDA UMNO MALAYSIA
SEMPENA ULANGTAHUN UMNO YANG KE-72
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Dengan rasa penuh hiba dan tawaduk, saya ingin mengucapkan selamat menyambut ulang tahun yang ke-72 kepada seluruh ahli UMNO. Sudah pasti ini bukanlah keadaan yang saya bayangkan bagi menyambut ulang tahun parti keramat kita. Namun demikian, inilah ketentuan Allah SWT dan inilah pilihan rakyat.
Apa yang jelas ialah rakyat telah menolak Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum yang ke 14. Buat kali pertama dalam sejarah negara, BN yang ditunjangi UMNO hilang kuasa di peringkat Kerajaan Persekutuan.
Walaupun UMNO telah mendapat 47 kerusi Parlimen dan 129 kerusi Dewan Undangan Negeri, dan seterusnya tetap mempunyai tanggungjawab di kawasan-kawasan yang kita menangi, keputusan ini adalah sangat-sangat mengecewakan. Saya faham, seluruh warga UMNO sedih dan ada yang marah akan keputusan PRU-14 ini. Saya sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia, meminta maaf kepada ahli UMNO, kerana sebagai seorang pemimpin parti, saya tidak dapat membantu parti kita mencapai kemenangan pada kali ini.
Sekarang bermulalah tugas yang sangat berat, iaitu tugas untuk membina semula parti keramat kita. Saya mahu kita kembalikan UMNO kepada semangat yang asal. Di mana UMNO tidak dilihat sebagai parti yang terpisah dari rakyat, parti untuk golongan atas sahaja, parti yang tidak kisah soal integriti, parti yang dianggap bongkak dan sombong. Saya mahu UMNO kembali menjadi parti untuk orang ramai. Parti yang jaga maruah orang Melayu, yang menjaga kemakmuran bersama kaum-kaum yang lain, parti yang tidak rasis – parti yang benar-benar berjuang untuk semua lapisan masyarakat.
Untuk kita kembali kepada UMNO yang asal ini, kita mesti melalui perubahan yang besar dalam parti. Kita mesti lakukan perubahan yang tidak pernah kita fikirkan. Yang kita perlukan hari ini ialah kejujuran yang mendalam, keberanian yang luar biasa dan pengorbanan yang pedih.
Saya mengajak rakan-rakan yang ingin membina semula UMNO daripada keruntuhan yang kita lihat hari ini, untuk bersama-sama dengan saya kerana perubahan ini mesti bermula dengan serta-merta. Kita tidak boleh tangguhkannya lagi. Jasa UMNO kepada agama, bangsa dan negara terlalu besar untuk kita biar parti keramat ini musnah dan hilang selama-lamanya.
Patah sayap bertongkat paruh, namun menyerah tidak sekali. Mungkin hari ini, kita rasa sedih, kita rasa tidak berdaya, tiada sinar di hujung jalan. Tetapi kalau kita kembali ke pangkal perjuangan yang sebenar dan mendengar suara rakyat serta ahli biasa yang mahu UMNO berubah, dengan izin Allah SWT, suatu hari nanti, insyaAllah, Rajawali perjuangan akan terbang ke langit semula.
Khairy Jamaluddin
11 Mei, 2018
同時也有1部Youtube影片,追蹤數超過9,610的網紅Annur Syuhadah,也在其Youtube影片中提到,[VLOG] Sekitar Seminar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan untuk Pengamal Media di Bangunan Utama NIOSH Bangi PROGRAM KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKER...
「assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh」的推薦目錄:
- 關於assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh 在 Khairy Jamaluddin Facebook
- 關於assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh 在 Khairy Jamaluddin Facebook
- 關於assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh 在 Heliza Helmi Facebook
- 關於assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh 在 Annur Syuhadah Youtube
- 關於assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh 在 Pin on Islam - Pinterest 的評價
assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh 在 Khairy Jamaluddin Facebook 八卦
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
YAB Perdana Menteri pada 8 September lalu, telah mengumumkan peralihan Lembah Klang iaitu Selangor, WP Kuala Lumpur dan WP Putrajaya, ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan berkuatkuasa 10 September 2021.
