‘Awak ni kasar sangat, cuba contohi fulan si fulan’
.
Kita sebagai manusia mungkin mempunyai kecenderungan dan kesukaan kita yang tersendiri. Secara peribadi, selagi kecenderungan dan kesukaan kita tidak bercanggah dengan Quran & Sunnah, maka bismillah sahaja.
.
Namun jangan pula kita jadikan kecenderungan & kesukaan kita sebagai kayu pengukur mutlak akan perkara atau individu lain yang jiwa kita tidak cenderung atau suka. Suka saya kongsikan contoh;
.
Saya suka makan char kuey teow dan bagi masyarakat Melayu, char kuey teow adalah kue teow goreng basah manakala kuey teow goreng pula kering. Namun char kuey teow ala Cina ada yang rasanya lain-lain.
.
Bila saya makan char kuey teow di tempat berlainan, saya tidak membanding-bandingkan char kuey teow kerana cara masakan berlainan tetapi selagi ianya halal, Bismillah. Kalau saya rasa tak sedap & sedap itu pula subjektif, maka saya tak makan char kuey teow di tempat itu tetapi mungkin di kedai itu ada masakan lain yang saya suka.
.
Dewasa ini pula, ramai di kalangan masyarakat suka membanding-bandingkan asatizah & pendakwah dengan ayat seperti;
.
‘Awak ni kasar sangat, cuba contohi fulan si fulan’
.
‘Dakwah ni kena lemah lembut tak boleh garang sangat. Saya lebih suka fulan si fulan’
.
‘Awak ni memecahbelahkan masyarakatlah. Lihat pendekatan fulan si fulan. Semua orang suka.’
.
‘Dakwah awak ni buat orang bukan Islam marah & jauh dari Islam. Kan lebih baik awak ikut cara fulan si fulan yang lemah lembut & orang bukan Islam pun suka kepada dia.’
.
Sebagaimana saya nyatakan, tiada masalah untuk kita mempunyai kecenderungan & kesukaan namun jangan jadikan ianya sebagai kayu pengukur mutlak kebenaran kerana sebagai Muslim kayu pengukur kebenaran mutlak itu hanyalah Quran & Sunnah bukannya kita dan mana-mana individu.
.
Hanya seorang individu yang layak dijadikan contoh andai kita mahu melakukan perbandingan iaitu tidak lain tidak bukan Muhammad Ibn Abdullah Sallalahu Alaihi Wasalam! Baginda terkenal dengan sifat lemah lembutnya tetapi Baginda juga tegas dan berperang.
.
Baginda Sallalahu Alaihi Wasalam juga mempunyai sahabat Radiyallahuanhum yang mempunyai karektor yang berbeza namun tidak sesekali Baginda Sallalahu Alaihi Wasalam membanding-bandingkan cara & pendekatan setiap mereka melainkan ianya melampaui batasan Quran & Sunnah.
.
Ya Abu Bakar terkenal dengan sifat lembutnya tetapi dia juga memerangi golongan yang enggan membayar zakat! Cara Abu Bakar berbeza dengan Umar Ibn Khattab yang andai kita baca dalam Sirah, barangkali kita akan kata Umar kasar walaupun sebenarnya Umar cuma tegas.
.
Tiada sahabat yang ketika berhijrah ke Madinah berani berhijrah secara terang-terangan dan memberitahu musyrikin Makkah sebagaiman Umar berkata;
.
“Barangsiapa yang mahu isterinya menjadi balu, anaknya menjadi yatim dan ibubapanya kehilangan anak, jumpa aku di sebalik bukit itu pada waktu sekian sekian kerana aku akan pergi ke Yathrib (nama lama Madinah).”
.
Kerana ketegasan Umar maka pada zamannya Islam berkembang dengan pesat. Lain pula karektor Uthman Ibn Affan & Ali Ibn Abi Talib. Khalid Ibn Walid dikenali dengan ‘Saifullah’ (Pedang Allah) kerana kehebatannya di medan pertempuran tetapi Hassan Ibn Tsabit bukan sahaja tidak diwajibkan ke medan perang, malahan dia tidak boleh memegang senjata & akan pitam melihat darah.
.
Namun Hassan Ibn Tsabit dikenali sebagai ‘penyair rasmi’ Nabi Sallalahu Alaihi Wasalam di mana dia menggunakan bakatnya dalam syair dalam mempertahankan Islam & Nabi Muhammad Sallalahu Alaihi Wasalam.
.
