Kenyataan media saya tentang isu doping Tai Cheau Xuen:
Saya memandang serius tuduhan penggunaan dadah ke atas atlet wushu negara, Tai Cheau Xuen di temasya Sukan Asia 2014 sehingga membuatkan atlet itu disingkirkan penyertaannya di Incheon, sementara pingat emas yang telah dimenanginya ditarik balik.
Perlu diingatkan bahawa Malaysia amat serius dan komited dalam memastikan tidak ada seorangpun atlet negara kita terlibat dalam penggunaan sebarang bahan terlarang untuk meningkatkan prestasi masing-masing.
Namun dalam kes Cheau Xuen, kita meragui bagaimana sampel air kencing atlet itu dikendalikan atau lebih tepatnya, amalan chain of custody (CoC) ke atas sampel tersebut.
Saya difahamkan sampel air kencing tersebut, berserta empat sampel lain diambil pada pukul 5.06 petang (waktu Korea) 20 September lalu di venue acara wushu dan hanya dibawa keluar dari situ pada pukul 7.15 malam (hari yang sama), untuk dibawa ke Doping Control Command Centre (DCCC).
Dokumen CoC seterusnya mencatatkan bahawa sampel itu tiba di DCCC pada pukul 11.10 pagi, dengan anggapan tarikh 21 September, memandangkan tiada tarikh dicatatkan pada sampel tersebut.
Kemudiannya, sampel tersebut dibawa ke Institut Sains dan Teknologi Korea (KIST) dan tiba ke makmal institut berkenaan pada 1.29 petang, sekali lagi dengan anggapan tarikh 21 September, memandangkan tiada tarikh yang dicatatkan.
Ketiadaan catatan tarikh ini menimbulkan tanda tanya serta keraguan terhadap kronologi perjalanan sampel berkenaan.
Jika anggapan kita tentang tarikh dan masa tersebut adalah tepat - berdasarkan maklumat yang ada – ia bermaksud sampel tersebut berada dalam simpanan selama hampir 16 jam, dari venue wushu ke DCCC.
Ini adalah sesuatu yang amat pelik dan menimbulkan kesangsian ke atas integriti CoC. Mengapa mengambil masa 16 jam?
Jikapun kita mengambil kira masa dan jarak di antara venue, DCCC dan KIST, ia masih tidak masuk akal mengapa ia mengambil masa yang begitu lama.
Jelas ia tidak disimpan di venue dan tidak juga dihantar ke KIST dengan segera. Sekiranya penganjur mengemukakan alasan ia disimpan di peti sejuk, tiada sebarang rekod yang menyatakan sedemikian.
Malaysia telah mengemukakan kesemua persoalan ini kepada panel disiplin temasya itu yang dipengerusikan oleh Tayyab Ikram. Kita juga telah menghantar surat kepada badan OCA Antidoping untuk menyuarakan ketidakpuasan hati ke atas bagaimana proses CoC dijalankan.
Lebih menimbulkan persoalan ialah dalam perjumpaan kedua dengan panel tersebut, mereka telah mengemukakan dokumen CoC berkenaan yang secara jelas telah dipinda, berbeza dengan butiran yang kita terima secara rasmi sebelum itu.
Versi dokumen yang telah dipinda itu tidak pernah dikemukakan kepada pihak kontinjen negara dan ia adalah sesuatu yang di luar kelaziman, memandangkan kita berhak mendapat maklumat sepenuhnya tentang sampel berkenaan.
Oleh itu, Malaysia akan mengemukakan rayuan kepada pihak tertinggi (Jawatankuasa Ad Hoc Court of Arbitration in Sport-CAS di Incheon) untuk ditimbang tara demi hak dan kepentingan atlet tersebut.
Kita tidak mempunyai sebarang sebab untuk mempersoalkan pengambilan sampel berkenaan ataupun kesahihan analisis oleh KIST, tetapi persoalannya adalah tentang kepincangan proses CoC yang tidak dijawab dengan sebaiknya oleh panel itu.
Dengan hal yang demikian, kita perlu mencabar keputusan Anti-Doping Rule Violation (ADRV) terhadap Cheau Xuen memandangkan terdapat kesangsian ke atas integriti proses CoC. Ini merupakan amanah serta tanggungjawab terhadap memastikan kepentingan dan maruah sukan negara terus terpelihara.
Dalam kita berjuang secara agresif memerangi penggunaan dadah di kalangan atlet, kita juga perlu memastikan agar proses CoC dilaksanakan dengan penuh integriti kerana setiap atlet berhak mendapat layanan adil dan saksama. Ini juga untuk memastikan bahawa tiada pertikaian ataupun kesangsian terhadap proses anti-doping berkenaan.