Seperti yang dimaklumkan, antara kelonggaran yang dinikmati penduduk di negeri-negeri Fasa 2 PPN termasuklah kebenaran dine-in di premis kedai makan dan aktiviti pelancongan di dalam negeri yang sama bagi individu yang telah menerima vaksinasi lengkap.
Susulan pengumuman YAB Perdana Menteri, saya dapati ramai penduduk di Lembah Klang yang mengambil kesempatan cuti hujung minggu baru-baru ini dengan membawa keluarga, termasuk anak-anak kecil, ke pusat beli-belah dan juga berkelah di taman-taman rekreasi.
Saya faham ramai yang teruja dengan kelonggaran ini terutamanya setelah hampir tiga (3) bulan berada di dalam Fasa 1 PPN dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyeluruh sebelum itu. Bagaimanapun, aktiviti-aktiviti seperti ini pasti menyebabkan berlakunya perkumpulan orang ramai dan pematuhan SOP yang rendah.
Penting untuk saya ingatkan bahawa vaksinasi lengkap bukan alasan untuk kita leka dalam melakukan tindakan kesihatan awam kendiri seperti memakai pelitup muka, menjaga jarak fizikal dan mencuci tangan dengan kerap. Tindakan-tindakan ini kelihatan mudah tetapi ia mampu melindungi kita daripada jangkitan virus COVID-19.
Berdasarkan pemantauan dan analisa yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), situasi penularan jangkitan COVID-19 di Lembah Klang mula menunjukkan trend penurunan. Pastinya perkembangan yang positif ini akan membantu memastikan Pelan Pemulihan Negara berjalan lancar dan selamat.
Saya juga sebelum ini telah nyatakan beberapa kali tentang sasaran Kerajaan untuk mula beralih kepada fasa endemik pada akhir Oktober ini. Namun untuk merealisasikan sasaran ini, ia memerlukan kerjasama seluruh masyarakat untuk terus mematuhi SOP serta mengamalkan tindakan kesihatan awam kendiri.
Jika perkara ini gagal untuk diamalkan dan dipatuhi, kebimbangan saya adalah kita tidak akan mampu beralih ke fasa endemik, sekaligus membantutkan usaha pemulihan negara oleh Kerajaan.
Saya ingin tegaskan bahawa kejayaan untuk membawa negara keluar dari pandemik ini tidak hanya bergantung kepada usaha dan strategi Kerajaan tetapi juga sangat bergantung kepada tahap pematuhan masyarakat kepada SOP yang telah ditetapkan. Sekiranya masyarakat mengambil mudah kelonggaran yang diberikan, tidak mustahil situasi jangkitan kembali menjadi teruk.
Sehubungan itu, saya amat berharap agar seluruh masyarakat dapat memanfaatkan kelonggaran yang diberikan dan terus mengamalkan pembudayaan norma baharu dalam menjalani kehidupan seharian kita. Ingatlah, kejayaan membendung pandemik ini melibatkan penglibatan dan pendekatan menyeluruh Kerajaan serta masyarakat.
Kredit foto : Unit Fotografi, Jabatan Penerangan Malaysia
assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh 在 Heliza Helmi Facebook 八卦
IBRAH KEMATIAN YANG MEMBERI KESAN:
ADIK SYAHID & SHEA RASOL
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Ramadhan Kareem. Banyak kematian di bulan mulia tahun ni. Adakah setiap kematian memberi kesan & peringatan kepada kita? Adakah kita berfikir? Saya tidak pasti kenapa, tapi saya terpanggil untuk menulis tentang pemergian Almarhum Adik Syahid & Almarhumah Shea Rasol. Allahummagfirlahuma warhamhuma wa ‘afihima wa’fu Anhuma.
Saya yakin ramai yang terkesan dengan kematian mereka juga. Sekadar menulis untuk berkongsi rasa & pengajaran yang boleh kita fikirkan & muhasabah— tentang diri kita, tentang siapa kita, tentang tujuan kita di muka bumi Allah , tentang bagaimana agaknya pengakhiran kita;husnul khotimah (akhir yang baik) atau su’ul khotimah (akhir yang buruk). Bacaan ini agak panjang. Semoga ada manfaatnya.