Nasihat saya, tidak perlulah membanding-bandingkan kerana dakwah itu berbentuk dinamik. Andai kita masih mahu melakukan perbandingan, maka bandingkan dengan Nabi Sallalahu Alaihi Wasalam & para sahabat Radiyallahuanhum bukannya dengan mana-mana manusia yang tidak terjamin kebaikannya oleh Allah & RasulNya di dalam Quran & Sunnah.
.
Semoga Allah kurniakan kebaikan buat kita semua & Allah gunakan kita untuk agamaNya. Allahuma Ameen.
ali ibn abi talib 在 Facebook 八卦
Disebutkan oleh Nabi Sallalahu Alaihi Wasalam bahawa antara tanda akhir zaman adalah keluarnya dajjal. Apa yang saya belajari dari hadis-hadis akhir zaman ialah sesuatu yang nampak baik pada zahir belum tentu baik dan sesuatu yang nampak pada zahir tidak baik, dibenci, ditolak itu belum tentu buruk malahan adalah baik.
Baginda Sallalahu Alaihi Wasalam bersabda;
"Sungguh Dajjal akan keluar dan bersamanya ada air dan api. Apa yang dilihat manusia air sebenarnya adalah api yang membakar. Apa yang dilihat manusia api sesungguhnya adalah air minum dingin yang segar. Barangsiapa di antara kalian yang mendapatinya hendaknya memilih yang dilihatnya api, karena itu adalah air segar yang baik." (HR. Muslim No. 2935)
Apa yang saya belajari dari hadis di atas adalah peringatan dari Nabi agar kita berhati-hati dengan tipudaya dajjal yang membalut kebatilannya dengan kecantikan dan menutup kebenaran dengan keburukan. Betapa banyaknya firman Allah dalam Quran mengatakan apa yang kita sukai belum tentu baik untuk kita dan apa yang kita benci mungkin yang terbaik untuk kita.
“…boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.”
(Al-Baqarah 2:216)
“…boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu).”
(An-Nisaa' 4:19)
Oleh sebab itu, Islam mengajar saya untuk berfikiran rasional dan tidak terlalu dipengaruhi oleh emosional dalam membuat keputusan. Sebab itu Ali bin Abi Talib pernah berkata;
“Sesaat kemarahan, penyesalan seumur hidup”
Nabi Sallalahu Alaihi Wasalam juga mengingatkan bagaimana di akhir zaman, kata-kata pendusta akan dibenarkan manakala orang yang jujur didustakan, pengkhianat dipercayai tetapi yang amanah dianggap pengkhianat.
“Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh dengan penipuan. Ketika itu pendusta dibenarkan sedangkan orang yang jujur malah didustakan, pengkhianat dipercaya sedangkan orang yang amanah justru dianggap sebagai pengkhianat."
[HR Ibn Majah]
Banyak pengajaran yang saya dapat dari Al-Quran & Sunnah yang jikalau kita fahami dan amalkan dalam kehidupan, nescaya hidup kita bahagian & istiqomah kerana tidak mungkin prinsip Al-Quran & Sunnah sebagaimana difahami & diamalkan Nabi & sahabat Radiyallahuanhum itu salah.
Syukur, prinsip Islam telah banyak mengubah cara berfikir saya tetapi juga mengubah cara saya membuat keputusan agar lebih rasional dan bukannya emosiol berpandukan prinsip Al-Quran & Sunnah. Semoga Allah kurniakan kepada kita semua ilmu yang bermanfaat lalu dijadikan amalan dalam kehidupan di dunia. Allahuma Ameen
Bagaimana pula dengan sahabat semua? Bagaimana prinsip Islam telah mengubah anda?
ali ibn abi talib 在 Pakar diari hati Facebook 八卦
ANAK BERTANYA DI MANA ALLAH?
BAGAIMANA IBUBAPA MAHU JAWAB?
Antara nafkah yang wajib ke atas seorang wali bagi anak-anaknya adalah mengajarkan ilmu agama. Sebaik-baik ilmu agama ialah ilmu aqidah.
Pertanyaan "Di mana Allah?" merupakan antara pertanyaan daripada anak kecil yang kadangkala terbit kerana keinginannya untuk mencambahkan pengetahuannya tentang Tuhan sekalian alam.
Maka, selari dengan disiplin dalam menimba ilmu agama, apa-apa perkara yang berkait dengan perihal agama haruslah disandarkan ataupun dirujuk kepada mereka yang arif dalam hal agama seperti Ulama agar hal yang ingin disampaikan itu bertepatan dengan pegangan agama.
Sheikh Zainul ^Abidin atau lebih dikenali dengan nama Tuan Minal Al-Fathoni telah menjelaskan dalam kitabnya Irsyadul ^Ibad jawapan bagi pertanyaan "Di mana Allah?".