KHAIRY JAMALUDDIN
MENTERI BELIA DAN SUKAN
30 September 2014
同時也有1部Youtube影片,追蹤數超過6萬的網紅Miyako's Channel,也在其Youtube影片中提到,HALEO | BALK SPORTS クーポンコード→ tko5 https://ac-bp.catsys.jp/cl/?b_id=Q4zslcDf TSPマーク http://www.haleo.jp/antidoping/ Miyako 秋葉原・銀座でのパーソナルトレーニング、案件のお問い...
antidoping 在 Azizulhasni Awang Facebook 八卦
・・・
ANTI-DOPING
.
Pada hari kedua saya di Berlin, saya menerima kunjungan dari tetamu yang tidak di undang iaitu pegawai dari World Anti Doping Agency (WADA) untuk ‘out of competition test’ pada jam 10.00 malam. Untuk test ini, kebiasaannya mereka akan mengambil sampel air kencing dan darah untuk dihantar ke lab di Switzerland demi memastikan atlet yang di uji adalah bersih dari salah laku doping. Top elite athletes yang dipilih oleh pihak WADA dipanggil Registered Testing Pool (RTP) perlu sentiasa mengemaskini lokasi semasa (whereabout) dan pihak WADA mempunyai hak untuk datang menyergah pada bila-bila masa yang dikehendaki. Sepanjang karier profesional ini, saya sentiasa memberikan kerjasama kepada pihak WADA dan telah di uji beratus kali serta tidak pernah sekali pun mempunyai masalah salah laku Doping. Menjadi atlet bertaraf dunia bukan sahaja perlu mempersiapkan diri dari segi fizikal dengan latihan berat, malah persiapan mental juga penting untuk menghadapi situasi seperti ni. Sebagai rekod, saya pernah disergah diawal pagi juga di lewat malam, ketika bercuti dan pelbagai situasi yang kurang menyenangkan. Tetapi atas dasar professionalism dan demi memastikan ‘doping-free sport’ kerjasama harus diberikan. Di Australia, mereka mempunyai ‘awareness campaign’ tentang anti-doping ini dan ayat yang digunakan adalah amat mantap dan bersesuaian kepada pesalah laku juga kepada mereka yang ingin membuat salah laku doping ini. Ayat nya berbunyi,
.
“You can never win your reputation back”
.
#teamazizul #azizulawang
#wada #antidoping #cleansport
#lifeasanathlete @ Velodrom Berlin
antidoping 在 Karate Bro & Sis Hong Kong 空手兄妺-劉知名&劉慕裳 Facebook 八卦
Preview Screening of The Program
《禁藥謊言》優先場
講述 Lance Armstrong 服用禁藥而獲得環法七運冠 幾值得令人思考的一部戲👍LIKE👍
#viutv #體育係 #elements #thegrand #movietime #theprogram #doping #antidoping #lancearmstrong #athlete
antidoping 在 Miyako's Channel Youtube 的評價
HALEO | BALK SPORTS クーポンコード→ tko5
https://ac-bp.catsys.jp/cl/?b_id=Q4zslcDf
TSPマーク
http://www.haleo.jp/antidoping/
Miyako
秋葉原・銀座でのパーソナルトレーニング、案件のお問い合わせ
MAIL: info@gent-fitness.tokyo
LINE: https://line.me/R/ti/p/%40hwz4480e
Coralu アパレルのInstagram
https://www.instagram.com/coralu.official
Miyako→Instagram
https://www.instagram.com/miyako.610
Twitter
https://mobile.twitter.com/miyako_urban
#プロテイン #サプリ #安全
antidoping 在 台灣運動禁藥管制學會- 首頁 的相關結果
本會為依法設立、非以營利為目的之社會團體,以聯合全國運動、藥學、醫學相關人士,推廣運動禁藥管制知識,並以從事運動禁藥管制之學術研究為宗旨。 ... <看更多>
antidoping 在 中國香港運動禁藥管制機構有限公司 的相關結果
隱私權政策 服務條款 網站地圖. Copyright © 2023 Anti-Doping Organization of Hong Kong, China Limited All rights reserved. ... <看更多>
antidoping 在 財團法人中華運動禁藥防制基金會 的相關結果
地址:33325 桃園市龜山區文化一路250號電話:(03)327-3332 傳真:(03)327-3113. Email:[email protected]. Facebook. Copyright 2023 - www.antidoping.org.tw ... ... <看更多>