ADIK SYAHID BAZLI
Bintang syurga. Gelaran yang sangat istimewa kerana anak kecil ini sememangnya istimewa & luar biasa. Ibu ayahnya juga istimewa & luar biasa. Sangat terkesan dengan cara didikan mereka buat adik Syahid yang boleh membaca &menghafal surah-surah pendek walaupun ketika sakit terlantar di hospital. Kanser bukanlah penyakit biasa-biasa. Sebagai seorang ibu, melihat anak demam pun saya tak tahan & rasa kesian─ bagaimana pula perasaan ibu ayah anak-anak kecil yang diuji dengan sakit yang kronik? Kuatnya mereka. Tabahnya mereka. Tapi seperti janji Allah─ Allah akan uji hanya dalam batasan kemampuan kita. Pasti ada rahsia dalam setiap ujianNya.
Saya belajar melihat sabar & redha seorang ayah & seorang ibu pada saat perginya adik Syahid. Ibunya yang masih boleh tersenyum ketika mendukung jenazah anaknya. Ayahnya yang kuat hatinya ketika memasukkan anak ke dalam liang lahad & menatap wajah anaknya buat kali yang terakhir. Sungguh Allah duga sebegini sebab mereka berjiwa besi. Ramai yang boleh ucapkan sabar & redha, ramai yang boleh bersabar & redha beberapa hari selepas diuji; tapi berapa ramai yang boleh sabar & redha pada saat & ketika diuji?
Apabila diberi ujian, ditimpa musibah; selalunya iman kita mudah tergelincir, emosi tak stabil, hati susah berbaik sangka. Sedangkan dalam setiap ujian, Allah mahu kita belajar & faham setiap yg berlaku adalah atas izin Allah. Allah duga sebenarnya untuk lihat adakah kita masih boleh berbaik sangka denganNya & sejauh mana hati kita percaya yang apa saja yang Allah timpakan pada kita adalah yang terbaik untuk kita? Semoga kita belajar dari adik Syahid & ibu bapanya yang terpilih.
SHEA RASOL
Tidak mengenali Almarhumah secara peribadi; tapi pemergiannya sangat memberi kesan kepada orang di sekelilingnya, keluarganya, sahabat-sahabatnya, malah ramai dari kita juga. Walaupun Almarhumah sangat dikenali semasa hayatnya, rata-rata ramai yang lebih mengenali beliau selepas kematiannya berbanding saat hidupnya. Perginya pada hari mulia hari Jumaat, di bulan paling mulia bulan Ramadhan; setelah bertarung dengan sakit berbulan-bulan. Lihatlah betapa banyak dosanya yang gugur sebelum pulang kepada Penciptanya? Betapa besarnya nilai hadiah Allah buat beliau? SubhanAllah.
Apa yang dikongsi oleh rakan-rakannya kebanyakannya mengatakan─ “she’s selfless“, “she’s adorable”, “she is a beautiful soul”, “she has a good heart”, “she’s kind”, “tak pernah menyakiti hati orang”, “sentiasa senyum”, “baik budi pekerti” dan sangat banyak yang baik-baik saja. Kematian beliau membuatkan saya muhasabah & berfikir, “She is loved. She must be special in the ‘eyes’ of Allah. How about me? Am I special enough to Him? Adakah orang di sekeliling rasa senang dengan aku?”. Pernahkah kita bertanya soalan ini kepada diri kita?
Betapa pentingnya akhlaq & budi pekerti kita sebagai orang Islam yang ingin bergelar mukmin & mukminah. Sebab itu Rasulullah saw diutus bukan saja untuk berdakwah tentang tauhid kepada Allah SWT; tapi juga untuk menyempurnakan & memperbaiki akhlaq umat manusia. Tapi lihatlah bagaimana akhlaq kita harini? Di alam realiti & di sosial media.
Jari kita lebih pantas dari nafas. Islamnya kita bukan sekadar pada amalan kita, pada ibadah kita, pada pakaian kita. Islam itu juga pada akhlaq & budi pekerti kita. Ramai boleh jaga solat; tapi tak ramai boleh jaga akhlaq. Ramai yang boleh jaga puasa; tapi tak ramai yang boleh jaga budi bahasa. Ramai yang boleh jaga pakaian & aurat; tapi tak ramai yang boleh tahan diri dari berkata kesat.