Kata Tuan Minal:
"Maka jika berkata bagi engkau oleh yang berkata: Di mana Allah Taala? Maka jawabnya tiada ia pada tempat"
Maka, jawapan bagi pertanyaan "Di mana Allah?" ialah Allah tidak bertempat. Inilah jawapan yang harus diberikan oleh para ibubapa kepada anak-anak mereka.
Usah pula diberi jawapan yang terpesong daripada aqidah umat Islam seperti "Allah di langit" atau "Allah di mana-mana" atau "Allah di dalam Kaabah" atau "Allah di dalam masjid".
Terangkan kepada anak-anak bahawasanya Allah menciptakan bumi, langit, laut, udara dan sekalian tempat. Allah telah ada sebelum segala sesuatu ada. Maka Dia tidak bertempat.
Jika anak masih tidak faham akan jawapan yang diberikan, tegaskan sahaja agar anak itu hafal akan jawapan tersebut dan tenteramkan dirinya dengan mengatakan suatu hari nanti dia akan faham apabila meningkat dewasa kelak.
Adapun jika ibu bapa mampu memberikan contoh untuk mendekatkan kefahaman si anak maka boleh disoalkan kepada anak tersebut soalan "Bilakah pintu makan nasi?". Maka sudah pasti tidak boleh diberi jawapan sama ada "pintu makan pada waktu pagi" atau "waktu petang" atau "waktu malam".
Jelaskan kepada anak sepertimana soalan tentang pintu tidak boleh dijawab dengan pilihan jawapan seperti di atas kerana "makan" bukan sifat bagi pintu, seperti itulah pertanyaan tentang tempat bagi Allah tidak boleh dijawab sama ada "Allah di sini" atau "di sana" atau "di bumi" atau "di atas arasy" atau "di langit" atau di "mana-mana" kerana bertempat itu bukanlah sifat bagi Allah.
Ibu bapa harus tahu bahawasanya pertanyaan daripada anak tidak semestinya dijawab mengikut kerangka soalan yang diajukan kerana anak kecil kebiasaan pertanyaan mereka sebenarnya tidak 'valid'.
Contoh soalan tidak valid: Adakah batu pandai atau bodoh? Soalan sebegini tidak mampu kita jawab dengan "batu pandai" atau "batu bodoh" kerana hakikatnya batu bukanlah makhluk yang berakal atau mempunyai daya intelektual.
Asas aqidah beriman kepada Allah adalah beriman bahawasanya Allah mencipta segala sesuatu, Dia tidak sama dengan ciptaanNya.
- Allah cipta langit sebagai tempat bagi malaikat. Maka Allah bukan di langit
- Allah cipta bumi sebagai tempat bagi manusia, haiwan dan tumbuhan. Maka Allah bukan di bumi
- Allah cipta udara di mana-mana. Maka Allah bukan di mana-mana.
- Allah mencipta arasy tetapi Dia bukan duduk di atasnya. Yang tepat ialah Allah menguasai arasy, bukan duduk di atas arasy.
Allah telah ada tanpa permulaan sebelum segala sesuatu ada.
Sayyiduna Ali ibn Abi Talib telah mengatakan:
"Sesungguhnya Allah menciptakan arasy untuk menzahirkan kekuasaanNya, bukan mengambilnya sebagai tempat bagi Zatnya"
Pengetahuan Allah meliputi sesuatu. Allah Maha mengetahui segala perkara di alam ini tetapi tidak boleh kita mengatakan Allah di mana-mana.
Maka, jawapan yang tuntas bagi pertanyaan "Di mana Allah?" ialah Allah tidak bertempat.
Waspadalah daripada fahaman yang mengatakan Allah di langit atau di atas arasy. Fahaman ini bercanggah dengan pegangan sekalian umat Islam. Mengatakan Allah bertempat dan berjisim bukan aqidah Rasulullah.
Lanjutan penjelasan Allah berkuasa ke atas arasy bukan menetap di atas arasy:
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3408471335849428&id=100000597848496
.
.
.
Nak viralkan bisnes anda? Sekarang dibuka iklan pakej terendah hanya RM30. Iklan boleh pilih tarikh dan masa sendiri. Whatsapps admin : http://bit.ly/2FFyZuG
ali ibn abi talib 在 170 Ali Ibn Abi Talib ideas - Pinterest 的八卦
Apr 7, 2020 - Explore Mariya Zahid's board "Ali Ibn Abi Talib" on Pinterest. See more ideas about ali quotes, imam ali quotes, hazrat ali sayings. ... <看更多>