Kita manusia─ terlalu pantas menilai orang lain dari segi luaran, sedangkan dalaman & hati kita penuh tompok hitam. Kita terlalu mengharapkan kesempurnaan ada pada orang lain, sedangkan diri sendiri compang camping. Kita selalu merasakan diri kita terlalu baik, sedangkan kita tidak pasti adakah mati kita nanti akhirnya baik. Cemburulah pada mereka yang pergi dalam keadaan baik. Ambillah iktibar supaya kita berfikir. Jangan berhenti muhasabah. Jangan berhenti berhijrah. Jangan berhenti mencari Allah. Jangan berhenti untuk menjadi lebih baik dari diri kita yang semalam.
Semoga hadirnya kita memberi kesan, perginya kita dirindu-rindukan. Semoga semasa hayat kita disenangi, semasa mati kita ditangisi. Semoga bila adanya kita tidak dianggap beban, bila tiadanya kita jiwa mereka terasa hilang. Semoga hidup kita banyak bersusah payah untuk agama supaya mati kita indah & sempurna. Tak mengapa kalau kita dilihat biasa-biasa di mata manusia asalkan kita dapat meraih syurga yang penuh dengan nikmat-nikmat luar biasa.
Syurga itu mahal. Rahmat Allah tu luas. Kita tidak tahu siapa sebenarnya antara kita yang istimewa & akan dikurnia rahmat dariNya. Tidak ada siapa di dunia ni yang pegang kunci pintu syurga. Jadi, serahkan urusan menilai itu kepada pemilk syurga─ Allah. Sabarlah, redha & berlapang dada bila diuji & diduga supaya kita memperoleh pahala bersabar & sesuatu yang istimewa. Jika bukan di dunia, mungkin di sana. Janji Allah itu pasti.
Tulisan ini hanyalah sekadar peringatan buat diri sendiri yang penuh khilaf dan buat mereka yang ingin berfikir. Ilham dari Allah, digerakkan hati saya untuk dikongsi di sini─ pasti ada sebabnya. Sesungguhnya, kubur itu tempat paling paling gelap & paling sunyi─ bersediakah kita? Suatu hari, kita juga akan pergi. Bila, di mana, bagaimana— Allah saja Maha Tahu.
Allah, tuntunlah kami ke jalan pulang; dan janganlah Kau palingkan setelah Kau tunjukkan.
Maafkan saya.
Doakan saya.
– EF
*Tulisan ini saya sudah kongsikan di IIUM Confessions page, dengan harapan mesej ini sampai kepada lebih ramai hati-hati di luar sana. Moga jadi saham akhirat saya.
#muhasabaheveryday
assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh 在 Annur Syuhadah Youtube 的評價
[VLOG] Sekitar Seminar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan untuk Pengamal Media di Bangunan Utama NIOSH Bangi
PROGRAM KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAAN UNTUK PENGAMAL MEDIA
1 Nov, 2018
BANGI: Pencemaran yang berleluasa, bencana alam yang semakin kerap serta kemunculan pelbagai penyakit dan masalah mental baru merupakan antara cabaran yang perlu dihadapi pengamal media dalam era Revolusi Perindustrian Keempat (IR 4.0).
Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) Tan Sri Lee Lam Thye berkata persekitaran kerja yang berubah serta penggunaan gajet moden dan pintar juga akan menimbulkan pelbagai masalah kesihatan berkaitan ergonomik, penglihatan dan penyakit mental seperti tekanan perasaan dan kemurungan.
Oleh itu, beliau berkata organisasi media dan warga kerja mereka tidak mempunyai pilihan tetapi perlu meningkatkan aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) untuk menangani cabaran-cabaran baru ini.
Jika dilihat dari sudut positif, beliau berkata perubahan teknologi berkaitan KKP sebenarnya membolehkan organisasi media melindungi pekerja dengan lebih berkesan dan membantu mereka menjalankan tugas dengan baik.
Sebagai contoh, beliau berkat peralatan perlindungan peribadi (PPE) berteknologi tinggi mampu memberikan perlindungan yang lebih baik kepada warga media yang menjalankan tugas di kawasan berisiko seperti tanah runtuh, kebocoran gas dan runtuhan bangunan atau struktur yang lain.
"Teknologi tanpa wayar yang digabungkan dengan perisian komputer canggih dan peralatan terkini seperti dron dan alat penderiaan jarak jauh seperti satelit misalnya membolehkan warga media membuat liputan di kawasan berisiko tinggi tanpa perlu memperjudikan nyawa mereka," katanya selepas merasmikan majlis perasmian program KKP untuk pengamal media di ibu pejabat NIOSH di Bandar Baru Bangi hari ini.
Lee berkata pihak media perlu memainkan peranan mereka untuk membantu NIOSH, Kementerian Sumber Manusia dan negara mewujudkan suasana kerja selamat di mana mana kemalangan sifar boleh dicapai.
Kerjasama ini amat penting kerana statistik Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) menunjukkan bahawa kadar kemalangan di tempat kerja bagi setiap 1,000 pekerja sedikit meningkat kepada 2.93 pada 2017 berbanding dengan 2.88 pada 2016 dan 2.81 pada 2015.
Pada tahun 2006, kadarnya ialah 4.77 kemalangan bagi setiap 1,000 pekerja.
Kadar kematian perindustrian juga meningkat kepada 4.90 bagi setiap 100,000 pekerja tahun lepas berbanding 4.84 bagi setiap 100,000 pekerja pada 2016 dan 2015.
Di bawah Pelan Induk KKP 2016-2020, Kementerian Sumber Manusia telah menetapkan sasaran untuk mengurangkan kemalangan industri kepada 2.53 bagi setiap 1,000 pekerja dan kadar kematian perindustrian kepada 4.36 bagi setiap 100,000 pekerja menjelang 2020.
"Bagaimanapun jika trend sekarang berterusan, sasaran yang ditetapkan untuk kedua-dua kemalangan industri dan kematian tidak dapat dicapai pada tahun 2020," katanya.
Beliau berkata berdasarkan maklumbalas yang diperolehi NIOSH, amalan KKP yang baik di kalangan warga media masih berada di tahap minimum dan banyak yang perlu dilakukan bagi meningkatkan kesedaran mereka mengenai aspek KKP.
"Lebih mendukacitakan apabila ada pihak majikan menganggap aspek KKP ini sebagai isu remeh-temeh dan tidak bersungguh-sunguh untuk menjadikan ia sebagai amalan di organisasi media masing-masing," katanya.
Beliau menyeru organisasi media serta warga kerja mereka untuk merujuk kepada Garis Panduan untuk Profesional Media berkaitan dengan amalan kerja yang selamat yang dikeluarkan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Kementerian Sumber Manusia.
Garis panduan yang bertindak sebagai Prosedur Kerja Selamat (SOP) ini membolehkan kakitangan media dilengkapi maklumat apabila menjalankan liputan media di dalam zon berbahaya dan persekitaran yang boleh mendatangkan risiko kemalangan.
Lee berkata NIOSH bersedia bekerjasama dengan organisasi media untuk menganjur program-program latihan bagi pengamal media tempatan.
Di antara latihan yang boleh diadakan adalah seperti asas pertolongan cemas, penilaian risiko, teknik kemahiran hidup, pakaian perlindungan diri serta informasi mengenai kawasan di mana mereka akan bertugas.
TAN SRI LEE LAM THYE
Pengerusi
Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH)
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH DAN SALAM SEJAHTERA
YANG BERBAHAGIA TAN SRI LEE LAM THYE,
PENGERUSI NIOSH,
YANG BERUSAHA MEJAR BERSARA HAJI HANIF MAIDIN,
SETIAUSAHA EKSEKUTIF NIOSH,
ENCIK KHAIRUNNIZAM MUSTAPA,
PENGURUS BESAR
JABATAN PERUNDINGAN, PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN NIOSH,
ENCIK SAUPI NAZRI MAMAT,
PENGURUS KANAN
JABATAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN PEJABAT WILAYAH NIOSH,
Cik Noraita Tahir
Head of statutory inspection
DOSH johor
#mommyblogger #MalaysianYoutuber
![post-title](https://i.ytimg.com/vi/40CMrcXLsHQ/hqdefault.jpg)
assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh 在 Pin on Islam - Pinterest 的八卦
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, do you know the meaning and blessings of this greeting. Learn the pronunciation, the reply, and write in Arabic. ... <看更多>